Thursday, November 24, 2011

Sambe Pete Ijo Tempoyek Puteri Impian:)

Asalamualaikum semua:) Quick updates with some vintage pictures- due to some request yesterday:) Will attend to all comments later,quite handfull this morning,many things to settle before a long weekend:)

Just to share with everybody; i am  trying to be really carefull in publishing people's photos here,recently when more people are aware about their rights including copyright,moral right etc they start to look around to see if anybody infringe their rights. Under the law; publishing somebody's photo without her/his permission can lead to infringement of copyright,defamation etc depending on the fact of the case..so banyak lah case2 lately kat office..so need to be carefull.

I ve read all comments with some queries,even tak sempat attend to all, here are some replies to your queries; First..wahhh ramai orang N9 and KP jugak so happy..yeap KP best kan..wink..wink..semua sedap dari rojak hingga yang lain2..yang tanya mana mee hailam pindah  tu , i tak tahu sangat specifically tapi ingat the last time makan the lady told me dia nak move sementara ke area bus station tu:) Secondly yang tanya pasal how to keep bunga2 perennial berbunga ada special baja ke? Jawabnya " Yes..i have a special baja otherwise before this i cant keep the perennial more than a month selalunya after 2 minggu bunga habis,pokok pun mati.I got the supply from somebody in my Company,but dia tak lah jual commercial sangat, is like sharing with me and few of my family members,unfortunately the baja tak ada jual kat kedai,will try to check nama baja tu and post it here so that readers boleh try carik kat kedai.

Untuk Julie yang jauh di NZ, selamat berpindah and senang ajer nak buat santan durian putih tu, kopek durian,bubuh santan mentah dalam pinggan,add some salt and tenyeh2 durian dalam tu..kalau suka sangatlah sedap..tapi i tak makan sangat macam tu,selalunya buat for my mom..and Julie i really like to see your new place one day..can post few photos? I wont infringe the copyright..dont worry:):)

And lastly yang pregnant sorry if i make you drool:(:(..may you and the baby be blessed always..also yang mintak i ajak datang rumah..insyallah oneday bila akak dah ada halaman belakang yang luas boleh guling2 golek2 ye..nanti kita masak2..oppss lupa yang bertanya mana beli the outdoor BBQ? i bought from BBQ King kat ikano..i think around RM2500 something like that but they have the simpler one with much cheaper price.

To the rest selamat memujuk husband buat renovation,selamat memasak,selamat turunkan oven dari tempat persembunyian,selamat mengemas rumah,selamat menanam bunga..unleash all your bakats..the more domestic you are the more sexy you become..haaaa..haaaa..and yang penting selamat menjadi wanita tersohor dengan menyucikan hati dan minda;):)

And to Annhuzi good to hear from you again..thanks for the doa..you always send your good doas to us;)hope semua okay di kota Singa:):)

Lets see some new and vintage photos here:


This lauk kalau suka petai dan tempoyak sangatlah sedap..tiada yang lebih sedap bebuka puasa dengan sepinggan nasi panas,sup bayam dan sambal ikan bilis petai,bertempoyak...goreng pulak 5 mins sebelum bukak puasa..menari-nari tangan nak mencapai sebab masih panas:) Cara buatnya sangat senang tumbuk cilipadi sebanyak you suka,bawang putih and merah dan sedikit kunyit,goreng ikan bilis hingga garing,masukkan petai biar layu,ketepikan,kurangkan minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangis,gaul dengan bilis dan petai,masuk 3 sudu tempoyak yang masam sedikit,tambah garam dan angkat cepat2..kalau lama tempoyak jadi minyak semua...sangat sedap sampai senget benget muka makan;):)


Lauk kedua yang membuka selera uwan malam tadi adalah gulai perut dan rebung..yang ini tak masak beli dari Cafe Yusof Haslam di office..boleh tahan  agaknya  tengok uwan makan bertambah.Macam mana tak sedapkan gulai masam2 ni kena pulak sambal kat atas:);)


After dah selesai semua turun nak bukak a few boxes yang sampai ni..i redeemed citibank rewards hari rabu tu..semalam dah sampai cepat betul..


I got this Delonghi coffee maker that can serve coffee up to 24 cups in 1 jar..quite nice kan.They have aroma button too, to give starbucks effect and also timer to set bila nak bagi coffee masak:) I have ordered froth maker as well. Actually i dah ada beli expresso machine from this DeLonghi brand long time ago,it cost me RM580..tapi leceh nak guna sebab nak kena pull the lever,masuk milk tak betul froth tak keluar,bila nak cuci banyak lah small gadgets..akhirnya bersarang..so normal coffee maker type macam ni lagi user friendly..lets teach papa how to use it so that he can be incharged of this machine:)



So bertambah lah gadget kat kitchen dah boleh bukak cawangan Dave Deli here,i have aromatic coffee machine,Xlarge toaster/griller for sandwiches,oven etc etc..tu tak bukak kotak steamer and pressure cooker lagi..hee..hee me memang gila kitchen gadget:);)


Note : Gambar semua ambik gambar atas gambar guna iphone. To Mayonnizz i present you my wedding picture tak lah payah you pening mencarik dlm old posts:);)..tak lah ada apa yang gahnya..makeup dan style rambut tu i tak suka..i memang tak boleh orang make up kan..kena make up sendiri..tapi dah kahwin kan kenalah beralah.Apart from that bersukur dan puas hati pada yang lain2..baju kahwin purple ni i i beli material dan tempah sendiri..RM900 untuk material masa tu memang lah mahal,dah tu tempah di boutique di Bukit Bintang which cost me RM650 tapi puas hatilah dan tak lah beribu riban macam sekarang:)..dia suruh kita diri tempat tinggi pusing2 sambil betul kan hem macam dalam TV tu:)Baju ni pulak di warisi oleh ikin bila dia kahwin..so berbaloi lah menempahnya..now ada tersimpan di rumah..manalah tahu my princesses sudi nak pakai..tapi cuma ada satu sahaja.


Dah tu train untuk selendang sangatlah panjang puaslah anak2 sedara menjaga nya..heee..hee..bunga tangan tu i simpan hingga hari ini..ada atas almari menghias rumah..Alhamdulillah bulan May tahun depan masuk 10 tahun kita orang kahwin..terus belajar memperbaiki apa yang kurang;):)


Then terjumpa gambar masa paling domok..dalam album lama..dah kahwin 3 bulan pertama duduk di apartment my sister yang i sewa di desa pandan..then baru pindah kondo my hb di Kelana Jaya..kerja masak,makan,berjalan,melancung,makan2,makan2 dan makan..gemuk kan saya masa ni..tu baru beli computer..zaman dulu punya kan sangat gedabak tapi sangat happy ada rumah sendiri..beli lah barang2 yang basic di ikea..sangat happy menghias rumah;) Sekarang Kondo ni dah pun terjual tapi tiap lalu Kelana Jaya mesti ingat kenangan manis tinggal di sana.


Terjumpa jugak gambar masa "Called to the BAR"( di tauliah sebagai Peguambela dan Peguamcara)..sangat berbangga masa ni dan sedih jugak..my father dah tak ada,my mother berjaya memastikan me mencapai cita2..so masa dalam Mahkamah my mother yang tukang robe kan jubah peguam pada i.




Ohhh..yang paling best jumpa gambar bilik i di desa pandan..kihh...kihhh so antique dah..mula mendapat gaji pertama belilah katil Queen Size ni sebab i memang suka menghias bilik..dengan budget yang limited,radio transistor zaman tok nenek..saya sangat bahagia duduk menyewa bujang dengan seorang kawan di sini.Walaupun radio antique tapi bedsheet tu tetap dari "Sheridan"..tiap sales di Metrojaya bukit bintang..saya and my housemate mesti mengangkat sebanyak bedsheets yang boleh..dah tu hujung minggu kemas bilik dan after that rela baring2 atas lantai tak nak bagi katil kusut..hee..heee..


Ini lah apartment di desa pandan..my sister ada letak basic furniture like meja makan,sofa,tv table and few other things.Langsir di belakang tu my housemate jahit sendiri:) Yang tengah2 memakai tshirt "Puteri Impian" tu sayalah..sangat kurus dan kecik..dan yang berbaju hitam tu arwah Sudiro dari cerita Rumah Kedai.Yang lain2 tu semua kawan2 office yang masih berjumpa hingga sekarang Alhamdulillah.



Tu lah cerita2 zaman dulu:)..anyway I happy esok nak bawak uwan pi bercuti hujung tahun satu malam..dah last minutes booking so tak lah dapat satu bilik untuk 4 adults 2 children..I terpaksa booked 2 suites..1 for us and another one uwan share with Heni.Itu pun sangat susah nak dapat tempat..i cari di Agoda,booking.com,holidaycity,cuti2 malaysia dan berpuluh lagi yesterday untuk esok semua fullybooked..until i dapat booked melalui Ratestogo ni,it is an Australian based Agent..the rate is very good..rasa tak caya,called resort semalam tanya ye ke booking untuk 2 suites dah masuk..Alhamdulillah dah settle.


Kita nak pergi tempat sejuk tapi bukanlah CH..uwan suka CH tapi last time pergi balik uwan sakit pulak.so risau..mintak pada Allah sbt biarlah di permudahkan semuanya..uwan dah tua...mengejar masa bersamanya ibarat mengejar kilat..laju dah pantas masanya berlalu..walaupun duduk serumah tapi masih perlu meluang kan masa2 yang lebih rapat.Bila Besan uwan yang sebaya terlantar sakit sekarang saya sangat berasa hati..dapat merasakan waktu2 bersama orang tua sepertinya ibarat emas..semalam berlalu tak dapat lagi di cari..semakin banyak uwan lupa semakin banyak kenangan lama yang manis bersamanya hapus..harus di tambah lagi..moga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kami semua..dapat bersama saling menjaga dan berkongsi kasih sayang.


Jadi esok kita akan ke Colmar Tropicale..uwan dah pernah datang tapi tak pernah bermalam lagi..masa uwan kuat dulu bawak naik hingga ke Japanaese garden and biarlah Heni merasa ke negara Peranchis:):)


Pada semua selamat Menyambut Maal Hijrah..moga tahun baru yang mendatang membawa seribu keberkatan..kalau dulu2 ke surau dengan uwan dia selalu ingatkan " Buku lama dah di tutup tak tau banyak pangkah dari betul atau sebaliknya..jagalah buku baru ni yaa..jangan di biar ada pangkah langsung kalau boleh.." then kita duduk baring2 di belakang tabir surau muslimah..menunggu semua orang datang..

Salam semua hingga kita berjumpa lagi:):)

17 comments:

PINATBATE said...

salam Maal Hijrah utk Mama Tia mia..rasa sayu hati baca tentang mengejar masa emas bersama uwan.MIL kakpinat mungkin sebaya umur uwan and my husband pun anak bungsu.

Mrs. Fedex said...

selamat maal hijrah kak zu..

daydeck86 said...

Salam maal hijrah mama tia sekeluarga dan selamat bercuti... sebak plak baca mengejar masa emas bersama uwan semoga keluarga mama tia sentiasa sihat dan dilindungi. amin

hanim said...

Salam maal hijrah Zue dan keluarga.

FadMN said...

Kak zu,en azam's face looked different in your wedding pic.he.he...btw,u look still the same be it 10 years back or before that..salam maal hijrah..

Salmi said...

Salaam maal hijrah..and the last picture of tia and mia is soo sweet :-)..

Naura said...

salam maal hijrah untuk kak zu n family.semoga uwan sihat selalu.sedih dan terharu bila baca part masa bersama uwan tu.

fiezachommel said...

Salam Maal Hijrah Kak Zu sekleuarga.You looks so nice in the wedding gown.Lilac is nice.
Saya dah masak lemak tleur itik malam tadi.Sedap...jenguklah ke blog saya..saya dah letak kat blog.
Happy weekend....

mekjangok said...

salam kak zu...ari nie bila baca blog akak..perasaan bercampur aduk,ade sebak,suka,duka..tapi bab mkn2 tu sedap ler...apakata akak potong rambut pendek cam dlm gambar tuh(gambar yg pakai baju kaler hitam tuh)??musti kiut kan??

Zuzus said...

akak, tq for the reply pasal baja tu.
hope adalah baja yg sebegitu jual kat kedai...

salam maalhijrah :-)

nur shuhada said...

akak, i love to read your blog. even though i'm only 21 years old, but then i love make you as my idol.. i love the way you enjoy your life.. i love the way you treat your family, the way you cook and many more!i hope someday i will be like u:)) love to read your blog everyday! nice to know u!

Mamasya said...

Salam maal Hijrah buat mamatiamia . baca entry hari ni..ttg mengejar masa bersama....masa pantas berlalu.....teringat pula ibu yg jauh dikg....
slmt bercuti buat mamatiamia sekeluarga dan Uwan.

Sara said...

Salam zu. I slalu bc ur blog tp xpernah komen. Tp kte sama, sedang jg seorg ibu. Kdg2 rs sayu byk sgt pengornannya pd kte. Tak terbalas rs nye. Moga uwan & ibu saya trus dikurniakan kesihatan yg baik dr Allah swt

Anonymous said...

Salam azu, salam tahun baru jua buat azu, uwan n family... tutup buku lama buka buku baru... pepatah yg arwah atok sll sebut sebut suatu ketika dulu! buat masa nie kite dok temporarily apartment dah sebulan, insyaallah minggu dpn baru masuk umah... camano nak boh gambar... blog pun takde... akekeke nway kite bukan dr nz tp kite yg pindah dr england ke scotland...

annhuzi said...

tia mia tengok gambar wedding mama mesti kata, our mama the princess!
haha itu mama paling domok?! hai mama ni memang tak pernah merasa jadi domok la ;)
colmar cantik. nak pegi tapi belum pegi lagi. nanti i nak go la. las week i went to thistle cos i remember ur stories there. went to teluk kemang beach too.
suka u write pesan uwan dulu2.
tia mia pun boleh ingat pesan2 uwan.
a very good new year to tia mia and family! :)
sweet smiles in the telekung :)

4 Kay-E said...

wah azu..
nostalgia..
our wedding theme pun kaler purple. hehee...

mesti tersenyum sorang2 tengok gambar lama...

Bila kita nak jumpa ni?

Selamat bercuti :)

Dr Sofea J.Ann Tan said...

hi, long time since been here.. wow petai my favourite.. yum yum...

wooowww.. ur wedding photo awesome... seems like u stil look the same !!! amazing !!!way to go mama tia mia !!!

Putri is doin good and gonna be 2 yr old next jan... getting very naughty these days.. hahahaha..

Selamat Maal Hijrah to all..