Tuesday, April 13, 2010

Once Upon A Time

Gambar berkarat mama..dapat kat FB, kawan lama post,masa ni form 4 or form 5,berkarat betul mama.Mama masa dulu kurus kering,kulit hitam, rambut sentiasa pendek sebab maklang yang masa tu dah kerja bergaya,duduk di KL dengan rambut panjang mengurai ke pinggang akan melepaskan gian nak potong rambut ke atas mama,so everytime dia balik dia ambik gunting,sarung baju surat khabar kat mama and zasss rambut jadi budak lelaki.Mana mama yekk dalam gambar tu?He,hee tu yang tengah2 duduk depan sekali bersila tu lah mama,mama pun pre mature baby dulu.Hmmm banyak kenangan..masa sekolah mama minat melukis,selalu kena puji cikgu,dinding sekolah pun penuh dengan lukisan mama, tapi time mathematic hancur..so budak science tak pandanglah kita ni..sampai bila mama dah ambik Law kat university pun terjumpa kawan lama yang balik oversea masa tu dia tanya" azu you mesti ambik Art&Design kat MARA kan"mama cakap mama ambik Law pun dia terus cakap" ye lah kerja you melukis jer kat sekolah dulu kan"..then bila mama repeat,dia cakap " can't be..you ambik law"..hmmm hina sangat ke melukis dalam hati mama,terus masuk category tak 'brainy" ke..apa pun masing2 ada rezki masing2 jangan pandang rendah pada apa pun kerjaya orang.Hingus meleleh suatu masa dulu boleh jadi astronaut yang hensem di masa depan,siapa kita untuk melihat masa depan..just berlaku sincere dan ikhlas kat semua orang.Ishhh emotional pulak cerita zaman karat..he..hee..tak der lah,itu cuma satu incident..mama miss semua orang dapat gambar tu walaupun now dah bertukar bentuk tubuh dan rupa:)
On other note..last few weeks kita pergi tengok our land kat RR 9/11..Alhamdulillah dah hampir selesai semua, caveat pun dah masuk..insyallah dipermudahkan Allah Sbt semua nyer.Dah banyak kemudahan,dah ada pedestrian walk ni..dah nampak 'residential" dah compared to last few months masih nampak raw lagi.Our Lot is next to tiang lampu tu lah dengan pokok yang rimbun tu.

Oooo ni bakal jiran kita selang satu Lot..villa dia tak nampak lah..cantikkk and sangat besar..dulu mama intai dia ada big swimming pool kat depan..kita letak Toy R Us pool yang gambar itik tu nanti bila ada duit buat rumah kat situ yerr:)

Another Villa in progress..hmm risau mama ni..nanti rumah kita macam guard house jer..Tia Mia selalu cakap rumah ni "big house got small house on top"

Yang ini Mediteranean style..among the first duduk kat situ..pun cantik.

Oh Hoo..yang ini ada air conds 8 bijik kat sebalah sini..kat sebelah sana tak kira lagi..macam mana ni..2 bijik pun susah hati nak bayar.

Tak apalah..bila nak buat rumah pun tunggu lah sampai cukup duit..banyak pengorbanan nak memilikinya..melepaskan rumah Monterez yang tak sempat duduk lagi..sedih jugak..biarlah rumah baru nanti kecik..asal kita bahagia.

Apa pun bentuk rumah baru nanti..spiritnya berasal dari sini..sebuah rumah tua yang penuh kasih sayang..mama nak kita ada halaman yang boleh menerima tetamu,boleh buat kopi,kueh codok,berkemban (is it too much?) duduk berlengkar dengan teman dan sedara di pangkin berborak..sambil cabut2 rumput,sambil taman cili,sambil menjemur padi (is it too much lagi?).

Moga tercapai impian budak berkarat suatu masa dulu ni..impian anak2nyer,suaminyer dan ibunya.Moga dia daapt mencipta "rumah emak di bukit Pilah" di RR 9/11.Nanti boleh lah dia teruskan minat melukis tu lagi....sambil jemur padi:)

Monday, April 12, 2010

Membangkit Ghairah!

Ha..haaa..tajuk sungguh Naughty:) But there will be no naughty story..sorry,blog mama kan blog masak memasak jer:) So hari ni since ada yang bertanya dua soalan : macam mana nak masak Aglio Olio Seafood Spaghetti and bagaimana nak membangkit ghairah memasak? As Auntie Ann said easy to have passion in eating but not in cooking..nanti kita cerita tips sikit kat bawah yerr.

Senang jer masak aglio olio ni..tapi ikut citerrasa mama not the rigid recipe from any books okay.Sedikit sotong yang potong bulat2.

Udang yang buang kulit,kalau suka boleh tinggalkan shell kat kepala and ekor sikit supaya cantik.

About 10 to 12 garlics,crush and chop.

1/10 of butter any brand will do.

Few of Shitake mushrooms.

Olive oil (but in this picture ada grape seed oil since pasar segar kat rumah kita dah habis bekalan..so grape seed oil pun okay lah),kalau boleh beli mc cormick italian herbs (since kat rumah dah habis ada steak spice ni jer..okaylah jugak) and sikit serbuk lada putih.

heat your pan,put in the butter,the olive oil and fry the garlic,add in the herbs and white pepper.

Put in the seafoods the shitake and salt ,fry until masak..but not too long.

Turn off the fire,masukkan spaghetti yang dah di toskan,mix it using the chopsticks..dalam gambar ni mama guna 5 mins spaghetti sebab nak cepat..5 mins spaghetti ni ada slit kat badan dia sebab tu cepat masak.Kalau ada masa lama boleh lah guna spagehtti biasa dan masak 'al dente' (kenyal) sikit..baru sedap.

walla sudahh ready..it took less than half and hour to prepare but you give big smile to everbody's tummy.

Selain olio yang kering another option nak masak spaghetti yang sedap,senang and healthy for kids is this clear soup spaghetti with seafood.

Nampak sedap kan,mama masak this morning,ada mussel,fishball,zuchinni and shitake.So macam mana nak membangkit ghairah memasak ni :
1. Pertamanya,kenalah ada basic tahu memasak,tak superb kena perbaiki skills,dah pandai,dah sedap baru passion datang,ini sangat normal, kan kalau kita tahu masak curry ikan dan orang cakap sedap kita nak asyik masak itu jer.
2. Create dapur yang inviting, ada semua tools untuk memasak,jangan simpan gadget untuk dapur macam blender,oven,juicer,peeler,whisker etc dalam cabinet sebab kalau dah simpan malas nak keluarkan untuk guna.Susun dengan cantik and within easy reach supaya boleh ada display yang menarik dan senang nak guna. Jadikan dapur tempat berkumpul keluarga,mesti ada suasana macam cafe di luar..kan kita suka lepak di coffee beans etc..sebab apa? sebab inviting kan..kalau dah inviting baru ada ghairah untuk masak dan serve orang.Sebulan sekali upgrade or ubah penampilan dapur,sejambak bunga baru dalam vase dah boleh membawa mood baru.Lengkapkan dapur kita bukan hanya meja make up atau koleksi handbag kita saja.
3. See cooking as something "intelligent" it is not a chore. Banyak bendak yang boleh belajar kalau kita passionate about cooking,kita boleh enjoy day out at barang2 dapur section, beli one or two new things for our kitchen,tengok utensil dan gadget2 yang canggih sambil simpan impian utk beli oneday.Kita boleh masuk ke bookstore dan duduk berjam membaca buku masakan,there hundred types of pasta,rice,spices,semua tu ilmu pengetahuan.
4.Kitchen is the heart of the house,sila tawan hatinya dulu baru kita dapat tawan hati2 orang yang kita sayang.Bersyukur dan gembira kerana kita seorang wanita kita boleh bagi kebahagiaan melalui masakan pada orang lain.
5. Finally, enjoy everything that you do,apa pun yang kita lakukan mesti buat dengan hati yang senang,masuk dapur dengan pakaian yang cantik,hidangkan dengan penuh bergaya.Rasa bangga dengan dapur kita,tak sabar nak bawak orang masuk dapur dan bukan cuba sedaya upaya supaya orang tak masuk.Kalau kita pandai masak,sedap,dapur cantik,boleh bergelak ketawa dan bahagia di dapur,takkan masih tak ghairah untuk masak.1,2,3,4 & 5 sila bangkaitkan ghairah anda:)

Sunday, April 11, 2010

Fun and Ikea Accident.

Mama loves this picture:) Sista Love:) Having fun after the ikea accident.It was so unfortunate yesterday,we went to Ikea and Tia knocked her head on the sharp end of steel table .The table or more like a stand are many and every where in ikea,they are the documents holder.It was exactly same height as Tia and reached her head just nice to cause grevious hurt.Tia cried so loud,must be really really hurt,sian Tia and she kept saying "mama nak go far from here,nak go far from here".Ikea was quite bad they didn't have the First Aid kit to attend to the accident,it took them ages to come up with the ice bag and cream,since Tia was crying non stop and didn't like the attention mama managed to put the icebag for mins only,it works some how,see there's no bruise in the picture but it was quite a scene yesterday and papa gave them some serious lectures since they dont have the First Aid Kit. To those with small kids out there be careful at ikea there are objects that can do harm.

Took both to Ikano and let them enjoy this rides.

"Tia adik peluk you"

" Wargghhhhhh mama, kakak nak go far from ikea,kakak nak empty place,kakak nak big toy mama,kakak nak tall ice cream"..that's what she said yesterday..cewahhhh pandai anak mama mengambil kesempatan.Tia and Mia can talk very well now adays..sometimes mama feels like they are more than 2 10 months old,like yesterday when mama was tired and sit at the corner of the bed quietly,Tia came and asked "mama what happen to you? are you okay? are you sad?don't be scared..we are in our home mama".

kadang2 gaduh..kadang sayang..pening jugak kepala,beli benda semua dua,exactly the same but they still fight,botol susu dia orang cakap tak sama besar..gaduh nak yang lebih besar..

Mama bought gum boots for both yesterday,senang nak main kat garden.Mama was looking for it quite sometimes,found yesterday at ikano quite pricey RM69.90 each..tapi dua2 ni tak sabar nak pakai..they looked so funny walking around in their gum boots.

Saturday,we went to Kid's Education fair at PWTC,ramai orang and so banyak booth.Just checking around for good kindergarten,school etc.

These two had fun there.

Among beratus kindys kat exhibition tu like smart reader,bumble bees etc..both love this school.."Eton House, at Jalan Eaton near the Spanish Embassy.Wahhh pandai nya memilih yang paling mahal kan..tak pe lah sayang tengok jer lah..

Eton House runs high quality pre-schools and International schools in Singapore and Asia pacific region.They are Reggio Emilia(french) inspired school,they will start they operation for the first time in Malaysia at the two double storeys bungalow at Jalan Eaton with 45,000 feets garden.They gonna be absolutely wonderful,the are UK developed program but with different approach and ran away from the Bristish structured education. But thing like this never come cheap,the yearly fees for kindergarten is RM24K for each children and excluding deposit etc..if you have two then you got to pay around RM50K per year...haa,,haaa go tadika bistari ye lah girls.

See, the girls immediately love the Eton House booth and the people there.

The English lady gave a very good briefing and she loves Tia Mia,she said" look you beautiful girls warm up immediately,if you are really interested we can arrange the transport for the girls"..Heee..hee not just the location but $$$$ factor as well.

Finally we stopped at "Pingu English"..how can Pingu teach English when he can't even talk? When papa asked the guy there" what language is Pingu using?" he said " Penguin language"..Kihh.kihhh

Thursday, April 8, 2010

CONGRATS Darling Girls and Boy!!!

First Congrats is for this green eyed Darling girl:) Maksu bagi Nur a big warm hugs and kisses.Happy dengan pencapaian anak sedara bongsu dari arwah abang sulung Mohd Yunus ini. Apa pun mata mu sungguh hijau,macam brocolli Tia ni:)..he..heee..gurau ehhh.

Kak Nur di jemput khas oleh Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil sebagai speaker untuk slot forum remaja dihadiri dan di rasmikan oleh PM dan isteri.Wahh tumpang banggo makcik haa..

Bersama 3 iron ladies..Nur mata jangan hijau sangat..nanti ada yang angkat2 kening..gurau2 lagi okay..mintak maap...ampun.


With the original Iron lady..Kak Nur now rub shoulders with politicians dato and datin lahh..apa pun maksu bangga Nur kerja keras sejak University,sejak arwah paklong passed away,kak Nur berusaha sendiri,awal kerjaya pun banyak cabaran,rintangan tapi tak mematah semangat,Kak Nur jaga emak dia dengan baik,berkat doa kerja keras usaha mula membuah hasil,ada kerjaya yang baik,rezki sedikit sebanyak untuk keluarga.Alhamdulillah..go iron girl.

With the moderator Professor Dr Razak,pakar gender and politic..hmm serious discussion tu sampai face to face tak pandang orang lah:) yang belakang tu pun puas tertoleh-toleh..ke professor silau dengan mata hijau kau Nur..he..heee...

Cewahhhh 1 Malaysia nampak..last words from maksu..jaga diri baik2 Nur,apa pun yang kita buat ingat Yang Esa,itulah panduan,itulah tempat minta pertolongan,dunia penuh cubaan,sukar sangat menduga dan membaca hati manusia,tak pernah sama dengan kita.Maksu doa kan semua yang terbaik,moga kita sama2 diberkati dan dapat mendakap bahagia yang sebenarnya.Mai lah datang rumah maksu masak sardin goreng kaww kaww punya:)

Second CONGRATS goes to this Darling Boy..Boboy or Mohd Aizuddin Agil,anak sulung maklang,masa umur tak sampai 40 hari maklang tinggalkan kat kampung dengan mama and uwan sebab maklang ikut Paklang pergi Paris.Kita sayang sangat dengan dia masa tu.Now dah besar,business minded ni,masa study kat MultiMedia University pun banyak lah project IT yang besar dia buat. Now dalam usia yang masih muda dah bukak pusat seminar dan kursus kahwin di Mont Kiara.Sesiapa nak buat kursus or nak book place for seminar bolehlah contact mama sebagai manager...haaa..haaaa..tapi boy kau bukak tempat kursus kahwin jangan kau pulak yang sibuk nak kahwin..nanti kena cubit bontot dengan mama kau. Uwan cakap kau hensem macam putera Raja..he..heee geli telinga maksu.

Third CONGRATS pulak to this Darling Girl..Azyan NurAini or Kak yan,ni pun kena tinggal kat kampung sementara dulu masa maklang ikut paklang pergi Japan,then maklang bawak pergi sana,sedih uwan.Anak2 maklang no 2.Anak2 maklang semua business minded lah,kak yan after completed her degree in business study from UITM masuk kursus untuk buat franchise MC Donald with her papa.She passed the interview etc tapi dapat outlet Mc D kat langkawi or Kluang,Johor,maklang tak nak pindah,kalau KL punya memang susah orang nak let go.Tak pe lah Ayan, you have outstanding talent in baking and decorating cakes,make out the most of it.Now kak ayan is in the process nak bukak cake boutique with her friend Yuna kat USJ,dia very busy with paper works now.Maksu doakan yang terbaik,let see hasil2 kerja kak ayan kat bawah.

Hmm budak ayan ni minat music jugak..almaklum saja lah..ehmm..ehmmmmm..Tia and Mia love it kak ayan:)

Tia Mia sila belajar dengan kak ayan okay..nanti senang mama dah tua boleh order jerr..

Kak yan dah boleh buat wedding cake yang cantik..this i is so sweet and elegant..maksu loves it very much.

This is the engagement cake hasil tangan kak ayan..very romantic and sweet.

Big chunky chocolate cookies by kak ayan..looks delicious..nak order satu balang okay.Sesiapa berminat boleh lah visit ayannmama.blogspot.com

Last but not least big CONGRATS jugak to this big hearted Darling Girl..our kak ikin or Norashikin anak kedua pakcik..mama masa usia muda macam dia ni tak der lagi rumah sendiri tapi kak ikin and abang din dah ada rumah yang cantik di Setia Alam,baru jer habis renovate and hujung minggu ni dia orang nak pindah masuk dah..mesti bahagia masuk rumah sendiri kan ikin.Nanti maksu datang bawak special housewarming gift okay..just wait for the kepoh group to arrive:)

Wednesday, April 7, 2010

Shrimps on My Plate,Mussels in my Tummy.

What is that smell? Italian Job in the Kitchen! The True Mama Mia came back from east coast and resumed her old job as the all rounder chef for Italian Kitchen:)

Delicious peek first baby:) Some people asked: cooking heavy breakfast in the morning?what time did you wake up? so rajin etc,etc..well the answer is 'passion",sangat suka lah masak2 ni,it's not a chore but something that you enjoy very much, cooking spaghetti in the morning is like a young shopaholic reading Sophie Kinsella novel under the warm blanket in the bed and cooking nasi dagang is like a bagacholic being presented with unlimited vouchers to be spent at LV.

This delicious Aglio Olio Seafood Spaghetti is for the loved ones,therefore it's not a chore to cook it.Mama's favourite masa pregnant,for the first 3 months mama couldn't eat anything and for the next 4 months before you came out this was mama's only food.Now anak mama suka lah pulak,papa yang tak pernah pregnant pun suka jugak..he..hee.

Why suka masak?Because of this view, it worth millions:)

Tia the Mussel Lover:) tamak tu sibuk suruh bubuh banyak2 dalam pinggan.
This is mama's kitchen for the past 5 years. Masakan boleh mengeratkan segala,when friends came up and asked for recipe you feel good and when she told it helps to strengthen love in her family you feel super duper great.

Take some to the office to share. Mama hope oneday dapat buat program better than Nigella Lawson or Martha Stewart ,hee..hee..angan,angan..sebab mama suka ajar orang masak simple,sedap dan tak menyusahkan.

Tapiiiiiii..bukanlah masak semata saja yang mama passionate, selain Interior design and travelling, ni haaaa...menyopping sukar di bendung dan di sekat..tak pe lah kot penat2 masak kena reward diri sendiri.Papa bukak telinga besar2 sikit bila dengar perkataan 'reward' tu hee..heee. Talking about reward mama adalah bagi few tips bila kawan bertanya macam mana nak tak boring,hilang stress,jawapan dia kena ada impian dalam hidup, impian yang besar dalam jangka panjang dan yg kecik2 dalam jangka pendek,baru kita teruja berusaha ke arah itu.Impian besar kita maybe nak membina rumah impian dengan money limitation and what not lambat lah nak dicapai tapi kita boleh ada impian kecil2 yang boleh di capai macam pertengahan tahun nak pergi Bali contohnya,maka kita teruja awal2 tahun berusaha ke arah tu. Setiap impian kecil memberi makna dalam hidup,macam kerja jugak lah kena ada target.Oleh itu sila bina impian.

See a tiny impian when fulfilled makes a big different,pergi office dengan rings walaupun bukan emas or diamond tapi yang penting penuh kat tangan boleh tersenyum sepanjang hari tau.
Love people around you and love yourself.Give yourself a treat, she deserves it very very much,tak perlu beli baju di Christian Dior kalau kita tak mampu,lebihan kain cotton di store kalau kita pandai menjahit buat sehelai gaun tidur yang ringkas dah boleh buat kita gembira bila pakai di malam hari.Hmm teringat masa kecik dapat kain kotak2 uwan jahit jadi gaun tidur dengan tali..wahh terus gembira jadi puteri kayangan:)