Thursday, January 24, 2013

Home.

Salam Maulidur rasul pada semua)
  
Short update from our bed:) The two on the left and the right been pulling my hands to left and right to scratch  their arms:) They like me to do that- i pun suka jugak masa kecik dulu:) So i ve got to be fast:)


Last night cerita2 sikit pasal Maulidur rasul to the kenits- they been hearing it since 2 yrs ago but this year they understand more:) After Maghrib we sat and listened to Selawat on You Tube...unfortunately after that they found Upin&Ipin and got hook to it. But I hope your remember my story- Malaikat sanggup mengira berapa titisan hujan yang turun ke bumi tapi tidak sanggup mengira pahala orang yang berselawat ke atas Nabi- terlalu banyak.


This evening buatkan activity utk Uwan- Puteri mandi or bubur  anak lebah kata Kak Liza(Haliza Ghazali). I dont really eat sweet things or jenis bubur2 ni but i want Uwan to have some activity- went to extra miles to make her feel at kampung i bought long daun pisang too:)


Few days i ve been craving for Laksa Curry- many can be found in the shop but difficult to suit my taste- I dont  like the - too thick gravy, too oily or too much curry. I want it to be just nice hingga boleh hirup the kuah.Tak teringat beli barang so bukak fridge and tengok apa ada- Nasib baik ada 5 ekor big prawns,crab sticks,sawi,tomato, boleh lah buat- Perah lime- sangat sedap menghirup:)


Puteri mandi berpisang uwan yang sedang mengelegak:)


Me,hb and the kids had early dinner at 6.30pm and malam i teman Uwan dinner- Uwan mesti nak dinner after Maghrib only.So while waiting for Uwan to finsh her dinner adalah berlaku " damage" terhadap diet:);) Muddy Choc Cake with Coconut flakes- yummm:);)


Tu dia Uwan siap berhenti makan nak posing jap.


The cucus pun datang join makan untuk keberapa kali entah:):)


I biar Heni ganti plant kat sinki dan dia pilih Giant Aloe Vera letak kat sini:) Tak apalah nanti nak buat mask,potong ajer lah terus. Oh ya i am quite excited-first time order seeds online and dah dapat:) I ordered " Lemon Basil, Ulam Raja and Kacang botor- In sha Allah nak menanam ni moga2 berhasil:)

And yeayyyy tak sabar nak pergi Family holiday this Saturday- we booked a bungalow in PD- nothing glamour, quite vintage  but under the tree and near to the beach- okaylah duduk dengan my sister,brother,nieces and nephews- dapat sembang2 malam,masak2,jalan kaki to the beach pun sangat seronok In Sha Allah- doa2 semua orang sihat dan dapat menikmati masa2 bersama.


1. Ida- hi ida yg berlesung pipit,bercuti di rumah pun sangat seronok actually.

2. Umi- pass2 lah ketam ti sini sikit buh dlm laksa curry sangat sedap tu:)

3. Dia adeela- thanks dian,so sweet of you,love2 frm us too ya;)

4.Mazni- yup mazni.i always treasure their time together;)

5. Gina- In sha allah but akak pun bukan pandai sangat:)

6. Kniedaz- tu lah bercuti yg seronoknya bercuti masak jugak kan:)

7.Mak Lagenda- thanks;) wahhh sama lah kita meng apple pie ye:)

8. Sham- he he kalau buh asam boi nama eh puteri masam lah;)

9.Nadia- hi Nadia,hope you still smiling:)

10.The Singing Pilot- :):) did I?;);)

11.Rozz Hazidi- Thanks sis:)

12.Yong- hi,thanks.

13.Haliza- minggu ni bubur anak lebah lagi tau:)

14.Nastyna- hi mommy Jelita- thanks, salji banyak turun lagi ke di Berlin? hope you having good time there.

15.Nieza- thanks.

16.Ena- i bought the Nordic from Amazon and it was price at USD 28 and 33 lebih kurang, you hav to pay shipping cost too- yo boleh check kat website i tak ingat .

17.Zuraimah- Thanks;) feel honoured but nothing much to show in home tour:) nanti ada masa i show a few;)

18 Eda- memang selasih bagus utk sejukkan badan.

19.Emaa- thanks.

20.Nur-Nba- Thanks Nur.

21. Elena- ha ha lamo tak dongar cito gotah skerap dah ni.

22.Puan Nemo- tu lah harap2 tak ada yg serious.

23.Herlyna- so true:) best kan the YT.

24.safhm- thanks,moga your son dah kurang nosebleed dia.

25.LG- Thanks for the tips- tu lah memang everynight dlm aircond-tau lah mesia panas but i letak humidifier dah.

26.Unaizah- thanks.

27- Suhaila- thanks.

28. Fatimah- tu lah memang risau tapi dah dengar ramai yang kena lega lah sikit.


Monday, January 21, 2013

Wishing for a vintage house under a tree and by the sea...

Salam!

Hope everybody is shining bright like a diamond:);) I was not so 'diamond' last week,the spirit was there but the body was tired..anyway i survived! Now it's already coming to Tuesday and knowing that i ll be working until Wednesday only and after that I ll shall escape somewhere..pfuhhh that made me feel sooo good:) Shine bright like a diamond again:)

Thanks pada semua yang singgah and made me feel wonderful by sharing your experiences on nosebleed. Walaupun dah pergi jumpa doctor and given assurance it is normal for children to have nosebleed but everytime anak kena tu still lah kesian:( I shall attend to each comments when time permits okay.To share a few tips on how to reduce nosebleed due to dryness of air (like in the aircond etc) - I read about having humidifier in an aircond room will help even a pail of water under the aircond will help too.I ve tried that and so far Alhamdulillah,however if the dryness is a bit extreme we can buy water based nasal spray from the Pharmacy.

I have some pictures here but they are very jumble mumble as i just uploaded what i have in my Iphone.Actually Sunday i had load of activities- my brother,sister in law etc  yang nak pergi Umrah came to see my mother,my sister and her kids pun datang- so i masak2 since tengahari membawak kepetang, i berdiri kat dapur macam non stop until 5.00 pm only i close the kitchen! Actually bukan lah my sister nak makan dia diet!! issshhh dah turun banyak tau:):) But as usual i always masak2 for the kenits,the senior and sapa2 lah yang nak makan:)It was very tiring but sangat puas hati- having your family in the kitchen berborak2,dah lunch tak bangun lagi,sambung cerita masa dulu,kisah buat nakal itu ini,kisah dengan arwah nenek dulu,cerita hantu pun ada:):) while eating tembikai,cake,then satu rombongan dah balik ada yang datang lagi,hidang food,masak apa yang ada:):) By the night time i macam dah lembik but happy-Heni pulak outing day on Sunday,so semua i kena buat sendiri.

Some pictures :


Wednesday my sister sent my mom back to my house and she cooked at my house.So happy balik dah ada orang masak..ye lah jarang2 sangat dapat macam ni kan:) So bila big sister texted " Den masak gulai ikan seperiuk kat rumah kau..banyak lagi nanti tak payah masak"..he he rasa bahagia macam small sister betul2:)


Saturday morning- Ustazah came and Tia dah naik Iqraq 2-Alhamdulillah:) Adik kena catch up sikit lagi:) Pagi2 pukul 8.00 pagi ngaji ni dengan rambut masih basah etc..memang lah tak sempat bertudung bagai..they bangun,rela mandi dan breakfast awal2 tu pun dah syukur Alhamdulillah banyak2:)


Activity petang Sabtu- suruh Uwan buat "Puteri mandi" saja nak bagi dia rasa seronok sambil brushing up her memories.



Dua assistants sudah mari mahu menggentel:)



Dah masak makan sama2- sangat seronok.



Puteri mandi berdurian sangat sedap kata Uwan:) Nak jadi cerita- i panaskan santan,masukkan pandan dah tu curah "gula merah" sebab gula kabung dah habis- sekali tengok bukan gula merah sebenarnya tapi serbuk asam boi dalam kampit besar yang dah lama entah macam mana termasuk dalam container yang penuh dengan packet white and brown sugar.Nasib baik tepung gentel tak masuk lagi unfortunately itu lah santan terakhir- so papa kena lah kerah ke kedai membeli santan:):)


Sambil2 tu i buat jugak Bundt Carrot Cake-without the cream cheese so Uwan boleh makan sebagai tea cake petang2.


Activity Sunday hanya ini sempat di rakam- petang me and my sister potong2 frozen pastry and buat croissants and apple pie- tapi apple pie punya gambar tak sempat snap dah habis:)


Tadaaaa itu lah hasil croissant- sangat sedap makan panas2 with butter and jam- cuma i feel brand yang satu lagi lagi sedap pastry dia dari yang ini.





I am very tired this week- hoping for many2 magic and i am sharing this gorgeous picture sent by Kak Nur Paris- heavy snow in Paris:):)


Until the magic comes we have to create our own magic- senyum banyak2 dan kalau tak ada lesung pipi macam saya- kita kasi ada lesung pipi tu:) He he.. Anyway can't wait to to go for small family gathering at the beach during this long holiday,hari tu nak pi CH ramai2 tak jadi,ni finally few family can make it- so happy- hopefully the vintage house under the tree and by the sea is nice:):)

Tataaaaa all ..pstttt but i am already thinking about what to cook at the beach lah..he he:):)

Tuesday, January 15, 2013

Random Updates.

Salam:)

I have some ramdom updates:) tak lah banyak yang berkembang except the body..he he:)
So many things to do and adapt this 2013, so i try to be positive as maximum as i could.In Shaa Allah perkara2 yang susah moga di permudahkan buat semua orang. Semalam stress with works etc,i went back terjumpa You Tube seorang speaker bagi talk kat Australia pasal Surah Dhuha bagaimana ianya dapat menghilangkan stress- so beautiful menangis-nangis mendengarnya.Kalau kita rasa kita jauh dari Allah Swt,doa2 tak di pedulikan baca dan fahami lah Surah ini, berlaku ketika Rasullullah S.a.w tidak menerima sebarang wahyu dari Allah Swt berbulan lamanya sehingga baginda Rasullullah S.a.w sangat gusar  dan susah hati. Huraian yang sangat bermakna tu  saya pendekkan di sini- lihatlah diri kita mempunyai mata,mulut,telinga,hidung dan hati, tidak Allah Swt jadikan kita Yatim,tidak mempunyai ibu bapa untuk mengadu, tidak Allah Swt jadikan kita pengemis sehingga meminta-minta untuk mendapat sesuap makanan- maka adakah kita merasa masih di abaikan? sedangkan yang Yatim dan yang Pengemis itu pun sentiasa di dalam Peliharaan Nya dan kita tidak boleh menolak(tidak berbuat baik) pada yang Yatim dan Pengemis. Surah Pengubat tekanan jiwa- jangan merasa kurang sedangkan kita telah di beri segala- semoga menjadi ingatan buat saya:)

I ve answered queries at the end of this entry:)

This week we went out with a friend who is brave enough to leave his job and big salary at our company.She opened her own business- she is one happy lady now and i am happy for her too;) Shes' in that olive green tudung, her own creation,cantikkan- sesiapa berminat boleh visit her online business at Joeeshawls.


Sharing some beautiful food we ate at Chili's - This to die for Explosive Molten:)


Yummy Nachos.



Shrimp Salad.


Some more beautiful food i had last week at Madam Lim- Three Beans in belacan sauce- truly sedap,i order ni dengan rice saja.


The girls favourite- Hokkien noodles or they called it black noodles- memang sedap yang kat madam Kwan ni..the rasa just right.


While waiting for Tia Mia to finish their piano class,i browsed Bazaar magazine and found this- Norma Kamali- she's 67 years old! Can you believe that? No red meat, she eats alot of veges, drinks a lot of coconut water and no meals after 6pm:)... Hmmm dont you think 6pm is too early..adoi boleh tahan ker..malam pukul 11 baru nak tidur,lamanya tunggu:):) But she looks good kan:)

Alhamdulillah budak2 kenit ni progressing well in their Iqrak- jangan2 nanti boleh potong mama ni;):) nak tanya ada yang anak problem hidung sensitive dan berdarah tak? Tia has sensitive nose lah,tak lah kerap dan dah bawak jumpa doctor pun..doctor said it's just normal nose bleed.Tapi kesian dia dalam 3, 4 bulan kenalah sekali dua,bila bangun tidur hidung kering,atau kena siku dengan Mia..ada ke apa2 cara utk pulihkan hidung berdarah ni. Teacher Claire bagi dia minum banyak air cincau bila kena sebab she said cincau good utk sejukkan badan.

Budak2 kenit tu pun dah pandai mengatur baju apa i patut pakai,bukan i yang mengatur dia orang:) So sweet,there are time like in the morning they will open my wardrobe and took out the baju they like me to wear;) Masalahnya semua nak suruh i pakai pink,tak kira lah baju dah singkat ke apa ke,yang penting pink..so mama pun pakailah pink:)

Okaylah take care all- sessi jawab menjawab:)

1.Pelangi Petang- tq.
2. Ann Huzi- he he so we sehati sejiwa on the washing machine,have you tried lemon basil?so sedap tau:)
3. Umiyumi- ha ha i pun intai blog you sebelum tidur:) ada connection gitu:)
4.Ida- thanks-miss seeing yoou at my blig too,hopefully mr tenet dah okay:)
5.Nur Nba- Wire basket tu from Ikea Nur harga frame and basket lain2-all in all i think about RM200 or less tak berapa ingat. Cili blend tu pulak guna 10 bijik bawang putih,10 bijik bawang merah,lagi banyak bawang lagi sodap:)
6.Gina- tq,sseronok nanti dah balik buat mcm2:)
7.LG - oh thank you LG the Garden/Gardening Guru:) tempat limited LG so kena lah gantung2 ajo:)
8.Kak Su- Hopefully semua sihat2 di pihak kak su,yup try asampodeh tu ya:) and doa for you too:)
9.sahfm- sekarang belum siap betul nanti dah siap akak tunjuk okay.
10.anon- In sha Allah, semua dah di brief budak2 tu pasal bahaya etc,,actually tinggi kat luar dari dlm gambar,memang banyak benda2 kena berhati-hati like dapur gas etc..so they hardly ada kat belakang except bila mama around.
11.mama ila-tq;)
12.mummy 3m- my contractor nama Alvin- you boleh carik dia kat fb dia nama Alvin Gan,he's good but banyak projeck so slow,my grilles pun masih belum pasang lagi ni:)
13.Afra- meja tu akak beli from Ikea around RM300 plus kalau tak silap or maybe cheaper,tak ingat sangat.
14. dhr-Alhamdulillah so far tak ada lah berbau bagai first my wall tu terbukak kat atas so semua uadara boleh keluar,tak kena baju,secondly i ada pasang kipas utk buang asap tu but i hardly on it sebab tak berbau pun.
15. Puan Ila- tq ila.
16.sweetmom-tq
17.faza- nanti dah siap semua akak tunjuk okay.
18.Anon- Sejadah dan telekung pink tu budak office yang belikan masa Umrah di Mekkah;) cantikkan:)
19The Singing Pilot- bawak bersabar dik:)
20.-herlyna- magnet for knives tu i bought from Ikea for RM9.90 tapi kat kedai barang2 kitchen yang lain pun ada.
21. Rozz Hazidi- tq.cubalah letak minyak sapi sedap tau:)


Sunday, January 13, 2013

Unfinished Wet Kitchen, Ghee Bombay &Lemon Basil.


Salam!

Thanks singgah to 23 sisters and 1 bro:):) Tomorrow is Monday? I feel like Saturday has just started:):) To one special sister my doa is for you,you are special and strong In shaa Allah you ll be fine,you ll be protected, hugs hugs.

To yang mintak ajar nak buat asam pedas please see at the end of this entry okay.

So buat apa you all? Surely busy with all kind of things kan.Mine,Saturday is always fulled,morning started with belajar Iqraq with Ustazah at home,12.00pm piano class,lunch,groceries, dah malam.Sunday lah kalau nak buat sikit2 benda. Hari ni i kemas and arrange sikit2 my wet kitchen,dah  2 minggu dah tapi tak complete lagi.The wall has been completed actually, paint has dried up too but the door to the storage place,back gate and grilles have not been fixed yet. Kalau nak tunggu complete semua nak berkemas memang lambat lah nampaknya,so i dah tak tahan,this morning i asked  husband whether he can help me to fix the shelves to wall so that i can kemas sikit2.  Mr hubby  is so busy this week and few weeks to come but he took his time off from his laptop,put on his working short and helped me:) This time i took out all standing shelves/cabinet and table from the back area because of the limited space, i opted for wall mounted table and asked husband  fix simple shelves from Ikea.

This is the result but it is just 70% complete. At least i can do my cooking at the back now and the area is more spacious as i have less bulky things on the floor.


My spice rack and leftover tiles. I created the focal point at the wet kitchen wall by embedding these Spanish Tiles i bought from Jalan Ipoh. They were odd pieces which eventually will be thrown by the shop because no body will buy- they all look odd but i know it will look nice when i put it together. The Worker helped me to fix it to the wall and i like the result. The spice bottles are all recycled,they were from Kenduri kahwin (bekas gula2) and also my pesto bottles:)


Walaupun tak ada walk in pantry macam Chef@Home ( i still jealous at his walk in pantry) at least i have all my spices in place now.


Garam,asam,cili are all near to the stove- senang nak capai.Bekas asam garam yang gambar butterfly ni dah 10 tahun lebih hadiah kahwin diberi my nephew..kenangan so i simpan dan guna:)


We put up a wall mounted leave table,senang tak nak pakai tutup,nak pakai bukak:)


Ni model asam garam namanya,bekas bawang dari buluh dan rotan tu i beli dari lori jual barang2 rotan for RM70- dah beli bawak balik mula2 macam tak berkenan pulak,tapi practical senang nak ambik bawang..


Cactus yang dulu beli kenit ajer dari CH..now dah besar:)


This is part of my new wet kitchen look- semua benda tergantung di dinding:):) I think i ll get a new gas stove to replace this old one. Kat belakang ni i tak boleh bubuh stove yang canggih2 even gas stove yang glass tu pun tak boleh sebab Heni tak tau nak tutup betul2 nanti,dulu beli yang glass mesti bau gas sebab tak kena pulas habis.So kena pakai gas stove yang bunyi "ketennnng' bila putar knob dia ni.:);) Tak palah harga pun RM50 ajer,daha buruk kita tukar:)


I bought wire baskets from Ikea to store floor mats etc.


Ni storage place yang tak ada pintu lagi,kat atas dia luas jugak..i want to put some crawling plants kat atas ni nanti. And kalau dah siap nak lah jugak letak long bench at the back nanti Tia Mia boleh teman i masak,Uwan pun boleh duduk.Meja lama bulky sikit nak bergerak pun susah.


Itu lah cerita hari ahad,nothing much..duduk2 di rumah membuang kulit bawang,menyusun botol2 lama bubuh rempah,menukar alas meja dapur tapi terasa sangat seronok:);)



As usual mesti ada cerita masak sikit- hari sabtu i pun kueh orang lama tapi pakai gadget modern:)


First time i buat keh bakar ni atau pun Ghee Bombay,sebab pakai minyak sapi.Recipe i ambik dari Fauziah Samat punya blog (Kak jee).Sedap hasilnya.


Yang berminat,recipe nya- 1 mangkuk telur (guna mangkuk air basuh tangan zaman dulu kalau ada,tak ada guna lah apa mangkuk pun),1 mangkuk gula,3/4 tepung gandum,1 mangkuk santan,10 helai pandan blend ambik air ( guna 1/2 gelas air sahaja),bijan,dan minyak sapi utuk melenser tuang kueh.Blend/beat telur sampai kembang,masuk gula pukul lagi,masuk santan dan air pandan,i masuk kan jugak vanilla 2 sudu walaupun original tak ada,dah tu masuk tepung sikit2 and blend/whisk lagi hingga sebati.sapu minyak sapi pada tuang kueh,panaslan atas stove,masuk bahan tadi 3/4,tabur bijan,biar tepi2 garing sikit dan transfer dalam oven bakai sampai masak,dah masak i sapu minyak sapi lagi kat atas.


Wangi dan lembut.


This is my latest addiction- Lemon Basil (Daun kemagi)  i rasa sedap betul buat ulam:) and banyak jugak khasiat khabarnya boleh kurangkan berat badan you..jom tanam keliling rumah:)


This is my potted English Basil,the flavour is stronger than kemagi,tapi kalau kemagi dah habis boleh lah ratah ni.


Dah lama tak berimamkan Pashik,Alhamdulillah Maghrib tadi kita berimam kan Pashik:) Sian Tia Mia,habis jambul keluar,yang i jahit dulu dah terbukak:) nanti kena jahit lagi.

Cara Masak Asam Pedas (ikut selera my selera)

Lada kering potong kecik2 dan rebus sampai lembut,buang airnya,basuh sekurang-kurangnya 4 X dan semua biji keluar,blend dengan bawang merah besar,bawang putih 10 biji. Panaskan sesudu minyak,dan tumis bawang putih,merah,halia yang di hiris,masukkan sesudu makan/or 2 sudu makan cili mesin tadi,dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan seinchi belacan,sebatang serai yang dah di ketuk,kacau lagi,masukkan ikan dan gaul rata,masukkan sedikit air cukup2 utk tutup ikan ajer,air tak boleh banyak,biar mendidih,masukkan tomato,bendi atau terung,biar mendidih,masukkan setengah cawan air asam jawa,biar mendidih lagi,kalau suka boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan,tambah garam.biar lah sampai mendidih.Note : saya tak suka asam pedas pekat macam melaka style,mine tak banyak minyak,the kuah should be tak cair tak pekat,boleh hirup style:):) selamat mencuba.

Nunite everybody and Salam.

....................................

Thursday, January 10, 2013

What Makes You a Best Friend?

Salam Jumaah! May it be Barakah for all families and friends out there:)

I ve made this entry since last night actually but only manage to publish it now as i was waiting for my "Bff/The other half" to come back from Cameron last night - selagi tak balik kita pun risau, i think semua isteri share the same feeling kalau husband kita tak balik lagi dari outstation mestilah kita tak senang duduk kan.

This time i feel like talking about a "friend' or 'best friend":) Why? Because i was thinking about it lately- Ada seorang kawan, bukan rapat sangat- but persahabatan/persaudaraan tu sentiasa ada- yang susahnya ada benda2 official bersangkutan with him.Sometimes we tak agree with each other punya views - but bila kita tak setuju,or marah  he always say " Zu, we ve been friend for more than 20 years..don't let it go down the drain just like that" .Penat because he always use that line to stop me from putting up my arguments, so i told him " Friendship is deep- friendship is more than just knowing each other for number of years,friendship is just like a plant in your garden,you need to water,visit,baja etc..otherwise it will die eventually. I also told him  - It is not the lack of love that makes unhappy marriages but the lack of friendship. Friendship sometimes can be a blessing and sometimes a burden- the key word is sincerity and some effort to be put into it.Kalau menjerit"aku ikhlas,aku ikhlas..but no hello for years- it will not work too.I also told him " Thus the privilege of friendship to talk nonsense and to have her nonsense respected" Muaha haaa..terus lah dia tak menjawab my email- Then i realize few years back he had some problem with his marriage, Alhamdulillah now dah okay,maybe dia terasa with my words  tu ..hmm what to do i think i said the right thing. ...see berkawan dengan orang lelaki pun bukan senang..kuat merajuk jugak- unlike kawan perempuan yang kurang batasannya kawan lelaki walaupun dah macam saudara masih ada batasannya- dia merajuk tak lah kita boleh nak pi pujuk2 kan..ko pujuk lah diri sendiri dulu..kih kih.Anyway as we get older we don't wish to have hundred friends around to make us happy we just need one or two who is really sincere and be with us through the thick and thin.And sometimes we didn't realize  that we don't have to look far to have that special friend- dia dah ada di sisi pun,kurniaan Allah Swt yang tak ternilai-Alhamdulillah.

So here are some stories of BFF that i have:

Last two night Tia was in the toilet doing her "big business"- she called Mia " Mia can you come in and flush my "toot toot"? - I said " Why can't you flush yourself??" " Ohh I can't,the button is far at the back,i am holding my skirt and i am dying inside here with the smell!" And the little sister by 2 mins went in and flushed!- Oh my how good they are to each other now:) Flush taik pun boleh..he he..I pray that their loves toward each other will be forever-Sisters and Bffs.


And these are my two BFFS in the whole world! I masak petang2 they duduk tunggu kat meja dapur..bersembang macam2 dah tu terjerit- jerit bercerita supaya i kat wet kitchen belakang dengar jugak.

See.. tak boleh tahan tengok siap gelas kaki keding lagi nak minum Mountain Dew tu..sambil bercerita macam business juta2..Alhamdulillah diberikan Allah Swt these two little besties:)

Mee Goreng Mamak for senior bff untuk breakfast semalam- Uwan adalah the No 1 bff actually,kawan baik yang manakah sudi mendengar,menjaga kita masa sakit,berkorban keringat dan duit buat kita selama-lamanya? Kalau kawan dah lama tak jumpa sibuk kita membelikan hadiah buat dia orang- kawan baik kita yang  sejati dari dunia membawa ke Jannah ini In shaa Allah hendaklah di jaga sebaik yang mungkin.


Last night my Bff/husband meeting di Cameron so i tinggal ambik kesempatan masak makanan simple kegemaran i yang masa bujang2 dulu.Dulu masa bujang kalau lambat balik,lapar,telur mata kicap yang paling best dan i suka kering2-tak suka bubuh air, tuang kicap masa kuali panas biar "Char" wahhh sedap:)


Ini satu lagi kegemaran dari dulu hingga sekarang, sardin goreng kering dengan bawang yang banyak,cilipadi dan asam keping..wuishhh habis nasik sepinggan tak sedar.


Dan lauk2 di atas tu memang sedap makan dengan masak lemak putih labu air..senada seirama jadi nya:)


Ini menjadi favourite my husband sekarang- my asam pedas, masa dia bujang dia tak boleh langsung makan cili-perut dia sensitive, no asam pedas definitely,no sambal tumis, no goreng bee hun sebab dia cakap ada ubat dalam noodles tu ( iya ke) so kalau makan any of it dia boleh sakit perut pengsan macam nak mati.Now i masak asampedas dengan betul,cilikering rebus,buang bijik,basuh 10 x, masak cukup2,cuma guna sesudu cili tapi masih boleh kekalkan kepekatan nya.. tak ada lagi dah pengsan nak mati bila makan benda ni semua:) Dah jadi favourite pulak..see nak jadi best friend kenalah sehati sejiwa kannn..kann:):)


Alhamdulillah kita memang di kurniakan oleh Allah Swt dengan rakan baik sejak kita lahir, kemudian diberi kita pasangan untuk meneruskan kehidupan manis bersahabat dan berkasih sayang, di tambah lagi dengan kehadiran little people supaya kita mendapat "kawan' dan "kasih sayang" yang baru dan berpanjangan.

To younger sisters and brothers yang baru nak melalui alam perkahwinan- mulakan dengan betul,memang tak mudah untuk mencapai tahap "pasangan dan kawan baik" banyak yang perlu di lalui,kadang2 perkahwinan hambar sebab tak di baja dengan bahan2 yang perlu, cinta sahaja lama2 boleh menjadi biasa, sebab cinta bahasanya sentiasa romantik,berkepit,mengusap,lama2 dia pun menjadi biasa- tapi bersahabat,bercerita,bergelak ketawa,berkongsi cita rasa, membina harapan bersama itu In Sha Allah selamanya..kan kita tengok anak2 bersahabat sangat indah nya..dah jumpa sepanjang hari pun malam masih tak cukup nak becerita-tak sabar menunggu pagi nak menyambung nya. Kalau kita dah mencapai tahap bersahabat..sang suami tak mau dengar cerita kita sebab sibuk tengok golf kat TV kita boleh kepit kepala dia pusing tengok kita suruh dengar...dia pun tak kan marah dan jadi ketawa akhirnya:);)

Happy weekend everybody- Jom jumpa Bffs kita!

.....................................