Sunday, December 22, 2013

Hearts.

Salam!

Terimakasih pada yang meninggalkan komen dan berkongsi apa yang ada di dalam hati:):) To me everybody has lovely hearts- cuma kadang2 ada limitation untuk memberi sepenuhnya apa yang ada di dalam hati- the limitation if you dont manage it properly will make you helpless and handicapp in giving or expressing things that you should be doing.

To those asking for my email address just leave you email here In Sha Allah i will reply to you- i dont have my personal email address only office's one- if you can find it somewhere by all means you can use it- cuma tak proper i nak tinggalkan kat sini.

Pada yang bertanya  skills menjaga ibu bapa etc- to me skill yang terbaik ada lah melihat di dalam hati- di situ terletak nya pusat kawalan gerak laku kita.I am not the best example banyak kekurangan sana dan sini tapi ingin jugak menulis sedikit sebanyak di sini barang kali boleh jadi bahan bacaan untuk Tia Mia di masa depan.Untuk menjaga ibu bapa selalunya orang bercakap pasal 'tanggungjawab"- to me yang terbaik adalah mengganti "tanggungjawab" dengan "cinta dan kasih sayang"- tanggungjawab menuntut kita membuat sesuatu- after sometimes kita letih dengan tanggungjawab, kita bosan dan ingin bebas dari tanggungjawab- macam kerja di pejabat itu tanggungjawab kita- kadang2 kita sangat penat membuat kerja,tiada lagi keikhlasan,kita rasa mahu berhenti,membuat kerja hanya kerana terpaksa kerana perlukan duit, kadang2 kita rasa mahu lari, mahu hanya berihat tidak mahu membuat tanggungjawab kita. Berlainan dari kasih sayang dan cinta- satu perasaan istimewa yang diberi Allah Swt- kita kasih dan sayang pada anak2 kita, kita cinta pada suami kita- kerana kasihsayang dan cinta ini tidak ada istilah penat atau terpaksa, setiap minggu menjenguk anak jauh di asrama,tiada perasaan letih,setiap hari masak,menghidang untuk anak2 dan suami tiada rasa marah, saban waktu berkorban wang ringgit,tenaga buat mereka tidak pernah lelah malah rasa teruja- bila kita merenung dalam ke wajah mereka terus datang tenaga utk berbuat apa saja.Oleh itu kalau tanggungjawab kita ganti dengan kasih sayang maka balik melihat ibu bapa saban minggu atau bulan tidak meletihkan,tidak menyusahkan,menelefon mereka sekurang-kurangnya 2 kali sehari tidak membebankan,berkongsi gaji yang tak seberapa dengan mereka jadi sangat mengujakan, dan kalau mereka sudah tidak berdaya- memandikan,menyikat,mencuci mereka menjadi satu yang meruntun perasaan- tidak membebankan malah mensyukuri dapat diberi kesempatan.Macam itu lah ibu bapa menjaga kita dulu bukan sekadar tanggungjawab tetapi atas dasar kasihsayang- kalau hanya tanggungjawab- kita bagi menyusu dan kena gigit after sometimes mesti dah kena penampar, kita yang degil tak mahu dengar kata- ibu tetap memeluk dan menjaga- kita nak macam2 sedangkan duit tak cukup bergolok-bergadai tetap dilaksanakan, kita tak lulus periksa tak sepandai anak orang lain ibu tak pernah membuka mulut mencebik- penatnya ibu menguruskan rumahtangga menjaga dan membesarkan kita- semuanya atas dasar kasih sayang. Kadang2 anak2 bercakap- kenapa pulak saya perlu membalas jasa ibu bapa membesarkan saya- itu kan tanggungjawab mereka? Kalau sekadar tanggungjawab tak kan berada kita di mana kita berada pada hari ini. Kadang2 jugak anak2 merasa sudah saban lama duduk dengan ibu bapa dah besar masa untuk bebas- sudah tak larat lagi dipantau- ingatlah masa muda kita berlari hilangnya- suatu masa nanti kita jugak jadi orang tua. Ada jugak yang berkata saya anak perempuan sukar bagi saya nak jaga ibu saya- suami tak suka- itu masalah yang selalu di dihadapi- berbuat baik pada ibu bapa pada setiap masa- bukan berpura- pura kerana  suami,bakal suami atau pasangan dapat melihat- kalau dari dulu kita tak pernah kisah pada ibu bapa kita tiba2 baru kita nak sibuk sayang menyanyang sangat jadi susah akhirnya- tapi kalau dari hari pertama dia kenal kita dia tahu bertapa pentingnya ibu/bapa kita pada kita In Sha Allah dia kan menghormatinya- yang belum berkahwin berdoalah dan sertakan niat- tak kira kita lelaki atau perempuan tampillah dengan rela untuk menjaga dan menyanyangi mereka- jangan jadi anak ramai tapi ibu bapa terbiar kasih sayang sebab yang sorang kata Bang Long patut jaga, sorang lagi kata si bongsu lah yang jaga sebab dia banyak dapat harta- saya angkat tangan semasa dahulu lagi ketika ibu masih kuat " Saya yang nak jaga emak!" Masa sembahyang,masa berdoa kita bisikkan pada Allah swt mintak di permudahkan dalam melaksanakan niat kita,mintak kalau dapat pasangan dia merelakan kita dengan niat kita, mintak diberi kesihatan,kekuatan untuk menjaga, mintak di beri rezeki pada kita dan ibu,mintak dilembutkan hati orang2 di sekeliling supaya menyokong dan membantu- kalau berkerja biarlah mendapat boss dan kerja yang bersesuaian supaya kita ada masa untuk menjaga ibu bapa. Perjalanan saya menjaga ibu yang tua dan uzur tidak mudah jika saya tidak menetapkan niat di dalam hati,tidak sentiasa mengasihinya 100%, tidak mendapat sokongan dari suami,tidak mendapat kerja yang membolehkan saya berada di sisinya- Alhamdulillah Allah membuka hati suami,memberi rezeki buat saya dan ibu- bukan lah kaya raya- tetapi sentiasa ada jalan dan rezeki bila ingin membuat sesuatu contohnya semasa uwan perlu di bedah ada rezeki untuk membuatnya di hospital swasta yang bagus dengan pakar terbaik- begitu jugak dengan pembantu rumah,tanpa pembantu yang elok pasti saja saya pening kepala- semua ini kepada siapa saya pinta? Tiada yang lain kecuali Allah Swt- panjang doa saya sehingga menyebut minta di lembutkan hati pembantu,diberikan jalan terbaik,dikurniakan saya kesihatan dan kesabaran yang tinggi- pun begitu masih banyak yang kurang- masih saya belajar- sentiasa meminta keampunan atas segala silap dan salah.
Pada yang berniat menjaga ibu atau bapa- lihat lah dalam hati jawapan nya di situ- manusia ini kalau telah menetapkan niat- telah tegar mahukan sesuatu bulan pun boleh di capai- apatah lagi yang mudah iaitu mengasih dan menjaga orang yang telah melahirkan kita dan menjaga hingga kita menjadi sesiapa saja sekarang- kalau bukan doktor,peguam architect, accountant yang pentingnya kita dilahirkan dapat melihat dunia- tidak dicampak di dalam longkang atau dibuang di dalam tong.

Panjang lebar lah cerita pulak:)

Cerita minggu ini- I love weekend! Monday don't come..he he


Saturday is always special- sitting at the verandah in pyjamas with the girls is heaven;)


Sunday we went for potluck breakfast at the lake near Pashik house- lagi pun nak jemput uwan balik sekali- dah few days Uwan tidur rumah maklang- kalau pergi park uwan kenalah naik wheelchair dah tua ni penat uwan nak jalan.


Sedap selera makan di tepi tasik.


It was a good breakfast with the loved ones.


And that's me sibuk menuang lauk ikan tongkol untuk nasi dagang;)



Nasi dagang kari ikan tongkol sedap.


Dua orang ni pun teruja nak makan:)


And my sister gave me something special- extraordinary pickles :) Olive with petai! and olive kalah semua jadi rasa petai;)


ha ha mesti orang Italy pening kepala tengok ni;) sedap actually my sister taruk garlic and chili too;)


The girls dah graduate dari kindy - Congrats Mia Ayesha!


Congrats Tia Khadeja!


Tia is all grown up now and ready for primary school:)


Same goes with Mia- dah twin kan:)


Claire was so sad to say goodbye to the girls- we ve been together through the good and bad- she was always there for us- different race and religion but she is like part of the family already- masa uwan lepas kena operate and i was busy in the morning nak ke hospital,hantar budak sekolah,sedih, she hugged me and said' You don't have to prepare anything for the girls, you can even send them in pyjamas- i ll take care of them"


This is not goodbye Claire- we will still come and disturb you;)


Me and Claire. We menangis macam budak2 masa nak tinggalkan kindy the last day- she cried hard bila i took the girls into my car;(


I bought these pretty coin banks for the girls from Candylicious- present graduation lah kiranya;)


We didn't go out for any special dinner but i cooked something special at home- Rosemary Roast Chicken.


And bought our favourite ice cream.


Sunnyside Mint Choc is really good;)


Tak berapa manis compared to other brands- so yummyyyy:)


But the papa bought something special for the girls- something mengikut hobby the papa lah:)


Setelah berjaya membuat the girls minat kat Golf- he bought them the starter golf set for kids:);) Kalau minat dia semua boleh- kalau kita nak beli bench kat SSF few hundreds tu dia dah cakap ' ishhhh mahal lah"



Lastly nothing but Alhamdulillah moga dipermudahkan perjalanan semua orang di tahun baru:) and Tia berhenti menguap besar sangat:);)

……………….

Monday, December 16, 2013

We had season in the Sun.

 
We had joy, we fun, we had season in the Sun:)
 
2013 nearly come to an end and a new year is just around the corner- abundance of memories had been created through out the year- as the song sang: we had joy,we had fun,we had season in the sun:) The two girls are going into primary school this 2014-as they are excited to enter  a new world,they are sad to leave the kindy too- Teacher Claire is such a wonderful Teacher-sometimes thank you is not enough- we will forever treasure the loves and memories:)
 
 
 
 
Terima kasih yang bertanya khabar samada kami sihat:) Alhamdulillah kami sihat2 sahaja- hanya tuan blog sibuk mengusruskan segala benda- anak2 nak sekolah,Uwan perlu diberi perhatian dan rutin yang lain2.( Picture- 8 years back in Salzburg).

 
Teacher Claire took them to the Chocolate factory last week- they had so much fun as their freinds who are already in primary school now also came and joined the trip.
 

 
Best friends forever.

 
Wishing all of you a wonderful journey in 2014 girls and boy.

 
Apart from busy up and down arranging school uniform etc etc- things in the house just as usual- my kitchen never take a rest- it works 360 days a year:)

 
The girls showed interest in baking and cooking - therefore i can never rest too long in baking- there will always be somebody demanding a freshly baked cake:)

 
 Delicious and hot butter cake is always the favourite in the house:) Those asking for my recipe please google "mamatiamia butter cake" i have posted the recipe last time.

 
The people that always enjoy my cake.

 
Family favourite. 

 
These are this week activity- madeleines for the girls- nice to be eaten while they are still hot- recipe was from google

 
Well that some stories for this week- breaking as long silence:);) and lets keep love in our heart.

 
Note for me and Tia Mia: Don't forget to always love your parents, no matter how old they are- I am feeling a bit melancolic these past few months:( uwan semakin tua- itu lah fitrah alam- dipinjamkan Allah swt sehingga hari ini bersyukur tidak terhingga- dalam dia meniti usia semakin tinggi- benda 2 yang fitrah pun menyusul ; macam lupa yang melampau, kudrat yang semakin hilang- kalau anak2 setiap hari menaik prestasinya tapi warga tua semakin turun keupayaannnya.Sangat sedih melihat ibu yang dulu menyambut kita di pintu bila balik sekolah, memasak lauk kegemaran kita di dapur, tempat kita memeluk dan berlindung bila takut guruh dan petir kini boleh sesat dalam bilik sendiri. Uwan kadang2bila datang  masa lupanya sukar mencari jalan dari ruang tamu ke dapur- lupa bagaiman nak ke bilik sendiri:( masa2 ini jika kita lihat Ya Allah insafnya diri kita- itu lah kita suatu masa nanti,tak kira betapa gagah,cantik,kaya atau berkuasa kita hari ini itu lah kita suatu masa jika panjang umur. Kesedihan melihat dia begitu melenyapkan rasa penat membuat segala kerja di waktu pagi- memimpin nya ke bilik air,shampoo rambut,menyarungkan baju,menyikat rambutnya, menghampar sejadah,meyarungkan telekung- walaupun uwan masih boleh membuatnya tapi kesian melihat dia mengambil masa yang lama utk membuatnya. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah utk membuat semua ini- kadang2 panggil tiga2 sekali get ready kat bilik air, the girls gosok gigi uwan mandi- the girls dah boleh bersiap sendiri so i have time to ikat kain uwan, dandan rambutnya dan bedakkan pipinya:) kadang2 uwan pandang my face- mesti dia teringat dulu2 masa kecik dia lah yang membedak kan anaknya ini, memandikan,menyarungkan baju sekolah.
 
Sekadar berkongsi pengalaman di sini- untuk yang mempunyai ibubapa yang dah tua- jika panjang umur itu lah perkara2 yang akan di lalui- jangan sesekali lupakan dia orang malah tambahkan kasih sayang- semasa muda dia tak sangat perlukan perhatian kita tapi semakin tua kita lah tempatnya bergantung- kasih sayang kita ibarat nafas buat mereka- ambil lah peluang yang ada,sekali hilang tak berganti,bila sampai masa dia tak kan kembali.Hilang kan ego,kesibukan,duduk dan renung masa dulu2 ketika kita tiada apa2- tanpa susunya,tanpa suapannya tanpa pimpinan tangannya- tiada apa2 kita pada hari ini.
 
 
 
 
Moga kita semua sentiasa diberkati.Amin.
 
..........................
 


Saturday, November 30, 2013

Holiday with Uwan,Pashik&Co at Pokdeksen;)

Salam All- Thank you for your kind words,sharing of thoughts,stories and recipes- I appreciate it all. May all of our parents and families be blessed dan semoga sentiasa ada kasih sayang untuk semua orang.

I am writing this post on my comfy bed:) Baru balik dari Port Dickson or bak kata orang nogori Pokdeksen:) Cuti sejak Khamis hari tu- dah merancang2 nak bawak Uwan dan jugak my maid bercuti- dulu2 quite easy to bawak Uwan mana2, sekarang mata sedikit kabur,kena lah rancang cuti2 khas untuk dia yang tak banyak kena berjalan but at the same time boleh lah dia tengok laut.Bukannya senang nak carik hotel yang really convinient for elderly in PD, Thistle or Avillion tak sesuai sebab banyak lah steps and jauh nak ke laut- nak sewa Bungalow pulak tak ramai yang boleh join- yang dulu tu laut pun jauh- so carikklah apartment- pun bukan senang nak carik elok/sesuai. Teringat AnCasa All Suite & Spa- masa Tia Mia umur few months dulu pernah bawak Uwan dan Heni- masa tu cantik lagi- semua wakaf dia pun ada letak curtain lagi- now Tia Mia dah nak masuk 7 tahun pun- i pun book ajer lah situ- sebab spacious- apartment 3 bilik berkeluasan 140 sq.Since kita pergi weekdays hanya Pashik and Mashik ajer yang boleh join.

Alhamdulillah it was a good holiday- Uwan enjoyed herself and she said" Alhamdulillah dah tua macam ni masih dapat emak jalan2 tepi laut lagi":);)


Lauk penutup di rumah sebelum berangkat ke PD hari tu- lama betul tak goreng udang buang kulit dengan kacang buncis- sedap rasanya:)




Thursday we packed our things- including sebakul lauk yang i dah siap masak, gulai ikan bawal dengan mangga muda, ayam goreng kicap, kambas goreng belacan dan sambal gesek- serta seperiuk nasik panas- nanti sampai senang lah makan terus- bawak orang tua2 kena lah macam tu- nak berhenti tengah jalan,ke toilet,tunggu order masak memang menyusahkan dia orang.


Mama and the girls bermanja-manja kat belakang.


Dah sampai- nilah rupanya apartment dari luar.Baru di cat nampaknya.


Dapur bersih dan spacious and i like the modern white kitcenette.


Ruang makan pun luas.


Kalau ramai boleh lah tidur di ruang tamu yang luas.


Waiting for lunch to be served.


Master bedroom yang simple,second bedroom pun Queen Size bed while the third one was 2 single beds.


Uwan solat Zohor di sini.


AnCasa ni konsep Bali- as usual many of holiday apartments in Malaysia semuanya pengurusan susah nak maintain.


The Wakaf.


The greeneries.


Bali Bench.


The Spa.


AnCasa ni tak ada private beach sebab ianya tak terus ke laut kena lintas jalan kat belakang- tapi sangat dekat and banyak food stalls- during weekdays sangat okay sebab tak ramai orang so rasa private beach jugak:)


Musim ni ombak sedikit kuat- but the girls had fun duduk di pasir menunggu ombak datang memukul.


As usual Pool adalah tujuan utama jugak bila bercuti:)


Mama pulak beli sebekas pisang raja yang baru goreng di tepi pantai dan duduk makan di pool- Ya Allah banyaknya makan goreng pisang di PD sebab sangat sedap:)


Tepi Pool ada stall burger and pop corn machine- the papa mana boleh nampak burger;)


Burger AnCasa.


Lepas mandi naik atas bawakkan Uwan goreng pisang- Uwan baru bangun,sedap dia tidur after the long journey:)


Malam we makan nasi dan lauk yang di bawak plus Asam Laksa PD.


Si Heni pun berehat jugak di sini- dia pun tidur pengsan sama dengan Uwan.


And malam ada yang nak makan maggie cup etc- okay lah sesekali cuti boleh lah.


Seronok makan malam depan TV dengan Pashik.


These two kesian tidur atas comforter kat bawah- but they had fun- suruh tidur atas tak nak:)


The next day- ada yang bangun mengadap kerja etc- but di di sini tak ada Wifi okay- kat reception pun walaupun dia bagi you password jgn harap nak dapat wifi.


Alas perut sikit sementara menunggu semua orang siap nak ke pantai.


Jalan perlahan-lahan Uwan pun sampai lah ke pantai.


Ada yang makan nasik lemak ayam goreng panas.


And bihun soup.


Bagi Uwan berehat melihat laut dan melayan perasaan:)


Pashik pulak dah siap sedia nak mandi.


These two had a very good time- they love being hit by the waves;)


Mencarik coral


Friday while papa and Pashik went for Friday prayer at Teluk Kemang's masjid- we stayed indoor and layan food- we bought muffin yang baru masak ni dari kedai kecik kat PD:)


But by 4.30 dua orang ni lapar lagi- we went down to the cafe to check on papa yang berusaha nak dapat internet connection sebab nak send out his email.


While the girls ate fish&chips i ordered the tomyam- pergghhh pedas gilos-tak boleh makan- memang lah nogori.


Lepas tu we pun drive lah ke town sebab nak mencarik Starbucks nak guna Wifi:)


Ada Starbucks di PD Waterfront- papa tak malu tak order drink pun but pi masuk mintak passward nak guna Wifi:);)


Beautiful waterfront at this side.





Cantikkan semua gambar hanya guna Iphone saja- and i like this PD waterfront township ada Paparich, Mac D, Pizzahut,Domino semus sepanjang laut ni  adalah feeling2 kat JB and overseas sikit:)




balik petang pool lagi dua orang ni sementara Uwan and the rest makan satay di apartment berborak-borak.


Malam semua orang kenyang dengan ayam golek PD,satay etc but me terasa nak makan maggie cup sambil tengok Anugerah Skrin:)


Sebelum balik we had our breakfast at Paparich along the waterfront.


We had a good holiday together.


Adik with her Porridge while Tia was waiting for her fried chicken.


Now dah balik and dah start masak balik- but Alhamdulillahhhhhhhh so muchhhhhh esok still Sunday!:)

Happy weekend peeps!