Wednesday, August 13, 2014

Sekebun Bunga;)

 
Alhamdulillah- terasa nak update, hati pun lapang dan girang sedikit- Uwan dah sihat;):) Terima kasih atas doa, comment,pertanyaan,message,email- sangat di hargai- bermakna mendapat doa dari yang bukan sedarah dan sedaging kan- Sebagai tanda terima kasih dan syukur saya bagi sekebun bunga! Muahhhh;):)
 
Bila my sister cakap my mom dah boleh jalan  balik, selera pun dah ada- happy nya- Alhamdulillah. yeterday when i was having lunch with my friend, she told me about Ensure Formula, her son had denggi during raya- he was dehydrated and refused to eat anything- after few days he was weak and lost a lot of weight- she gave him Ensure and it works- jadi saya pun mencuba- I bought yesterday- this morning i couldnt wait and sent it over to my sister's house which is not near to my house- from Kota Damansara to Alam Damai, Cheras tau lah jam- but Alhamdulillah the traffic was so cooperative! no jam- it was a smooth drive and in no time while listening to Hafidz Hamidun  (again and again) i was already at her gate.
 
 
My sister is crazy about roses- ini gambar lama- sekarang dia tengah sibuk menjual rug, carpet, cushion, tapestry etc under Tun's Deco- so siapa yang dah sms di tu sabar ye- dia akan balas- dia bsuy lah sikit sejak menjaga uwan seminngu lebih ni- bila bawak uwan balik nanti she will have more time- she will snap all the pictures today and send to those yang mintak- Yang mintak my email- you can send to my sister macam nombor yang i bagi dalam previous entry sebab i pun tak ada gambar2 rug tu semua. Yang tanya she ada websites ke dulu ye dia ada blog now dah tak active, may be she needs to come up with a new one since she's doing this Tun's Deco business:)
 
 

 
Ini gambar 2 tahun yang dulu- seronok lah bawak uwan jalan2 masa dulu- today when i reached my sister's house both my sister and Uwan were in baju kelawaq- kih kih- my sister said uwan is okay but very difficult to feed her- last nite my sister drove quite a distance just to get her satay- so she wished me good luck in feeding Uwan the Ensure milk. I brought Uwan her favourite putu mayam:) kena paksa lah minum- Alhamdulillah habis segelas- my sister ketawa2 tengok i paksa Uwan- then makan 2 bijik telur lembut rebus- asyik tanya telur apa- my sister kan notty sikit so she cakap " telur penyu mak!" uwan menjerit2 cakap ' tak nak den tolo ponyu!" kih kih- putu mayam pun makan- one thing about Uwan she is very positive- she cakap mata dia elok lagi, kaki pun kuat- semangat sangat penting nak sembuh kan- walaupun kami redha apa pun ujian Allah- yang hidup pasti lah akan pergi tak kira tua atau muda but my doa setiap sujud mintak sekiranya panjang atau pendek umur kasihi lah dia- biarlah dia dapat menikmati sisa2 hidup dengan kegembiraan dan kasih sayang.

 
Kenangan masa masih kuat berjalan-jalan:):)

 
Then asyik tanya budak 2 orang ni- miss dia tak?mesti lah kita miss kan- uwan makan banyak2 supaya cepat sihat- nanti kita nak balik.

 
This is the old picture of me and my sister- we have huge age gap- she supposed to be the youngest- so bila i lahir dia tak suka- kih kih- i pengacau- we have different characters- she is very out going while i used to be very timid and conservative- but we are sisters- gaduh2 we still love each other- and when thing happens macam emak sakit- we support each other- that is true love:):)

 
My sister suka gardening- i pun suka but her garden is bigger than mine;):)dulu2 kalau sihat uwan suka duduk2 dalam garden my sister.

 
And both of us love asam pedas walaupun we orang nogori- my sister punya asam pedas a bit different- dia punya pekat,pedas- mine cair2 sikit kuah boleh di hirup and tak berapa pedas (sebab org dalam rumah tak boleh pedas)- apa pun i like her asam pedas and i think she likes mine too;)

 
This is last year's photo infront of the kampung surau- my sister pakai jubah grey, green is ayan,ikin flowery brown, ikin's sister is next to her and the 3 musketeers;);) Semua ketentuan Allah swt- harus lah kita ingat- last year boleh berjalan, boleh melihat- this year tak boleh lagi- sebab itu jangan lah kita melengah kan apa pun yang patut kita buat- bukan setakat tahun depan belum tentu dapat di lihat- esok atau sedetik lagi pun belum tentu- jika difikirkan tentu lah kita sangat takut kan- Moga saya lebih banyak muhasabah diri memperbaiki apa yang sepatutnya di buat.

 
Apa pun hari ini saya happy- bersyukur dengan kesihatan Uwan- baru ber whats app with my sister- bila menjaga ibu sakit ini- ianya adalah pembuka mata kita kepada pengorbanan ibu dulu- kalau kita puas memujuk dia makan, kita dulu macam tu lah, kalau kena mencuci najis atau muntah- sejak bertahun dulu dia telah melakukan itu untuk kita- tak pernah marah dia kat kita malah di dodoi dan di sayangi sentiasa- sakit dan tua dia bukan hanya ujian buat dia tetapi ujian kepada anak2.- moga kami menjadi anak2 yang beriman dan dapat menjaga ibu dengan baik dan penuh kasih sayang.

 
Sekebun Bunga buat kawan2:):)
 
....................................


Sunday, August 10, 2014

Senja Di Hati.



Dah hampir seminggu tidak menulis di fb atau di mana2- hati sungguh senja- kadang2 gelora, membawa ke hujan-  Ye lah Mazni- melancolic sungguh saya. Sebabnya Uwan sejak balik dari hari raya tak berapa sihat- nampak setiap tahun, bulan dan hari berubah kepada lemah. Saya faham dan akur dengan aturan hidup- tapi hati tetap sedih,hati tetap sukar di pujuk. Masa hari raya di kampung, walaupun penglihatan kabur, dia sangat happy- duduk lama di meja, makan macam2,bercerita macam2. Aduhhhh rindu tak terkata zaman dia masih kuat dan sihat- balik kampung dia boss, tak boleh campak apa pun sesuka hati, bila dibelikan baju raya sukanya dia tengok,bila bawak pilih kasut pun teruja dia. Sekarang baju raya setakat di usap tak boleh di lihat lagi. Dalam bersyukur di beri peluang bersama dia sehingga sekarang- wanita melancolic ini tetap sedih- rindu bagai anak kecik- penglihatan, kekuatan,mana nak saya carik di kedai, mana nak saya  belikan buat dia- hanya lah doa, doa dan doa- moga Allah Swt mengasihi dia sebagai mana dia mengasihi saya semasa masih kecil- tambah sedihnya kasihnya dia pada saya bukan setakat masa kecil- sama saja sehingga kini- dalam umur 91 tahun masih mahu menjaga saya- kalau mintak ampun, dia cakap tiada dosa dengan dia, kalau mintak di doakan kesihatan- dia cakap ' ye emak doakan kebahagiaan kau suami isteri,anak beranak,berbaik dan bahagia sentiasa" Ingatnya dia dan mahu supaya saya sentiasa bahagia- mana lah hati tidak selalu sedih, tiada punca untuk marah atau penat kerana dia, tak pernah menyusahkankan.




Hari Jumaat saya terpaksa hantar dia rumah my sister, Heni masih bercuti di Indonesia, seminggu lagi baru balik,esok saya dah mula kerja, tiada orang di rumah.Sepanjang nak pergi rumah my sister, berdua dengan dia, sedih saya membawa kereta, dia duduk di sebelah, saya tanya dia ingat tak masa2 dahulu sama2 berjalan dengan dia ke Cameron, Bukit Tinggi, naik Cable Car di Genting- ketika bujang hanya saya dan dia- kami makan berdua di hotel- Semuanya dia masih ingat- Jika ada ibu yang masih kuat bina lah ingatan bahagia sebanyak mana dengan dia- satu hari bila tak dapat berbuat demikian kita sangat rindu- mencari yang tak dapat- mesti lah sedih tak terkata.Kemudian dah dua hari rumah my sister demam pulak dia- lagi lah risau hati- macam berpisah dengan anak kecil- balik ke rumah tengok katil dia saya menangis- tiap malam berdoa sahaja kerja saya. 

Hari ni telefon my sister Alhamdulillah, dah baik dia dari demam, cuma masih lemah- dapat bercakap di telefon mendengar suaranya sukanya hati saya- saya suruh Tia dan Mia berborak- mintak doakan nak exam besok- dengar dia cakap ' ye Uwan doa kan adik dan kakak"- harap2 by next week kuatlah dia kembali, boleh balik cepat2 ke rumah saya lagi.

Itu lah cerita saya- raya ni selain balik kampung then last week my sister, nieces, kawan baik datang kerumah tiada lah saya ke mana2- tambahan kerja rumah banyak nak di bereskan,anak2 pulak mid year exam besok. baju raya pun itu lah sekali di pakai di kampung- tak apalah banyak tahun dah berjalan sana sini- tahun ni banyak kan lah muhasabah diri;):) 

Setelah berapa lama terperap di rumah, buat revision budak2, berkemas etc- hari ni bawaklah budak keluar petang hari ke Pelabuhan Klng, makan seafood- kesian pulak budak dua orang ni- 









Di bawah gambar2 last two week- jadi full time house wife:)


Sempat membuat sebijik cake.


Goreng pisang nangka buat uwan petang2:)


dah penat menyapu duduk saja atas rumput dan termenung- bukan selalu dapat begini kan- rumput halaman sekangkang kera di depan rumah selalu di pandang sahaja setiap balik office- kali ini saya duduk dan berehat:):)


melihat keliling dan mensyukuri apa pun yang ada.


Selepas mandi pagi bersarapan, saya bawak uwan duduk di atas buaian di beranda, sambil saya menyiram bunga kami berborak- ini pun waktu lebih berharga dari emas.



Memberi masa pada anak2 nak bercerita apa pun.


Ini teman di dapur bila sudah makan, saya membasuh pinggan dia duduk meneman;)


Memang tak keluar rumah beli groceries pun online saja- beralih dari Tesco mencuba PRESTO-.boleh lah tahan- jika ada barang2 yang tak ada- dia akan pulangkan tunai walaupun kita bayar secara credit card.


Selection roti dia bagus compared to Tesco- Presto ada Ciabatta dan Foccacia bread - which is our favourite.


Raya ni teringat nak mengeluarkan gadget baru yang dah lama di beli- chopping board ni- best memotong cheese pakai ni- malangnya- the ceramic plate gambar apple tu jatuh masa saya basuh dan pecah:( sedihnya tak tahu lah boleh beli the ceramic tu dari Portmerion lagi- kalau tak kena lah saya belikan tile biasa dari sini.


Ini teman terbaik masa Heni tak ada- semua kita wet-wipes;);)


Malam ni entry saya di sudahi dengan doa buat dia- Kasihi dia Ya Allah- Amin.

……..

Buat yang berminat nak beli floor rug, tapestry boleh hubungi my sister at :

ZAITON ( Tun's Deco) - 0192862680- 

Rug/carpet dan tapestry nya memang lah murah jauh berbanding kedai- cantik2 semuanya.

Buat yang bertanya samada boleh bersahabat Alhamdulillah selamat berkenalan:)

Assalamualaikum.

………………….


Monday, August 4, 2014

Alih Mengalih Tanpa Budget;):)

Yuhuuuu..happy2- I m still on leave for another 1 week! He he Heni is still romancing the love of her life in Indonesia and i ve got to sacrifice my annual leave- not much complaint actually because i sort of enjoy it- seronok tak kerja kan;):)

Hari raya pada semua ya, pada Haliza,pada Mazni yang melankolik dan jauh di England, Dura, Hariaty, mamaAliya,anis Syalinda, Dhr, Muhhamad Naufal,Farah. Ila, Shila and Zaila-  Pada Shila takziah akak ucapkan, Al Fatihah.
Dan pada Zaila yang dalam pantang, Tahniah- akak pun tak ada tukar langsir dah few years rasanya:) Tahun ni akak tukar2, dalam rumah letak yang depan belakang, yang belakang depan, keluarkan apa yang ada dalam almari, basuh bunga lama, heni tolong lap cabinet dapur hingga putih baru:) Jangan tak tukar ada beli floor rug from my sister dan few pot of fresh flowers- Itu ajer! Wahhh banggo akak- tak keluar duit he he..ye lah raya2 ni bila balik kampung itu ini- byk duit mengalir- keinginan nak menukar semua baru tu datang bila menjelang raya- kalau dapat di bendung, keinginan tu menurun bila dah raya- yang penting bersih dan kemas. Nanti kita share some tukar menukar tanpa membeli baru di bawah ni:):)


Ini gambar hari ni- duduk menunggu anak balik sekolah dengan se gelas sirap bandung- wahhh seronoknya- walaupun dalam bilik kain baju menggunung tinggi- kita kayuh perlahan- lahan buat sikit2 okay:)


Semalam walaupun penat tapi ada yang sudi nak beraya, kita pun menerima dengan tangan terbuka, my nieces, sister, my friend Rufa and 'kenalan alam maya"- Bella- thanks sudi singgah dan carik rumah akak:)


Masak benda yang standard dan ringkas, nasik impit,lodeh kuah kacang, mee goreng dan agar2 milo only- my sister datang bawak rendang ayam.


This is my best friend Rufa- rain or shine she is always with me:);) Thanks Rufa:):)


It was a short session but full with happiness yesterday - rasa tak cukup2 nak berborak- macam2 dia orang ni buat:):)



My nieces Ikin and Ayan with Bella's children.


My niece Ikin- dah kahwin, dah berjaya tapi rasa macam dia masih kecik:):)


Ini my niece Ayan, dah jadi wanita minyak di syarikat corporat, dah ada boipren tapi masih cheeky macam kecik2- my birthday dua2 ni belikan me hadiah- happy weyyy- tadah tangan ajer maksu:)


Macam2 dua orang ni buat- carik barang2 yang patut di boikot dalam rumah- nak makan maggie dah tak boleh nasib baik my rumah ada instant noodles brand " My Kuali"- boleh lah makan.


Ada cili jeruk memang sedap makan instant noodles:)


My nieces dari dulu hingga dah besar panjang kalau datang my house atau balik kampung sure nak makan instant noodles i masak- kalau tanya " Nak ke maggie maksu masak?" Terus jawab " Nakkkkkk..cepat lah masak!" kih kih. Tengok tu muka bahagia makan instant noodles " My Kuali" perasa curry- sorang makan dengan tempoyak- sorang bising " busukkkk":):)

…………………..

Okay sekarang nak cerita alih mengalih- nothing much,ini hanya my passion, those who are professional Interior Designer, yang rumah besar dan budget banyak don't be offended-this is not a professional work or pictures. This is my minat- suka2 saja:):)


Area Bay window- langsir ni dah lama, the day bed pun dah lama, i tukar alas day bed yang dulu warna gelap beli dari Ikea- dah di cakar anak2 kucing habus berbulu- i tukar warna beige yang lebih cerah.Tambah 2 cushio  Ikea harga RM9,90 - that's all- adalah ciri2 berubah sikit.


Dua cushion baru yang murah untuk merubah suasana.


Bunga meja makan di alih ke tepi piano ni.


Bunga2 lama di basuh bersih- botol ni dulu beli kat ikea- beli bouqeut di SFF dan masukkan collection shells dalamnya.


Lap dan basuh semua haiasan berkaca.


Cushion pun i tukar2 dari yang tepi tingkap letak tengah rumah.


Untuk Coffe table i beli fresh flower untuk dapat warna yang meriah sikit.


Alas meja keluarkan dari almari yang beli di France tak pakai lagi- rupanya i beli banyak betul dulu- dua pakai kat kampung and masih ada 5 helai lagi;):) patut lah sakit bahu my husband bawak dulu;)


Tepi tangga letak 3 kuntum bunga baru.


Fern from Sungai Buluh.


I bought new Afghan handmade floor rug from my sister- harga very reasonable hanya RM400 yang ni- siapa yang berminat boleh contact me- i letak kat dapur untuk naikkan colour my white cabinet.


Sebelum balik cuti Heni dan wipe semua cabinet guna CIF- risau jugak terkeluar cat- tapi semua nampak bersih now- macam cabinet baru:)



My sister dual handmade floor rug yang macam2 semua reasonable harganya- wall tapestry pun ada.


And a new pot of roses for kitchen dining table.


Semalam my friend datang dia sibuk ambik gambar my wet kitchen- ha ha gambar petai pun ado:)


Sini tak ada yang ditukar cuma di bersihkan dan cuci ajer semuanya.


The hardest nak bersihkan garden- balik 4 hari kampung- the whole garden jadi kering and mati- kena tukar lah bunga2- i beli bougainvilla this time for instant suasana ceria:):)



Plant yang paling tahan jenis ni.


Now i tanam banyak jenis ni- money plant ke ni?



Kalau luar tingkap pun i tanam ni.


Pokok2 yang berjuntai sini pun banyak yang mati.


Ni spider plant.


Selamat hari raya semua!


Ini lah pembantu rumah yang di kasihi buat masa sekarang- Terima Kasih Girls and Papa- i love all of you:)

Bye all- until the next entry;) enjoy the raya mood:):0

………...