Friday, March 27, 2015

Missing my garden.


Salam!

Thank You so much for those who have emailed me. Some ada yg sempat jawab some tak sempat. Memang sangat2 busy these few months- i just took over some new area- ada staff lama yang berhenti dan belum berganti- kena adapt fast to the new scope of works- you cant wait or  sit down, take your time and learn- you have to do it now and now. Due to that i am looking for someone qualified to replace manager yang dah berhenti dulu- i really need assistant kalau tak nak pergi toilet pun tak sempat nampak nya;)But I am looking for somebody with related experience, yang ada experience dalam media,regulatory and IP- i am looking through all the resumes now and i will contact those with related experience.

So sorry yang mana berminat but without the experience yang di perlu kan- i really appreciate all the application- kalau tak balas email tu tak bermakna i tak baca- i ve read all- but there are so many emails masuk tak sempat membalas semua. Thanking everbody from the bottom of my heart- yang rasa nak kerja with me, nak belajar masak with me and nak get close to me:):) Don't worry if kita tak berkerja bersama pun I am here at "We Tell Sweet Stories" to connect with everybody- cuma lately tak sempat langsung nak update blog. Jangankan nak update blog i tak ada masa nak duduk di halaman sendiri pun- balik kejar masa masak- selesaikan budak2, Uwan- dapat masak dan attending to Uwan pun such a blessing- busy macam mana perlu ada masa untuk yang tersayang.

I have many pictures and stories- cuma tak sempat nak bercerita panjang2 here but I am sharing some pictures that closed to my heart;) My Garden- how i wish i could sit in garden and do nothing:) I buat few things kat halaman last week, tukar gate, tukar cubby house jadi cat house- really please with the result tapi tak sempat ambik gambar sepenuhya:)

My garden- I am missing you:)


I have a special place in my heart for trees and flower,garden and bushes.


My friend Pok Ya tengah tukar cubby house jadi cat house- Tia Mia dah besar and hardly nam duduk dalam cubby house- lately ni cubby house dah jadi macam garden shed- kucing pulak dah ramai tidur dalam cage so leceh- so i called Pok Ya to pasang pintu and tingkap for the cubby house.


I suka pintu yang Pok Ya buat ni- ada farm house feel:)


Tadaaaa dah siap- kejap jer..cantikkan rumah kucing yang baru.


This is a new house, please bless this house with love;) Day time our cats will roam around the garden- makan bunga, cabut bunga etc etc:);) malam tidur dalam ni:) at least hujan lebat dah tak risau nak tutup cage.


I miss sitting in my garden. I ve changed my gate- nanti ada masa i tunjuk gambar new gate okay:)


We went for shor escapde last week- tempat ni i suka sebab rumah dalam garden;)


The place is so nice- macam dalam cerita " Midsummer Murder"- English country side yang charming:)


Country girl:):)


I cooked this awesome sambal tumis udang bersantan last week- Tia Mia love it very much- sama saja macam buat sambal biasa cuma tambah santan dan masukkan udang bila kuah dah kering sikit- baru manis:)


A winner too- asparagus in oyster sauce- simple but just too awesome when you pair it with sambal udang:)

That's all for tonight- i have to go to sleep now- esok Tia Mia ada Hari Sukan at school, my maid Heni pulak nak keluar- i have to jaga uwan at home but i have bought items for my garden- esok lepas breakfast i can work in my garden;):) Dah rasa happy:)

Alhamdulillah to Allah Swt- segala perasan gembira, kasih sayang, tenaga, kekuatan, hanya dari Nya- Kesyukuran tiada henti atas segala nikmat di beri- moga sentiasa ingat tidak lupa.

Nite nite.


Friday, March 20, 2015

Come and work with me:)

Salam,

I am looking for somebody with a legal and regulatory background to fill a senior position at the Intellectual Property&Regulatory Department. He or she will work directly with me and I am looking forward  to work with somebody who is willing to learn and can act fast.

We have an exciting environment at our office, come and join our fun journey;) 

If you are interested to work in a Media Company-leave me your contact number or can send your resume to zuraidah@mediaprima.com.my

Tks!

Monday, March 9, 2015

Lets get bergaya!


Hi Ladies!

Busyyy?? Mesti lah kan...School holiday is coming, kenduri, event, party pun banyak jugak.Myself last few weeks berkejar sana sini pergi wedding lah,birthday party, itu tak kira event kat office lagi.Sometimes baju ada kat dalam wardrobe, tudung pun ada tak pakai lagi pun masih tak tahu nak pakai apa. nak pergi kenduri jer mesti termenung depan cermin dan almari- pakai berlambak tak sesuai ajer semuanya. Nak pergi kedai pun masalah jugak- masa langsung tak ada. My solution sekarang memang online jer- lunch time ke atas katil ke sempat jer bershopping. Yang best shopping online ni boleh match kan baju dan tudung, cari aksesori yang sesuai dah tu bila dah isi semua dalam cart boleh tengok budget- terlebih, boleh keluarkan dulu:)

So banyak jugak sites yang I suka and the latest di perkenalkan to this one : ZOLACE: laman web membeli belah koleksi busana Muslim yang cool. Yang best Zolace menyediakan penghantaran percuma bukan sahaja ke seluruh negeri Malaysia malah hingga ke Singapore dan Brunei! So orang Singapore dan Brunei yang busy dan bukak almari tak tau apa nak pakai boleh datang ke laman web  laman web butik baju Muslimah online  di www.zolace.com.

Orang perempuan selalu jer bosan dengan semua koleksi baju menggunung dalam almari:) dah tu tak senang jugak mencari baju muslimah yang sopan dan trendy- Zolace adalah online butik yang boleh kita perhatikan- sebab banyak yang menarik dan dengan harga yang sangat okay:) dah tu kat Zolace kita boleh pilih top, bottom, tudung dan part yang paling saya suka aksesori dia- memang sangat cantik;) Bila kita match kan boleh bawak pergi office, wedding atau apa2 majlis.
 
Kalau nak  koleksi blouse yang bergaya dan terkini namun masih menutup aurat? Idamkan skirt labuh dan seluar Palazzo yang melengkapkan lagi penampilan kita sebagai seorang Muslimah? Mencari kardigan yang menarik dan tidak membosankan? Zolace adalah butik online yang akan membantu kita merealisasikan impian dan menamatkan pencarian anda.

Most of us nak pergi office or kuliah mesti nak pakai baju kurung.Ye lah baju kurung tak luput dek zaman- ever green ajer kan.  Zolace juga menawarkan pilihan baju kurung bagi pencintanya. Pelbagai koleksi baju kurung yang boleh kita pakai untuk acara kasual, majlis istimewa ataupun bergaya ke pejabat. Bukan itu sahaja, fabriknya juga berkualiti tinggi dan pasti memuaskan hati. Tampil berlainan dan menarik dengan baju kurung moden Romantic Resplendence ke pejabat mahupun ke kuliah. Baju kurung moden Sleek it Out pula akan menjadikan penampilan kita kelihatan lebih anggun dan cantik.
Semua para fesyenista Muslimah pasti memiliki blaus untuk digayakan apabila bersiar-siar, bertemu rakan ataupun sebagai koleksi kasual. Zolace memberikan anda variasi blaus bercorak dan kosong yang cantik dan menawan. Fabrik berkualiti yang terdiri daripada kain sifon pasti memberi keselesaan kepada pemakainya. Rekaan blaus yang ditambahkan dengan kain renda berserta pilihan warna yang cantik dan terang pasti menjadikan pemakainya kelihatan lebih muda dan segar. Pilih mana-mana blaus idaman anda dari koleksi hebat kami Hanya klik pada blaus pilihan, warna idaman, saiz bersesuaian dan voila! Pasti banyak mata yang tertarik dengan blaus cantik pilihan anda dari Zolace. Jangan segan-silu untuk berkongsi laman web hebat  membeli blaus tersebut. Bolehlah kita dengan rakan-rakan tampil menawan dan bergaya bersama-sama.
Skirt Muslimah yang boleh ditemui di Zolace pasti menyerlahkan lagi kesantunan pemakainya. Fabrik yang digunakan untuk koleksi skirt Muslimah ini sememangnya berkualiti tinggi dan akan memberi keselesaan maksimum kepada pemakainya. Bergaya dengan koleksi skirt Command the Campaign ke pejabat mahupun kuliah. Rekaannya yang ringkas dan menyelesakan menjadi pilihan utama para wanita berkerjaya ataupun si gadis manis yang masih belajar. Skirt Elegance Aglow Mermaid dan skirt peplum Say it with Style menjadi pilihan tepat sekiranya anda mengunjungi mana-mana majlis istimewa. Elegan, anggun dan bergaya merupakan kata utama yang sesuai untuk pemakainya. Jangan lepaskan juga peluang memiliki koleksi skirt labuh kami iaitu Stop and Stereo dan Sway with Me. Sekali cuba, anda pasti jatuh cinta dengan efek alunan yang menyerlahkan lagi keayuan dan keanggunan diri sebagai seorang wanita Muslimah!
Bosan memakai seluar biasa yang anda selalu gayakan? Ingin mencari kelainan namun masih menutup aurat dan menyelesakan? Koleksi seluar Muslimah di Zolace menawarkan pilihan hebat kepada anda. Seluar Palazzo yang menjadi trend terkini juga boleh anda temui di laman web butik online kami. Pelbagai variasi menarik seluar Palazzo bermula dari seluar bercorak sehingga pilihan warna-warna yang cantik. Tidak kisahlah bagaimana anda menggayakan seluar ini, hasilnya pasti menjadikan anda kelihatan lebih menawan dan sopan. Keselesaan yang diberikan oleh fabrik yang berkualiti ini juga pasti meningkatkan tahap keyakinan dan menjadikan setiap pemakainya berasa ceria dan gembira.
Penggayaan kardigan pada masa kini adalah lebih meluas. Ia tidak terhad lagi untuk memastikan pemakainya berasa hangat pada setiap masa. Kardigan pelbagai jenis dan gaya kini boleh dipakai bersama blaus, kemeja-T dan juga gaun. Disebabkan evolusi penggayaan kardigan ini, Zolace juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kepada Muslimah di luar sana koleksi kardigan yang menarik dan hebat. Bahagian kardigan kami pasti memukau mata anda dengan warna-warna yang terang dan ceria. Pilihan warna ini sememangnya bertujuan untuk menjadikan penampilan anda kelihatan lebih ceria, muda dan juga menarik. Rekaan kardigan di Zolace yang diinspirasikan dari kimono ini menjadi satu faktor menarik untuk anda cuba. Pakai, lihat dan rasai sendiri keselesaan dan keanggunan yang ditawarkannya. Pilih koleksi hebat kardigan Lounge & Clear Kimono dan Twinkling at Twilight di Zolace.
Setiap para wanita tidak kira muda mahupun yang sudah berumur pasti berasa tidak lengkap dan sempurna tanpa pemakaian aksesori. Kami sedar akan hal ini dan oleh itu kami telah menyediakan bahagian aksesori untuk menyerlahkan lagi gaya anda. Anda pasti menemui aksesori yang bertepatan dengan cita rasa anda di laman web membeli-belah kami. Koleksi lengkap aksesori Zolace yang bermula dari rantai sehingga tali pinggang wanita pasti menjadikan gaya keseluruhan anda kelihatan stailo dan mengagumkan mata yang memandang. Rekaannya yang tersendiri menjadi faktor utama untuk anda mencuba koleksi aksesori kami. Pilih mana-mana aksesori yang berkenan di hati, dan anda sudah bersedia untuk kelihatan hebat dan tampil mempesona di mana-mana jua anda pergi.
Fesyen yang berkembang pada masa kini juga membolehkan para Muslimah untuk bergaya mengikut syariat Islam. Pelbagai gaya dan fesyen terkini yang boleh dipilih mengikut keselesaan dan kegemaran masing-masing. Di Zolace, kami prihatin dan ingin memudahkan pencarian gaya idaman yang sesuai untuk semua Muslimah. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan satu blog khas untuk membantu para fesyenista ini tampil bergaya seiring dengan masa dan waktu. Pelbagai maklumat dan fesyen menarik yang boleh ditemui, sekali gus boleh dijadikan panduan dan inspirasi dalam merealisasikan impian menjadi seorang Muslimah yang anggun dan bergaya. Jom lihat pelbagai maklumat hebat dan berinformasi dengan klik pada pautan ini https://www.zolace.com/blog/.
Follow Zolace social media for new arrivals updates and fashion news
Google+: https://plus.google.com/+ZolaceMalaysia/posts

So seronok kan! dah bertambah-tambah websites untuk kita wanita- boleh shopping sambil potong bawang kat dapur:)

Okay lah saya nak kongsi few pictures yang saya guna dari produk Zolace- mostly the aksesori- i love it very much- Jom tengok!

I letak picture yang my favourite- actually semua best2 sebab harga very reasonable:)

 
Masa mula dapat all the accesories with the rich colour tudung so happy- i said wahhh so cantik:)
 
 
This bangle so versatile boleh pakai utk casual dan jugak formal.

 
The Deep Sapphire bangle pun sangat cantik- senang nak pakai because elastic.

 
And i love jenis bracelet yang banyak2 ni- tak payah pakai accessories banyak just guna ni- nice to go with jeans or baju kurung pun:)

 
And the lovely necklace- pearls always a winner tak kira lah yang asli atau tidak- match kan dengan blouse putih- wahhh so nice.
 
 
 
See- this is my favourite tiap hari nak keluar sarung ajer yang ni:)

 
These too:)

 
This one so unique kan.

 
It's nice to go with dark shirt;) and you can match it with topaz ring;)

 
This is the Sun Burst Shawl- so rich the colour- kalau pakai black top this is the solution to give colour to your dull day!

 
The shawl is so soft and easy to wear- i ada lagi sehelai yang colour marine green- tapi cukup lah bergaya ni;) The rest you ve got to go and visit Zolace's website;):)
 
Taaa..Taaa...