Salam,
I only have stories to share:) cerita nya yang sama berulang-ulang- tapi bermakna- nak diceritakan lagi biar Tia Mia kalau sudah besar tahu mencari blog ini membaca dan membaca.
It's a non stop stories about us and our moms- terasa cerita kita sedih,kisah orang yang lebih sedih- terasa cerita kita istimewa cerita orang mestilah lagi istimewa buat dirinya. Macam mana tidak istimewa ianya cerita kita dengan orang yang membawa syurga di bawah tapak kakinya- Mashallah siapa lagi lebih istimewa dari itu- siapa lagi.
Dia istimewa kerana dia bagi hidup dan nyawanya buat kita- Kita yang serba kurang selalu ikut hati ini- emak lebihkan sedikit adik beradik yang lain kita merajuk, emak tak masak makanan kegemaran kita, kita ambil hati, emak tak belikan apa yang kita hendak kita pendam perasaan- kita mahu macam2 dari emak, tahu dapat sahaja,tahu sempurna sahaja,tak kisah dia penat, dia sedih,dia kecewa,dia sakit dan sebagainya.
Dia yang serba sempurna bertabah dan berkorban sentiasa- kita tak call dia,tapi berjam-jam dengan kawan bersembang dia tak merajuk, kita tak beri dia duit walaupun RM50 sebulan tapi boleh beli phone baru,baju baru,mainan anak yang baru,pagar baru- dia tak memendam malahan tumpang gembira,anak ku berjaya, kita tak ada masa bawaknya berjalan walaupun dekat tapi kita melancung hingga ke London,Paris atau sebut sahaja di mana- dia tak mengata atau meminta malahan kalau tak cukup duit sekiranya ada dia sedia membantu, kita tak menjengoknya sebulan sekali pun tapi boleh melingkari shopping malls, alumni,berparti- dia tak marah tapi memahami. Kita sakiti hati dia- dia menangis tetapi bukan menangis mintak kita diberi bala tapi menangisi minta kita di rahmati,diampuni- Sudah semestinya syurga itu di bawah tapak kakinya, begitu dekat dengan kita, boleh dipegang dan peluk tapi boleh sahaja hilang bau pun tak dapat di hidu. Moga saya lebih ingat, moga saya lebih ingat.
Cerita paling sedih buat saya dan kalau teringat selalu saja menangis- cerita lama- dah cerita di sini tapi cerita lagi-
Bulan puasa lama dahulu, uwan masih kuat tapi tak lah sekuat mana- masih boleh menguruskan rumah dan tak mahu duduk di KL.saya baru kahwin dua tiga tahun, anak belum ada. Bila menjelang bulan Ramadhan berbuka puasa dgn suami hidangan penuh semeja selalu sahaja air mata tumpah mengenangkan apa yang di makan di kampung, tiap minggu saya balik,penuhkan fridge, tiap pagi saya telefon ingatkan dia sahur,tiap tengahari saya tanya apa yang dia nak masak. Selalu hiba bila balik kampung tengok dia duduk di dapur sorang, ajak ke KL tak mahu,bila kita balik ke KL nampak dia melambai dari jauh aduh sedihnya.
Satu hari di pejabat mcm biasa pukul 10.00 pagi saya call dia, tanya apa nak masak bukak puasa, dia cakap belum tahu lagi,gas sudah habis,tapi tak apa akan mintak jiran belikan- risaunya saya- tahu org sebelah tak berapa cekap- sepanjang buat kerja di pejabat asyik terfikir macam mana ni kalau gas tak ada macam mana dia nak masak- ini kan bulan puasa, ya Allah sedihnya- saya tahu kalau telefon yg lain2 pun last mins macam ni tiada siapa boleh balik. Saya tengok jam pukul 11.30 pagi masih ada masa- masa tu tenaga muda mudah bawak kereta KL- KPilah sekejap sahaja.Saya pun drive balik, singgah di R nR Seremban saya belikan dua jenis lauk dan dua jenis kueh- dah berpuluh tahun masih ingat- gulai daging salai dan bacang dan gulai perut,kueh badak berendam dan ondeh2. Balik saya terus ke Kuala Pilah- bulan puasa tidak ada kedai yang mahu hantar tong gas ke rumah saya- rumah saya di puncak bukit,sakit pinggang orang nak bawak naik silinder gas. say pun beli satu tong gas baru yang penuh mintak naikkan dalam kereta Satria saya- memang sangat berat satu tong gas yang penuh,tak terangkat kudrat perempuan.
Sampai di rumah- di kaki bukit satu cabaran nak naik- saya pun dgn susah payah turunkan tong gas seorang- saya dapat jalan dengan mengerakkan tong ke kiri sedikit ke kanan sedikit- rupanya tong jadi mudah nak di bawa tanpa di angkat- 1/2 kaki ke kiri 1/2 kaki ke kanan akhirnya saya sampai di puncak bukit dan ke dapur Uwan- Uwan nampak saya dengan tong gas, sangat terperanjat dan terharu- masa tu dah pukul 2.00 dan memang org sebelah belum belikan. bergenang airmata Uwan dia asyik cakap " Allah, penatnya kau, penatnya kau, macam mana nak balik ni,.kesian nya, kesiannya" Pada hal saya yang menahan sedih- saya keluarkan lauk2 dan kueh- uwan sangat terharu- kalau ikutkan tak perlulah dia terharu- itu hanya tanggungjawab anak- tapi saya memikirkan kalau tanggung jawab kerja dan pada orang macam2 yang impossible kita buat- ini tanggungjawab pada yang Syurga di tapak kakinya. Lepas bercakap lebih kurang pukul 2,30 saya bertolak ke KL semula, saya lihat di melambai dari jauh- saya sangat sedih tapi sekurannya terubat hati sebab saya dah belikan dia lauk dan kueh, gas pun dah ada. Pukul 4.30 saya sampai ke pejabat- malam hari bukak puasa saya cakap pada suami yang saya balik kampung siangnya utk belikan Uwan gas.(selepas kahwin syurga pun di bawah tapak kakinya).
Itu lah kisah saya dengan emak saya, tiada kisah hebat memanjat gunung bersama, tiada kisah gah melawat London atau paris dengannya- tapi saya ada memory kasih sayang tidak terbilang- tidak akan hilang sampai bila2.
Allah berikan saya rahmat, di kurnia cahaya mata kembar- uwan datang duduk dengan saya semenjak saya pregnant sebab saya sakit teruk- Sakit teruk diberi Allah swt pun ada hikmahnya- uwan dtg duduk dengan saya kerana risau keadaan saya. Cahaya mata saya adalah kebahagiaan baginya- sudah lama sendirian sekarang ada tangan2 kecil yang mengharapkannya.
Masa masih kuat saya bawak lah dia berjalan-jalan, bercuti dekat2 kami bersama- banyak gambar dan kenangan indah- hingga kini dah kurang penglihatan tapi Uwan masih dapat melihat dengan mata hati tempat2 dahulu- selalu ajer bercakap " baju panas emak tinggal di Cameron dahulu".
dari boleh berjalan sendiri uwan bertongkat- tapi kita masih bersama- ini gambar setelah menjalani operasi perut- Allah swt memberi saya dan uwan peluang- Uwan sihat dan kuat betul2 setahun lamanya.
selama di rumah saya dia mencurah kasih sayang pada anak2.
Banyak masa gembiranya dengan si kembar- setiap hari bersama.
tapi setiap yang sihat pasti aja sampai hari lemahnya begitu jugak Uwan- di usia mamemasuki lewat ini- Uwan makin lemah fizikalnya- tapi kekuatan semangat dan mental masih sama.
Ini lah cermin buat saya- cermin buat anak2- mengingati kitaran hidup- Kini tenaga sudah tiada, mata sudah kabur, ingatan sudah kurang- tak mengapalah Allah swt telah memberi cukup masa- cukup peluang- telah banyak yang di lalui bersama- sekarang saya cuba jadi kekuatannya, matanya, ingatannya- Tidak terbalas apa yang telah di beri tapi memberi yang sekadar mampu- kasih sayang itu tidak perlu di beli- senang di beri kalau ikhlas dan mahu- masa tua ibu bapa adalah cabaran buat anak2 bukan buat dia- dia telah tidak mengharap apa. Moga saya terus kuat, untuk menjaganya.
Tia Mia- kita bersyukur pada Allah swt banyak2- kita sentiasa ingat, jangan lupa ya.
.....................................