Salam semua:)
Lama betul tak membuat catatan di sini. Last Wednesday i had an event at the office, all of us came so early to the office waiting for one VIP - the program supposed to start at 7.30 and all of us came at 7.00- but she didn't come until 10 mins to 9.00! What else can i say.
Anyway sementara tunggu tu one of my big boss Mr CEO yang ceria- pun datang borak2 and he said ' i heard you blog so popular! berapa follower you?" then sorang tu cakap pulak ' yes boss i am one of her earliest follower"- ha ha mana popular- tapi beryukur punya kawan2 alam maya yang Alhamdulillah- itu pun rezeki- Mr CEO cakap' you kan expert IP- you tak monetize ke blog you? Saya tak menulis kerana nama or duit- suka2 bawa bahagia- itu lebih bermakna- tapi for fun ada lah jugak buat promote produk orang dulu2- itu pun reader tak suka:);)Tapi sekarang lama tak menulis kan- ramai jugak kawan2 yg bertanya- satunya sangat sibuk sekarang, masa limited, badan pun penat, dah tu sejak tukar iPhone 6 jarang transfer gambar ke PC- semua gambar boleh edit dan post direct ke fb or instagram:) yup saya dah bukak account baru instagram sebab account lama tak ingat nama:)
Lately sangat penat lah- office di bangsar, meeting kejap di Bandar Utama, Cyberjaya,KL- balik mesti jam- raya ni haru jugak- just imagine Heni ambik cuti balik bermula esok 11/7 hingga 25 August- cuba kira berapa hari tu- 41 hari- mana office dalam dunia ni nak bagi cuti macam tu- kadang2 maid ni pun susah lah cakap- kalau setakat nak balik 3 minggu kita boleh adjust jugak- kata dia ada kenduri keluarga- i told her come back dulu lah- nanti dah nak kenduri on the 23rd tu balik lagi at least saya can work in between- tiket biar saya yang tanggung- but kadang2 malas lah nak cakap- susah tu bukan setakat nak menguruskan budak tak ada orang kat rumah- tapi yang lebih penting uwan- kena lah hantar rumah my sister after raya nanti- kesian jugak, dia akan miss budak2.Dia bukan nya fit yang boleh berlenggang sana sini at 92 years banyak lah limitationnya. Dah tu fikir 41 hari how do i divide the leave between me and husband? i know for a fact that my hb memang meeting memanjang- myself walaupun quite flexible tapi se flexible mana- tanggungjawab kena jalankan dengan betul. Bincang2 dengan boss, nak ambik cuti tapi datang kerja cuma nak balik fetch budak ajer sekejap- tak apa biarlah rugi cuti asal dapat ambik budak2- dah time balik sekolah dia odd. Boss pun okay Alhamdulillah- then fikir2 what if tiba2 ada meeting waktu nak ambik budak sekolah tu and memang kena attend- tak kan today tak boleh, esok tak boleh, tulat tak boleh. Fikir2 berdoa pada Allah Swt meminta di permudahkan urusan- tiba2 teringat Teacher Claire- ex kindy teacher- we still keep in touch- so call dia tanya dia buat apa sekarang- she said just duduk rumah- so tanya dia boleh ke datang rumah macam babysitter kat oversea tu- halfday untuk tunggu budak balik sekolah, attend to them until i balik kerja for this 41 days- she said she will gladly do that- Ya Allah Alhamdulillah so happy- budak2 pun happy sebab they love Teacher Claire. Moga di permudahkan urusan- kadang2 memang tak mahu bergantung pada orang gaji- tapi kalau sesiapa yang bekerja dan ada ibubapa yang uzur tak banyak pilihan terpaksa lah jugak- jeruklah perasaan sedikit demi ketenteraman yang di sayang.
Allah Swt
sentiasa memberi jalan sekiranya kita meminta dengan sesungguhnya- kadang2 saya terasa ada cabaran sikit tetapi selalu saja berjumpa atau mendengar cerita yang membuat saya sangat bersyukur- hari tu terjumpa seseorang yg saya kenal di basement waktu lunch time- dia pun tergesa-gesa nak balik- saya tanya dia- anak yg paling kecik umur berapa- kata dia dah 8 tahun- cuma dia perlu balik setiap lunch sebab kena tukar diaper ayah dia, ambik kan wuduk sebab ayah dia yang kena stroke nak sembahyang- dia menjaga ibu dan bapanya- ibunya pun dah tak kuat- saya pun pandang dia dan kami saling memahami- saya cakap memang kita anak perempuan yang kena jaga ibubapa- lebih mudah kerana kita menguruskan rumah, dapur dan sebagainya- kita redha, ikhlas dan jgn berkira dengan adik beradik yang lain- dia pun mengangguk bersetuju.Saya kata lagi ada seorang abang saya sering menangis bila berjumpa saya meminta saya redho kan tanggungjawab menjaga ibu bagi pihaknya- dia cakap jika waktu ke masjid saya limited atau kurang ilmu2 yang lain tapi saya mendapat ganjaran dari menjaga ibu- saya cakap saya tidak mengira tanggungjawab siapa sebenarnya- saya menjaga ibu kerana saya sayangkan sama seperti saya masih tidur di ketiaknya- seorang yang kita sayang begitu tak kan kita mahu berpisah dengannya.
Hmm - baru saja menulis dah saya bercerita macam2 kan- kalau Mr CEO baca ni mesti dia wonder ' why on earth blog dia ada orang nak baca???" nag nag ajer kerja nya;):)
Anyway i have 6 pictures to be shared- it is quite impossible to post all pictures since my last post- macam2 event in between:)
I finally got myself a crock pot and i made my first stew- the result was really good- few hours pun daging lembut dan jatuh dari tulang- a very good RM250 investment:)

This puasa Tia dan Mia berpuasa penuh- Alhamdulillah- so buat makanan yang boleh buat dia orang kenyang macam steamboat dengan noodles yang dia orang suka- ada yang bertanya buat soup/broth dia macam mana- so simple- nothing artificial or from the bottle- boil ikan bilis yang good quality colour putih dalam 2 genggam- masukkan i bijik bawang besar yang di dadu dan beberapa bawang putih- tumbuk lada sulah hingga halus dan masukkan- biar mendidih perlahan at least 1 hr-tambah garam- sebelum masuk bahan- masukkan penapis dalam periuk dan angkat semua ikan bilis dan bawnag yang dah lembut- kita akan dapat soup yang cantik- tambah lah apa pun yg nak macam fishball, mushroom etc- sangat sedap makan dengan cilikicap- biar mereneh atas dapur dan masukkan bahan 10 mins sebelum buka- selalunya saya angkat periuk terus atas meja- excited budak2 bila buka penutup:) Kalau nak broth ayam- buat cara sama cuma tukarkan kan bilis dengan tulang ayam.

Puasa ni dapat ke pasar di hujung minggu dengan husband jugak satu kebahagiaan.
Saya suka pasar besar TTDI macam2 boleh jumpa.
sangat sedap bekas pai tee dari TTDI ni- senang isi dia pun boleh di beli jugak:)
Anyway my family is addicted to this during this puasa- cold oatmeal in the bottles- refill non stop dalam fridge- sahur satu kemestian- senang saja membuatnya- hanya masukkan setengah instant oatmeal dalam botol, tam bah fresh milk, sedikit brown sugar, peach atau raisin atau apa2 yang kita suka- simpan dalam fridge seharian atau semalaman.
Itu lah saja cerita kali ini- tak sabar nak balik kampung berlari di jembatan dan ke pasar ramadgan Kuala Pilah- rindu tak terkata.
Selamat menyambut Syawal dan menunaikan ibadah puasa yan hanya tinggal beberapa hari ini. Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali.
……………..