Salam,
Note : For those who asked; which travel agency- as per my first entry before this, we ambik Poto Travel cawangan Dataran Shamelin- the person in charged for our package was En Zaki- i cant write down the phone number now as i am sitting on the bed and too tired to get my mobile:)- but you can google Poto Travel Dataran Shamelin- En Zaki is really helpful - he used to work with Tabung Haji before.
Okay menyambung kembali kenangan perjalanan yang istimewa ini:
Tiada lah tempat lain terindah seperti Makkah dan Madinah- kerana manakah tempat yang kita sentiasa ke masjid dan bersolat jemaah dengan bacaan yang sangat menusuk jiwa. Diwaktu pagi yang hening- ketika dikejutkan suara azan dari masjid Nabawi sangat menusuk jiwa- bila melihat dari tingkap hotel ke bawah nampak permandangan sangat istimewa- para jemaah berjalan atau berkerusi roda berduyun ke masjid- sangat istimewa perasaan ketika itu. Merasa Ya Allah syukurnya aku sebahagian dari mereka yang menjadi tetamu Mu- aku di sini Ya Allah- Aku di tanah Madinah ini- itu Masjid Nabawi- di situ Makam Rasullullah- Ya Allah aku sini, bukan mimpi- Terima Kasih Ya Allah.
Tia Mia pun Alhamdulillah sama2 seronok berjalan ke masjid di waktu subuh dingin.
Melihat payung masjid Nabawi terbuka juga sangat istimewa tetapi tak tahu video yang saya upload ni boleh tengok ke tak.
Selepas solat subuh keadaan di luar masjid Nabawi sangat seronok- peniaga2 sibuk mengeluarkan jualan mereka- dan orang Malaysia lah yang paling meriah membeli;)termasuk saya yang sibuk menjenguk:) Kak Pinatbate mesti sangat faham keadaan ini- sekarang pun saya rindu permandangan ini:)
Selepas breakfast kenderaan telah menunggu untuk kita ziarah di Madinah.
Ustaz Muhyiddin our Mutawif yang di lantik Poto Travel telah menguruskan semuanya. Alhamdulillah.
Keenderaan di pandu oleh orang Arab- kat sini memang orang Arab saja rasanya boleh memandu sebab hanya mereka yang mahir selok belok jalan raya mereka yang sibuk. Jangan memandu sambil ber whatsapp Sheikh! Selalu di TV melihat orang2 Arab berjubah dan memakai igar nampak biasa- di sini baru boleh di lihat perbezaannya- jika yang berumur jubah mereka longgar, yang muda2 jubah sedikit ketat cukup2 badan- berseterika, berkanji dan nampak sangat smart mereka memakainya:):) Kereta GMC ini pula sangat solid dan besar- memang sesuai untuk mereka:)
Mutawif membekalkan kami air dan croissant berinti coklat yang sedap di dalam kereta.
Di dalam perjalanan mutawif bercerita sejarah setiap tempat di lalui dan destinasi pertama adalah Masjid Quba'.Ramai peniaga wanita di luar masjid ini menjual hasil tani- saya sangat suka melihatnya.
Strawberry pun ada.
Masjid Quba ini sangat cantik senibina nya.
Kami pun mengambil tempat untuk sembahyang sunat.
Kami juga naik ke tingkat atas untuk melihat- lihat.Inilah masjid tempat Rasullulah singgah di dalam perjalanan ke Madinah dahulu.
Habis sembahyang sunat kami keluar- and Tia terjumpa kucing dan…ehhh macam anak Che Ta lah budak ni:)
Saya berhenti lagi melihat jualan- suka melihat telur nya yang bewarna putih.
Besar2 strawberry nya.
Kemudian kami melalui masjid Qiblatain dan beberapa tempat lagi sebelum menuju Jabal Uhud.
Akhirnya sampai di Jabal Uhud-di sini penuh dengan gerai kurma.
Seperti yang di nasihatkan mutawif saya membeli banyak kurma di sini sebab harganya lebih murah dari Makkah dan sangat segar.
Di sini kurma Ajwa ataupun kita [anggil kurma Nabi 50 Riyal sekilo jika di Makkah 100 Riyal.Ini kerana di Makkah sangat ramai orang dan supply pulak tidak begitu banyak.
Sangat bersyukur kerana saya beli kurma di sini.
Kurma dan kurma di merata tempat.
kami tak naik ke ouncak Jabal Uhud- hanya setakat di bawah sahaja.
Seronoknya dua orang ni banyak makan kurma free- dan both love kurma very much di malaysia pun.
Alhamdulillahhhhhh..we are here.
Di sini matahari tegak di kepala tapi tidak panas:) Subhanallah.
Selepas puas kami pun turun.
Melalui tempat2 jualan ini.
Semasa di malaysia- rezeki Tia Mia ramai yang memberi sedekah kepada keduanya untuk membeli ice cream di makkah/madinah- sejak sampai kami belum bertemu ice cream di madinah sehingga lah ke Jabal Uhud ini- Alhamdulillah setelah di sinar matahari kami bertemu van ic cream.
Memang sedap.
Perasa vanilla dan ice cream.
Sampai ke hotel semula kami solat zohor
Kalau ramai beginilah keadaannya di luar masjid pun sudah penuh.
Kemudian balik ke bilik hotel untuk berehar sebentar sebelum maghrib.
Maghrib sangat indah- kalau penuh kami solat di luar- dibawah cahaya yang indah- melihat langit.
Sejadah yang di beli dapat digunakan sepenuhnya- kadang2 orang menumpang kita niat sedekah.
Habis Maghrib suasana sangat indah- Masjid nabawi bermandi cahaya- ini lah yang membuat hati rindu- perasaan sangat tenang di sini- sukar diungkapkan- tiada yang di risaukan.Duduk melihat keliling atau mendongak langit boleh membuat kita mengalir air mata.
Seperti selalu kami berjanji bertemu papa di tepi tiang tertentu.
Masing2 pun bergerak meninggalkan masjid sementara yang baru sampai akan memenuhi masjid.
Di jalan menuju hotel banyak kedai2 menarik
Saya sangat meminati tapestry- berjumpa kedai ini sangat happy.
Saya membeli tapestry Kaabah seperti yang tergantung.
Dan banyak tapestry lain2 yang menarik lagi.
Sampai di sini dulu sebelum kita menyambung perjalanan menuju Makkah selepas ini.
…………….
1 comment:
Rindunya suasana di Mekah. Tgk gamba2 admin post, terimbau kenangan2 masa di sana. Harap dpt jejak lgi kaki di tanah suci.. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
Post a Comment