Friday, July 22, 2016

Perjalanan Indah Raya 2016

Salam Dunia, Salam Semua, Salam Hari Raya- Ini Hari Kemenangan Kita, Tiada lagi ketakutan- bak kata M.Nasir:)

Lama betul tak menulis disini- just now i forgot my password for a few times until i a verification was sent to my mobile and i had to change my password:);) Many have been asking me to write back- yelah kita menulis dari hati, kadang2 hati ada kadang2 hati jauh- kita bukan menjual barang, kita bukan ditaja oleh sesiapa- tidak menulis kerana perlu ada update sahaja- menulis kerana memori itu bermakna- masa terlalu cepat berlalunya, semalam sahaja telah dilupakan apatah lagi yang setahun dulu, 5 tahun, 10 tahun pasti sahaja perlu digosok untuk mengingati nya.Yang tiada ketika masih baru kita ratapi,sebulan dua semakin pudar, setahun dua hilang terus. Begitu juga kasih dan cinta, boleh hilang boleh tenggelam, sedangkan sedarah sedaging hati kita berubah, apatah lagi jika tiada ikatan.

Namun begitu tidaklah hopeless hidup ini tanpa ingatan atau kasih sayang kerana kuncinya ada dihati- maka malam ini mencoret memori lagi- bermakna perjalanan raya 2016 ini- bermakna bukan kerana benda2 bertambah, baju yang banyak, kereta yang lebih besar, pangkat yang menjulang tapi bermakna kerana dapat bersama ditempat tumpahnya segala cinta. Dengan uwan yang semakin lemah- terasa sebulan dua sebelum raya seperti tiada rezeki untuk balik kampung beraya disana- terasa kesedihan itu menyengat hati tetapi redha. Ada orang tidak kisah tidak beraya dikampung- apa sahaja yang dicari- rumah bukan cantik atau modern seperti dibandar-tenaga lebih banyak keluar,duit pun perlu mengalir untuk membuat itu ini. Tetapi nilai ingatan dan kasih sayang di kampung itu terlalu tinggi- tak dicari dengan hati ikhlas tak kan berjumpa. Telah lama saya belajar tidak terlalu berharap- semasa masih remaja, belum berkahwin saya selalu mengharap- raya semua adik beradik mesti lengkap berkumpul, semua mesti mencurah semua sebagai mana saya jugak mencurah dan memberi- tetapi kita tidak boleh menetapkan bahagia hati kita itu atas syarat2 ini- tidak lengkap, tidak semua dipenuhi kita tak boleh bahagia. Maka saya meneruskan hidup saya, memegang bahagia apa yang ada didepan mata- jika tidak lengkap ahli keluarga lain pun dengan ibu bersama saya- bahagia lah, kerja banyak hendaklah dilunaskan- buatlah selagi mampu- disimpul kasih sayang banyak2 supaya ikhlas- supaya penat itu hilang disirami kasih dan sayang.



Sepanjang tahun uwan tidak balik kampung- 2 minggu sebelum raya saya bersama suami dan anak2 balik dulu menjengok keadaan rumah. Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada Pashik dan Makcik mencurah tenaga dan wang ringgit bagi mengekalkan keselesaan rumah dikampung. Itu lah rezeki kita bersama. My two girls ni happy tak boleh cerita nak balik kampung- Alhamdulillah they shared my feeling;)


Pancit pulak kereta di Nilai- macam saja diletak benda di jalan- sebaik sahaja kereta kita ketepi mamat india ni terus sahaja keluar dgn motorsikal nya membantu.


These two seronok sepanjang jalan masuk ke kampung- boleh makan angin yg betul2 dengan membuka mulut:)


Ini lah rumah Uwan- masih utuh berdiri- kita upah orang Indonesia yang tinggal berdekatan untuk membersihakan on monthly basis.


pakcik dah menguruskan laundry untuk semua bedsheets, blanket dan curtain.Bilik dapur yang besar menjadi pilihan semua orang untuk ber camping disini. Dengan cuaca Kuala Pilah yang hangat sewaktu siang Pakcik telah memasang air cond untuk ketiga-tiga bilik yang ada. Tapi malam menggigil sejuk hingga ketulang- dan kalau water heater rosak di bilik air akan terdengar laungan setiap orang yang mencurah air kebadan diwaktu pagi:)


So kita balik on day trip,selepas solat kita balik ke kl semula.


Hujung minggu sebelum raya pakcik balik dulu- yasmin pun balik dulu.


halaman rumah uwan dah dibersihkan- cuma rumput telah diracun maka tiada lah laman menghijau lagi.


selain itu- singsing lah lengan dan berkemas untuk mendapat rumah yang selesa selama berada di situ.


Semasa uwan masih sedikit kuat dulu kita telah memasang bangku2 ni untuk membolehkan nya berehat- tetapi sekarang kita perlu mengangkat kerusi rodanya naik kerumah- tenaga uwan sangat berkurangan.


yang seronok few days sebelum raya tu adalah bersiap-siap pergi kepekan membeli few things yang baru2 dan of course ke pasar ramadhan kuala pilah.


bye bye min we are going kuala pilah- you tinggal rumah kemas okay.


Dah lama nya nak makan bunga betik rebus jumpa di pekan ahad happy nyer.


ada sambal tempoyak


jeruk maman, gulai ikan sembilang dan rendang ayam- aduhhh sedapnya.


Ini lah dapur uwan- tempat bersilat menyediakan juadah.


Dulu uwan lah ratu memasak disini- sekarang dapur sendiri pun sudah samar di lihatnya.


Pinggan dan cawan berbagai bentuk dan corak- pilih shaja yang mana suka.


biskut raya kita bawak sama2.


merendang ramai2 pun satu keseronokan.


Selain masak2 kiat jugak mengemas rumah- melihat sekitar rumah apa yg boleh dijadikan perhiasan etc.


Pinggan2 dan teko2 lama kita susun semula- almari uzur ini telah jadi antik pulak.


Ruang makan kedua rumah kampung.


Tia Mia pulak kalau tidak mengukur jalan dan berlari tanpa henti keliling rumah- duduk melepak dibilik dapur.


Menunggu beduk berbunyi di rumah kampung adalah antara masa terindah.Duduk menengok disney channel dengan daun2 hijau melambai dari luar.


Habis raya kita cabut decoder dan bawak balik ke kl semula.


malam rumah uwan bermandi cahaya.


tradisi main bunga api


Pagi keluar merayap dengan basikal dalam cuaca yang sejuk sangat seronok.


pusing keliling kampung yang indah.itu lah rumah uwan diatas bukit yang nampak atap merah.


balik memusing keliling macam2 yang di beri jiran dan saudara.


Uwan dan cicit ciliknya.As for uwan disini lah dia berehat- dekat dari dapur dan boleh mendengar macam2 yang dibualkan anak2 dan cucu2.

seronok berlari keliling kampung.









Pagi raya dengan wanita2 yang dicintai.


Happy sangat wanita tabah ini. Alhamdulillah.


i cooked laksa johor for raya dish.


saya rasa my laksa johor sangat sedap:)


every year without fail mesti ada.


Pakcik makcik,uwan and ayan.





kemudian membawa anak2 cucu cicit ke kubur arwah abah- abah kami datang.


posing pagi raya.


more picture.





us


alhamdulillah.


happiness


kak yan first time beraya as a wife


abg myo


sepupu sepapat.


the kenits


Alhamdulillah


kampung girls.


priceless time and view


our beautiful kampung


that was our raya and we are happy


to this man- tq so much- it wont be possible without your support.


back home in kl and now mengantukkkkk..zzzzzz…

hingga bertemu lagi:)
sa

14 comments:

SHA said...

k zu...alhamdulillah uwan nampak sejahtera..moga sihat hendaknya. miss ur writings! @ellisa238

Zie Azi said...

k.zu rindu dgn celoteh akk,tertunggu2 ur new entry..i miss my rumah uwan to.
semoga uwan diberi kesihatan yg baik..

syalinda johari said...

Kak Zu, selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..semoga semmuanya sihat2 ya..
seronok tengok suasana kampung..alhamdulillah Uwan sihat lagi..walaupun dah tak berapa kuat..semoga uwan dipanjangkan umur..amin..
tengok Uwan..teringat mak saya.. 3 bulan sebelum raya kena serangan jantung, terus bedridden..koma..
sekarang di rumah dengan mesin oksigen bagai..doakan mak saya sembuh ya Kak.. huhuhu..
hari raya tanpa dengar suara mak adalah raya yang paling tak seronok...

Arinazabir said...

Hi Zu, Akak ni adalah pembaca setia your blog sekian lamanya. Walaupun Zu dah lama tidak menulis di blog tetapi akak selalu mengikut perkembangan zu di instagram. But so sad lately ni dah tak boleh baca your Ig krn your Ig is private. Anyway thanks for the inspiration.

Arinazabir said...

Dear Zu, Akak adalah pembaca setia your blog sekian lamanya. Walaupun Zu dah lama tak menulis namun akak sentiasa mengikuti perkembangan Zu di instagram. But so sad I couldn't read your Ig anymore bacause it is private now. Anyway thank you for the inspiration

Miss Moon said...

Selamat Hari Raya

Cantiknya umah Uwan ...sejuk je mata memandang n suasana kampung

Bittersweet 96 said...

ALLAH...rindunya kat uwan tiamia dan si penulis :D

Ila said...

Seronoknya membaca .. terasa seperti ada juga terselit disitu bersama kalian :-) semoga terus bahagia kak Zu.

Fira Fir said...

slm kak zu..walaupun saya silent reader dan tak pernah sekali pun komen tapi kali ni terpaksa komen sbb nak ucapkan selamat hari raya dan kim slm uwan...sunguhlaaa rindu nak baca penulisan akk....rindu...

Zuraimah Ismail said...

Assalamu'alaikum Kak Zu,

Alhamdulillah, seronoknya tgk ada cerita baru di blog ni...tak mampu nak follow update kat FB...:)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Zu, Uwan, Tia & Mia dan seluruh ahli keluarga...

Semoga Allah Yang Maha Pengasih terus melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya buat akak sekeluarga..

Keep on blogging..

Eh ya, nak resipi laksa johor boleh?

Rozz Hazidi said...

Salam Mamatiamia

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat Zu seisi keluarga.

Indahnya kampung Zu...nice pictures. Seronok dapat beraya di kampung kan..

Alhamdulillah...kita masih ada orang tua beraya bersama. Semoga uwan terus sihat...in shaa Allah. Aamiin..

mariannemasli said...

assalamualaikum akak...lama nya dah tak baca blog akak...rindu sangat...thanks for updating....lama jugak dah tak tgk Tia Mia dan Uwan, alhamdullilah Uwan happy dapat raya di kampung...seronoknya....

Saya pun dah lama tak merasa berkumpul adik beradik since mak bapak berpisah 12 tahun yang lalu...sob sob sob....rindu sangat nak beraya ngan keluarga, tapi apa kan daya...bukan rezeki saya...

keep on posting new updates ok kak....last but not least, harap belum terlambat nak wish 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat akak sekeluarga...

=)

Rosmawati Ismail said...

Happy to have you back for blogging...rindu to read your sweet stories

Abdul Aziz said...

cantiknya suasana ni, tenang, sejuk dan nyaman dilihat, klau ada kat sana lagi best ni... dekat kuala pilah ke?