Thursday, March 4, 2010

Zaman Kerengga

Hari ni macam2 lah yang teringat..kak ikin sms pagi tadi singgah kat rumah kita,dia cakap "wahh tia bukan main lagi bercerita, cakap "mama nak bawak kita tidur hotel,kak ikin tak boleh ikut..dah besar" kah..kahh tia memang dah pandai cakap macam orang besar.Kak ikin cakap mama update pendek jer kat blog busy ke? Hmmm memang busy jugak this week bila Formula One start banyak lah benda kena buat,papa pun tak balik lagi,balik rumah memang tak ada masa..apa pun esok papa sampai sini..tadi dia sms mama dari Munich airport belek2 perfume waiting for his flight to Frankfurt and then KL.Mama doa semuanya selamat...and jangan belek2 jer pa..boli lah apa yang patut..haaa..haaaa.

Borak2 thru email with auntie Narimah..wahhh teringat ceria lama masa mula2 kerja..life was so simple,no car,no credit card..no worries:) Teringat big boss lama2 dulu..hampir semua dah tak ada,wahh sedihnya,boss dulu2 macam bapak sendiri,they were so nice..respect them so much.Bukan boss sekarang tak baik tapi orang2 tua lebih pandai handle kita..that explained why ramai gadis muda suka orang tua..cuba tanya zizie ezette tu..betul tak..haaa..haaa..Tu lah mama cakap mengimbau zaman penuh manis dulu,melihat apa yang ada sekarang bersyukur dengan segala yang ada.Dulu mama naik bas,then dapat duit beli kereta pertama Satria colour merah WFF320,first time drive pergi kerja kat Bangsar keluar pukul 6.30 pagi,mama penakut drive,tak nak jam,and takut parking susah kat office.masa nak jual kereta tu meleleh air mata.bak kat auntie Narimah masa tu tengok orang pakai proton rasa so "cool" hee..hee..sekarang orang tukar X5,X6 macam air.

Sebab camera ada celah pocket papa masa ni..mama layan gambar lama je lah sambil menerbangkan ingatan ke zaman penuh kemanisan dulu..zaman tak tahu susah hati ada duit poket RM500 pun boleh halaluya di obersea.

Ni En Khalil,first big boss mama..baik dia ni..buat mama macam anak sendiri..selalu bawak kita orang pergi makan..dah tu paksa lagi makan siap taruk lauk dalam pinggan semua orang.Gambar kat atas dalam black cab kat London,tu last trip mama dengan dia and company ke Cannes,after kerja selesai dia sewa kereta kita orang pergi Monaco,lunch kat restaurant depan Monaco casino makan lobster.Then drive lagi masuk San Remo,carik leather good..masa ni dah ada credit card..boleh lah tenyeh2 sikit..he..heee.
Bila kita orang cakap "En Khalil..cantik nya view kat sini..berenti dulu..dia pun berenti bagilah peluang kat kita orang pose senget sana,senget sini..selalu dia sakat mama "haaa pose puas2 zu..tak do kat Pilah bondo ni haaa"..ye lah kita orang sama2 orang N9.Dia paling suka panggil mama "loyar"(lawyer).

Ni kenangan perasmian booth kita orang kat MIPTV,Hong Kong by arwah dato' Mohamed Rahmat..see muka mama yang sungguh belia kat belakang tu,bibir merah menyala,ada fringe lagi.Malam hari arwah bawak group kita orang makan kat "Curry House" owned by malaysian kat hong kong..sebelah tu Dato Zahari MD,TV3 dulu.Ni first time pi Hong Kong..masa ni kena kejar dengan orang jahat kat bazaar di Kowloon,orang tu kejar sampai kat lobby hotel..syndicate jual orang rasanya..rupa buruk,ada scar kat pipi..takut betul,besok tu nak keluar pun tak berani..Dato Zahari suruh orang lelaki dalam group jaga kita orang betul2..

Ni pulak kenangan dengan Tan Sri Khalil Yaacob yang datang ke booth di Cannes..tu mama tengah menjawab soalan Tan sri tu..yang sebelah baju putih tu dah arwah jugak..bekas Ketua Pengarah Finas dulu..dato Shariff Ahmad.Mama pakai suit dark blue baru tu.

kalau masa MIPTV/MIP Comm di Cannes banyak lah dapat jemputan makan dari producer2 malaysia yang sewa apatment kat sana, macam kak raja ni..sedap lah pergi makan tempat dia orang.kadang2 berebut2 lagi dia orang ajak makan..mama tadah perut jer lah..kalau mama tak datang dia orang pack pagi tu nasik lemak macam2..manja mama... kak raja ni duit berkepuk..beli souviner utk sedara mara pun selipar Gucci,planner LV..ada satu hari tu dia kena pick pocket mama teman dia pergi post office kat cannes collect credit card baru yang baru di pos kan untuk dia by the credit card company..lepas Cannes dia pun fly ke Milan..shopping..

Ni kat rumah apartment sorang lagi producer..masih ingat curry salmon dan sambal telur yang sedap..dah kalau kat luar cuaca sejuk,makan pulak mengadap french riviera..apa tak sedapnya..nasik berasap2..curry salmon siap ada terung,bendi,tomato and ikan bilis goreng berlada..tak sedar menambah nasik.

Ni first time mama masa bujang hari raya haji kat oversea..melalak lalak uwan pagi raya bila mama called ,dia tanya makan apa mama cakap sardin goreng..haaa..haaaa..uwan kita orang tak sedih pun..pergi tumpang tempat kawan menyewa bawak rice cooker sebab ada yang particular tak nak guna kitchen utensils makcik France tempat nyewa tu. Tukang masaknya mama lah..mula2 mama masak nasik..keluarkan dari rice cooker tu..goreng pulak sayur guna butter,dah masak keluarkan,goreng pulak telur then sardin..sungguh tedious tapi sangat lah berbaloi kesedapannnya. Cuba banyangkan berada di atas bukit Cannes mengadap Cote D Azur tapi makan sardin goreng:)

Bersama orang2 lama dulu..dari kiri En malik,dah VSS pun sekarang, makcik France,mama, orang Suria12 from Singapore,kawan lama mama Tee laybee and sorang independent producer from malaysia.. itulah kenangan..kalau yang lama sentiasa manis:) badan pun macam kerengga kan.

4 comments:

My Putri said...

wow... u stil look d same...!!!
didnt change a bit !!!

annhuzi said...

maintain ideal kerengga figure :)
bertuah..tu yg awet muda.

nerry nerry strawbery said...

adushh bibir kaler merah menyala tu, masa tu rasa grand gila sebatu dah nampak pakai liptstick paling matte kering gila sampai mengelupas tak do nyerr lipgloss cair cam sekarang yang bila makan,sedut sekali lipgloss tu hahhh

Eine Frau aus Botnang said...

Hi dear, hahahaha betul kata nerry2strawberry about those years yang lipstick matte kering tak hingat tu hahhahaha.. I pun terjebak sama dulu!! By the time now, hubby you mesti dah sampai KL, he is lucky, today Saturday morning gila snowed hard kat sini. BUt last 3 days mmg sejuk gilo dgn angin suma, sampai anak2 I suma sakit. Anyway, I hope he had a good trip. MamaTiaMia sama je ropa dari dulu tak berubah. Take care dear!