Friday, June 4, 2010

It is time to say real goodbye..sayonara love.

Nak berpisah memang bukan senang,apatah lagi dengan orang atau barang yang kita sayang.Nak berpisah dengan rumah lagi lah susah,walaupun rumah tu belum pernah duduk lagi tapi dah di dijaga dan seluruh tenaga dicurahkan untuk menjadikan ianya dari sebuah rumah Semi D yang basic to home sweet home. The time has come..walaupun memang kita dah buat deal jual rumah kita ni dah lama jugak but time to handover keys is different once you handed over the keys..that's it, berpisah tak berjumpa.Hmmmm sungguh sedih..tapi kita perlu buat pengorbanan,nak ada yang baru kena berkorban sikit.Inilah tinggal gambar2 kenangan di rumah kita di Monterez Golf and Country Resort,esok mama pergi ambik a few of our furnitures there,in 2 weeks time papa dah nak handover keys to new buyer..tulis pun rasa nak nangis jugak.

Ni lah dulu,masa mula2 beli..just a basic 40 X 85 semi D..tapi mama suka the moment tengok boleh terus imagine how it can be turned into home sweet home..walaupun masa beli tu tak der tiamia lagi..it was 5 years ago.

Two years after we bought..tiamia pun datang menjengok dalam hidup..mamapapa pun rasa our present double storey terrace house kat Kota damansara macam kecik.. so mama pun melakar impian..turning it into reality,change every bit of this house sampaikan contractor kita pun tak boleh sangka certain areas can be changed as what mama has in mine. Rumah ni split level ada 4 tingkat,kitchen is on the 1st floor,so mama suruh tukar tangga kecik kat tepi tu jadi besar,boleh duduk2,letak potted plants.

Suppossed to be garage,mama tukar jadi kita punya 2nd living room/reading room yang cosy..

Semua handrails,pintu,mama tukar dari brown jadi putih..dining area pun kita improve.

Ruang kat tepi rumah mama buat area untuk barbeque,ada outdoor oven,retractable awning and outdoor eating place yang cosy..berbulan membelek magazine untuk dapat hasil ni..puas mengajar contractor macam mana nak buat..habis annual leave menunggu di site.

Berpenat lelah,habis duit di korek..inilah hasilnya home sweet home,ada verandah kayu yang cosy,mama berniat nak letak white swing,handrails..tempat nak lepak2 sambil tengok tiamia berlari..semua orang pun suka veranda dan imej baru rumah ni..banyak yang berhenti mintak nak tengok dalam...even the famous architect:) bangga jugak bila dia berhenti tanya.

Mama buat open concept..mama suka dalam rumah yang terbuka ke arah garden..tak suka barrier,tak suka wall...

Tiamia pun suka rumah ni...

Memilih cabinet dapur,lampu even the cabinet knobs pun tak senang..semua mama buat sendiri,carik tiles kat jalan ipoh,meredah setiap kedai mencarik material yang disuka..puas mengajar tokey kitchen cabinet tu.

mama dapat few leftover spanish tiles ni dari satu kedai..mama pun suruh contractor kita buatkan sebagai decorative items kat belakang stove..

Ruang yang Tiamia suka hang out jugak..indoor dining connected to outdoor dining area..

Now tinggal kenangan nak mandi-mandi kat sini..dulu mama dah plan nak buat outdoor bath for tiamia kat sini,ada lattice..ada bench untuk mama duduk tungguh both mandi sambil hirup coffee..nasib baik tak buat lagi kalau tak meraung besar lagi mama..

Dining set ni pun dari good quality wood..tinggal lah nampaknya..the chandeliar tu mama sangat suka..tak senang nak cari yang really suka:

dari wet kitchen ada ruang terbuka ke dry and dining area..anyway lampu tergantung dari vienna tu mama dah bukak bawak datang kota damansara.


Ni lah 2nd living room kita yang asalnya garage dulu..macam2 idea mama nak buat kat situ termasuk nak letak piano bagai..nasib baik tak sempat.Lampu tergantung kat foyer tu paling disayang..dapat dari satu kedai fully imported from spain,mahal tapi 70% discount sebab dah lama dan sedikit rosak,mama dah restore balik,paint balik..rupanya nak kena tinggal.

Yang ini Miss LA..sangat di sayang..tinggal jugak..

Tempat uwan and the kids suka lepak bila datang..tak sempat lagi nak "bakar lemang' sini ye uwan...

Nyaman sangat duduk kat sini....akan di rindu..

sempat jugak bersuka ria,lepak kat sini masa buat birthday tiamia kat club last year..white picket fences tu mama sangat sayang..tombol yang putih tu pun mama mengajar kedai pagar buat..

Tinggal lah my home sweet home..tak sempat bergurau senda sebenarnya..tapi Allah maha berkuasa tahu apa yang terdetik dalam hati kita..sayang macam mana pun rumah ni memang mama keberatan nak pindah tinggalkan kota damasara,bak kampung laman..sebenarnya kalau betul2 kena pindah ke new house ni pun..mahulah mama meroyan tinggalkan kota damansara..dah lah jauh dari office..he..hee nak sedapnkan hati..Alhamdulillah dapat papa secebis tanah untuk kita kat kota damansara..apa pun papa tahu mama tension jugak nak hand over keys to new owner yang dah jatuh cinta pandang pertama kat rumah kita ni..hmm dasat jugak dapat jual rumah dalam masa seminggu...dari tarikh tengok...new owner ada dua orang anak..harap2 dia jaga rumah kita baik2 kan.

Tengok mama bermuram durja seminggu ni..papa emailed mama gambar ni semalam..after dah emailed dia called mama,dia cakap "we can order blueprint untuk plan rumah ni..harap2 oneday kita dapat buat macam ni okay"...sejuk hati mama,walaupun nak bina rumah baru masih sayup2 dan jauh lagi..tapi so nice of papa mula membina angan dengan mama:) Insyallah.Alhamdulillah moga semua orang bahagia,sihat sejahtera kat mana pun berada sebab kebahagiaan terletak di hati kita.Good weekend to everybody.

12 comments:

Miss Anatomy said...

tersentuh baca entry ni.saya yang takde kene mengena pon sedih apetah lagi akak kn?nway,saya nak akak jadi arkitek saya la plk.sangat kreatif.byk idea2 baru.sukerrrr....

4 Kay-E said...

Azu,
terharu la.. full of sentimental value... memang sayang nak tinggal.. tapi dah jualkan? insya-Allah tanah baru tu nnt dpt bina rumah dengan konsep yang sama... For Tia&Mia membesar... They will grow with the house...

Your idea mmg superb! nnt kita stori mori ek..

have a nice weekend too...

cippa said...

Azu, sometimes its better not to look back..it may hurts..but the future insyaallah has a lot more to offer..Amin.

cippa said...

Azu, sometimes its better not to look back..it may hurts..but the future insyaallah has a lot more to offer..Amin.

mommy ummartaro said...

cantiiikkk sgt2 rumah tu, pandai u decorate..sorry to ask, kenapa jual? i yg baca ni pun rs sayang...
takpelah, anyway He knows Best. mungkin Dia dah reserve another much better than this.

Have a good weekend ya.

zeti zain said...

Hye Zue, miss u sooo much. Add me at fb or PM me your number. Betul2 lost contact.

annhuzi said...

mama u r really talented, u transformed the house to make it unique n beautiful, especially kitchen so nice. ya we need to give away some to get back another. sacrifices for better ones. bungalow tu cantiknya, mcm gitu ke yg mama plan to build?

MamaTiaMia said...

Dear all,

thanks for all your kind words,insyallah semua orang nanti pun atau pun dah dapat fulfilled their dreams:)

mamamarissa said...

seriously, cantik sgt umah kakak nie :)

AQisH said...

wow..santeknyer rmh..mmg sayang nak handover kan..plak2 dah byk renovate..xpelah ada lah rezeki lain yg lebih cantek dr ni nnt ;-) dulu i minat english style tp skrg dah beralih arah more to modern plak :-D

Liyana s said...

sebak saya baca entry ni..

tp idea k.zue mmg dipuji..sgt kreatif dan inovatif. takpe k.zue, ada satu tanah yg sdg menunggu curahan rasa dan idea dr k.zue. semoga Allah permudahkan semua urusan k.zue..

pd saya, mmg sgt2 cantik rumah ni dgn hasil idea dan kreatif k.zue! Moga rumah impian nnt terhasil lebih cantik dr ini..

Emmy said...

Kak Zue, today i googled 'patio tepi rumah' to view images nak cari idea kan...i stumbled upon ur post ni yg sy tak pernah lagi baca! Wow....cantik sangat rumah ni....u shud hv become an architect atau pun i.d. tau....saya snap gambar ur old house ni to show my husband sbb kami tgh cari idea ubahsuai rumah...