Tuesday, June 7, 2011

Terima Kasih Sampai Mati


It  is lil bit too early to make a new entry but i am quite teruja with good comments and emails.If people feel good reading my writing i am feel honoured.I am just sharing my feeling,my thought,first for my girls as I hope one day they will be reading this and secondly for readers who are always welcome to my blog.Unfortunatley past few weeks  blog ada few problem i think, nak tinggal comments kat certain readers tak boleh it keeps coming back to 'blog in'..to those who took their times, left their comments and emailed me personally thank you very much, as the old proverb says "yang baik jadi teladan and yang buruk jadi sempadan' I am just human,kadang2 kecewa juga dengan something rasa nak tulis yang buruk2,nak mengumpat,nak luahkan perasan but i always think twice..orang cakap mata pena lagi tajam dari pedang,apa yang di tulis tak boleh di tarik balik,kalau marah seseorang dalam hati,bila sejuk kita 'forgive and forget"..tapi kalau dah tertulis susah ceritanya..especially bila blog kita di baca anak2 etc..sebab tu org boleh bergaduh di facebook dan sebagainya...whatever we write will reflect on us.Saya menulis  apa yang dekat di hati..sekarang ni apa lagi yang paling dekat di hati selain anak2,suami dan ibu.May be i am too sensitive..apa yang biasa bagi orang penting bagi saya..entahlah..but it is okay since i am writing this in my capacity as mother to Tia Mia so they must listen to my ceramah:) Hari ni balik rumah ada cerita bernilai,sangat dekat di hati..menangis saya sepanjang drive balik ke office.Maybe ada yang bercakap  saya too sensitive..biarlah, sensitive ni bagus jugak kadang2 buat kita lebih duduk merenung,berfikir otherwise kita jadi sangat dry..nothing can touch you. Coming back to the incident at home today,bermula semalam,waktu pagi uwan datang dapur bila saya tengah sibuk masak breakfast tunjuk mata dia bengkak dua2,risau jugak kenapa pulak..I thought it got something to do with her lung ke..kan sebelum ni uwan ada masuk hospital paru2 lembab..so i took her to clinic yesterday morning,it was a young malay lady doctor,she didn't really check uwan,gave her pills,eye drops and cream after i told her that i suspected ' hama' kena mata uwan sebab balik kampung uwan keluarkan semua barang2 lama kat store bawah rumah.So today dah makan ubat uwan stills complaint gatal,mata bengkak lagi,so saya titikkan ubat kat mata uwan.

Lunch time today i was really tired,puasa hari ke 4 picked up the girls from kindy.sent them back..sampai rumah uwan baru mandi she cakap gatal lagi mata dia..saya pun decided to jadi doctor,ambik torchlight and check mata dan telinga uwan..masyallah ada kutu kucing kat dua belah mata uwan and belakang telinga dia,kalau tak tengok secara teliti and pakai torchlight memang tak nampak sebab kulit uwan dah kendur2 kan..rupanya store rumah uwan kat kampung tu tempat kucing tidur,uwan ambik  kain kat situ dan tak tahu apa dia buat kutu kucing dah berjangkit..patut lah makan ubat tak hilang2.Susahnya nak buang 4 ekor kutu tu dari pelupuk mata dan belakang telinga..Tia tukang suluh torchlight and me tukang keluarkan kutu..kesian uwan..pakai tweezer akhirnya dapat lah di buang..saya cuci,bubuh ubat kat mata uwan..yang sedih tu..uwan sangat thankfull berkali-kali dia cakap terima kasih,sedangkan saya ni anak and dah jadi tanggungjawab menjaga dia..tapi dia rasa sangat thankfull..Tia dan Mia pulak tak berenti lah over mencium uwan sambil cakap 'kesian uwan".Masa saya turun dari rumah dah masuk kereta dan pembantu dah kunci gate..uwan berlari lari berkemban turun..dia datang ke pagar nak beri saya duit..uwan selalu fikir saya ni anak dia yang masih kecik,setiap kali saya berbelanja,bawak uwan ke clinic,bagi duit dia mesti cakap "tak payah lah nanti kau nak belanja tak ada duit"..puas saya ingatkan dia,saya dah bekerja,dah kawin suami pun bagi duit bulan2.kadang nak bercerita dengan uwan selalu yang usaha dia dulu membesarkan saya,beri pelajaran peringkat tertinggi dah berjaya,Alhamdulillah saya ada rezki yang lebih dari cukup untuk menyara dia..tapi di mata uwan saya masih anak kecil dia..sedih sangat saya..uwan rasa so thankfull lepaskan dia dari sakit gatal teramat sampai dia tak tahu nak buat macam mana maka dia nak bagi saya duit supaya boleh beli makanan utk cucu2 dia..menangis saya sepanjang drive kereta ke office..terfikir saya kita kadang2 lupa apa ada dalam fikiran orang tua..kita masih anak2 kecik di mata dia.."her baby' just like when we were small..sebab tu kita tak boleh berhenti melayan dia,menyentuhnya secara fizikal,bergurau dan sebagainya sebab dia akan rasa kehilangan anak kecil dia yang she used to belai,peluk etc.Sangat bermakna kita menyentuh ibu yang sudah tua banyak sangat keinsafan yang kita boleh dapat,masa membelek kepala uwan dan matanya tadi..tersentuh hati dia sudah tua betul rambut sudah putih,kulit sudah kendur..suatu ketika dulu saya selalu mendandan rambut hitam uwan..masa tu dia suka suruh cari uban kita pulak malas sebab susah nak cari celah yang hitam2..sekarang semua dah putih.Semuanya putaran hidup macam Tia Mia sekarang suka mendandan rambut saya..membelai muka,memeluk dan mencium..kalau saya sudah tua macam uwan satu hari nanti kalau tiba2 TiaMia berhenti menyentuh,mencium saya..bagai mana perasaan saya agaknya..mesti lah sangat sedih kan because they will forever be my babies.Perasaan kita terhadap anak kita rasa tak boleh berpisah,kalau pergi kerja pun asyik teringat,apa makan dalam mulut nak bagi dia orang..ibu kita pulak terhadap kita sama saja.kita sentiasa dalam ingatan dia..baca di paper kisah ibu bapa yang di tinggalkan anak2 di kampung tak di jenguk lama tu..cuba lah rasa bertapa mereka merindu..mestilah tersiksa..kadang2 ada anak2 buat alasan sibuk,tak ada masa,kereta rosak ..itu alasan kita terhadap ibu tapi cuba kita bandingkan rasa cinta kita pada anak2..kalau anak2 di asrama macam mana pun mesti kita nak jumpa dia,meeting kita tangguhkan,kereta rosak kita naik teksi,duit tak cukup kita pinjam demi nak melihat anak tersayang,bak kata orang sanggup menggadai nyawa..tapi tak pulak kalau turn ibubapa kan.Alasan kita itu  sebenarnya sebenarnya adalah lah ukuran kasih sayang,kalau kuat kasih dan sayang tiada alasan..kalau kurang kasih dan sayang banyaklah alasan nya..hanya hati kecil kita yang tahu..dan apa yang terdetik di hati itu Allah Sbt lah yang mengetahui..Moga saya lebih insaf,lebih ingat..apa yang saya tulis ini adalah peringatan kepada saya sendiri..saya yang menjaga seorang ibu yang dah 86 umurnya..maka saya perlu banyak beringat,banyak insaf..bagi TiaMia pulak ianya sekadar renungan,ingatan from a mother who loves you so much..how you going to treat or react towards me in the future is beyond my control..i can only guide and advise.To my Emak,Sayang dan Terima Kasih sampai saya mati.


Cukuplah saya berceramah hari ni*wink* wink* ni gambar eid tahun lepas at surau kampung saya..tak sabar lah rasanya nak menyambut puasa dan raya..teringat masa kecik mengaji di surau ni..sebab kat rumah degil jugak,arwah my father sent me to ngaji at this surau under a strict pak guru..he was ex sargeant..just imagine mesti lah dia garang..saya takut dan tak suka..arwah my father khas ambik dia utk saya dan anak sorang lagi orang kampung..so hanya kita org berdua ajer yang mengaji..pak guru ni duduk dekat kat surau ni..everytime kita orang dah sampai kena panggil dia kat rumah..satu hari tu..both of us pakat pi panggil pak guru kat rumah dengan suara yang perlahan betul2 biar dia tak dengar..haa..haaa..memang dia yang kurang pendengaran tak dengar...kita orang main menulis kat papan hitam sampai petang..then balik..bila maghrib pak guru dah mengadu kat my arwah father who was imam at that time..balik dari surau arwah mengamuk at me " Zuraidahhhhhhhhh...kecik2 lagi dah pandai menipu orang tua yaaaaaaa"..huishhhh saya sangat takut,.masa tu kecut perut..haaaa..haaaaa...arwah kalau marah memang panggil saya nama penuh..tapi sayang dan Terima kasih sampai saya mati abah:);)


Alhamdulillah saya puasa sunat bulan rejab hari ke 4 hari ni..selera pun humble ajer..selera orang kampung kan..teringat maggie saya masak sendiri,taruk cili api& kering,bayam,tomato dan telur lembik2..perggggghhh mengancam..Bagi yang berpuasa selamat berbuka ya:) Oppss tak lupa terima kasih pada sang suami dah dua malam dia bawak air datang ke katil untuk saya sahur..saya sangat penat past few days..dia pulak risau  saya puasa tak sahur..pagi tadi saya dengan mata terpejam dengar dia panggil suruh minum,saya pun bangun teguk air dari gelas dipegangnya dan dummmmm tidur balik:):) Sayang dan Terima Kasih sama kamu sampai mati jugak ya.

21 comments:

syanashwa said...

i'm touched, mamatiamia.. the ceramah really touch my heart.. tok saya di kampung baru je kena serangan like yur mom.. for more than a week that creatures lived in her ears!! sangat la sakit.. doktor pun tk jumpa.. asyik bg ubat titis etc.. lastly anaknya berjaya keluarkan suluh dgn torch light jugak.. tok sgt happy.. my mom said tk habis2 ucap syukur n trima kasih.. selamat brpuasa ye, mamatiamia.. smoga kita semua dlm peliharaan Allah sentiasa.. :)

suffiakmal said...

lain kan perasaan bila bergelar seorang ibu, automatically kita akan paham perasaan ibu kita dulu mcmana payahnya nak bela kita. i paham eventhough im not a mother. lol. skali lagi menangis.

btw, do visit my blog if u have time to do that :D

Hanis Azla said...

it was luvly entry.. love it so much.. my tok perempuan sama umur dengan uwan.. masih kuat juga mcm uwan.. and i love her so much.. bila pandang tok, selalu terbayang masa tua kita.. skrg ini anak cucu tok semua melayannya dgn begitu baik.. harap2 anak2 cucu kita pun melayan kita sebegitu nnt.. insyaAllah..

Syarida said...

saya tak faham kenapa saya menangis...so touch...

Salmi said...

soo sweet :-)..Selamat berpuasa dibulan Rejab..mudah2an allah permudahkan segala urusan..

Anonymous said...

Thanks for the reminder ! *hugs*

shamsida said...

Alaa Zu ni...tak sedarmengalir airmata kak sham...terus capai telefon, call mak dan ayah kak sham dikampung (padahal baru jer 2 hari ballik dari kampung)...betul tu Zu, Kekadang bila tengok mereka tidor, hati jadi risau...kalau boleh tak mahu tinggalkan mereka berdua dikampung...(jauh disudut hati...tak mahu adanya perpisahan)...

mama_alifsarah said...

air mata dah keluar... whuaaaa... thanks for ingatan.. sangat2 terharu...

Queen of The Desert said...

Termenung sejenak...there's tears in my eyes. Such a sweet yet touching entry. Thanks so much...


Suffia.

Maya Marisa said...

MsmaTiaMia,

a very touchy write up. do cheerish the moment while our parents are still alive. give our very best. insyallah nnti allah balas dgn setimpal nyer.
hope your mom is back to square one - no itchiness on the eyes.

s a l l y z a . s a i d said...

i'm touchy.. thank for the reminder kak.. :)

annhuzi said...

so much to learn from ur experiences, esp menjaga uwan. benar akan memberi kesan kepada sesiapa, terutama sekali kepada tia mia. saat mereka sudah mula membaca coretan mama, tentu mereka akan tercuit perasaan mereka, gembira, sedeh, dan syukur.
we are thankful dat we too gain valuable lessons from mama tia mia :)

Anonymous said...

gud job mama...selalu2 la buat entry kasih syg yg mcm ni..supaya lebih ramai yg terpengaruh dan rasa membuak2 syg dan tahu menghargai org disekelilingnya.. :)
Thanks a lot ye mama.. :)

-zeta-

shamsuhada said...

azu..very touching..moga kita sama2 menghargai ibu dan ayah yg masih ada kerana kita cuma ada satu ibu dan ayah...moga kita sama2 menjadi anak yg solehah..amin..

Nadiah said...

Zu...so touching!

Akmal said...

Subhanallah..Moga2 Allah akan memberkati semua yang akak jalani kerana begitu berbakti pada seorang ibu. Semoga jugak nanti TiaMia bila dah besar akan jadi macam akak jugak. Thanks sudi share cite ni...

Idida Aziz said...

azue....sedihnya...esp part azue bandingkan prsn dgn anak sdr mcmana cara pon akan usahakan juga...tp dgn ibu bapa mcm2 alasan...insaf sgt....mesti ramai yg terharu dan bterima kasih dgn entry ni azue...

MamaTiaMia said...

Salam semua,thank you for leaving the lovely and encouraging comments here..love you all..Moga kita sama2 dapat keberkatan Nya.

mummyf81 said...

k.zu, i'm your silent reader..thanks atas entry ni..sangat menyentuh hati..mak saya sekarang di tanah suci, kerjakan umrah. abah pula, dah hampir 2 tahun tak ada. memang sangat terasa, nak pegang, peluk, cium, tangan abah yang kasar sebab kerja keras besarkan anak-anak. tak nak sia-siakan mak,selagi hayatnya ada, nak bagi sepenuh kasih sayang. balik kampung, mesti nak tidur dengan mak :p bangun subuh, memang terasa mak usap kepala, cium dahi saya..ohh..saya dah menangis sekarang..rindu mak :'(

Anonymous said...

im soooo touch ;( tq

MamaTiaMia said...

mummyf81,anon and semua..thanks and hugs hugs from u.