Monday, January 20, 2014

Pink Roses.

Assalamualaikum,

Terima kasih banyak2 di ucapkan pada kawan2 lama dan baru yang meninggalkan komen,doa,kata2 yang baik- terutamanya yang berkongsi kisah hidup ibu masing2, bila membaca ada ibu2 yang bangun seawal 4.00 pagi membuat kueh,nasik lemak memang sangat salute- itu lah pengorbanan seorang ibu- dan sangat gembira hati mendengar kata2 para anak2 perempuan di sini yang teruja untuk menjaga ibu-so sweet of you all yang berkongsi cerita tentang baru saja balik melawat ibu,menelefon ibu dan merindui ibu- moga semuanya di permudahkan,moga hati sentiasa teruja,bak kata Ida- moga hati sentiasa  ada rasa,tidak tertutup dan rasa kasih sayang berpanjangan . In Sha Allah.

Dugaan kecik atau besar,kesusahan perit atau sedikit hidup sentiasa di teruskan yang kecik perlu membesar- berharap mereka dapat melihat yang baik2 di sekeliling:)

Tiada cerita sedih minggu ni- moga kita senyum2 sahaja yer- In sha Allah.


Untuk para anak2 yang berkongsi rasa di ruangan komen tentang kasih sayang dan harapan kepada ibu masing2..muahhhhh dari budak bibir ala di sengat tebuan ni:):) muahhh ni terbang sehingga ke Perth ye Umi:);) jugak buat nenek saudara Aira:):)


Last week on Monday i received a call from School- " I am the school nurse…" terperanjat tak boleh cerita jugak takut apa2 berlaku pada dua orang ni- Mia had fever at school- it was high at 29 deg- we took her to hospital then Tia pun demam jugak- lambat lah nak baik hampir seminggu jugak kenalah bercuti 2 hari menjaga budak2 ni.Alhamdulillah now dah baik dan masuk sekolah semula.Pada readers yang ada anak2 kembar and dah masuk sekolah di ucapkan selamat bersekolah dan di doakan yang baik2- masih ingat ramai jugak yang ada anak2 kembar kan;):)



And their teacher was  nice- she sent this email with Teddy Bear to speed up recovery.


Thursday bila they dah masuk sekolah balik- i took one day off- was so tired,since Monday berjaga malam macam Florence Nightingale- meraba dahi,membubuh towel basah,berjaga malam nak bagi ubat every 4 hrs- Mia kalau demam temperature memang naik menakutkan so kena monitor around the clock. Cuti on Thursday lepas hantar the girls ke school i duduk di Subway across the school, order breakfast sementara menunggu nursery sungai buluh bukak- pergi menjamu mata- dan membawa balik si cantik merah jambu ni:)


Jadi seharian duduk ajer di rumah melayan yang baru baik sakit,tengah hari masak,petang buat kueh;) The girls dah kena train supaya bantu Uwan di dalam rumah kalau dia tak berapa nampak atau kuat nak ke mana-mana.


Evening the papa promised to take them to driving range to practice but kena panggil dengan big boss for business dinner- mama took them to "doodle park' near our house:) happy dua orang ni membakar tenaga,berlari tak cukup padang.



Morning we had breakfast at home- santai2 sambil memotong sayur yang nak di masak tengahari.


Yesterday papa fulfilled his promise and took these two to the Driving Range.


Coaching the girl.


Dua2 ni bersaing bila sorang hit ball tak berapa bagus terus tak ada mood - yang bagus wahhhh naik semangat nyerr;)


Tia aiming her ball- she did well yesterday.


What did the mama do? Ha ha mama tukang order food- suka spicy pan mee kat sini- pedas berapi- sesekali boleh lah.


Balik rumah petang Pashik datang bawak rojak popular dari Kuala Pilah- Pashik balik kampung tengok sedara uwan sakit- so dia singgah belikan makanan kegemaran uwan. My sister in law belikan i bunga kantan dan fucuk orang melayu dari Kuala Pilah- terima kasih lah atas ingatan;);)


Inin pulak rambutan 'budak sekolah' i yang tanam dan beli masa bujang dulu- sungguh istimewa bila hasil tanaman dah berbuah- dengar khabarnya meliuk buahnya di halaman uwan- hmmmm sangat rindukan kampung- semua kenangan pun mengimbau.


Teringat kan kampung buatlah makanan utk diri sendiri style kampung- orang lain dalam rumah tak suka ni- nasik beras merah,sardin goreng hancur dan kering,sambal belacan masak (heni yang buat -sedap) dan ulam timun- duduk lah di verandah makan bersila petang2 tu melayan perasan:) Untuk yang berminat nak mencuba sardine hancur kering ni- mudah saja,tumbuk cilipadi,bawang putih dan merah,tumis hingga wangi,masuk isi sardine tumis dan hancurkan,dah garing,masukkan kuah dan biar sampai kering. Sambal belacan masak heni pulak,dia goreng belacan,bawang merah,cili merah dan hijau hingga lembut lepas tu dia tumbuk sampai lumat. sangat sedap sesekali makan macam ni. nasi beras merah tu pulak adalah 'brown rice herba ponni Faizah" walaupun tak berkanji langsung tetap sedap sebab panjang2:) 


Asyik mengadap stove dan oven inilah hasilnya ke office hari ni. sakit betul kena tray oven yang panas. Apa pun hati tetap gembira sepanjang 4 hari di rumah- penat pun berpuas hati.


Terbakar demi membuat beef pie ni lah- ramai yang suka di rumah ni;):) selain tutup di atas ramekin cup ni i potong the pastry dough panjang dan bakat hingga garing- bila di cicah dengan beef pie yang panas tu sangat sedap:)



May we have a blessed week ahead and may Friday come fast!



………………..

12 comments:

sinuha said...

Comelnya kembar tu main golf. :)

sinuha said...

Comelnya kembar tu main golf. :)

dhr said...

Your last entry saya tak terkomen sebab sedih sangat. Nak call mak kat Malaysia pun tak ter call sebab nanti nanges. Hari ni happy baca story yang macam ni. Semoga Allah beri ketabahan dan kesabaran yang berterusan untuk Kak Zue sekeluarga menjaga Uwan.

Mak lagenda said...

smoga keluarga kak zu sentiasa dilindungiNYA dan gembira sentiasa menemani.

Tumpang seronok dan bahagia dgn apa yg kak zu lalui

:)

d!LLah said...

hai k.zu...
seronok ek duk rumah boleh masak2, jaga omak, jaga anak2 kan...
k.zu, meh tgk pokok bawang saya meh...seronok rasa bila benda yg kita buat membuahkan hasil kan.

Dura Zul said...

Hai zu...dh lama tk komen dlm blog zu ni. Entry yg lepas betul2 touching my heart. Sedih tgk uwan dh tk berapa nk nampak mata dia...dura doakan semoga zu dan family diberi kesihatan yg baik....amiiin..

che mid said...

Salam, rasa 'segar' je baca entri kali ni..harap 'segar' sampai friday..

umiyumi said...

Alhamdulillah kenits dah sihat dan ceria semula. Muahhss dari Perth :)

Terharu dan sgt berbesar hati setiap kali nampak ramekin merah itu. <3

adex-aieda said...

semuga uwan sentiasa sihat... twins adex pon baru baik demam dan batok2... seronok tgk depa main golf.... :)

Art Lover said...

My dear Azu..walaupun tak selalu comment tapi memang tetap mengikut perkembangan Azu. Terharu dengan beberapa post you tentang Uwan dan pengorbanan utk rumahtangga Azu. Apa2pun Allah akan membalas segala kebaikan yg dilakukan..tidak di dunia Akhirat tetap akan terima.
My salam buat keluarga.

Yong Is My Name said...

MasyaAllah Mama Tia Mia..
Selagi mana insan istimewa kita masih bernafas..
kita pasti akan memberikan yang terbaik..
Yong last month baru kehilangan..Perjanjian itu sudah pasti..

ps: Hugh & kisses for Uwan.. Lama sungguh tak blogging..

Nur-nba said...

Kak Zu... bila masuk je blog akak ni, ada je entri menarik.. Wah both twin dah start berjinak2 dgn sukan golf ye..

Resepi sardin hancur tu nampak sedap.. Tq kak for sharing.. Kami doakan Uwan sihat dan satu family bahagia dan ceria selalu.