Thursday, May 28, 2015

Asam Pedas Buat Dia.

Salam,

Terima kasih yang mendoakan my brother,yang bertanya khabar,yang berkongsi cerita kisah hidupnya dengan saya. Alhamdulillah tidak terhingga yang mendoakan saya, uwan dan keluarga- tidaklah dapat saya membalasnya melainkan mendoakan semua juga.Yang meminta tak di kongsi di sini saya tak publish kan- Women are always strong and may Intan and others be blessed with continuous courage in order to take care of the people  we love. Thank You for all the comments- so sorry belum dapat berkongsi resipi asam pedas dan curry noodles yang di minta- sibuk banyak lah these few weeks- nak ke outstation attending conference this saturday so i have to settle tons of works in the office.Nasib baik cuti sekolah dah start boleh lah angkut budak2 sekali.


Alhamdulillah,banyak air mata yang tumpah mendoakan kesejahteraan nya. Telah selamat menjalani pembedahan- my second brother- the eldest telah meninggal dunia. I truly understand my feeling as to why i was so  sad when i see him in hospital: because he reminds me so much of my late father. Wajah my brother ni hampir serupa betul dgn arwah my father. Ini gambar masa bawak my mother jumpa dia at my nephew's house sebelum dia di bedah.


And i cooked him asam pedas:);) Yg bertanya resipi dulu my asam pedas ringkas saja saya suka tak banyak minyak dan kuah cair boleh di hirup. Resepi untuk 4- 6 ekor ikan kembung atau seekor ikan besar di potong 6-Untuk tumisan saya tumbuk 4 biji lada hitam,1/2 inchi halia, 5 bawang merah,5 bawang putih dan sebatang serai- tumis dalam minyak sedikit hingga wangi,masukkan 1/2 inchi belacan dan cili kisar, tumis lagi hingga pecah minyak dan wangi, masukkan ikan gaul2 dan bubuh air cukup2 tenggelam kan ikan sahaja, mendidih masukkan apa jenis sayur yang suka, dah layu tambah air asam jawa, garam,sedikit oyster sauce. biar mendidih hingga masak.


Last Weekend asyik memantau budak2 buat revision untuk exam this week.


It's true when people said as you get older your priorities change- dah petang baru lah ingat the next day tu our 13th Anniversary- and the husband will be outstation for 3 days- so i bukak fridge carik apa yg ada yg boleh dibuat cake anniversary:) Jumpa RM5 Giant choc cake- i potong deco dgn potongan cheese cake dan chocolate- jadi lah anniversary cake- sangat bersyukur dgn apa yang ada- kebahagiaan banyak Allah Swt berikan- itu lah hadiah terbesar sebuah perkahwinan- 8 tahun tidak perlu menggosok baju, mop lantai,mencuci longkang atas rezeki pembantu yang Allah swt beri, 13 tahun ada pasangan dan sahabat yg bersama memimpin tangan uwan ketika sukar, sudi membuat milo walaupun kita dah ada atas katil, diberi cahaya mata 2 sekali untuk pelengkap hidup- telah ada hadiah bertahun-tahun lamanya jika di lihat- yg dipinta moga Allah terus memberkati,terus mengasihani,terus mendengar doa hamba yang sentiasa meminta,menerima ampun hati yang selalu alpa.


Pre Anniversary tidak ada Chef terkenal yang memasakkan- tapi kita sendiri masak untuk yg tersayang-penat sejak beberapa hari berlari sana dan sini- ini lah mampu di masak.My simple aglio olio with shrimp.


Simple pun tapi bila ramai bahagia memakannya kita pun bahagia.


Cake DIY ready in 5 mins- pun ada yg sangat excited;)


hari isnin my anniversary banyak "hadiah" yang saya dapat- bukan menerima bunga, tapi memberi bunga, menerima 'cinta", doa di makbulkan- paktih selamat menjalani pembedahan- itu lah hadiah terbesar.


Menjadi wan su untuk sekian kalinya- My niece ikin dapat baby perempuan;)


Yasmin Humaira- Yasmin Yang kemerah-merahan;) Ini baru 4 jam lahir;)


Umur 3 hari- pakai baju wan su beli di ostolio:):) Omel Omel;)

Kebahagiaan ada di mana-mana- ada yang jumpa di Prada, di Paris, Di puncak restaurant berputar, di Habib Jewel, Di kereta BMW, di candle light dinner- tapi bahagia juga ada di wajah ibu kedut seribu, rumah tempat berlindung, katil lama tempat melepas ngantuk, di eskrem potong, mau pun di asam pedas atau cake RM5 Giant.

Bila lihat keliling banyak rupanya bahagia- terpulang kita nak mencapai yang mudah atau susah:)

Salam buat semua.

……………..

10 comments:

Norhidayah Rasin said...

Assalammualaikum kak zu, indahnya feeling pagi2 baca entry kak zu. Love your last paragraph!!

emy said...

indah betul kata2 akak...
terlena sy dengan penuh motivasi..
sy sentiasa buka blog akak untuk membaca sbg motivasi utk diri sy ..
tq kak..

FadMN said...

congrates to ikin.so shomey the baby masya allah.semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat & lindungan NYA. itu yang paling utama kan..

FAD

Neny said...

Thank you kak for the reminder...about being positive in whatever situation we are in. And be grateful on the good things we have or have had even it's just a small little things. I'm always happy reading what u share and banyak termotivasi by you eventhough never knew u personally. Saya doakan kehidupan akak sekeluarga sentiasa bahagia dunia akhirat tak kira apa jua dugaan melanda.

azleen said...

As salam Zue, as I've said, your posting are always inspiring and positive, although I only met you once (at my bro in law's house) tapi macam kenal lama je bila baca all your postings. Alhamdulillah bila kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, Insya Allah hati kita tenang dan kita sentiasa gembira. Alhamdulillah both your brother and your niece are well. Congratulations to your niece and to you as Wan Su :-) - Azleen.

Cikayu said...

Bahagia ada di mana-mana..

ibz said...

i love how you express your feeling via writing..tq kak zue u reminded us about how simple things can make us happy...

Regards,
Lawyer pencen

god bless u and family..Ameen.

I am LZ said...

Assalamualaikum Kak Zu dan rakan-rakan blogger..

Tersentuh hati tengok gambar Uwan.. Teringat pada org tua saya.. By the way Happy Anniversary diucapkan kepada Kak Zu.. Suka dgn keperibadian & cara hidup Kak Zu, so humble..

Take care sis..

Hani said...

Assalam kakzu

Ye cinta ada di mana-mana walau hanya makan nasi berlauk ikan kembung goreng atau telur dadar :) lebih bahagia jika emak tersenyum gembira dengan apa yang anak-anak dia ada sekarang. Sebak jika baca apa yang kakzu tulis pasal uwan, sentiasa mengingatkan saya kepada emak di kampung. Penat bekerja, penat mencari rezeki lebih namun sangat gembira bila emak terus mendoakan kita agar lebih berjaya dan rezeki terbuka luas. Semoga kita terus berpeluang membahagiakan emak as 'syurga di hati kita' itu insyallah :)

Unknown said...

Assalam Sis Zu,

feeling really great reading your post today..Im new here..moga berkenalan dgn Sis Zu n membaca pengalaman harian yg Zu dapat memberikan pedoman dan pengetahuan buat diri saya yg serba kekurangan ini. Hope we can share a lot of things...