Alhamdulillah menyambung kembali.
Berkongsi untuk menerbit rindu bagi yang belum berkesempatan dan berkongsi kenangan dengan yang telah kesana. Moga sama2 kita dapat menjejak kaki ke kota indah ini. Kota Madinah bandar yang indah penduduk ramah tamah, makanan enak dan lazat, Rasulullah SAW berhijrah kesini setelah di tolak oleh penduduk Makkah- walaupun baginda sangat cintakan Makkah baginda terpaksa berhijrah ke Madinah- di alu alukan kedatangan baginda ke Madinah oleh penduduknya- mendengar nasyid "Telah terbit bulan purnama.." yang dialunkan oleh Mutawif semasa bercerita itu mengalir air mata- segalanya indah. Dan keramahan itu di warisi hingga kini. Jangan risau yang membawa anak2 kecil- sangat dialu-alukan disini- lebih banyak salam diterima, lebih banyak senyuman dilempar, didalam masjid gula2 sentiada diterima oleh Tia dan Mia,anak2 diurut kepala setiap kali bertemu " Mashallah" kata mereka- dan bila melihat kembar berebut mau mencium- Subhanallah mereka sangat mengagumi ciptaan dan pemberian Allah Swt. Sangat tinggi persaudaraan islam itu di sini. Dan yang best jugak mereka semua boleh berbahasa Malaysia " mari2, masuk lah, tengok2 lah" kata mereka;) Dan wanita Arab yang menjaga pintu masjid juga sangat baik kepada kita Malaysian- Alhamdulillah.
Setiap bahagian seorang itu lain2 tetapi pasanglah niat dengan betul, bersihkan hati Inshallah ada rezeki setiap orang untuk merasa kebahagiaan ini- merasa diraikan kedatangan.
Selepas Raudhah yang bermakna- kami melihat2 di sepanjang jalan kerana ini hari pertama.Macam2 yang dijual.
Kami membeli beberapa sejadah di kedai pakcik Arab ni- Tia Mia memilih yang harga R30 manakala si papa memilih yang R 10- maka pakcik ni membuat lawak kepada papa Tia Mia dengan mengatakan " miskin, miskin":);) Sejadah perlu di sini kerana bukan setiap kali dapat masuk ke masjid - ada masa yang sangat ramai orang maka tidak dibenarkan masuk- membawa anak2 pun tak lah kita berebut- atau kadangkala terutama subuh sangat seronok sembahyang di perkarangan masjid sahaja- di bawah langit terbuka luas kerana masa itu payung di tutup- bak kata my kawan' terasa seperti setiap doa terus diangkat ke langit" Subhanallah.
Saya hanya membawa 2 jubah dari malaysia utk Tia Mia- kami singgah di kedai untuk membeli sepasang lagi buat dia orang.Berkenan dengan jenis buka depan ni-sedang bergerak dan berharga R 40 sepasang. Kata tukang jual tu " feel the material, quality you can trust!"-
Tapi makcik ni dah jumpa yang ni- alamak berkenan pulak- beli lah jugak R 45 - si adik belakang tu dia dah penat- dan tak ada mood- tengok gambar atas kepala ke atas tu- akhirnya dia pilih colour fushia- tiba2 entah macam mana arab tu nak pakai kan kepala tercucuk mata sikit- terus dia melalak- pak arab "quality you can trust" terus panik berkejar kedai sebelah membeli chocolate sneakers sebagai pujukan:)
Dah dapat dua pasang jubah cukup lah utk 2 minggu di sini sebab di dalam boleh pakai t shirt dan seluar panjang- senang bergerak- setelah zohor kami singgah lunch- sini lunch hanya start selepas zohor.
Mashallah permandangan indah mengadap masjid Nabawi- nikmat itu dihalusi- pandang kebawah dan lihat ada duduk ditepi jalan memakan roti sahaja- mereka pun sama datang dengan niat beribadat- jika mereka yang kurang berusaha begitu keras, maka buka lah mata kami yang diberi nikmat- apakah beza antara kami dan mereka- tentu nya amalan dan kecekalan- anak2 pun perlu faham semua ini.
hari pertama bertemu nasi arab daging- sangat sedap rasanya.
Ada bermacam pilihan di Movenpick- tandoori chicken, ala2 chinese food dsbnya.
Saya yang fascinated dengan food dan cooking tak melepas peluang mengambil gambar2 seperti di bawah:
Dua orang ni kadang2 sampai tak tau nak pilih:) tapi yang pasti ke kaunter dessert yang utama.
Kalau nak beli barang macam pin, air minuman, chips dan sebagainya boleh ke supermarketnya bernama " Bin Dawood"' bukan setakat food yang ada- macam2 menawan hati:)
Menjamu lah mata sekejap kalau singgah.
Hmmm:)
Jug air zam zam
Selalunya selepas zohor dan lunch kami balik hotel bersiap untuk asar, Maghrib dan Ishak. Ada masa juga memberi peluang rehat kepada Tia Mia maka papa ke masjid untuk asar- kami asar di bilik dan bersama2 papa untuk Maghrib dan Ishak di masjid- membawa anak2 perlu sedikit flexible- pengisian jiwa yg selalu supaya dia turut merasakan keindahannya dan tidak penat atau terpaksa- perlu berada 12 hari di Madinah dan Makkah- moga2 semua mempunyai hasrat dan niat yang sama.
Inshallah bila mereka faham- sangat bahagia mereka- berjalan ke masjid suatu nikmat.
Selalunya papa pun berjanji dengan kami untuk jumpa di tiang yang no berapa- sebab ruang solat lelaki dan wanita di asingkan di sini tidak seperti di Makkah.
Selalu terpersona melihat payung tertutup dan terbuka- langit yang begitu terang- sangat istimewa.Masjid Nabawi memang sangat indah- sebab itu lah yang telah kesana mesti merindui selalu- Kalau sebelum ini tidak ada perasaan itu- Alhamdulillah sekarang telah faham.
Sebelum masuk kami simpan kasut dan bekas yang disedia kan agent- ada tempat menyimpan kasut di dalam tetapi lebih mudah membawanya sendiri.
Jika ada rezeki dapat masuk hingga kebahagian ada carpet dalam masjid, kalau tidak duduk yang tidak bercarpet dan bentang sejadah, atau pun duduk lah di perkarangan masjid- sama indahnya- jgn gusar jika tak dapat masuk dan tidak dapat pahala lebih- buka hati- sembahyang di perkarangan pun sangat indah- Allah tahu niat kita.
After Maghrib routine kita menunggu papa.
Tunggu lama pun tak apa- sangat indah di sini.
Ralit melihat sekeliling
Bila berjalan balik untuk dinner- macam2 yang dilihat dan jualan kecik2.
Selamat dinner balik ke bilik sekejap sementara ishak-
Inshallah nanti kita sambung kisah ziarah ke luar kota Madinah yang menarik:)
9 comments:
Alhamdulillah.Terubat rindu
terasa nak ke sana jugak...indahnyer
Rindu...sebak sy membaca...teringat pengalaman sendiri ..tq kak zu...
Assalamualaikum,
boleh share amik pakej dgn travel agency mana tak sis?
tq ye..semoga mendapat umrah yang mabrur
rasa sebak.. YA ALLAH permudahkan ku untuk ke sana jua .. ceriter lagi kak zue .. tak sabar membaca perjalan kak zue di sana
Kak zue ..sebak rasanya ..mudah2an say adipermudahkan untuk ke sana.. cerite lagi kakzue ...
Assalam. Rindunya nak ke sana..
As-salam kak zu,
Alhamdulillah.. perkongsian pengalaman yang sangat indah.. :) seronok tengok gambar2 indah sekitar Masjid Nabawi dan wajah ceria tia mia..
Alhamdullilah...selamat kembali kak....insyaAllah satu hari nanti rezeki saya dan anak-anak pulak kesana
Post a Comment