Monday, December 21, 2015

Part 4- Madinah- Makkah- Allahuakbar akhirnya kami melihat Kaabah.



Di sebalik kesyukuran tak terhingga- subuh terakhir di Masjid Nabawi megundang kesedihan- terasa cepat masa berlalu, kota indah dan tenang nini- bersemadinya Rasulullah- ada satu perasaan tidak dapat digambarkan bila berada disini- walaupun hati sangat teruja mahu ke Makkah,tetap ada perasaan sayu mahu meninggalkan Madinah Al Munwarah- moga kita ada rezeki boleh kesini lagi,moga Allah swt menerima kita sebagai tetamu di sini lagi.


Kita akan bertolak ke Makkah selepas Zohor, seperti biasa breakfast di Movenpick dulu- sangat lah enak breakfast di sini- jatuh cinta betul dengan omelette yang di masak chef ini- sehingga setiap pagi menunggu dia memasak dan dah tahu jugak caranya.


Omelette berisi mushroom,olive,cili serbuk,bawang,parsley,tomato yang di goreng garing- sangat sedap dimakan panas2 dalam cuaca madinah yang dingin. Tiada satu pun komplen sepanjang menginap di Anwar Madinah Movenpick- Alhamdulillah semuanya manis belaka.


Kerana hari terakhir selepas breakfast kami berjalan sedikit sekitar Hotel.Terjumpa kedai perfume ni.


Sangat menarik.


And the two found this traffic light ice lollies.


Dingin pun seronok makan ais.


After ice cream we went to look for kebab - for the past 4 days we never buy food from outside as we have 3 meals at the hotel. Since this is the last day- we decided to buy try the kebab and to pack some for our journey to Makkah.


The kebab was so nice- juicy and fresh-terasa rasa hingga mini.


We solat zohor terakhir sebelum meninggalkan hotel dan ber miqat di Bir Ali.


Kesedihan menyelubungi diri- selamat tinggal Masjid Nabawi yang indah, makam Rasulullah,Raudah dan semuanya- kami lambai moga di jemput lagi.


Papa pun berihram.


Bismillahirahmanirrahim- moga semuanya di permudahkan- hati terasa sangat berdebar mahu melihat yang sejak kecil hanya di lihat di gambar atau sejadah.


Keenderaan di pandu oleh Sheikh ini - boleh tahan lajunya- jika bas mengambil masa 6 jam- kami mengambil masa 4 jam sampai ke Makkah- tidak berhenti makan kerana ada bekalan di bawa.


Kedai sepanjang jalan.


Berhenti di Bir Ali untuk berniat umrah.


Ada kedai2 menjual minuman dan snacks di sini.


Kita sampai di Makkah hampir Ishak- perasaan sampai ke kota Makkah tidak dapat di gambarkan- mendengar apa yang diceritakan ustaz, melihat cahaya melimpah dari Masjidil Haram, melihat clock tower- semuanya tidak dapat kita gambarkan.


Proses check in tidak sukar di Hilton Tower- wakil Poto Travel telah sedia menunggu.


Kita di beri family suite di tower 6, tingkat 16, sangat teringat-ingat hingga hari ini- terdapat 3 katil, satu sofa bed, kitchen dengan stove dan 2 bilik air.


Kita menunnaikan solat ishak di bilik dahulu bersama mutawif kerana ketika itu solat ishak telah masuk


Melihat keluar jendela- Mashallah- itulah Masjidil haram- yang sebelum ini setiap hari raya merasa sayu mendengar bacaan imamnya- terasa sangat cantik melihatnya- terasa jauh entah bila dapat memasukinya- sekarang- Ya Allah itu dia diluar bilik hotel sahaja, cahaya telah melimpah kemana-mana- dan didalam itu lah terletaknya Kaabah- berdebar-debar, bagaimana kah nanti, boleh kah melihatnya dari dekat, mudahkah atau bagaimana- Ya Allah terima lah kami, izinkan lah kami mendekatinya.




Kenangan- terima kasih Poto Travel menguruskan yang terbaik buat kami.


Selepas ishak kami turun dari pintu hotel beberapa meter sahaja terus memasuki perkarangan Masjidil Haram- kami bertembung jemaah yang habis ishak mahu keluar masjid dan kami yang mahu memasuki masjid- sesak sangat-tangan Tia Mia dipegang begitu erat- sangat bersesak hingga tiada ruang mahu melihat lantai, pengalaman berharga buat Tia Mia- menjaga diri,berdoa tidak berhenti. Tetapi apa pun kekalutannya, apa pun kerisauan di celah ribuan manusia yang bersesak dengan memegang dua anak, dan Mia pulak tidak mahu melepaskan papanya- sebagai tetamu Nya Mashallah dipermudahkan, di pelihara,sampai ke mataf, tiba2 bagai sangat kurang manusianya,boleh hampir ke Kaabha, sedangkan jika kita lihat dari jauh sangat sesak,tiada ruang tetapi sampai ditengah itu ada ruang selesa buat kami.

Ini gambar2 sesudah tawaf sebenarnya sebab ketika tawaf itu kami hanya menumpukan untuk mengikuti Mutawif,ayat bacaan nya, bercampur tangisan dan sebagainya- sesudah habis tawaf, sebelum saei,kami mengambil gambar buat kenangan.


Allahuakbar tidak percaya sehingga boleh sedekat ini.



Habis tawaf dan saei, Tia Mia sangat teringin dekat pada Kaabah- manusia masih ramai, tetapi ada rezeki untuk dua orang ini, dicelah manusia yang tidak mahu melepaskan dinding kaabah itu ada lorong buat keduanya- dapat lah Tia Mia memegang dan mencium Kaabah betul2, kedua mama dan papa jugak menumpang lorong yang terbuka buat keduanya.Alhamdulillah akan dingat sampai bila2.


Saei.


Dua orang ini bertenaga dan seronok.


Selesai bersaei kita bertahlul memotong rambut.


Subhanallah lengkap lah umrah pertama kita- moga Allah Swt menerimanya- moga segala yang kita lakukan mendapat keberkatanNya. Perasaan berjalan balik ke hotel itu tak dapat digambarkan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


9 comments:

eetaneet said...

Salam Ukhwah MamaTiaMia...

Terima kasih di atas perkongsian yang amat terperinci dan sungguh bermakna. Sentiasa menunggu post dari MamaTiaMia. Membaca setiap ayat membuatkan diri ini begitu dekat dengan keluarga ini. Moga Allah sentiasa memberikan keberkatan dan kebahagiaan dalam setiap inci hidup keluarga ini. Salam Buat Tia, Mia, Uwan dan tak lupa untuk Zue.

ida said...

Salam kak

ya Allah rindunya bila mambaca catatan kak zu.
hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya berada di sini.
Walalu sejauh mana kehujung dunia kita merantau dan melihat keindahan alam, tidak akan pernah sama seperti menjejak kaki ke sini.
Tidak ada kata dapat menggambarkan .

sama2 kita pohon semoga dapat menjadi tetamuNya lagi kak

arinieva said...

Baru bace cerita Kak Zu dh meleleh airmate nie... nk menaip nie pun bergenang airmate. semoga ada rezeki saya sekeluarga ke sana. Insyallah. thanks Kak Zu for the wonderful story :)

kakchessie said...

Assalamualaikum anak yg semoga Allah memberkati anak sekeluarga. Terima kasih atas pekongsian pengalaman anak sekeluarga buat jadi pedoman pada yang akan menyusul nanti. Air mata tak dapat dihalang lagi kerana tak sabar menanti giliran yang Insya Allah pada 8 Jan 2016 nanti. Bertuah sungguh punya keluarga yang solehah.... Subhanallah. Its wonderful to read and see the pics.

Tengkubutang said...

perkongsian yang sangat berguna.. insyaAllah nanti akan rujuk ke sini semula..

MamaTiaMia said...

Wsalam. Lots of loves from us ๐Ÿ˜

MamaTiaMia said...

Wsalam inshallah๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

MamaTiaMia said...

Wsalam Ida lots of loves from here ๐Ÿ˜️Inshallah moga kita di ️️terima menjadi TetamuNya lagi๐Ÿ˜

MamaTiaMia said...

Wsalam Tq ️Inshallah hope have a blessed umrah last Jan- ️lots of loves from here๐Ÿ˜