Alhamdulillah telah selamat kembali ke Malaysia- Subhanallah telah dapat melihat yang diimpikan dan Mashallah syukur tidak terhingga diterima Allah Swt sebagai tetamu Nya- moga amalan umrah dan ibadah diterima Nya- moga pengalaman ini menjadikan kami lebih mendekatkan diri pada Nya, lebih insaf dan memperbaiki setiap aspek kehidupan.
Catatan di sini sebagai kenangan manis bagi kami sekeluarga terutamanya Tia dan Mia, dan perkongsian dan gambaran keindahan bagi yang belum dapat ke tanah suci. Ada diantara kita yang begitu beruntung telah berkali-kali menjadi tetamu Allah Swt tetapi bagi kami inilah pertama kali Nya dan ianya sungguh bermakna bagi kami sekeluarga.
Bagi yang meminta maklumat hotel, agent, apa ada dalam pakej dsbnya- saya akan kongsikan di sini setakat yang mampu.Bagi yang mendoakan semasa keberangkatan, diucapkan ribuan terima kasih- Jazakallah dan bagi yang berkirim doa telah saya sampaikan- Inshallah- hanya Allah Swt sahaja lah sebaik perancang yang mengetahui apa yang baik dan sesuai untuk kita.
Perjalanan umrah ini bermakna menusuk di dalam jiwa- kadang2 ada masa, ada rezeki belum dapat kita sampai- tetapi apabila masa itu telah sampai tidak tertangguh lagi- maka dibuka jalan, di permudahkan semua.Begitulah saya, jika melihat tanggungjawab menjaga yang memerlukan, aturan itu dan ini- sentiasa ada- tetapi bila telah sampai masa itu mashallah semuanya teratur.
Saya memilih Poto Travel untuk umrah ini setelah membuat bacaan dan berpuas hati- saya tidak mengikut group kerana ini lah pertama kali pergi dan membawa anak2 kecil-kami pergi bersendirian satu keluarga dibawah pakej umrah yang di atur oleh Poto- memasang niat bahawa rezeki itu pemberian Allah Swt maka ketempat paling istimewa ini digunakan sebaiknya rezeki yang diberikan oleh Nya.Jika sebelum ini ditanya oleh samada pakej ini bagus maka saya tidak berani menjawab kerana belum melaluinya- tetapi sekarang saya mengucap syukur bahawa perjalanan umrah ini adalah pengalaman terindah dan atas izin Allah Swt mereka dapat mengatur yang terbaik buat kami.Pasti yang lain2 berpengalaman dengan agent lain pun ada yang terbaik juga- ini hanyalah pengalaman kami yang pertama kali pergi.
Pagi sebelum bertolak- Alhamdulillah dua orang ni sangat excited nak pergi and they are very happy with the purple luggage given by the agent. Pergi di bacakan doakan oleh Pashik dan diringi keluarga kedua belah pihak- Alhamdulillah.
Di Airport.
Alhamdulillah tudung Siti Khadijah sangat sedap di pakai- we bought the tudung and telekung from SK.
It was our first experience with Saudia Air-if before this it was always MAS - this is our first experience with Saudia- turned out to be very good- Alhamdulillah- they have bigger leg room- more programs, better food and the most important rasa aman bila di bacakan doa perjalanan dan sebagainya.
Food on Saudia.
Leaving Malaysian sky.
After 8 hours we entered Saudi Sky.
We stopped for 1 hr in Riyadh- tapi tak payah keluar kapalterbang- so boleh stretch badan sikit.
It took us another 1 1.2 hour from Riyadh to Madinah.Happy dah sampai.
Tired and sleepy.
Mashallah orang sangat ramai di Madinah airport- perlu lah bersabar banyak- it took us 3 hrs to pass the immigration- there were thousands of people and only 5 or 6 counter were opened- and the checking were really thorough, your 10 fingers must match the 10 fingerprints in your passport- kalau tak match you have to try again and again- so satu orang tu pun ambik masa yang lama- kena lah berdoa banyak2 moga dipermudahan- walaupun menunggu 3 jam- Alhamdulillah semua okay dan settle.
This is our mutawif- Ustaz Muhyiddin from Indonesia- sangat bagus dan berpengalaman- dia pun sangat letih menunggu kami 3 jam sebelum lepas immigration. Dari Madinah airport dia menunggu kami dengan kenderaan yang di atur agent .Sebagai orang yang berpengalaman pengisian jiwa sangat bermakna dari Mutawif- sepanjang dari airport ke Madinah dia membantu membuka jiwa- sehingga kan sepanjang jalan itu saya menangis- terasa kesyukuran tidak terhingga telah berada di Madinah tempat bersemadinya Rasullullah Saw- dan apabila memasuki tanah haram Madinah- air mata terus mengalir laju- Ya Allah syukur, terima kasih tidak terhingga aku dan keluarga telah di sini.Tia Mia juga turut teruja mendengar kalau di Malaysia satu ayat satu pahala tetapi di tanah haram Madinah 1 ayat 1000 pahala- maka tak berhenti jugak keduanya membaca ayat2 yang mereka ketahui. Sepanjang perjalanan itu terasa Rasullullah Saw dekat- menangis dan menangis kerana tahu dia sangat mencintai umatnya sedangkan kita kadang2 tidak berupaya mengingati baginda selalu.
Kami sampai di Anwar Movenpick Madinah pada tengah malam.
Di sambut oleh orang2 Madinah yang peramah- persaudaraan sesama islam itu kuat terasa di sana.
Our room with 4 beds. The two little people were really happy.
Nice and comfortable beds- tidur sangat selesa selepas perjalanan jauh.Jarak pun sangat dekat dengan Masjid Nabawi- sehingga kan azan di masjid seperti di dalam bilik.
Kitchenette with stove kalau nak masak. Semua selesai pukul 2 pagi .
Pagi breakfast di Movenpick- sangat banyak pilihan makanan dan Alhamdulillah sangat sedap.
Breakfast.
Sentiasa ada jambangan bunga segar setiap hari di sini.
The two excited girls.
Turun ajer hotel- keluar pintu telah nampak entrance Masjid Nabawi.
Mashallah - melihat payung2 yang indah ini.
Tenang dan indah .Cuaca sangat nyaman- sejuk yang enak.
Tia di pintu masjid nabawi.
Di Masjid Nabawi tempat wanita dan lelaki berasingan- saya mengambil wudhuk dan membawa anak2 ke bahagian wanita untuk solat sunat sambil menunggu Mutawif datang membawa ustazah untuk membawa kami ke Raudhah.
Sangat indah dan tenang- kaum wanita duduk membawa anak2 selepas waktu subuh ini- ada yang mengaji dan ada yang solat sunat.
Kenangan indah.
Selesai solat kami jalan2 sedikit di dalam masjid- Alhamdulillah ada rezeki mengambil gambar sebagai kenangan walaupun dengar khabarnya sebelum ini di halang.
Tempat minum - waktu ini masih belum jumpa tempat air zam zam dalam masjid.
Selepas itu ustazah pun datang membawa kami ke Raudhah-Taman Syurga yang dikata kan sangat mustajab untuk berdoa dan dengan izin Nya di makbulkan- jika sebelum ini tidak dapat dibayangkan bagaimana "Taman Syurga" itu- bagaimana bentuknya. Dan ada jadual untuk wanita memasuki dan kita dari malaysia selalunya di jadualkan waktu malam bila tak ramai orang.Tetapi Ustazah membawa kami pagi dengan harapan ada rezeki- ustazah mengingatkan memasuki Raudhah yang terbaik bukan lah melalui taktik atau sebagainya tetapi berbisik lah, selawat lah sebanyaknya- dan sepenuh hati berdoa lah' Ya Rasullullah aku datang, aku rindukan mu" ketika kita ada perasaan rindu ini air mata akan berhenti tidak mengalir, sehingga kan sukar membuka mata. Kawasan Raudhah ini kecil sahaja bagi perempuan- bezanya antara kawasan masjid yang lain adalah carpet nya- seluruh masjid ber carpet merah hanya di Raudhah ber carpet hijau- jika kita lihat di dalam Raudhah itu penuh sesak sehingga kita merasakan mustahil untuk masuk- tetapi jika ada rezeki, bersungguh kita minta Inshallah terbuka jalan bagi kita- Begitu lah kami, didalam kesesakan itu ada ruang bagi kami- dapat kami 3 beranak sembahyang sunat berkali - kali- tidak di halau guard Arab yang menjaga- setelah berpeluang sembahyang beberapa kali- saya teringat apa yang di pesan ustaz semasa kursus jangan kita duduk sujud begitu lama tak bangun2 tak memberi peluang orang lain- maka saya pun keluar, tetapi Mashallah- saya keluar ada ruang kosong terbuka untuk saya masuk kembali-Subhanallah masuk kami kembali 3 beranak- sembahyang sunat beberapa kali lagi-Allahuakbar- terasa sangat kerdil diri menangis bagai anak kecil kesedihan di tinggal ibu- tidak dapat saya menahan- tersedu-sedu hingga basah seluruh muka - terasa Ya Allah aku yang hina, Ya Allah aku yang tidak sempurna Kau bagi peluang, Kau bagi jalan- Terima Kasih Ya Allah. Pengalaman manis itu saya ingat sampai bila2- moga Tia Mia mengingati juga peristiwa menangis bersama-sama mamanya di Raudhah.
Ini lah Ustazah yang membantu kami- dengan izin Allah Swt dapat kami solat banyak kali- terharu saya peluk dia erat dan ketat.Mengucap salam di makam Rasullullah juga sangat bermakna terasa Baginda dekat.
Setelah selesai kami minum air zam zam yang enak.
Seronoknya di Masjid Nabawi dan Masjidil haram tong2 air zam zam ini sentiasa penuh- minum lah bila2. Setelah minum air zam zam baru teringat- ehhh jam tertinggal semasa mengambil wudhuk di tempat wudhuk- telah lama tertinggal sejak pagi- hampir setengah hari- maka pasrah sahaja- walaupun jam itu bermakna dan berharga pemberian anniversary gift tahun ini dari suami- jika tiada rezeki tak apa lah-.
Saya pun singgah di tempat wudhuk semula untuk melihat- Subhanallah- masih terletak elok di situ.
Masih ada rezeki- ini kan Kota Madinah- Subhanallah.
Assalamualikum- nanti kita sambung lagi….Indah Nya Madinah.
8 comments:
oh indahnyer kata2 akak...alhamdulillah akak n family dah sampai..tak sabar nak baca next entry...
alhamdulillah, syukur akak sudah dijemput ke sana, doakan kami juga semoga satu hari Allah mudahkan perjalanan kami untuk melihat bumi Rasulullah SAW
saya yang baca ni pun tak henti2 menangis terharu. walaupun tak pergi tapi seakan berada juga di sana :) keep on sharing kak
Rindu nak baca coretan akak. Semoga di permudahkan segala urusan di sana.
Alhamdulillah akk dijemput mnjadi tetamu di sana,sungguh indah kata2 akk buat sy terharu juga.
Masyaallah...tabarakallah...melihat gambar2 dan coretan seperti berada di sana.....sedih dan menitik jugak air mata...tak sabar nak tunggu next entry...cepat2 yer
Alhamdulillah Kak Zue & family selamat pulang ke tanahair..
Terima kasih sudi share cerita dan gambar yang semuanya indah-indah belaka.. Terasa jiwa saya ada di sana.. Satu perasaan sebak ketika membaca coretan Kak Zue..
Alhamdulilah
Salam kak ... would you mind POTO Travel office dia kat mana yer?blh sertakan contactnya di mana... sbb saya tinggal di kota damansara... pernah nampak di sunway giza.. :) Saya & suami jugak barcadang ingin pergi bulan dec jugak .. sbb ramai yg ckp bulan dec cuaca sejuk ...
Post a Comment