Tuesday, December 29, 2009

Uwan Saya Tersenyum!

Seperti yang mama cakap sebelum ni mama cuba perbaiki diri,mengeratkan lagi hubungan antara mama dan uwan,bukan tak erat sebelum ni cuma "the soft touch" tu kurang agaknya,Kalau nak di ikutkan masa memang tak pernah cukup,menguruskan rumah,kerja pejabat semuanya mencuri masa. Tapi semua tu apalah nak nak dibandingkan "harta" yang kita ada di rumah, yang kadang2 kita terlepas pandang,dengan tekad tu bila kak ikin called semalam mama pun ambik cuti sehari,selain ada urusan bank mama nak bawak uwan keluar jalan2 lebih lama,makan2 dan bersantai jer. Kak ikin pulak memang cucu yang baik, sentiasa ada masa untuk uwan,kadang2 mama lupa dia tu cucu ingat macam adik sendiri jer,sebab hati yang baik tu kak ikin dapat husband yang baik jugak,mama boleh nampak segalanya,suka mama tengok abang din melayan uwan.So semalam,kita jalan2 tanpa ada sebarang had tujuan,kak ikin nak beli few lights kat ikea,so kita pun drive ke ikea,makan2,dah selesai ikea,kita pergi fun kidz zone,uwan pun boleh relax kat situ while waiting you both jumping having fun.Dah habis kids fun zone we pergi minum and makan ice cream..dah kira uwan penat berjalan kita pun get ready nak balik walaupun dua orang kenits tak penat lagi.Balik pukul2.30,mama singgah pasar segar beli ikan tenggiri,petai,sayur,balik rumah mama bersilat masak asam pedas ikan tenggiri dengan kacang botol,ada ulam,ikan terubuk masin,sedap lah masing2 makan lagi at 3.30..haaa..haaa..agenda semalam,makan2 and makan jer. Mama harap uwan terhibur semalam,nampak dia pun cerah jer muka..mama harap uwan senang hati duduk di rumah kita,banyak cabaran dalam mama nak membahagi masa, kalau tak bijak selamanya mama "diikat" masa, kena pandai lah menilai,membahagi.Sebagai manusia kadang2 mama hanyut dalam kesibukan dan melayan perasaan, urusan pejabat pun kadang2 bukan berakhir dipejabat saja,...kalau ada issue yang besar terus melekat ke kepala..telefon di rumah pun berdering.Kalau sedang susah hati pun harus diketepikan yang tak tahu apa di rumah menunggu dari pagi mengharap kasih sayang kita,senyum manis kita tak kan nak nak di bebankan dengan mood tak elok,baru lepas berdebat menjerit2 di office pun, sebesar mana deal yang baru kita selesaikan pun, bertapa pentingnya kita dipejabat pun..bila melangkah masuk rumah terus lah jadi suri kita sepenuhnya..dakap "harta2" yang menunggu,singsing lengan ke dapur,hidangkan makan malam..itulah kekuatan suri di beri AllahSwt..tak perlu ganjaran besar melihat senyuman dari orang yang disayang pun berbunga hati hingga ke hulunya.

Yey uwan saya tersenyum lah..uwan pakai baju baru,papa beli kain tu dari Korea..saya pulak malu ni..sukanya hati saya.
Happynya dua orang ni berjalan2 dengan kak ikin and uwan..sampai tak bagi kikin balik.


Ishh Tia apasal serious sangat..sabar nanti chicken wings datanglah...

Ni kak ikin punya..yumm yumm meatballs..tapi semua orang pun share.

Ni mama punya favourite..west coast salad sedap....
Uwan and kenits mama orderkan chicken wings..so semalam uwan makan chicken wings,meatballs..nampak ada selera uwan.
Wah sedapnya chicken Tia..
Meriahnya makan..bising satu meja.

wahhh kak ikin sampai penuh2 mulut tu..Tia pun apa kurangnya..terbongkok2 makan.
Dah penat kat kids fun zone pergi makan ice cream pulak..uwan makan kerepek apa tah namanya..
kak ikin pun continue jugak..tehn tia cakap "tia nak berak" sambail buat expression muka..haaa..haaa
Ni budak banyak akal..now bukan saja sayang mama macam sky or ocean but macam "moon"..mama kena cakap kat uwan macam tu jugak lah:)
Nak jadi mak aji pulak dua orang ni.
Malam Tia pun berdoa untuk semua orang..moga semua selamat dan bahagia.

8 comments:

Miss Anatomy said...

alhmdulillah...uwan tia mia dh ok.tb2 rs rnd kt tok kt kg.hihi...

MamaTiaMia said...

kak anatomy, tia mia cakap "thank you..uwan kita dah senyum"

annhuzi said...

yes small efforts can make big smiles :)
tia mia u've got lovely curls :)
tia mia dah tak use diapers?
my girl stil tak nak tel when nak buat bisnes :(

Ikin said...

TQ for this lovely entry maksu..:)
suka...suka...uwan dah ok balik
wah...memang enjoy betul jalan2 dengan budak2 yang dah cakap terus...kurang pelat ni. banyak betul vocab tia and mia. tak macam budak kecik.
seronok...seronok...scene tia dah buang bom atom tu yang palik kelakar sekali...siap buat muka puas lagi dah terber..hahhaa

Love...the more you give...the more you get..Allah tu kan adil..TQ maksu.

MamaTiaMia said...

ann..tia mia can alert us now when they want to do their business but i still put on the diapers just in case.They can sit on toilet seat tapi tak lah discpline all the times:)

ikin..memang best jenjalan kan..nanti kita buat selalu..doa maksu ada rezki lebih nanti kita boleh jenjalan jauh2 pulak..bak kat tia mia nak go "london lah,paris lah,cannes lah"..haaa..haaa

cippa said...

Azu, what you said is so very true.Especially kalau kita menjaga mak kita. I faham perasaan you, bukan senang nak gembirakan hati orang tua ni, bukan dengan bagi benda yang kita boleh beli, tak diminta untuk dibawa berjalan-jalan jauh tapi yang pentingnya the quality time we spend with them. They want us to talk and listen to them...bukan bercakap dengan mulut saja tapi dengan hati. I am guilty of this, bila balik rumah, nak kejar waktu solat, nak masak dinner, nak bagi tidur si adik..kesian tok tak dapat bercakap sangat, nak bercerita apa yang dia buat, kadang-kadang kena "berlawan" dengan cucu untuk dapatkan attention. I selalu doakan supaya I dapat mengasihi kedua-dua orang tua seperti mana dia orang sayangkan I..kalau difikirkan balik..tak akan dapat dibalas balik kasih sayang our parents. So,Azu...I faham perasaan you...you tried your best..you are a good daughter...kirim salam to your mum ya..

Eine Frau aus Botnang said...

YOu make me miss my Mak even more! Anyway dear, Have a happy blessed New YEAR! Take care!!

Fasha

4 Kay-E said...

Yeay! uwan happy, sume pun happy...
it;s so true azu.. quality time is very important.. tp nak curi masa tu yg susah.. hmm..

anyway, happy new year & hope sume happy thn baru ni...