Tuesday, February 2, 2010

Recipe Buat Cik Abang Mengada ngada.

Hari ni nak cerita masak2 sikit since auntie Fasha,kawan blogger mama from Stuggart yang ada dua boys paling cute tu tanya.Dia cakap kat Stuggart ada petai fresh..wahhh sungguh best stuggart..auntie Fasha ni pun "terrerist in the kitchen" jugak tau:)

Sebelum tu nak ceritalah sikit incident semalam yang ada kena mengena dengan masak ni.Mama kan masak tiap2 hari..selalunya sebelum balik petang mama turunlah cafe kat office tengok apa kueh yang ada beli kat uwan, kadang2 kalau ada lauk sedap belilah sejenis buat tambah lauk pagi yang dah masak. So semalam ni masa isi lauk rendang limpa dalam plastik ada pakcik guard tegur mama "bungkus lauk ke..kalau masak sendiri lagi cik abang sayang"...wahhh mesti pakcik ni ingat mama tak pernah masak ni..hmmm macam nak geram and geli hati jugak..hai cik abang semua kalau nak tunggu bini masak tiap2 hari baru nak sayang,tu namanya sayang tukang masak tu..baik kawin ngan tukang masak jer..sayang ni tak der syaratnya..itu konsep kasih sayang sejati..kita masak tu sebab sayang yang dah terbina dan dalam menjalankan tanggungjawab bersama..kalau itu jadi syarat susah lah,macam kita cakap "kalau cik abang beli gucci handbag tiap bulan lagi cik adik sayang..agaknya cik suami suka tak kalau kita letak syarat macam tu. Kalau sayang terletak atas syarat mesti masak,mesti cantik,mesti bagi duit banyak,mesti handsome,mesti berpengaruh susahlah jadinya sebab tu semua tu tak kekal..kalau semua syarat tu dah tak de ..maka hilanglah kasih sayang..ishhhh pakcik salah konsep berkasih sayang pakcik tu..haaa..kan dah bersyarah pulak mama haaa..haaa.

Buat pakcik guard kalau nak bini sayang gila habis-habisan cubalah pakcik masak sekali sekali..haaa ni recipe saya bagi ni cuba pakcik buat..wahhhh suka bini pakcik makan ni..petai ada enzym boleh kuruskan badan tau..selain buang angin dia lawaskan perut..mulut cik abang dan cik adik pun tambah wangi nanti:).

Okay lah habis membebel dah jom masak : GULAI KEPALA IKAN MASAK LEMAK CILIPADI BERPETAI.Gulai kampung ni bahan2 dia simple jer,bahan2 yang boleh dapat keliling rumah tapi secret dia lies in the method of cooking it..sebab tu zaman bebudak dulu bila pergi surau,setiap rumah bawak nasik dan lauk,kadang2 sampai ada 3,4 lauk yang sama,tapi mama masih carik gulai uwan..kenapa? lauk yang sama sedap dia berbeza..kat surau dia orang cakap "gulai acu minah sodap"..so mari belajar gulai acu minah ni.

BAHAN2

Sebijik kepala ikan merah or jenahak..kalau ikan merah ada dua type,satu jenis yang merah pudar tu keras..
Segenggam petai segar bugar yang meruntun perasaaan dan nafas anda.

8 atau 10 biji cilipadi kampung ikut ketahanan lidah..cili padi kampung adalah yang terbaik,rupa dia bulat dan bundar..cili yang banyak kat supermarket panjang2 tu kita panggil cili akar..tak berapa sedap dan pedas..bila nak masak elok campur yang merah dan hijau nanti colour kuah pun cantik.

Santan segar or packet..sebenarnya tak de beza..ada rahsia macam mana nak masak santan packet jadi macam santan segar.Santan segar kalau kita masak kuah jadi macam nampak bersinar2 ada sedikit minyak tu yang sedap and cantik..so kalau nak hasil macam tu sila baca di bawah lagi cara2nya.Sebiji kepala ikan guna sepeket santan or sebijik kelapa.

satu inci kunyit..pilihlah yang tua macam kat atas colour dia cantik..tak boleh terlebih kunyit selain ada bau..colour yang terlalu kuning pun tak menarik..colour sebenar masak lemak cili padi tak terlalu kuning..

Dua ulas bawang putih.

Dua ulas bawang merah.

2 ke 3 biji tomato..lebih enak kalau dapat camput tomato hijau dan merah untuk rasa masam2 sikit.
CARA2NYA.

Tumbuk cili padi dan kunyit dulu..petua untuk senang hancur taruk lebih garam sikit..bila dah hancur,masukkan bawang dan tumbuk lagi.Potong kepala ikan toskan,masuk ikan dan bahan tumbuk dalam periuk,hidupkan kan api dan gaul2 sampai kelaur bau wangi sedikit..kalau guna santan packet..masukkan santan dan jangan tambah air dulu..biar lama sikit sampai santan berminyak sikit dah tu baru tambah air,air pulak biarlah cukup untuk tenggelamkan ikan jer,tak boleh lebih.Belah petai dua,supaya aroma dia lebih menyerlah,masuk petai dalam gulai,biar mendidih,tambah garam dan satu asam keping,5 mins sebelum gulai diangkat masukkan tomato yang dah potong 4,biar masak kejap dan bergaul mesra dengan santan..kalau di masak dengan betuk dan penuh kasih sayang tak bersyarat,hasilnya.......

Gulai kepala ikan masak lemak cili padi berpetai acu minah yang paling sedap dalam dunia..heee..heeee..selamat mencuba..p/s kalau cik abang allergy petai..this recipe will not work:)

14 comments:

Anonymous said...

wakakakaa...pdn muka pkcik kene bebel.

Idida Aziz said...

pakcik guard gurau tak kono tompek ehh..lebih elok juga kalau dpt betul2 bersyarah kat dia mcm nih...

mak aihhh sedap betul masakan kampung nih...lawan lak ngan ulam2 lg best nih...
terus terang ckp kita payah sgt nak jumpa lauk2 gini selain kat kg...tau2 jer la kalu kat kl ni masakannya mcm mana...nak2 plak tukang masaknya indon2...masakan belah sana dh jdnya kedai2 makan skrg...

MamaTiaMia said...

miss anatomy

sib baik ler pakcik..malas nak cerita panjang lebar bagi jer lah senyuman anak solehah haa..

idida.. betul sungguh kedai sekarang semua orang seberang masak..tukang masak kita jarang ada ..hanya kat hotel jer dia orang..

Liyana s said...

agree! kalau dah sayang, hari2 makan kat kedai@tapau pon takpe..hehe
sedapnya k.zu..gulai lemak ikan + petai..tghari tadi pegi pasar ttdi ni terus plan nak masak kuah lemak ikan tenggiri utk dinner.tp carik santan dah habis pulak..

Ikin said...

Yesss...memang sodapp menjilat jariii...tumbuk cili padi tu banyakkk-banyakkk laie sodap. Lepas makan, buang angin...laieee sodap...hahhaha.

Satu laieee...acu minah punyo buah sopang pun sodap takdo tandingann...lamo dah tak makan..yang pakai kelapo mudo punyo.

Eine Frau aus Botnang said...

MamaTiaMia dear, you are a STAR!! Thank you soo much for sharing this wonderful resepi gulai acu minah yang sodap ni. Kena pi kedai Asia esok ni, nak cekau semua petai yang ada. Susah nak carik kepala ikan merah ni. Omputeh sini mana nak makan kepala ikan kan, tapi kena carik jugak. Betul kata u, nak masak gulai ni mesti ada method dia yang betul plus air tangan si pemasak tu pun memainkan peranan yang sangat penting..ehhehe santan tu nanti kena selalu tenggok/kacau ke supaya tak pecah minyak? Api kena medium heat ke? banyak soalan ku ini! Tak sabar nak cuba ni. Takde sapa lah pulak yang komen nanti sedap ke tak sedap gulai Fasha tu nanti, dok syok sendiri makan sorang2 dgn penuh kenekmatan heheh.Kena ajar my hubby makan sama ni! Thank you Thank you my dear.

p/s pak guard tu belum kena lagi penangan the real kitchen terrerist ni ...dont praypray Pakguard!!

annhuzi said...

petai bole kuruskan badan?! patut la!
me n hub tak reti makan petai.
tapi sanat seronok step by step yg diajar mama dgn penuh kasih sayang, yang tak bersyarat. thanks, i kena try tanpa petai :)

MamaTiaMia said...

fasah selamat mencekau petai kat kedai yee..hmm kepala ikan apa yang sesuai kat sana ye..kalau salmon sedap masak curry:)

ann..petai telah diperakui oleh pakar memang bagus..cubalah makan petai:) and selamat memasak juga tau:)

MamaTiaMia said...

ikin..tumbuk cilipadi banyak2 kalau kita jer yang nak membantainya..paksu&the kenits mana tahan haaa...nanti kita buat buah sepang pulak..kena cari kelapa elok untuk buat inti baru jadi.

Liyana s said...

k.zu, akhirnya saya masak singgang ikan tenggiri + belimbing buluh semalam...letak cilipadi, kow punyer pedas. berasap..hehe

Dr Sofea J.Ann Tan said...

hi mamatiamia,
been long time ya...sofea had been so bz lately.. with ...wil tel u ...

very well said... sofea pun da lame nak bg speech cam tu kat pakcik2 yg slalu bg comment cmtu... well.. last week hubby sofea masak nasi grg cina.. fuuhhhh ...taste ok2 , but its the thot tht counts ya.... lov ya hub...hehe...

come over tgk blogspot baru sofea...
i hv a little baby girl now...
must be a surprise to u ... she is our adopted baby girl and she is the best thing ever happened for us...
now i can understand how tia&mia are like precious gems to u ...
Putri is exactly one month old today on 4th FEB... :)

http://putrimyprincess.blogpost.com

Dr Sofea J.Ann Tan said...

btw ur recipe so tempting la...
feels like trying it rite away :)

Zubye said...

betul la susah tul nak dapat cili padi yang montok2 cantik camtu kan.. kalau beli kat pasaraya semua panjang.. makan buat ulam camtu je pun belum tentu pedas.. huhuhu...

baiklah saya akan mencuba resepi ini.. tunggu saya beli itu kepala ikan dulu.. tak sabar nak makan masak lemak acu minah ni...

lepas tu ke toilet semerbak baunyaa... hihihi

MamaFaMi said...

Kalaulah pakcik guard tu baca entry ni, bagus gak... hehehe.. mesti dia kata... alamak, terkena aku sebijik!