Thursday, March 18, 2010

Start your day with steamy Udon Noodles soup.

Masa kecik dulu apa breakfast kat kampung mama paling suka kalau uwan buat? mesti lah porridge,teo chew porridge malay style,uwan buat bubur nasi yang lemak sebab taruk santan dan sedikit garam,makan dengan telur rebus lembut,ikan bilis goreng,ikan masin dan sambal..sedapnya,simple tapi sedap.Dah ada anak2 ni mama cubalah buat pelbagai breakfast tapi tak lupa buat porridge uwan style tu sekali sekala,tambahan pulak breakfast tu acara yang penting dan besar pagi kita pagi2.Tia Mia boleh tahan jugak makan ni..hari tu mama pergi lunch dengan boss dari legal firm masa mama mula2 kerja dulu,Nicholas,dia ni suka masak jugak,so banyak lah cerita masak.Dia kagum jugak Tia Mia suka makan benda2 macam prawn,mussel,mushroom,cuttlefish and semua jenis veges masa umur kecik ni sebab anak dia very particular hanya suka ayam goreng,nugget dan makanan budak2 yang biasanya dia suka.Dia tanya macam mana nak bagi anak suka makan semua tu?Mama cakap once Tia Mia dah passed they age yang kena berjaga-jaga terhadap seafood,eggs,tofu etc mama pun perkenalkan dia orang dengan food ni semua..macam prawn, instead of serving them dengan kulit dah sedia buang and potong kecik2,mama ceduk sama jer macam orang dewasa nampak cantik and bila tengok the whole prawn or mussel tu dia orang excited,tak payah encourage makan pun dia orang tak sabar2 nak cuba.Sudah tu ajar dia " must chew first,chew,chew until soft,go though your throat,then inside your tummy"..lepas dia orang tambah "then inside my diaper'. Sebab kalau tak ajar macam tu..dia orang chew kejap prawn or sotong bila keras buang..so bila dah ajar chewing process tu boleh chew sampai hancur and makan. So pagi ni ini lah breakfast kita..TiaMia,papa,uwan semuanya suka.

Udon Noodles soup mama's syle..lebih sedap dan berkhasiat dari japanese restaurant tau..tak der perasa etc..semuanya fresh and healthy ingrediant..paling senang nak sedia,beli udon noodles,pack of mixed seafood from japanese section yang ada prawn,mussel,fishball,salmon,mushroom etc..kalau nak bagi budak kecik makan udon ni elok rebus and basuh dengan air sejuk dulu,sebab kalau tak, ada rasa macam masam2 jugak tepung udon tu. Mama rebus air taruk garlic,onion masuk semua seafood,udon tambah,ketchup sikit,oyster sauce and a lil bit of white pepper for flavour..dah siap.

Then dua orang ni makan breakfast kat luar..nampak tak heni kat belakang tu..masa mula datang rumah kita dulu dia kurus dan kecik ajer orangnya..now kembang betul kan..kalau nak dukung Tia mia naik tangga memang tak larat dia..masa dia balik Indon last year pun family dia cakap,dia dah gemuk.Mama tak kisah dia suka makan..jangan sampai gemuk sangat tak larat nak buat kerja dah lah..bercakap pasal gemuk ni now kat office mama ada 'Lose Big" challenge,macam the "Biggest Loser" tu tapi ini untuk staffs, very good effort made by the company..sesiapa managed to lose certain kilos required dapat cash and 2 tickets to Australia,to ensure things work company will provide personal trainer,free gym usage,advice on food intake etc..hmm macam mama nak join jugak lahh..first prize RM5000 lah plus the two tickets..so menarik.

Tia tengah beriya chewing her mussel..lari sana sini nanti satu bowl tu pun habis.

Kita baru tukar water pot kita..uwan pulak asyik lupa jer nak tekan macam mana water pot ni..sian uwan..dah lupa banyak dia..tapi cerita dulu2 uwan masih ingat.

Ni addition baru fridge magnet kita..papa beli from Munich hari tu..jangan ambik and main2 pulak..banyak dah fridge magnet hilang.

Mama pulak minggu ni macam2..kena flu,ambik ubat clarinesse dari klinik buat mama lalok,malam tak boleh tidur..semalam drive instead of putting left signal bila nak turn left mama boleh ambik smartag and tunjuk kat kiri..dashyat betul..puas mama ketawa sensorang dalam kereta..dah tu mama baru potong rambut macam tak berapa suka pulak,sekarang ni mama sensitive kat semua jenis eye make up..tak boleh pakai langsung...

Then mama cuba senyum sikit..masih tak membantu...mata masih buntang and look tired lah..semua clarinesse punya bahana ni..buat orang lalok macam ambik drug..nasib baik tak letak smartag kat mulut masa nak apply lipstick..haaa..haaa..

5 comments:

annhuzi said...

mcmana u nak win 'lose big'?
u dah kurus, berapa bnyk yg u boleh lose lagi? tapi if tak menang pun,kira menang jugak la cos dpt all kemudahan utk turunkan seberapa yg bole utk sihat, gym, trainer bestnya company u!
Y u tak mc, flu kan kena rest, ubat tu mmg kasi lalok. get well soon.

MamaTiaMia said...

hi ann..kan i cakap "macam jer"..he..hee semua sebab prize tu ler..mana ada masa nak pi gym..masa bergomol ngan the girls jer la.Tak Mc lah..kat rumah mana boleh rest..alhamdulillah dah baik dah today.thanks.

syanashwa said...

yur story inspires me.. nk try buat udon sndiri jugak snce my kids love udon n soba! i thought clarinase tk mngantuk..?!! mungkin effect tk sama pd smua org kot.. anyway, mngantuk2 pun boleh siap mcm2 masakan.. bubur, cookies, udon etc.. harap jugak tia mia serasi dgn sensei baru.. :) pls tk care, mamatiamia.. :)

bellanabel said...

kak zu...sgt nampak menarik mi udon tu..adoiyaii..nak kena try wat gak nih :)

Eine Frau aus Botnang said...

Salam MamaTiaMia, betul memang menarik mee udon tu, nampak berkhasiat! Maknanya Heni happy dok dengan you sebab makan & pakai suma cukup terjaga! Heheh bahana ubat sampai begitu sekali! kelakarnya but still hati2 bila drive when u r on medication tau!! Hishhh camne on drug pun, ropa you still menawan and radiant. Kalau I lah sebijik macam zombi kampung pisang!!Take care dear!!