Salam semua:)...ohh i like all comments posted here,so nice to read experience ,doas and good words from others:) I have some times tonight,will answer all comments at the end of this entry ya.
But before that i would like to make a special entry for one reader, i dont know her personally , but i think she is a special and strong lady as despite all the negative feeling she has towards husband she stilled want to improve her marriage,make it more colourful and happy...i can see that in her writing:)
I don't have many informations or aware of the root of the problem but she said after 12 years of marriage and having 11 and 8 years old sons..masih sangat sukar memaafkan suami sebab terlalu banyak pahit getir sepanjang perkahwinan,terlalu banyak perkara lama yang menyakiti sehingga tawar hati terhadap suami. How to be lebih bahagia dan tenang dalam perkahwinan?
I am a not a perfect person and i am not an expert,my kebahagiaan dan ketenangan jugak kepunyaan Allah Swt..sangat bersyukur di beri kebahagiaan dan ketenangan itu,tak berani mensia-sia kan nya..tapi doa itu tak putus biarlah diberi peluang terus untuk bahagia dan membahagiakan..apa yang sedikit sebanyak ada dalam diri ini biarlah dapat di kongsi dengan orang2 yang di sayang.Selain itu semua ketentuan Allah Swt yang Maha Esa..
Sebab saya tak really tahu apa yang sangat pahit dan getir, apa yang sangat menyakiti sehingga sukar memaafkan saya berkongsi pendapat berdasarkan ilmu (saya buat family law dulu) dan yang di lihat dan di dengar.Wanita sangat sukar memaafkan dan terluka dalam dalam perkara berikut ;
1. Di khianati suami dengan wanita lain.
2. Disakiti suami secara fizikal.
3. Di sakiti oleh keluarga mertua keterlaluan.
4. Suami tidak memberi kasih sayang,dibiarkan mencari nafkah sendiri,menghadapi semua masalah sendiri,isteri tidak mendapat tempat pertama dalam hati dan tiada perhatian.
Saya tidak mengatakan A mempunyai masalah salah satu di atas tapi ini adalah pandangan secara general (hee..hee macam cik sri siantan pulak saya) tetapi tak apalah sebab insan yang baik adalah insan yang ingin melihat " jirannya" bahagia dan sebagai wanita kita mestilah kita ingin melihat semua wanita lain bahagia jugak.
Yang No 1 di atas adalah perkara yang paling sukar di maafkan wanita, wanita boleh hidup tanpa nafkah,boleh disakiti hati, dan menahan kerenah keluarga mertua tapi sekali mereka di khianati cinta..sangat luka hati dan immediate reaction adalah ingin membawa hati jauh2.
Saya kerap jugak di datangi wanita, menceritakan di khianati suami,dalam diam2 tak tahu suami ada wanita lain.Suami yang baik di rumah, bertanggung jawab ni kalau mengkhianti isteri,isteri memang sangat kecewa sebabnya kerana cinta mereka masih menebal, makan,minum elok terjaga, kenapa suami masih menduakan? lain lah kalau memang bergaduh sepanjang masa hati pun dah tawar. So saya pun tanya apa yang dia mahu seterusnya,memang senang berpisah,memang sukar melupakan sebab otak kita adalah wayang terbaik dia boleh memberikan kita gambaran macam2,seolah boleh melihat suami berasmara dana,kalau macam tu bagaimana nak melupakan.Dan memang lah sangat pedih,bak kata orang tak kena tak tahu,tak rasa tak dapat menyelami.Tapi hidup ini perjuangan,so kena buat pilihan dalam meneruskan hidup..sekiranya kita tak langsung boleh memaafkan dan kita bersedia fizikal,mental dan kewangan untuk berpisah maka boleh lah kita teruskan dengan perpisahan.On the other hand jugak kita perlu fikirkan kita telah begitu sukar membina kehidupan bersama,segala yang pahit getir semua di tanggung bersama, sekarang telah senang,telah bahagia,mahukah kita mengaku kalah dengan wanita lain yang durjana (husband pun durjana jugak kan..sangat banyak durjana heee..heee..:);).
Nasihat saya pada wanita2 ini jika suami secara jujurnya meminta maaf,bertaubat sekiranya kita bersedia elok lah di terima balik,tak senang hidup bersendirian,tak mudah menggalas title ibu tunggal.Tetapi ada syaratnya sekiranya kita menerima balik buat lah sejujurnya,tidak boleh menyimpan dendam "ohh kau buat aku,nanti aku balas balik,aku carik boyfriend lain belakang2"..kalau tak ada keihlasan itu it will not work..saya telah melihat contoh..terpaksa lah membuang semua ingatan pahit..tell yourself ada hikmah di sebalik semuanya.barangkali kebahagiaan yang lebih besar menanti..may be ini pembuka mata..ini permulaan kepada hidup yang lebih bahagia, maybe aku perlu menilai diri aku jugak semula..ini ujian kecik. True enough wanita yang datang kepada saya itu, balik kepada suami,memaafkan dan menerima nampak lebih bahagia sekarang,mereka memperbaiki segalanya..kerana pengorbanan "hati" wanita ini dan keikhlasan nya nampak sekarang rezki yang bertambah dan bonding yang lebih kuat antara mereka suami isteri,malah sentiasa bergurau senda seperti baru berkahwin..saya pun tumpang bahagia.
Dan perkara2 yang sebut 2,3 dan 4 di atas jugak boleh menyebabkan hati sangat terluka. Ada wanita yang saya kenali di sakiti ibu mertua,sebolehnya ibu mertua ingin memisahkan mereka kerana kesalahannya yang kecil sedang kan dah ada dua anak yang besar2. Kerana suami tidak kuat,tidak berusaha mempertahan kan maka mereka bercerai.Dia sangat menderita,menangis siang malam dan hilang semangat untuk hidup.
Tidak semua yang bernasib baik mendapat keluarga mertua yang baik dan sayang kepada kita..dan tidak mudah kita orang luar untuk menyesuaikan diri dalam keluarga yang baru.Kita telah ada standard kehidupan kita,cara keluarga kita, kadang2 mula2 berkahwin mendapat kejutan..ehhh kenapa macam ni..ehhh teruknya..etc,etc..nasihat saya pertamanya suami kena kenal diri kita betul2 kerana kehidupan baru itu yang bertanggungjawabnya adalah suami dan kita.Keduanya beri ruang,beri flexsibility jangan cuba nak menukar standard atau memberi penilaian sebab bukan semua manusia boleh berubah. Saya sendiri bukanlah type yang boleh bertepuk bertampar,cium berpeluk,bergossip dengan in laws,tapi kita tahu tanggungjawab kita,kita tahu tanggungjawab suami,jangan sekat tanggungjawab tu,jangan cuba menukar kasihsayang jugak..jangan sesekali memberi kata dua " your mom or me" because he definitley cannot decide,,kalau dia cakap "you' pun dia kan rasa sangat bersalah dalam diri..jangan buat suami berasa bersalah..sebab rasa bersalah akan menghantui nya sepanjang masa..akhirnya dia akan rasa jugak bertapa dia zalim membiarkan keluarga yang telah membesarkannya. Cukup kan lah ilmu di dada kita, yang paling penting harus ikhlas sebab keikhlasan ada lah kemenangan..kalau kita ikhlas,kita berilmu tahu apa yang patut dan tak patut di cakapkan insyallah hati yang keras dapat di lembutkan. Dan pandai2 lah adjust relationship dengan mertua.jika kita ada pendirian akhirnya dia akan menghormati pendirian kita tu.Alhamdullilah my in laws duduk bukanlah jauh sangat dari kita orang,kadang2 sembahyang jumaat dari office pun my husband pergi sembahyang masjid dekat rumah his parent..saya tak pernah bertanya yang buruk atau cuba nak masuk campur apa2..beri lah setakat termampu tanpa menjejaskan tanggungjawab dia sebagai suami.Walaupun saya tak lah melahirkan dengan kata2 selalu tapi sangat terharu bila saya pergi melawat mereka kalau ada buah mangga kat rumah tu and my father in law tahu saya suka mangga,tak ada kayu untuk mengait dia sanggup patahkan se dahan mangga untuk saya dan kadangkala hingga habis sepokok;):)..kalau saya tak makan atau makan sedikit selagi tu lah telinga saya tak habis mendengar " zu makan,makan,makan,makan.." apa yang kita masak pun sentiasa sedap bagi dia,bukan nak berbangga mengatakan how saya hebat tapi nak memberi contoh perkara2 kecik yang harus di hargai.Tak berani nak cakap besar,setakat ini okay,di masa hadapan hanya Allah Swt yang mengetahui.Saya jugak memegang prinsip setiap perbuatan,hubungan ada batasan,mesti ada ruang hormat..bak kata emak saya "terlampau sayang boleh menjadi benci,terlampau dekat boleh menjadi jemu".
Di sakiti suami secara fizikal adalah sama degree kepedihannya dengan di khianati..dalam banyak2 perkara di atas saya rasa kalau suami terus menyakiti kita..there's no point to continue..orang yang patut melindungi kita,menjadi pembunuh pada hati dan fizikal kita..apa kah aqidah perkahwinan itu akhirnya?Having said that masih ada wanita yang masih setia menunggu di sisi suami walaupun di sakiti sehingga lebam dan patah2..ini soal hati..sangat sukar kita mencampuri urusan suami isteri.Dulu saya pernah bertanya pada seseorang kenapa you sanggup bersama dia,dia sangat menyakiti,you deserve yang lebih baik, jawabnya "biar lah derita asal kan dia ada di sisi,tanpanya saya tak boleh hidup"Tapi berlaku adil lah pada diri kita..sayangi diri kita dulu sebelum menyanyangi orang lain.
Then soalan;Bagaimana mahu lebih tenang,lebih bahagia dalam perkahwinan? Ketenangan itu sebenarnya datang apabila kita bahagia..apabila perasaan kita "settle" menerima apa yang ada,selagi kita tak menerima,kita tak melupakan,kita tak "settle" sangat sukar untuk tenang dan seterusnya tiada bahagia.
Dengan ilmu yang telalu sedikit saya berkongsi " cara saya" untuk lebih tenang dan bahagia dalam perkahwinan; (sorry gambar recycle,ada problem today hanya boleh reload gambar dari picasa web album saja).Saya berkata begini sebab setiap orang lain caranya mencari bahagia,tak sama dengan cara saya.Seorang wanita berprofile tinggi menyatakan pada saya dia perlu ada masa untuk " me,myself" baru dia rasa adil,kerana sama2 mencari duit untuk keluarga,penat menguruskan anak2 dan rumahtangga, she doesn't want to be deprived of her "own happiness" so dia perlu ada masa setiap minggu untuk outing bersama kawan2 dimana atau sampai waktu bila pun, dia akan terbang kemana mana bersama rakan bergembira. Itu lah cara dia..i am sure kitchen and gardening is not her thing:):) boring orang macam saya ni tau..kuku pun penuh baja dan kunyit:):)
Tips saya ;
Bimbing suami supaya dia tahu tanggunjawabnya dalam perkara2 yang remeh dan kecil..biasanya tanggungjwab besar macam nafkah semua tu dia tahu..tapi yang kecik2 macam membantu di rumah,di dapur,menjaga anak ni ramai yang tak buat.Sebab lelaki ni macam budak kecik jugak kita perlu lah beritahu atau bimbing dia secara saikologi kalau tak kita harap dia tahu sendiri kita yang makan hati.Perkara2 kecik yang dia buat tu boleh membuat kita bahagia..kalau kita sibuk di dapur dia pandai mandikan anak,buat susu..or at least duduk berselimut depan tv dengan memeluk anak2..lepas penat masak di dapur nampak permandangan tu rasa sangat gembira..terharu.
Biarlah banyak masa bersama kita dan anak2..supaya kehidupan perkahwinan itu menjadi nafasnya. Buatlah outing,makan bersama menjadi routine,kalau dah jadi routine kalau kita tak buat kan rasa tak seronok,tak lengkap hidup..isteri,anak2,rumah dan perkahwinan harus menjadi " comfort" kepada suami,walau apa pun kesusahan dia,dia tak mencari tempat lain tapi berbalik kepada "comfort" nya untuk sokongan.
Jagalah rumah kita..mengikut kemampuan buatlah seindah,sebersih dan semenarik mungkin..rumah itu syurga ku..siapa yang tak nak balik ke "syurga" siapa yang tak berasa happy berada di syurga. Biar lah semua anggota keluarga sama2 menghargai rumah..kalau mereka tak tahu bimbing mereka..macam mana nak bimbing start dengan kita dulu..sangat besar pengaruh isteri, ibu dalam kehidupan..hidup sebumbung,makan semeja,tidur sekatil mesti dia terpengaruh dengan activity kita.
Jaga dapur kita..kalau tak masak selalu pun kena ada ilmu untuk masak..kenapa kita sangat sayang ibu kita..semua dia masak sedap sebab air tangan..itu lah kelebihan isteri..sangat bahagia kalau duduk makan semeja..pagi ni masa breakfast saya cakap " we are so fortunate because early in the morning kita dapat duduk semeja breakfast,sambil tengok tiamia ni terkekeh-kekeh..ada orang seawal 6.00 pagi dah hantar anak umur setahun ke nursery, diaper pun tak tukar lagi"...
Create makanan keluarga, sehingga suami,anak2 sungguh synonym dengan makanan ni..tutup mata pun dia dah tahu itulah masakan kita..masak berulang sekurang-kurangnya seminngu sekali,sehingga menjadi kemestian dalam keluarga..kalau dia outsation lama dia kan terasa kehilangannya. Masak lah seolah-olah setiap hari adalah hari istimewa dan hujung minggu adalah hari raya. Buat presentation yang elok bila menghidang ,supaya keluarga merasa makan di rumah sangat istimewa dan bukan hanya bila makan di hotel saja.Semasa kita orang makan di Cameron Higland,my girls tak nak makan spaghetti hotel,my husband said " the girls pandai appreciate good food kalau you masak mesti they makan tak ingat orang"..sangat sedap telinga mendengar.
Rancanglah sesuatu yang istimewa melibatkan seluruh keluarga setiap tahun,mengikut kemampuan pergi lah ke mana mana pun tak kira dekat atau jauh buat lah ianya teristimewa seolah-olah itu lah first kita dapat travel.Rancang bersama-sama suami,get him to be involved,kalau kita browse website atau gambar2 tunjuk kan pada dia,biar dia dapat mood kita tu.Kalau awal tahun merancang sangat seronok,sebab ada something yang kita looking forward too..project bersama.Bila kita travel bersama it is " our time" bersama..menambah ilmu secara sama2, kenangan manis sampai bila2. Bukan setakat ke Paris atau London,ke PD atau Cameron pun boleh sama level seronoknya kalau kita berusaha mencipta keseronokan tu.
Let the man has his own hobby..try to have some knowledge of his hobby too.Why husband suka lepak di luar dgn kawan2 sebab mereka dapat bercerita perkara yang mereka tak boleh cerita dengan wife.Kita ada masa yang lebih lama dengannya di rumah biarlah kita dapat sama2 menyampuk satu dua tentang hobby dia tu.
Mesti ada hobby bersama jugak..yang melibatkan seluruh keluarga..sangat seronok dan happy membuat activity bersama ni..walaupun simple macam menanam sayur...biarlah berpenat sikit asalkan kebahagiaannya berpanjangan.
Kita sendiri pun mesti ada hobby..kalau boleh biarlah suami pun menghargainya...cerita pada dia pasal hobby kita..contohnya kenapa sesuatu pinggan tu berharga,apa yang cantik,kenapa kita suka..my husband dah pandai apa itu english or french theme..nampak gambar kitchen yang dia agak i suka,kalau i dalam bathroom pun terjerit-jerit dia memanggil..tengok gambar rumah kat mana pun berusaha dia save or forward to me.
Reward dia bila dia buat sesuatu untuk kita dengan benda yang simple tapi sweet,contohnya "dear thank you for replacing my car battery today..i buat your favorite buger this morning" Dia sangat menghargai nya,kalau dia jenis yang tak berapa reti nak puji2 sedangkan kita expect dia puji,jangan memendam rasa cakap terus terang " pasal apa you tak cakap apa2sedap tak buger i tuuuu?
Bina lah impian bersama..biarlah sama2 sehala..kalau sama2 halatuju,citarasa..tak tercapai pun lagi cita2 rasa sangat seronok dengan hanya bercerita,menengok gambar.....malam2 10 minutes bersama di atas sofa tengok gambar2 contoh rumah,dapur pun sangat bliss:)
Finally seperti yang orang tua2 cakap..berkahwin ini adalah dua manusia yang satu hati..kalau kita menganggap dia sebagai kita dan kita sebagai dia..kita tak kan menyakiti antara satu sama lain..selanjut mana pun usia kita sentiasa ada physical contact yang jadi kemestian contohnya..ciuman di dahi masa pagi..sangat seronok orang yang menerimanya..takkan kita sampai hati nak marah berpanjangan kalau seawal pagi tu dia telah beri ciuman pada kita..
(Ohh gambar ni buat saya sangat teringat Bowral di NSW:);)...Finally bina taman di hati kita sendiri..kalau di izinkan Allah Swt jauh lagi perjalanan kita di dunia ni..tak kan sepanjang masa kita tak nak ada taman di hati..berusaha keras mencari,menciptanya..tetapkan pendirian samada A atau B, life is about making a decision..if happiness is our target list down the items that can make us happy and unhappy..include the happy items in our life and eliminate the unhappy ones.
The final,final is doa..doa lah seikhlas mungkin,kalau berdoa untuk kebahagiaan bukan bahagia untuk diri sendiri sahaja tetapi memohon supaya kita dapat memanjangkan bahagia tersebut,kalau berdoa panjang umur bukan kerana kita nak membuat keseronokan kita semata-mata tapi untuk di beri peluang menjaga orang2 yang disayang macam anak,suami dan ibu yang telah tua.Allah Swt telah tahu apa yang ada dalam hati kita,tapi sebagai hamba mesti lah kita berdoa dengan seluruh nafas untuk mendapat yang baik2..bak kata my emak..kalau orang tu selalu berbuat baik pada kita,tak putus menjenguk dan mengingati kita,bersyukur dengan apa yang kita beri,baik kepada semua orang..dan dia datang meminta sesuatu kepada kita yang boleh kita tunaikan,tak kan kita tak tunai kan permintaan tersebut..itu lah analisis seorang tua,tak berpendidikan tinggi tapi menjadi landasan dalam kehidupan saya.
Salam readers:
Mummy Miqhael - ada pegaga kat belakang rumah ya,seronoknya:) We considering few schools termasuk lah Sri kdu;) keciknya your twins dulu ya,rasanya ceaser minggu yang lebih kurang dgn you jugak.Miss S,salam perkenalan,dulu playschool tu call The Bunny Kids Club,run by korean,sejak they balik negeri the teacher took over,she is now running a small operation called Claire Williams Playschool,if you want to find out further do leave your email address ya,and thanks so much for reading,take care and congrats dapat new baby:),. Nae-are you going to Kp..my kampung tu;)thanks for the inputs:) we are considering but the school is on top list because so near to our house;),daydeck86- ha,ha boleh bukak galeri ke akak?nanti tiamia kacau:) hope everything okay at college:), fiezachommel,ye lah kejap ajer dah nak masuk standard one:)wahh sama pulak anniversary kita ya;), MIxed family in da house- pucuk peraga tu pucuk pegaga lah,we N9 panggil macam tu:) you are most welcome,kalau useful by all means go ahead adopt it;), susumanis-so happy dengar your hb suka yr gulai ketam,and syukran for the good doas, zira- sedap kan zira steamboat,akak tengah tengok2 skul yg dekat lah ni, Hanis-thanks so much..steamboat kat luar memang seronok, Salmi- salam, i tutup kayu dah lama tu,tak lah berat sangat salmi,tia mia pun still boleh bukak pintu,dah kita orang suka duduk kat luar kena lah fikirkan solution, Hayati,hug2 to you too..thanks a lot,that is not British International school yati,no way i can afford it,it cost about RM80K per year per kid,kalau akak dah ada dua ni..jual ribbon,heart,blackie still tak cukup hee..heee, Aida78-nasib baik lah tiamia dapat ganti arnab yg betul2 serupa, Nadiah- i never removed any messages,notice your message yg ini pun after i datang balik to this entry to answer all comments,what was your message? thanks for info on ribbon..nampaknya tak ada rezki lah,My dear Ann- ahhhh i am so happy Ann that you are happy,reading at your writing is like looking at your face,thanks for all your support,i am not sure whether you realize it or not but you are spreading positive vibes in my entry..you feel happy by looking at other people's happiness,you notice small details..so i am sending you and your loved ones all the good doas from here,may we all be blessed ya, Liza- my doa you be a mother soon..the feeling tak boleh describe until you experience it. bungamelur- terimakasih,itu lah keistimewaan jadi ibu kan, Fatimah- ha,ha, macam makan sambal orang cakap kan..pedas keluar air mata tapi tetap nak makan,alhamdulillah 5 orang, i salute you:), sallyza- insyallah moga ada rezki di beri soon,jgn putus berdoa, aishah jamrek- itu lah kan tak semua org paham,sebab tak semua merasa,alhamdulillah kita survive, koben- salam,alhamdulillah kuat koben mengharungi dugaan berjauhan,moga terus diberi kekuatan dan setiap pengorbanan mesti lah yang manis2 menanti di masa depan..insyallah, Hanis- ohh hanis you pun same macam i..sakitnya rasa kena hammer dgn kapak tu kan Hanis..macam rasa nak angkat kepala tanggalkan..alhamdulillah kita dah ada anak2 sekarang, wahhh mesti sedap acar buah tu..saya suka kalau ada limau,mangga jeruk:), mieyza, salam,thank you for reading- anaajai family- thanks so much- gja- hug hug; kita doakan anak2 kita yang terbaik kan, sitiebby- terima kasih ya, saniah- sama2 lah kita bersabar dan ikhlas, Lady of Leisure- i dah pi intai Aman,amboi kejap ajar dah besar dan tu tersenyum riang atas equipment baru tu..macam tu lah Lady baru ada baby tak kerja lain asyik membeli barang dia orang ajer..apa pun pikir dia orang..hee..hee teruk i sakit kan, Ad dear- all the good doa for you,may my new entry bring one or two manafaat to you, mekjangok- alhamdulillah dapat kesenangan bersalin, My friend Shamsuhada- tahniah dah 17 tahun ya...you antara yang beruntung sham..bukan semua dapat kebahagiaan..alhamdulillah doa2 yg baik utk you and keluarga,terima kasih.ZaRina- so happy dengar you relate your experience mengandung twins dua girls pulak tu..so true ZaRina bila anak sakit kita pun tak keruan,especially kena admitted on drip,ambik darah,macam rasa nak ganti dgn kita kalau boleh..alhamdulillah dah besar2 sekarang,kisses for Aina & Aini, Princess of sun-salam perkenalan,thanks:), mama-alifsarah- thank you,alaaa you i ni kering and tak interesting orang nya..tapi suka menulis cerita,happy you suka baca my ramblings ni, MM- congrats in advance to you too:)
35 comments:
dah macam Cik Sri Siantan... ehehhe
ala kak galeri lukisan tia mia buat simple jer
you're such a positive person, kak zu. coming to this blog feels like inhaling fresh air! i feel so good everytime after reading your blog, see dah pukul 1215am before heading to bed tengok ada entry baru cannot wait for morning to read don't care wanna read asap ;)
and you're so nice attending to each and every comment. so nice. really.
Salam, dear.... seronok baca entry you... make me feel bliss & smile~
I sometimes terfikir what will i do if no1 tu berlaku kat i. Nauzubillah. Anyway both have to work out the marriage, masing2 kena tahu peranan.
Even yg takde masalah apa2 pun tak boleh take things for granted kan. Everything can be improved, layanan, masakan, rumah ke, persekitaran and even our iman pun kena sama2 kukuhkan together. Kalau kita dah berusaha dah berdoa, selebihnya kita serahkan pada yg Maha Kuasa.
akak mmg positive..bgianyer..thn baru azam br mahu jd +ve mcm akak..
memg dah mcm cik srisiantan dah ni zu..citer panjang lebar n memberi info pasal kebahagian hidup kita kan...tq zu ida akan cuba lebihkan masa bersama-sama kelurga.
sesuai benar dengan we tell sweet stories.. entry ini sangat indah.. terus terang cakap, entry2 di sini membuatkan saya memandang kehidupan saya dengan lebih indah dan positif sekali.. syukur Alhamdulillah.. TQ Zu..
salam mamatiamia..ok tiz entry buat i rasa begitu hiba dan sayu ..x malu nak mengaku i salah sorang yang Allah bagi ujian no 1, mmg sakit teramat sakit.. kalau mati tu boleh dipilih nak aja mati masa dapat tahu semua benda tuh, am so blessed dengan hb yang caring loving n full of responsibilities, n i do my best to be the best wife to him but again..he got too many rooms in his heart...till now sy hanya mampu berdoa semoaga sy ini seperti siti khadijah isteri pertama Rasulullah saw yang tidak akan merasa ujian poligami itu...insyaAllah Allah Maha Mendengar..Bak kata Hetty koes Endang..hati ini hancur jadi debu tapi life must go on dan hati saya hanya untuk hb sampai akhir hayat.. saya lalui semua dengan tangisan, solat, zikrullah, membaca al quran..alhamdulillah sy masih bertahan dan terus bertahan demi anak anak yang saya kasihi, kemaafan saya berikan namun hati yang terluka mmg sukar untuk sembuh begitu saja.... Semoga Allah swt mendengar rintihan hati kecil sy yang tidak sanggup di uji dgn ujian ksih sayang ini...amin
salam kak zue,
bliss..bliss.bliss... :))
betul ape kak zue tulis..anak2 dan isteri adalah comfort zone setiap suami..we should create comfort zone tu..ape2 pun die akan balik pada comfort zone tu jugak...bende ni mmg kene "pegang" betul2..
ye, my twin aqil aqif mmg kecik sgt mase deliver tu...takut nak pegang mule2 :))...tapi bile dah kuar NICU, dapat minum susu puas2, terus bam bam demok...
all your pretty and positive words mmg akan nita jadikan panduan..sound very good and feel happy while reading..
have a nice day with tia mia n uwan ye!
thank you Mama sbb sharing psl ni..rasa mcm tips2 tu utk i la pulak..walaupon i tau yg A tu bkn i..
I'll make as my panduan jugak..thanks again Mama.. :)
its all about what we are thinking kan kak..ya, be positive and always find ways to fix problems..saya pun sangat bersyukur dengan kehidupan..macam2 yang saya lakukan dalam hidup, tapi tak sama dengan kualiti kehidupan yang kita bina daripada hubungan suami isteri dan anak..at the end, i know that this is what i want in my life..a happy family..
Salam Kak zue,
emmm...tidak semua org dpt menikmati kehidupan yang seindah yg diimpikan. kita sebagai seorang ibu dan isteri perlu lebih byk berkorban utk melihat org yg disekeliling kita turut bahagia, adakala kita lebih rela utk disakiti dr mebiarkan org disekeliling kita disakiti. alhamdulilah, kak zue antara idola yg saya jadikan contoh utk membangkitkan diri utk sentiasa lebih positif n menjadi yg terbaik dr kalangan yg terbaik. saya sgt bersyukur, kehidupan saya lebih tenang n positif dlm mencari kebahagian utk anak n kebanggaan utk suami.
terima kasih diatas keperihatinan kak zue dlm menulis n kepekaan kak zue dlm dlm memblogger. adakala terasa seolah2 berada dekat dgn kak zue...thanks kak zue!
thank you! i know doas from u come from a sincere heart.
segala panduan yang u beri memang sangat terasa dari hati u yg ikhlas. tersangat terperinci seperti u kalau boleh tak mau sedikit pun tertinggal untuk disampaikan dan dikongsi untuk dimanfaatkan kami yang bertanya.
di situ lah lahirnya pancaran keikhlasan which we are now seeing in the bright family scenes of ur home sweet home.
hehe glad that u see 'my happy face' when u read my comments :)
the pictures are lovely.
tak kesah la recycle.
view many times pun will still send good feelings.
berharga sangat kan those looks of satisfaction.
comelnya tia, or is it mia dalam gambar at breakfast table with 3 yummyicious burgers!
and the sweet girls puffing at the train station.
the girls and papa admiring the cool stream.
tia mia at the veggie patch, so fresh!
i too wana appreciate details like mama. i learn from u, little things can make big impacts.
Tq so..much Azu.. Kata2 nasihat Azu membuatkan saya sungguh terharu.. Saya akan cuba sedaya upaya agar perkahwinan akan lebih tenang & bahagia.. Insya Allah... :-)
zu; dlm sesebuah perkahwinan, yes-give n take is important; dan sikap saling maaf memaafkan; demi kebahagiaan anak2, kita perlu korbankan perasaan kita yang terluka walaupun pahit; setiap antara kita diuji dengan ujian yang berbeza; corak hidup juga berwarna-warni, yg penting kita bersikap positif dan reda atas apa yg telah diaturkanNya; menjadikan kita lebih tenang tabah dan sabar dalam menjalani hidup; kepahitan sebenarnya pengalaman yg paling berharga kerana ia akan mengajar kita untuk mengatur & mengorak langkah kehidupan dengan lebih baik; keihklasan kita menyemai dan membajai kasih sayang dlm sesebuah perkahwinan dengan sepenuh hati (biarpun ada dugaan dan rintangan) pasti ada ganjaran dariNya, kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa..tat's wat i believe, insya'Allah;
nak add sikit. bertuah kawan u dapat nasihat dari u. betul mula pasti pahit ditelan tapi dengan usaha pengorbanan memelihara kasih yg lama dibina, manisnya yg akan dinikmati.
seperti ubat pahit, penawar dan mengembalikan kesihatan. and to go thru the rawatan process, not only we need advice but we esp need support to see us through and to keep the strength to fight.
i believe azu, u not only give advice but u also give the unfailing support.
spread the good vibes :)
salam kzu,
thanks for the tips. muhasabah diri sendiri itu yg seharusnya kan kak?
:-)
Zu,
Kalau suatu hari nanti you jadi writer,mesti buku yang you tulis tu akan sold out atau best seller. Sebab penulisan you sungguh meninggal kan kesan kepada semua reader you disini.
Tak salah kalau I cakap you pun boleh jadi Pakar Motivasi sebab melalui penulisan you sudah ramai wanita lain semakin rajin memasak,menghias etc....termasuk la diri I ni.
I so admire you :-)
Take Care Zu.
Askum,
Kak, tersentuh entry kali ini. Jujurnya, bila kenal blog kakak, memang akan selalu singgah dan baca. Skrg dah jadi panduan utk saya dlm mlayari rumahtangga. Buat saya bfikir cukup ke tak kasih sayang, perhatian untuk suami dan anak. Buat saya belajar utk mhargai tiap pbuatan suami dlm mnolong mnguruskan anak. betul kata kak zue, bila bjauhan, baru terasa kasih sayang.
dan sekarang, kami saling belajar mhargai kembali cinta kami, kembali mbahagia dan myemai kembali kepercayaan yang kian pudar..
terima kasih kak coz menulis yg dtg dari hadir hati. teruskan menulis agr sy blh jadikan panduan..
Zu, mmg benar. Kebahagiaan tu sangat infiniti terjemahannya. Setiap family ada cara tersendiri untuk mencipta ruang2 kebahagiaan itu dan kemudian memelihara dan membajanya setiap hari. Bukan kedukaan, kesusahan dan penderitaan saja merupakan ujian Tuhan, tapi kesenangan, kesihatan yg baik dan kebahagiaan juga ada lah sebahagian dari ujian Allah. terpulang pada persediaan kita untuk menghargai dan memupuknye ke akhir hayat bersama keluarga tercinta. Semoga kita semua sentiasa dalam ruang ujian kebahagiaan itu kerana dalam keadaan yg manis dan indah, jiwa kita akan lebih tenang dan kreatif untuk cuba mempertahankan kebahagaain yg ada antara kita, suami/isteri dan anak2 di sekeliling..
sgt seronok dengan cerita zu..dianugerahi tia mia yang comel...sy pun yang dg menikmati hidup walaupun tiada anak kandung tetapi Allah memberi rezeki dua anak angkat lelaki ..8 dan 3 thn..yang saya jaga sejak umur sehari.. alhamdulillah..rezeki Allah jua..itu yang terbaik utk saya mengikut perancangan Allah..
apapun bersyukur dengan segala kurniannya
salam kak zu,
setiap hari hati saya tak sabar2 nak baca blog akak... kata2 akk selalu buat saya lebih berfikir & lebih menghargai hidup. insyaallah saya cuba praktikkn apa yg akk kata tu... alhamdulillah, walau terima byk tentangan/dugaan sebelum kahwin, kami bahagia sgt dgn anak2. semoga kami bahgia dunia akhirat bersama.
tapi tu la, bab masak tu failed sket..hehhehheh
thanks so much kak zu...
i love u already la now... :)
salam mama tiamia,
i ve been your silent reader for ages. dah khatam pun blog u nih.. every morning i akan baca ur stories about ur famili, ur mother, ur maid, ur beautiful house... semua lah... but entry yg ini buat ai terasa sgt. im facing a lots of problems with my hubby. some financially, some personally. im not a perfect wife. jauh panggang dari api, tp ai always try to do apa saja yg boleh to amend mana2 yang kurang... tp it seems like ai sorang jek yang macam tu... sgt susah hati...
tp bila baca entry u ni kak, rasa cam nak cuba lagi... dan lagi... dan lagi... thank u kak.
wow..speechless.. u're so right ;) confirm akan visit your blog kalau nak tenangkan hati dan fikiran.. keep it up ;)
Salam Mama Tia Mia... a visit to your blog is a must for me :) kalo tak dapat buka sehari atau kalo you tak update rasa tak lengkap pulak my day *over pulak I nie hehe ... but honestly, I cakap I suka every words yang yuo tulis... boleh rasa keikhlasan dan ketulusan dalam kata2 you... esp part jaga ibu, family lives and dreams... suka sangat2 kadang2 kalo ada part yg sedey, I pun rasa nak menangis jugak.. keep it up... walau ada yang tak suker tapi I rasa banyak yang suker dan dapat inspire dari tulisan2 you ..
Salam Perkenalan,
Mummy Akmal's @ Brunei :)
Salam Kak Zu,
Thanks for the advices.
Memang selalunyua itulah yang kita lakukan.But, kepada Puan A, sekiranya setelah apa yang telah kta lakukan, suami masih juga sebegitu, berserahlah pada Allah.Dekatkan diri dengan Allah.Insya ALLAH akan lebih tenang.
Memang betul Kak Zu, bukan senang jadi ibu tunggal.Apatah lagi bercerai.Pandangan masyarakat yang serong tu memang sukar dihindarkan.
Harap=harap semua kawan-kawan tak ada lah yang terkena.
Berusahalah sentiasa untuk mencapai kebahagiaan, family is priceless.Tak boleh tukar ganti....
Entry Panjang tapi menarik, ulasan yg kemas dan tips yang cunnnn melecun!
Salam MamaTiaMia,
I have the same topic lingered on my mind for the past few days.Thanks for posting this up MamaTiaMia.Segala nasihat dan kata2 semangat,nasihat dan perangsang dari MTM akan saya jadikan panduan insyaAllah.
Bukan semua lelaki dapat menggalas tanggungjawab sebagai suami atau ayah sebab kadang2 lelaki ni memang main lepas tangan.Ada kalanya ego yang terlalu tinggi membuatkan perempuan banyak makan hati dalam diam.Bukan senang nak meluahkan apa yang kita rasa.Saya akui hati perempuan memang teramat halus dan jika dijentik sekali kesannya terpahat sampai bila-bila.Alhamdulillah MamaTiaMia dapat suami dan keluarga mertua yang begitu memahami dan menyayangi.
Thank you so much for the words of wisdom.Keep on writing and inspiring the life of others.
Salam.
Salam kenal kak,
Suka baca entry akak yg ni dn yg sblm2 ni. Actually baru discover this blog and i keep baca older post. Menarik.
Salam Zu,
Salam perkenalan...Kak Na dah jadi follower Zu for quite sometime... setiap hari memang tertunggu new entry dari Zu... Selama ni dok silent je..tapi the last 2 entries sgt syahdu dan very touching... ur such a special person... moga Allah sentiasa merahmati hidupmu... teruskan menulis dear, sebb ur writing really inspire others... lots of love; Kak Na.
As Salam Zu,
Love the tips of life you have shared. Sometimes the little everyday things you do with your family, like the ones you wrote up there, escape our attention. But when you put them nicely, the thoughts warm your hearts when you are able to smile knowingly that you do them subconsciously. Very true to every word and if you are near, I would love to go to you and shake or salam your hand as a thank you gesture.
Thank you for the reminder.
i feel like crying reading this.. thanks for sharing kak.. :)
Salam perkenalan Kak zu.. Selama silent reader blog Kak zu ni.. Hari2 buka sebab seronok nak dengar cerita Kak zu.. Seronok baca macam2 nasihat yang ada.. Nasihat yang Kak zu tulis kat blog ni,banyak saya apply kan dalam rumahtangga saya.. Kenkadang apa yang Kak Zu bagi pendapat dan cara Kak zu treat family especially ur husband,tak pernah terfikir kat fikiran saya.. Sampai saya ckp sendiri "haah kan. buat macam ni kan bagus". Teruskan menulis yer Kak Zu. May ALLAH bless you and family. :)
entahla..asik kita jer nak memaafkan si dia, sebab tu lah naik lemak..saya sedang melauinya..kesidihan hati hanya Allah yang tahu ..sudahla x keje, duduk menumpang rumah mertua(tahu2 jer lah,x mananya selesa, bukan nak demand, kalau dah suka hati keluar masuk bilik...adik adik ipar lelaki ramai..barang2 penuh dalam bilik dah mcm stor.dulu sakit fizikal skrg tambah mental..memalukan dah la scandal dgn rakan opis saya..tiap2 hari pergi kerja buat muka selamba..YaAllah hanya kau lah tempat ku mengadu
tq kak zu....menitik air mata baca....good sharing..semoga Allah membalas kebaikan kak zu...aamiin
Post a Comment