Thursday, March 27, 2014

Down the memory lane@Cuti Sekolah Keliling Rumah

Salam;)

Lama sikit tak meng update blog- macam2 perkembangan di keliling dan dunia- like it or not turut memikir keadaan- hingga jadi penat kepala kadang2:) Dugaan MH370 banyak memaksa otak berfikir, terbawa2 macam2, sedih,risau hingga bila staff tanya bulan May ada Conference nak book flight pagi atau petang, i said' tunggu lah next week maybe bila dah ada keinginan-satu peluang ke Jeddah sudah pun di lepaskan-tak apalah kita berdoa kepada Allah Swt,gerak hati nak pergi atau tidak itu- adalah ketentuanNya- memang dari last year looking forward nak menghadiri Conference di Jeddah ni- bila boss dah naikkan nama- terasa berat hati sangat tak tahu kenapa- ini 2 minggu sebelum berlaku tragedi MH370  kalau di fikirkan memang risau nak naik flight. Mendengar syarahan Mr Nouman Khan- beliau menyatakan setiap musibah dan dugaan itu telah Allah swt ciptaan khas untuk seseorang itu- bukan kebetulan,tetapi di tujukan khas buat kita,di mana kita berada ketika ianya hendak datang tidak ada yang dapat menghalang- di ciptakan Allah Swt musibah itu kerana dia hendak memberi keistmewaan kepada kita- menguatkan iman, mendekatkan diri kepada Nya- kita yang terpilih untuk menerima itu- sekiranya kita dapat menerima dan melihat dengan hati terbuka- mengakui setiap apa yang di bumi ini kepunyaan Nya- di pinjamkan buat kita- maka tiada lah rungutan,tidak puas hati, atau gagal menerima nasib- sangat menyentuh jiwa syarahannya- terus menusuk tepat ke dalam hati bila beliau menyatakan " setiap musibah/dugaan itu dicipta kan khas buat kita dan menanti ganjaran nya sekiranya kita sabar dan mendekat kan diri pada Nya"- Subhanallah.

Cuti Sekolah pun tiba.This time cuti sekolah keliling rumah saja:) Kalau bukak fb ada orang bercuti ke London, Jepun, Hong Kong paling2 pun Bali- but we are just happy to spend our time around the house and paling jauh pun Cheras! Kih Kih…we still have fun right? Time flies so fast one week school holiday going to end soon:( The mama took 2 days off Wednesday and today. Believe it or not while the other children are enjoying their holiday at an island etc we hantar Tia Mia cucuk yang hampir terlepas vaccination MMR and Dtap Polio- kesian cuti sekolah kena cucuk lagi;) But both of you got your new mini iPad- that is the compensation of cuti2 keliling rumah;) 


Hujung minggu hari tu- Uwan tidur rumah Pakcik, Heni pun ikut- dua orang ni nak ikut jugak- excited first time sleepover:)




Rumah Pakcik( my third brother) ni sangat banyak kenangan buat si mama- bertahun jugak duduk di sini masa bujang, masa buat Chambering dan attachment- then bila pergi grad di Zurich dulu,Tia Mia yang 7 bulan pun tinggal di sini. Setiap inci rumah ini penuh kenangan manis anak dara;)


Apa pun yang makcik( Kak Bidayah) masak sedap ajer rasanya- ikan tenggiri goreng kunyit panas2 dan sambal kicap- uishhh sangat membuka selera.


Hampir semua buku di rak ni telah habis di baca dulu- rumah pakcik memang banyak buku- pakcik kerja di DBP sebelum berpindah ke kementerian pelajaran dulu.


Buku2 ni dulu asalnya di dalam my room- now Pakcik dah letak kan di tingkat atas luar bilik Kak Ikin.Buku ini sebahagian kehidupan bujang- setiap malam sebelum tidur- duduk berjauhan dari Uwan, ini lah yang di baca:)


Now ada ruang membaca di luar bilik Kak Ikin di tingkat atas;) Tia Mia suka naik ke sini.


Semua kenangan menghiasi dinding.


Termasuk lah lukisan Tia Mia ni:):) yang atas di lukis masa bercuti di PD,Pakcik telah frame kan:)


Gambar sejarah hidup Pakcik sejak zaman berseluar "yengki":):)


Kenangan mengusik jiwa.


Nak tinggal anak semalam di sini- ada orang yang sedih lebih2:):) Tengok tu macam anak nak masuk asrama lagi;)


Esok ambik terus bawak these two jalan2 sikit- sebab panas tak terkira kita naik Genting hingga ke puncak makan durian ice cream:)


These two finally dapat their ipad because ICT di sekolah menggunakan iPad- kalau setakat nak main games dulu memang tak di belikan- now they can write their own story and prepare their school project on iPad- very ketinggalan zaman lah kiranya anak2 orang dah lama ber iPad- biarlah- bila dah bersedia dan bertanggungjawab sikit baru lah boleh di beri:)


Malam dapat tidur bersama dengan anak2 sangat indah rasanya- walaupun hanya berpisah semalam! too much your mama and papa kan:)


Tak kemana these two ikut lah mama ke office sehari.


ramai yang cuti ni jadi skenitary gantian:)


Then we had our long and lazy breakfast at Ikea- very nice to just sit there look outside the window,enjoy our breakfast without having to look at your watch:)


Meatballs the girls' s favourite and shrimp opened sandwich is my favourite;)


Cooking- i masak this nice Siakap- sedap sangat kata my hb- beli siakap besar ni dari Tesco Online- alhamdulillah dia hantar yang fresh- untuk yang berminat nak cuba my style- i cuci ikan bersih2, kelar di badan tiga, lumurkan garam, lumur lada sulah yang di tumbuk hingga jadi serbuk, tumbuk bawang merah dan putih 10 bijik termasuk halia dengan sedikit garam lumurkan pada ikan rata2, bubuh 2 sudu olive oil letak dalam bekas dan steam hingga masak- dah masak ketepikan hiris cili merah halus, hiris limau nipis dan basuh dalam air garam- taburkan atas ikan. limau nipis tu sedap di makan dengan ikan:):)


And i craved to make my own baked cheese cake;)i googled for the recipe-  mudah dan ringkas- 2 philadephia cheese, butter,digestive biscuit, condensed milk,1 egg and some strawberry- and i adjust taruk jelly strawberry kat atas sebab i suka cheese dengan jelly- nyaman;)


Cantikkan- base dia cuma hancurkan digestive biscuit(i guna oat digestive biscuit-sebab kat Giant tak ada brand lain) dengan butter- dah tu spread kat loyang or bekas yang dah di sapu butter. Gaul Philadelphia Cheese dengan telur dan condensed milk-i guna hanya 1/3 tin susu pekat sebab tak suka manis sangat, guna whisk dan gaul lah hingga sebati,curah atas loyang yang dah disapu digestive and bakar dalam 30 to 40 mins. dah kenyal macam ni angkat dan sejukkan. i masak jelly perisa strawberry..dan bubuh kat atas cake.


Atur strawberry kat atas cake dan bubuh jelly - kena cepat sepat jelly cepat beku.




Tadaaaa… Tia Mia tak sabar nak makan.


Masuk dalam fridge dulu biar sejuk.


Then dah sejuk boleh lah potong and ngapp:)


Sangat sedap- creamy dan tak manis sangat:)


Malam ni masak tofu style Muhibbah restaurant- untuk yang mintak recipe baked macaroni- nanti saya tulis ya- malam ni dah penat;)

Now nak bercerita pasal tudung- tukang masak deserves kegembiraan sikit walaupun tak bertingkek- tingkek:);)



Sekarang ni the mama teringin jugak nak lilit shawl macam2 tapi masih tak mau jadi macam yg orang selalu buat nampak macam satu arah ajer bawah dagu tu-asyik tak jadi.. 



Ini forever my favourite shawl- beli di ZARA dulu- dan lusuh tapi masih sangat di sayangi dan kerap di pakai:)


Tomorrow is Friday but i feel like Saturday already:);)

Nite Nite:):) p/s thanks pada yang singgah dan menghulurkan perkenalan:);)
…………...

21 comments:

ummi_khalish said...

salam ukhuwah dari dil..bumi anbia'..sedapnyelah cheese cake tu....:-)

Haliza Ghazalli said...

Penuh dgn nostalgia &... Very close to the heart......

Aya Feijoa said...

kakak cantik...suke tudung ZARA tue..agak2nya ade lagi tak dijual?

emy pokden said...

ermm..sedap nye kek tu ...

Fiza Darwish said...

saya sangat suka baca blog ni..menenangkan juga inspiring..tapi baru awal tahun ni jumpa.tudung ZARA tu sangat cantik dan kek tu macam teringin nak buat.

Fiza Darwish said...

saya sangat suka baca blog ni..menenangkan juga inspiring..tapi baru awal tahun ni jumpa.tudung ZARA tu sangat cantik dan kek tu macam teringin nak buat.

Fiza Darwish said...

saya sangat suka baca blog ni..menenangkan juga inspiring..tapi baru awal tahun ni jumpa.tudung ZARA tu sangat cantik dan kek tu macam teringin nak buat.

FADLINA MOKHTAR said...

Kak zu..finally u update your blog.miss your writing & stories.kak zu, saya mintak izin sharing kata2 ustaz tu yer,sangat indah & bermakna untuk dijadikan renungan as many of us still down with so many tragedies happened to us lately.
and the cakes sedapnya.nanti nak try la buat.tapi kena tunggu my baby besar baru dapat main baking2 cam the twin.

salam jumaat.

syalinda johari said...

sedapnya tgk cheese kek.. dan puan blog yang cantik manis bersama anak2 yang comel2...salam perkenalan...hehehe

Anis Rafie said...

I love your cheese cake!! Gotta try it out soon!!

Anis Rafie said...

Love your cheese cake kak Zu. Gotta try it out soon.

Anis Rafie said...

I love your cheese cake!! Gotta try it out soon!!

temboktebal said...

Drooling :)~~~

Ooopps

~ini itu~ said...

cheese cake nampak sedapp....

nor hayati abdul halim said...

asalam kak..suka sgt bca blog akak..

sya share petikan dri blog akak
salam perkenalan

izatishop.blogspot.com

MARIA AWI said...

cheese cake tu betul2 menggiurkan...

jemput ke blog saya juga...
salam suai kenal..
http://bit.ly/1mBJoLO

Dura Zul said...

Nyumms..nyum..sedap nyer cheese cake tuu..;)

Dura Zul said...

Nyum...nyum..sedap nyer cheese cake tu..

Sue said...

salam.. touching sgt tgk gambar uwan with pakcik.. lama saya tenung.. ade rasa terharu, gembira dan sebak...

dan tiap kali singgah sini mesti adore sgt dgn konsep rumah.. english tp tak sarat dgn flowers decoration.

dan suke tgk kek tu.. tempting! nk try jugak la.

Intan Mahadi said...

kak zue... nak letak telur bape biji ni

Nur-nba said...

Banyak sungguh buku di rumah Pakcik.. Kak Zu memang sangat rajin mencuba... Apa je yg akak masak sure menjadi.. Sungguh menyelerakan.. Kak Zu, boleh tak bagi sukatan utk cheese dan bilangan telur..Guna berapa gram cheese dan telur berapa biji ye?