Sunday, August 24, 2014

Days and Nights of a Woman;):)

Salam!

Quite a long week this time;) I was looking foward to weekend:  Suddenly on Friday the School sent an email informing us parents that there will be a workshop for Primary Students on Saturday starting at 8.00 am! Huhhhh there goes my weekend! Anyway i have decided to enjoy it anyway:):) happiness is in the mind:) - I had a good day on Saturday and tomorrow is Monday- again, happiness is in the mind:)

I have some pictures and stories to tell and to Aishah- thank you very much for sending me AyamMas voucher and as requested by you i shall answer your questions here (once i finish my rambling :):) 


Thursday we had Jamuan Raya at Office- i tak ada baju raya bling, ada sehelai dah pakai pulak but i ada beli this Jubah Arab from my niece- husband dia kerja di jeddah- i bought XL size- bosar lah jubahnya- supaya tak plain sangat malam tu beriya mengosok Swaroski bling2 kat baju- adalah sederet kat depan:)

Lepas tu- kerja2 yang standard di buat wanita- bergambar and bergambar:);)


 Mek kelate


Our Cool Datin;)




Mek KL:)


Saya dah bulat after this kena diet byk, byk and byk:):)


And thank you so much to wagih delicious malam2 hantar sambal bilis berapi kat rumah. 


Appreciate it very much Fariha;):) Rezeki di terima dengan gembira.


As Merdeka day is approaching my anak2 sangat semangat;) See the Cubby House ! Semangat membara:)


Elsa pun suka main dalam cubby house- sometimes i feel like Elsa fikirc dia ni budak perembuan- bukan kucing as i caught her few times playing with Tia Mia's barbie dolls, she will bite the dolls and bring it into the cubby house;);)


Saturday macam yang i cakap kat atas i mengambil keputusan untuk berehat- so i tak masak- pergi stall tak jauh dari rumah beli macam2 delicacies.


I jumpa pisang tanduk and beli jugak- suka lah pisang tanduk goreng sangat sedap.


Dah lama tak minum dengan sang suami di taman kami yang kecik.


While the two girls in school we enjoy our time together in the garden.


Sunday night i made pizza with tonns of cheese.


Sebab malas nak simpan balance cheese yang cepat rosak dalam fridge i taruk semua kat atas pizza:) I used Emborg Pizza topping and it was really good.


These two anything not nasik happy lah dia orang;)


Most of my Sunday is no pavillion  or KLCC day for me- It's time for her- sometimes ada jugak yang kecik hati- kawan2 ajar jumpa nak breakfast sama2 pagi Ahad- nak gather nak, nak itu nak ini- I am so sorry saya mengejar masa- anak2 nak swimming pun kadang2 di tunda- i need to give time to her- that is my satisfaction. To me 5 hari masa kita di office, membuat itu dan ini- saturday saya luangkan untuk budak2 and Sunday untuk yang really deserved it. Biar lah saya tak happening, tak cool, tak melepak di  high class restaurant etc- Ini memberi kebahagiaan jiwa buat saya. bagi yang masih berkesempatan membawa ibu2 yang masih sihat, berpimpin tangan macam kawan ke sana sini- Enjoy it- bersyukur.


We had Seafood at Port Klang today- the food is good and the price was really reasonable.


Ini lah orang nya yang saya perlu berikan masa saya, dia tak mintak pun tapi saya mahu memberinya masa, takkan sama dengan dia yang telah memberi masa dan jiwa seluruh hidupnya pada saya.


Balik rumah my brother datang hantar mata kucing dia ambik dari kampung- sedappnyerrrr:)


I bought setandan pisang dari road side and i gantungkan supaya bebudak seronok.


Fruits Corner:)


Dah lama tak buat Butter Cake- buat sebijik sebelum dinner.


Ada 2 Cake mould yang I suka- this one from Wilton and another one yang i beli online from Amazon.


Kalau buat Butter Cake mesti happy sebab bau penuh seluruh rumah.

And finally Untuk Aishah : 












1. How do you deal with generation gap with your mom?

Maybe it will give some problem to some people- Alhamdulillah not to me- kalau betul2 tak ada issue  generation gap as we are not dealing with our friends or people outside our family- She is our mom- exceptionally special- accept her as a Mom- give her that high status- Masa kita kecik2 kita tak pernah ada issue generation gap sebab masa tu kita look up at her- banyak benda yang kita tak tahu- apa yang ibu tahu buat kita rasa terpegun- pandainya emak- semua nak di rujuk pada dia- Bila kita besar kita pun jadi lebih cerdik dan kadang2 kita rasa kita lebih tahu dari dia- jadi timbul lah isu generation gap- cara dia bukan cara kita- Ibu pulak hilang kehilangan status sebagai 'wanita yang bijak tahu serba serbi" macam kita jugak suatu hari nanti- masa kecik segala benda nak di rujuk oleh anak kita pada kita- bila dia besar, dia cakap cara masak dia lebih baik dari kita, cara jaga anak dia lebih dari dari kita- tentu lah banyak pertentangan kan- dalam hati kita mesti kita cakap ' berak kau dulu aku yang basuh, now kau lebih tahu segalanya dari aku" - Walaupun hakikatnya semakin kita membesar memang lebih banyak yang kita tahu- tapi manage lah the sitaution- Cara terbaik adalah cinta, kasih sayang dan hormat- Beri lah dia status "wanita paling penting,paling cerdik, paling berpengetahuan, paling berpegalaman' sememangnya dia layak untuk title itu sebab syurga di bawah kakinya- Jika tak ada competition antara kita dengan ibu-tinggal bersama ibu tak kira berapa umurnya adalah keadaan paling menggembirakan. Mesti lah kita sentiasa ingat sedihnya hati dia meninggalkan rumah- hilang title permaisuri, hilang kuasa mengendalikan segalanya di rumah dia. Cuba rujuk banyak perkara padanya tak semestinya kita mengambil pakai semuanya- tapi untuk mengambil hatinya dan supaya dia berasa selesa di rumah kita- supaya dia rasa dia ada 'contribution' dan bukan membeban.

Uwan dalam umur 91 ini pun masih ada fikiranya takut membebankan me- selalu tak hilang di mulutnya asking us to take her duit pencen supaya dia ada contribution- walaupun tak perlu tapi untuk mengembirakan dia selalu i will withdraw sikit and bawak dia breaksfast kat luar or makan- masa makan i akan announce' hari ni Uwan belanja kita ya" then my hb, budak2 pun cakap " terima kasih Uwan belanja" nampak sangat happy dia, sebab dia ada contribution. kalau dulu2 dia sihat i purposely tanya recipe dari dia- mintak dia ajar buat itu dan ini- dia sangat suka.

I hope you and your mom akan berkasih sayang sentiasa macam kawan2 sebaya;):)

2.Food- macam mana nak cari Pesto, Olive Oil, etc yang halal- Kita memang patut berhati-hati membeli barang yang nak menjadi darah daging but at the same time Islam pun tidak menyusahkan umatnya- sebabnya umat islam duduk di seluruh dunia di Europe, China etc- Untuk barangan yang buka terdedah pada non halal atau keraguan macam minyak, barang sayuran kita tengok lah ingredients yang ada kat botol tu- apa kandungan nya sebab bukan semua barang yang perlu kena sijil halal jakim- barang2 yang memang jelas seperi lembu,ayam atau yang kandunagnnya boleh menggunakan benda yang tidak halal seperti chocolat , cake etc maka perlu lah ada tanda2 tersebut- tetapi seperti barang2 sayuran kita boleh membaca ingredients di botol atau tin tersebut dan sekiranya kita masih ragu maka pilihlah untuk membeli produk dari negara Islam, seperti Olive Oil ada yang dari middle east- begitu jugak pesto sauce, tomato sauce jika telah membaca kandungan di botol terang tiada apa2 tapi kita masih ragu kita boleh buat sendiri- segala nya ada di hujung jari kita sekarang- just google' how to make pesto sauce? how to make home made tomato sauce? 

3.

How to hire a maid? - I used agent before- you can google the Maid Agent- just bring money and they will arrange for you from A- Z. Sekiranya nak jimat ramai jugak yang mengambil direct atau melalui kawan2- if you have time nak uruskan pengambilan sendiri adalah lebih baik -unfortunely i dont have the experience to share with you. I used Gaya Maid Agency kat PJ,Alhamdulillah okay until today dah nak masuk 8 tahun my maid they never forget to remind renewal and arrange untuk documents or collection. Again " google" is the guru- tekan saja semua keluar:)

4.Career- How to  balance nak kerja, nak masak etc.

The answer is time management- buat segalanya dengan kasih sayang dan ikhlas- kita manusia, takkan kita tak ada rasa penat, tapi pengurusan masa yang betul ,pentadbiran rumah tangga yang elok akan memudahkan kerja- Nak masak- buat planning awal, hujung minggu beli apa yang patut, ikan dah siap siang dan asing satu2, ayam dah siap bersih dan pack- cili dah siap blend, barang2 untuk breakfast macam roti,hotdogs, canned mushroom, cheese, semua boleh di simpan- malam ingat esok nak masak apa, turunkan frozen fish/chicken dari freezer,hotdogs etc- pagi dah boleh terus masak.

I bangun pukul 6.00 bukan 4.00 atau 5.00- lepas Subuh, masuk bilik uwan ,bawak dia ke bilik air untuk buang air and ambik air sembahyang, after dah pakaikan telekung tunggu dia sembahyang, dah sudah, naikkan atas katil katil baring sementara i masak,turun masak lauk 2 jenis, untuk uwan dan budak2, breakfast western and local- packed breakfast anak2- siap semua, ambik tray bawak breakafst budak dan uwan naik tingkat atas- budak2 dah siap mandi bagi breakfast kat atas- hantar masuk kereta hb, ada maid pun i need to see my kids masuk kereta- i yang nak lambai bukan maid- kemudian naik atas balik semula, mandikan Uwan, pakaikan baju, sikat rambut, bawak dia ke sofa luar bilik bagi breakfast make sure milo habis, nasik goreng habis, vitamin habis- bukan maid tak boleh buat tapi tak tau pukul berapa dia buat nanti- kenyang ke tidak my mother- selalunya habis buat semua ni pukul 8.00 then baru i siap pergi office- Alhamdulillah sempat.

Mana dapat energy? Vitamin CINTA dan KASIH SAYANG namanya kalau tak masak tak kan tenteram di office- kita lunch time  macam2 Cafe kita pergi,kadang business lunch hampir setiap hari di hotel 5 bintang, yang di rumah bagaimana, i takkan tersuap makanan- kalau ada jamuan di office lagi lah masak yang special sikit di rumah.

Dulu2 setiap petang balik i masak lagi - now tukar routine i rasa perlu memberi uwan banyak 'makanan jiwa' now petang i beli ajer untuk tambah lauk pagi- supaya tak letih sangat- so boleh makan cepat dan maghrib awal- lepas maghrib i akan baca Yassin dengan Uwan- dia boleh hafaz Yassin dulu2- now dah lupa2 pun dia masih okay- malam pertama 60% ingat, kedua dah bertambah 70% dan yang terbaru dan boleh ingat hingga 90% - I sendiri pun sangat rasa tenang bila dapat mengangkat tangan berdoa bersama -sama my mom.

Hakikatnya tak ada di antara kita yang superwoman, kita sama sahaja, buat kerja banyak kita penat, tak ada masa untuk diri sendiri kita sedih, orang tak setuju atau hargai kita rasa down- saya pun sama- penat, sedih kadang2, down atau frust occasionally- tapi saya tak putus asa, saya carik sebab untuk gembira- saya carik sebab untuk berpuas hati- dan yang utamanya saya DOA, DOA, Ya Allah permudahkan lah- tiada apa lain yang lebih memberi ketenangan selain doa- Just imagine- bila ada sesuatu cabaran atau kesusahan, kita hanya boleh bercerita pada kawan, husband ketika siang, ketika berjumpa- bila malam semua orang dah tidur kita pun seorang, masalah masih belum pergi,  tapi ada yang tidak tidur, ada yang tidak meninggalkan kita- Ketika baring seorang kita masih lagi boleh berdoa, boleh meminta- Itu sangat istimewa, Kerana Dia Maha Pengasih Dan Penyanyang.

Saya harap perjalanan Aishah di permudahkan- Kasih sayang melimpah ruah, tenaga bertambah2 dan semua nya elok dan bahagia hingga ke akhir hayat dengan yang tersayang.Amin

…………...




Sunday, August 17, 2014

Laksam, Si Omel, Belinjo and macam2:)

Salam,

Thank You to all- to those yang berkongsi saat kesukaran- di doakan kemudahan- Jazakallah kerana berkongsi cerita- Alhamdulillah sekiranya tulisan yang seberapa memberi perangsang-jauh pun doa sentiasa boleh di titipkan:)

Alhamdulillah Uwan is back in my house- dari tak kaki jadi lemah hjari tu- now she dah boleh jalan macam biasa walaupun slow sikit- as I am writing now she is sleeping in her room opposite mine- I feel happy and blessed:):)

Ada mood, ada lah cerita dan gambar sikit2- here is my story for this weekend:):0


I heard "Rainbow Loom" is the hottest among school children now- my 7yrs old is no exception- pun sibuk walaupun tak berapa pandai but they were really determined to make one for me:):)


Half night berjaga nak membuatnya- sorry girls i cant help- bukan my zaman lagi dah- kita buat tali skipping tau ler:)



Finally- Thanks Tia and Mia- we are now forever friend;):) 



Saturday morning was raining- it was quite long and heavy- i felt like eating laksam- ada bahan2 so buat kat rumah- bahan2 nya walaupun mudah tapi leceh nak membuat gulungan laksam ni- recipe i google her- 3 cups tepung berus, 1 cup tepung gandum, 3 3/4 water and 2 spoon of vegetables oil- gaul rata- tambah air kalau too thick- minyakkan tudung periuk- bubuh 3 atau 4 sudu dan kukus, dlm 5 mins, masak, lalukan belakang tudung periuk bawah air paip biar sejuk, cungkil dari tudung periuk sikit guna sudu dan roll:):) tapi leceh lah nak buat satu2- i buat dapat dalam 8 roll macam tu- cukup lah 2  sorang;:) My husabnad cakap sedap dari kedai- of course lerrrrr..he he tapi sodap pun den tak larat nak pi roll lagi dah:):)


It is always nicer when you made it your self because you can have as much ulam as you like:)


And as much sambal belacan and lime as you like:)


Tabur dan gaul- heavennnn:)


Saturday after lunch we went to my nephew's open house at Denai Alam- second open house after my neighbour's- so perut dah kenyang sikit;)


But budak2 perempuan ni bila besar sikit tak suka sangat bercampur dgn orang dah:(:( Boleh pi makan satay sorang2:)


This is my second brother , my Ateh( eldest now after my first passed away) Anti social lah kita orang- tak heran nak pi menengok kambing golek:):)


And jumpa my latest cucu sedara yang somel momel.


So somel budak ni- kenit dan cute.


Sebab budak2 perempuan tak berapa kenit ngengada tak berapa nak makan balik dinner kena lah masak special sikit- i buat Olio. Singgah Baguz- beli chicken sandwich boleh buat utk carbonara, olio dan makan dengan roti jugak.


Terlebih rajin buat pulak Lava Cake- i buat dalam dishware tebal- penat menunggu nak masak.


Flooded with dark chocolate.


Sunday night Heni suppossed to come back- tak balik2 hingga pagi- called tak berjawap- hmm i thought that's it- morning i tried to call and she picked up the phone- she slept with her friends at the airport as they arrived late and airport taxi will charge double after 12.00- dulu2 kita orang tunggu tapi dia tak muncul sebab she changed the flight etc etc so now kita orang memang tak tunggu dah kat airport- she will take taxi and i will refund her after that. 
Apa pun Alhamdulillah di permudahkan dah hampir 8 tahun dia kerja dengan i, kekurangan dia atau i kita sama2 imbangi- pagi tadi subuh semasa sujud bila ingin nak meminta pada Allah Swt itu dan ini- I ingat cepat2 pagi ini biar lah syukur sahaja semata- banyak sudah Allah mempermudahkan- bukan yang besar sahaja perlu di lihat- yang remeh tapi sangat bermakna-itu lah kash sayang Allah- hanya kesyukuran dipanjatkan pagi tadi.Alhamdulillah.




Heni bawak buah belinjo untuk i tengok- i pernah tengok buah ni kat pasar TTDI dulu:)Bapak dia ada kebun belinjo.


Obviously Heni kenal her majikan well sebab barang yang di bawak semua food- mcm2 jenis kerepek. Kesian dia kena pau dengan immigration Indon hampir RM400 lebih dia kena- they mintak macam2 kalau tak, tak boleh fly- langsung lah tak berperi kemanusiaan terhadap warganegara sendiri- RM400 is alot to them:( 


Ni daun salam- heni cakap sedap untuk bubuh dalam gulai atau sup.


And today my cucu datang rumah..yeayyy happy dapat gomol2:)


My Ateh's family- we makan sempoi kat dapur sambil sembang2- i masak mee hailam ajer- tapi panas2 sedap lah macam order kat kedai:):)


This is Kak Ngah my niece from Rembau- masa kecik2 dulu i kerap pergi rumah my brother kat Rembau- setiap malam nak tidur she surely datang tidur next to me- i suruh dia garu tangan 50X and she will do it until both of us fell asleep- banyak kenangan manis ketika sama2 membesar:):)

Nite nite.. jom garu tangan:):)

…………...