Tuesday, September 23, 2014

Hi-Buat Kakak bernama sedap:):)

Salam:)

Dah beberapa hari tak menulis- tak banyak mengambail gambar, penat dan sibuk dan difikirkan&dirancang:) Malam ni terima email dari Kak S "menulis lah Zu" katanya:):) Katanya lagi ceita saya bagai Cerita P.Ramlee- dibaca2 nya selalu tetapi ada sahaja yang menggamit hatinya:):)Tersenyum saja, macam dia ada didepan mata:);) This sister is very strong banyak dugaannya yang diceritakannya- dia berjaya mencari kekuatan- tak apalah susah pun,kalau berusaha di cari dapat juga kan.

Like me- i am so normal and ordinary- penat selalu jugak tapi rezeki kegembiraan pun ada- kadang2 datang sesuatu yang disangka musibah- risau,menangis- tapi rupanya hikmah- senyum di hujung nya but again as human it is not easy to face the challenges- sakitnya, lambatnya, panjangnya, bila nak habis, bila nak berakhir- tunggu minggu depan, tunggu bulan depan, minggu berlalu,bulan berlalu- tak hilang2- manusia pun tak sabar kan- itu normal- tiada yang tidak normal. Semua orang ada cerita sedih,cerita luka,ada memilih untuk menulis yang indah saja, yang bahagia saja,yang mewah atau yang cantik sahaja.Sebagai manusia kita pun tak dapat lari dari berkata'kenapa aku tak begitu, yang belum kahwin melihat orang hidup bahagia berkahwin-berasa ya allah bila aku nak bahagia begitu, yang tiada cahaya mata berasa- bahagianya kalau ada cahaya mata, yang yang banyak kekurangan melihat yang berumah besar, bercuti kemana-mana, membeli belah tiada had - merasa beruntungnya mereka, bila lah aku akan begitu. Setiap yang manusia mesti ada cerita suka dan duka- hidup kita itu sebenarnya ada lah yang terbaik buat kita- kerana aturan itu aturan Allah-yang susah tak selamanya,yang senang tak mustahil di uji suatu hari- kerana ini hidup kita berusaha mencari bahagia dan cahaya- walaupun tak mudah tapi boleh di usahakan:):)

Berminggu-minggu ni sibuk lah urusan office-macam tak berapa sempat menulis. Saya pun banyak penat- Alhamdulillah tak banyak ujian besar tapi ujian yang memerlukan kesabaran tinggi pun sentiasa ada, perangai maid antaranya- ada masa elok ada masa Ya Allah rasa nak berhenti kerja- biar aku yang uruskan ibu ku, anak2 ku, rumah ku, biarlah aku penat tapi tak payah aku nak membelai, bersabar tahap tertinggi- itu pun perkara normal dia manusia, perangainya kejap okay- kadang2 sangat menaikkan darah tahap tertinggi- tapi bagus juga- kita bersedia dari segi mental- apa pun yang berlaku kita bersedia- tak boleh kita berharap seolah tidak berdaya padanya- berdoa kita pada Allah dan bersedia buat back up plan dan sebagainya- lepas tu okay pulak- terasa doa " Ya Allah permudahkan urusan menjaga ibu dan anak2 ku" itu didengar Allah Swt- terasa sangat bersyukur, selama 7 tahun membesarkan anak- 8 tahun menjaga ibu, dan 2 tahun kebelakangan ini my emak menjadi dependant/berharap 100% pada orang- hilang penglihatan telah setahun- kalau tidak dipermudahkan Allah Swt tentu sahaja lintang pukang jadinya. Dipermudahkan itu tidak bermakna dapat duit berguni-guni- tetapi diberi jalan, diberi kebahagiaan- dalam cabaran banyak kebahagian- bertambah erat kasih sayang keluarga- bayang kan dengan kesukaran menjaga ibu yang telah sangat uzur, suami memberi sokongan tidak berbelah bahagi- dia sama2 pri hatin- itu lah "rezeki" sangat besar dari Allah Swt. Kadang2 setiap minggu membuat outing untuk yang uzur termasuk maid- dibisikkan ke telinga anak2 yang masih 7 tahun- kenapa perlu kita berbuat demikian- mereka pun paham dan memeluk kita " Mama i love you- when you are old and weak like Uwan i will still love you, i will take care of you, i will give you hot bath and i will hold your hands when you walk"- Kata2 itu juga ada lah 'rezeki' yang sangat besar bagi saya- walaupun tak tahu apa kesudahan hidup kita- tapi buat masa sekarang itu lah 'rezeki' terindah:);)

Bak kata Kak S tak senang nak sentiasa ikhlas, sentiasa memberi sahaja tanpa mengharap sebab kita manusia- tapi kita boleh bermula,kerana keikhlasan memberi ketenangan- bagai mencampak batu kedalam air- kalau tak diharap kan timbul tentu sahaja kita boleh pulang dan tidur dengan aman:):)

Itu lah tulisan saya malam ini- Khas buat Kak S- sama2 kita mencari kekuatan:):) Kita wanita sama saja:):)

I have few pictures to share:)


Baking gives me happiness:) kan senang cari bahagia yang kecik2- bila dibuat- bahagia jadinya:)


I love traditional cakes- marble,rainbow or butter- no frills:) Just good, solid traditional cakes that will fill your whole house with 'just baked" smell:);)


Lately i tried few recipes from people's websites- this rainbow guna recipe marble yang i olah- pukul putih dan kuning telur berasingan- i love the result- i think this is one of the best:)


Simple happiness.


Sharing another simple recipe but my girls love it so much- plain Aglio Olio.I used lots of onions and garlic.


Dice the onions and garlics ( mesti really banyak)- stir until brown in butter, add parsley flakes, dried chilies ( my case i asingkan sebab takut pedas for bebudak) and salt- kecikkan api, masukkan pasta yang dah di rebus- stir well- tutup api and season with black pepper dan boleh tambah fresh tomato kalau suka;)


We love it!


This is rezeki, this happiness:):)


Did you hear that?...Ahaaaa… more rezeki and happiness:)


Taaaaa…..

p/s untuk yang tanya- pantai kat mana?- itu kat Bagan Lalang:)
apa atas bekas ikan yang bulat?- itu bola ala crystal di beli Tia Mia masa ke butterfly park- balik dia letak diatas bekas ikan tu:)
selamat berkenalan buat yg menghulur perkenalan- dihargai setiap komen- in sha allah singgah di blog kawan2 walaupun tak sempat meninggalkan komen- buat si Jelita yang nak bela ikan- harap2 lama minatnya- si Tia Mia dah kurang minat dah- nasib baik lah Beta fish tu RM2 sahaja harganya:)

……………………….

18 comments:

MamaAliya said...

Hi kak zu.lama menunggu cerita akak.the rainbow cake looks yummy. share recipe pls (^-^)

Mak lagenda said...

kak zu..acapkali bila membaca bait2 kata kak zu kisahkan kasih syg seorang ank trhadap ibunya, mmg slalu buat bulu roma sy trbangun.

Terasa betapa ikhlasnya kasih syg kak zu trhdp uwan.

Dan, smpi ke jiwa apa yg ingin akk sampaikan..

Kisah2 kak zu mmg mampu buat jiwa2 lain terbangun dr tido. :)

Tiha Azmi said...

Been a passionate reader of your writing since I'm in high school (form 5) ,then, as now I'm in college every time I read your blog it reminds me of my family and the warmness of love... 😊
' You'll never know how strong you're until being strong is the only choice you have ' Stay strong Kak .. 😊

Norhidayah Rasin said...

Hi kak zu, hari2 bukak blog waiting for your next entry.Your writing betul2 buat orang tenang, and always bayangkan happiness.. jemput singgah ke blog sy, norhidayahrasin.blogspot.com.

Neny said...

Kak Zu, thanks for sharing the nice, inspirational words. Sometimes x perlu jadi org hebat yg pandai berceramah, bermotivasi sana sini utk memberikan motivasi, inspirasi pada org lain. Your everyday life yg penuh kasih sayang dan tanggungjawab mmg dah lama jadi sumber inspirasi saya. Please share a lot more ye kak :)

imm said...

2,3 hari ni teringat2 butter cake resepi mamatiamia..mnunggu weekend, x sabar nak baking heheh..

mamabeauty said...

Hi Kak, bila baca just terimajin suatu hari nanti jika saya yang diberi peluang menjaga ibu ayah insyaAllah ingin membuat sehabis baik seperti kak Zu..

Yes, tak semua orang diberi ujian yang sama but yet setiap ujian itu pastinya ada kemudahan yang tersedia waima kita sendiri tidak mengetahuinya..

Unknown said...

Hi,

I've been your silent reader. Very interesting stories which made me to read from the begining. Your stories gave me the motivation to cook more. I used to be so lazy thinking of the cleaning up need to be done after that :) and gardening too. Like you said, we are creating memories for our kids..

Radha

Sue said...

thx zu for ur reply pasal bola crystal tu...

suke gambar yg last. tu kat mana pulak yea?

FadMN said...

kak zu letak pic simple pun nampak menarik.org seni ni mmg macam tu kot.

FAD

Faza said...

ya, teruskan menulis dan berkongsi kak zu. cerita tentang kehidupan biasa yang jadi extraordinary once we start appreciating it. a simple plain minum petang tapi kalau dihayati nikmat kesihatan, keamanan dan peluang untuk duduk minum petang bersama2 orang tersayang is sooo precious, if we try to appreciate it as gift or rezeki from Allah. tq for sharing ur extraordinary story.

ana said...

as salam zu...terima kasih atas coretan...benar2 menyentuh hati,...kita wanita..sama saja....

Che Sall said...

Assalam.

1st time jengok sini terus tertarik untuk baca semua cerita...akak pun tinggal di KD. Mane la thu kot2 1 hari terserempak...salam perkenalan.

Surainee said...

Assalam Zu,

I am one of your fan. Keep writing ye. Semoga zu sentiasa beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. In sha Allah banyak pahalanya berbakti pada orang tua.

illa rahman said...

everyday will looking forward to read your blog and it will makes my day... used to be ur silent reader..oppss.. hehehh... sent my salam to uwan...uwan has some mirip2 to my arwah tokwan.

Unknown said...

Hi Kak Zue..I love to read your blogs...terus menulis kak zue ye...hugs!

bayutsunami said...

hi sis...suka baca blog sis...saya pun jaga 2 ibu saya satu ibu kandung satu mak sedara yang menjaga saya dari kecil dua nye pun umur 65-75,,saya pulak single mother with 2 kid,,,ya allah kekdang rasa mcm nk lari jee dri masalah,,,mane nak urus anak ibu diri sendiri,,,rasa x terkejar,,tapi bile baca blog sis,,,alhamdulilillah,,,ape yang sis coretkan saya rasai keberkatannya,,,amin,,,mintak2 saya kuat utk terus redha dan bersyukur atas nikmat yang saya ada,,amin

Nur Ain Ismail said...

Salam kakak.. suka baca bkog kakak. Bila baca tulisan2 dlm blog ni rasa'something'
Dont know how to describe.. hehehe
Tulisan yg dtg ikhlas dari hati terus akn smpai ke hati jugak.
Keep writing kakak..moga2 ada nilai disisiNya.moga Allah berkati kakak sekeluarga.sentiasa dimurahkn rezeki dan terus diberikan kekuatan utk terus berbakti pd insan2 trsayang.