Sunday, November 30, 2014

Sentiasa Di hati.

Story 1- Jumpa Kawan Darjah Satu!

Last week jumpa kawan Darjah Satu dulu;) So epic- puluhan tahun lah tak jumpa:) Especially me- they ada buat alumni perjumpaan etc but unfortunately i tak pernah dapat join but i join their whatsapp group.Seronok lah nampak they all jumpa2,i dengar cerita saja- nampak very meriah:)


These are my friends- kenal masa Darjah Satu! Alhamdulillah now semua dah berjaya.


The 2 businesswomen-Ida dan Dr Linda-Tahniah Dr Linda baru dapat PHD.


Yang ini really special- masa i darjah satu dia lah yang pertama menghulurkan persahabatan- i kan pemalu- dia tarik tangan i ke kantin- from that day onwards we became bestfriend- jauh di mata tapi dekat di hati.


We met at Chilies- we ordered food until we can't eat!


Dah makan banyak sibuk nak diet- itu lah kerja perempuan:):)

Story 2- Kisah Kau dan Aku


Kisah Tia and Mia- Cuti sekolah asyik bergaduh- kejap sorang masuk bawah meja, sekejap sorang terlentang- aduhhh- sorang pegang keyboard- sorang nak main jugak.


Bila bergaduh pagi- bergema lah rumah sorang main piano kat bawah,sorang main keyboard kat atas- sorang very good at composing new songs- sorang very good at copying it!




My lauk yang nak share minggu ni tak ada lah yang canggih2- tapi sedap meleleh jugak- my sambal hijau- macam cara orang buat- tapi i suka Sari Ratu style- ada ikan bilis sikit dalamnya jadi boleh di makan macam tu saja dengan nasi panas-cara i buat- cili hijau besar, potong2, sedikit ikan bilis, sedikit belacan, bawang merah dan sedikit garam- goreng semua dalam sedikit minyak hingga layu- dah tu tumbuk- sangat sedap rasanya:)


I love to eat it with one sayur goreng- bayam or kangkung is nice to go with sambal hijau;) I love bayam merah- tumbuk sebijik cilipadi,sedikit ikan bills, bawang putih dan merah- tunis, masukkan batang bayam dulu- air tak boleh banyak cukup lah setakat 2, 3 sudu, masukkan daun bayam merah, masak hingga lembut- sangat nyaman:)


Balik kerja kadang2 penat dan sunyi nak masak di dapur but these two are my loyal friends- they will accompany me in the kitchen:)


Saturday Morning turn Heni cuti- so i bawak aja Uwan ke mana2- we went in two cars pagi sabtu tu hantar my hb ke workshop utk service kereta-Uwan excited keluar pagi- i pandang dia dalam kereta- mata tak nampak tapi hatinya happy- muka cerah dan senyum- tiba2 terasa sangat sedihnyaaaaa:(;:( teringat dia sihat dulu- enjoy masa2 kami keluar- dia suka tengok macam2- terasa apa lagi ikhtiar untuk membuat matanya macam dulu- tiba2 i menangis tersedu- sedu dalam kereta-tak boleh di tahan- nasib baik suami di workshop kami dalam kereta satu lagi tunggu di tepi jalan- Mia sibuk tanya 'why,why?" Tia yang lebih senstive menjawab " Mama is sad, Uwan is old, she is weak, last time uwan was strong,she took care of us- mama loves uwan"- sedihnya hati..tersedu menangis macam budak kecik sambil Tia menghulurkan tisu. 


We went back home- while i cooked in the kitchen Mia played piano for Uwan.


Uwan loves listening to the girls playing piano- mesti senyum sambil memuji- muji- my emak in seluar yengki- kasihi dia Ya Allah sebagaimana dia mengasihi ku semasa masih kecil.


This is one of the best food for this week- kedondong muda dan crunchy dengan sambal rojak sedap- truly sedap this ambal rojak beli di jusco RM3.00 tak terlalu manis, pedas or terlampau banyak petis- just nice- lelap2 mata makan.


While waiting for dinner- hujan pulak turun- ini lah kerja dalam rumah.manusia dan bukan manusia sama2 melepak;)


Dinner we went out to Secret Recipe.


Uwan enjoyed her satay very much- she said it was really nice- sampai nak lelap mata pun masih cakap lagi:) Walaupun nampak breast meat ajer but they marinate it well and the meat is soft:)


This morning with maid away- the mama had to kemas the whole house- the papa buat alas perut for the girls- dia buat milo and bagi budak2 tu pagi2 makan Cake Chocolate recipe! amboi kalau dengan papa tiada peraturan:)


After that we went to Awana Genting for brunch- Uwan excited lagi- dah tak boleh nampak tapi dia masih ingat kenangan dulu2- tempat yang selalu bawak dia dulu ni- jadi dia bercerita tentang kenangan dulu- Alhamdulillah banyak kenangan manis dulu dengan Uwan- jadi Uwan boleh hidup dengan kenangan manis tu- nampak dia tak ada regret- raut wajah nya tenang dan damai- Ada peluang cipta lah kenangan manis dengan dengan ibu ayah kita sebanyak mungkin- sampai masa bila dia sudah tak boleh berbuat itu dan ini lagi- dia boleh hidup dalam kenangan itu- dan buat kita pun bila sedih ada lah sempadannya iaitu kesyukuran kerana di beri Allah peluang. Hari ni Uwan makan garlic bread, mushroom soup dan chicken wings:)


My Tijah yang sedikit over- over2 pun they all lah penghibur hati-memeriahkan keadaaan;)


Since buffet di Rajawali Coffee House tempat biasa kita orang tak bukak lagi sebab belum pukul 12.00 we ate at the swimming pool cafe- I ordered Aglio Olio Seafood.


Grilled beef sandwich for papa.


Cucu2 penghibur hati.


Kekasih2 Hati.


Before we go back we stopped for strawberry & chocolate kat Mini Cameron.


Balik hujan renyai- air cond dalam kereta pun sejuk- tepi highway gombak kita berenti beli lemang- suruh dia potong panas2 tu and makan dalam kereta dgn rendang ayam kering- wahhh sedapnya selera uwan and the girls- berasap2 mulut masing2.

Thank You Allah untuk nikmat ini.Alhamdulillah.

………….



Sunday, November 23, 2014

Shah Rukh Khan yang garang!

Salam!

Yang tanya  how to buy carpet and spode plates-pls check entry before this okay- i dah tulis no phone kat bawah tu.Tks!

How's my weekend? Yang sedang2 dan biasak2 sajer;):)

 
Saturday brekkie- toast and cheese for the girls and papa and nasi goreng for uwan- sedap betul cheese ni- kirim kat Umi beli kat Perth hari tu- tks Umi- susah jugak nak cari cheese yang sedap kat sini- this one just nice- not too strong or too light or too salty;):) Masa kecik dulu i read a story book about a boy who always finish his meal in order to see who's waiting to say hello at the bottom of the plate- Now i told my girls the same story- everytime makan dlm pinggan ni they always make sure habiskan sebab nak tengok siapa yang tersenyum menuunggu;)

 
After breakfast we went MAHA- selalunya the papa idok ler rajinnya nak pi MAHA tu dia cakap panas ler, crowded ler tapi sebab this year his office participate- pagi2 bute ler dio mengajok kite sekeluarge ke sane:) Ikut kan ajer ler;) bagi dia happy nak menunjuk staff dia membuke booth;):)

 
I like MAHA sebab i love semua hasil pertanian,ternakan etc but i tak tahan panas dah tu kena jalan a bit dari parking- berpeluh ketiak lerrr- ni kita naik coach nak pi dari satu section to another -jauh jugak - dia ada laman nenas, padi, veterinar etc etc.

 
Ada jual pokok benih fig kat sini.

 
For children ada animal petting- ada arnab, hamster, naik kuda, etc etc. Masuk rabbit petting ni RM3 sorang.

 
Haaaa ini dia Mr Shah Rukh Khan yang Garang!!! He's from India- berat 850 kg you- dekat jer dia cakap ' huhhhhh,huhhhhh' sambil tanduk2 kepala- aiyooo you no friendly lah Mr Shah Rukh;(


 
Dulu2 exhibition kat malaysia tak der benda2 deco macam ni- i think masing2 dah kena hantar beratus ribu tengok exhibition kat obersea pandai lah buat benda2 ni- and it's nice- i suka pi exhibition luar negara sebab dia bukan pasal pi tengok benda jer balik- but the environment is nice- you boleh duduk2 lepak2, makan dan minum- now kita pun ada improvement dah- cuma berpeluh  jer lah- apa pun the misty Giant Water Fan yang dia org letak banyak tu- banyak membantu ketiak2 yang menjerit.
 


 
Nice deco.

 
and banyak tester jugak- boleh cuba susu kambing and yg terkejut tu tengok susu kuda liar pun ado!

 
See..pandai jugak kan- ada lah benda2 bebudak boleh gumbiranya;)


balik buat cekodok pisang kat uwan- sekali i buat sedap bebenor lah gamaknya- uwan makan 8 bijik- Tia Mia 7 bijik sorang- ishhh boleh bukak gerai kodok ler saya;)


 
 

For dinner i made Baked Beef Ribs in brown sauce- truly sedap lah yang ni- mati lah asik kata masakan sendiri sedap kan- kih kih but memang sedap nak buat camana- ramai lah yang mintak resipinya- saya boleh bagi resipi halfway sebab brown sauce tu saya tak buat from scratch- i bought the powdered form brown sauce from FAMA that came to my office last time- they supplied the sauce to DOME etc- 1 kg is RM60- boleh tahan lama sebab dalam bentuk powder- so i simpan dalam fridge- untuk recipi ni- ribs ni i basuh tak letak garam golek dalam tepung jagung- masuk butter sikit dalam kuali dan tumis denga garlic hingga brown- dah tu i masukkan brown sauce yang i dah cairkan dengan fresh milk/cream- i tuang dalam semua dalam bekas dan bakar dalam oven for 2 hrs- bila nampak luar dia dah garing2 sikit tutup dengan aluminium foil supaya tak hangus dan bakar lagi- sedap dari Tony Romas tau;) mana nak beli brown sauce tu sekarang saya tak dapat nak jawab kena tanya FAMA- sebab saya beli dah lama masa they datang office dulu.
 
 
Sedap or tidak haaa..tengok budak ni makan- orang dah nak naik tidur dia tak habis lagi menjilat-jilat;)


 
Sunday we cannot go anywhere far as the papa was stucked in the office finishing the Board paper- we duduk rumah and lunch angkut semua termasuk uwan pi Aeon Big beli groceries- duduk rumah tu buat lah kerja2 pengalihan sikit- tarik benda A sini benda B sini- then rasa ehhhh nampak lain- sukeee- kih kih- rumah kita kan yang penting kita suka- tak kira lah barang lama or baru- classic or modern- we are the King in our own house!
 


 
Dah lama jugak tangan gatal teringinnya nak mengganti leather sofa ni to fabric sofa- masa anak2 kecik dulu mana lah boleh fabric sofa- dah pernah beli kena letak kat tingkat atas- sebab depan TV adalah tempat picnic! Walaupun org cakap you have to discipline your children- eat in the kitchen only! But sometimes cannot be too kejam- tengok they enjoy kat depan Tv biar kan lah jugak- tak apa lah biar lah besar sikit lagi sofa ni pun boleh bertahan lagi- duit pun bukan banyak sangat hujung2 tahun ni- semua nak di beli dari seluar dalam budak2 hingga kasut, baju,bag semua lah nak baru bila naik sekolah nanti.



 
 
These are the spode plates that i bought from my sister- i supposed to hang in  the kitchen-but tak buat tempat hang lagi- so I just place it here.
 
 

Malam my tekak nak makan yg melayu2 ajer- i goreng taugeh dengan tahu.goreng kejap tutup api dan masukkan kucai..baru kruk krak.
 
 
 
For the girls i made them chicken in oyster sauce and broccoli- so easy peasy- dice chicken into small cube- buat yang ni breast meat sesuai selalunyala basuh chicken i asing kan dada dan bahagian thigh- sebab peha sesuai utk sup,kalau letak breast tak bermakan- same goes with goreng kicap ke - the breast selalunya i slice buat goreng kunyit, oyster or masuk sebagai perencah dalam bee hoon etc. Utk recipe ni- no tumbuk2 needed- dice the chicken, slice kunyit, bawang merah putih and ginger, goreng ayam hingga masak sikit masuk semua bahan slice goreng sikit lagi hingga wangi tapi bukan garing- nanti daging keras kalau garing- masuk oyster sauce jgn taruk sedikit air pun- biar kering then tambah garam sikit dan broccoli- nyaman di makan nasi panas sedikit lembik;)
 
 
 
 
Heni my pembantu yang tak pernah bertugas masak di dapur tu- ini lah satu-satunya menu yang i bagi kepercayaan- apa lagi kalau bukan tempe goreng- memang dia orang sedap buat- selain sedap sesekali nak acknowledge kepandaian dia jugak- nampak happy dia bila kita kata sedap;) yang berminat i tengok dia buat- dia tumbuk bawang putih merah,halia,cili dan sedikit belacan hingga hancur- dia goreng tempe dan asingkan bila garing- tumis bahan tumbuk masuk dua jenis kicap- masin dan manis kalau tak ada kicap manis tambah sedikit gula- sedap rasanya.




My budu- kalau buat budu memang i taruk banyak lemon slice or lime - baru lalu- budu pulak saya suka yg colour orange saja- ni budu instant yang i beli di Lumut- utk export market macam yang keluar dalam paper- dah siap taruk asam dan ada perasa cili jenis ni.
 
 
 
 
 
Sesuai lah utk oversea market- mahal sikit dari biasa. RM4.00 something per tube.
 
 

Ini lah hidangan tekak Malaya last night- my hb lewat balik menghabiskan kerja di office- kesian dia kena makan sorang- i pun tunggu dia balik malam tadi dalam ribut tu, bukan lah i pi duk kat laman malam2 tu tunggu tapi i pi sangkut payung kat gate..kih kih..sambil tu i dok kat kitchen counting time..tak balik lagi 5 min aku makan duluuuu- rupanya makan sedap gak kat offiec- they order nasi Arab Saba Resraurant- tapi jenis ingat kat anak- dia bawak balik jugak-sampai rumah i buat Strawberry tea panas 2 -dia nampak lauk malaya tak lah lalu kat orang Arab lagi;) Alhamdulillah.


This is my encem nephew si Amir- cepat ajer masa berlalu he's 19 already now- dia sedang bercuti di Melbourne now with my niece- teringat2 trip ke Melbourne last year- mak su harap Amir enjoy holiday di melbourne;)
 

And this is Amir's breakfast in Melbourne..Maksu likeeees............;):) Love you Amir..ta taaa.

Yrs Truly From the Biasak2 Lady;)

..............................