Sunday, November 2, 2014

You suka telur lembut ke keras?

Salam! 

Lets talk about egg this time!

Before that menjawab few questions yang saya ingat sini- sorry kalau mana terlepas ya- you can remind me again- shall try to answer if i know the answer:):) And thank you for dropping by:) Barakallah for all doas, kiriman salam and good words:):) 

Some old and new questions:

1. Bungalow nama Lanisha kat PD- macam mana nak contact owner- boleh google "Lanisha and Harshika banglo, PD" nanti keluar semua details:)
2. Mana nak beli Lounge pants tu- he he ada jugak yg minat ye- saya beli di Uniqlo- RM49. ke RM39 satu rasanya. 
3. Nak resipi sambal tempoyak gorengggg- ishhh akak dah siap2 tulis dah bawah gambo tu baca lah balik:):)
4.Shz- mana can i buy the kitchen cabinet knobs- he he tak ada kat Brisbane tau- ada kat one shop at One Utama- 3rd or 2nd floor- di kat tengah2 tu- area Nyonya Colours atau atas dia. Banyak knobs yang cantik2 situ:):)
5. Tak park keta kat dalam kerr? iyo ese tak park kat dalam- my house tak jauh dari guard- so letak jer kat luar-i love my garden more than my car! kih kih;);) 

6. Camana buat karipap tanpa minyak panas? bukanlah tak ada benda berminyak langsung cuma i tukarkan minyak with melted butter only-gebu and less oily.

What else? - what else? tak ingat semua- nanti mana tertinggal kita jawab lagi kalau jumpa okay.

Now cerita food lah kiterr- main topic is tulur:)


We have pasar tani at office once a month- so this week i bought laksa asam- laksa dia boleh tahan sedapnya- cukup segala rasa- balik rumah i rebus telur and tambah- post gambar ni kat fb ramai lah yang berminat macam mana rebus telur yang kuning dia cantik dan lembut macam ni. Dulu dah pernah cerita now kita cerita lagi- telur seeloknya grade A yang besar- i always buy the jumbo size- i rebus telur - bila blup blup baru naik belum boiling sangat i tutup api dan dan cover dengan tudung- sempat lah solat 3 rakaat doa pendek- lepas tu cepat2 bukak tudung dan alirkan air sejuk di tap-In sha Allah jadi.


Satu lagi poached egg- ini pun kena ada skill nak membuatnya- my cara boil water bila dah mendidih - kecikkan api- jgn ada blup2 lagi- pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan perlahan-lahan- biar telur sebelah bawah keras sikit, dan bathe bahagian atas dengan air panas sikit- bila atas tertutup angkat baik2 dengan sudip.Sedap lah kalau buat egg benedict with smoked salmon.


Weekend ni saya berkubang di rumah saya- heni weekend off- Uwan pulak perut tak sedap- cuma pagi sabtu heni belum keluar lagi we went out settle few things termasuk beli groceries- dah tu duduk rumah- Esok pun Year End exam dah start for Tia Mia- so duduk buat revision ajer lah- orang cakap jangan lah kiasu sangat anak darjah satu pun nak buat revision- dah tu darjah satu pun nak menjawab jugak- budak2 tau lah- kalau tak dapat menjawab langsung nanti- haru jugak- moga di permudahkan.

So sabtu saya buat kicap cili,bawang limau perghhh perghhh namo eh- sedap lerrr-kan makan nasi panas dengan ikan goreng/bakar with kicap memang sedap.saya potong tomato,bawang besar, hiris limau nipis,cili padi, perah limau dalam kicap.


Then bakar siakap- my girls kalau bakar ni dia suka yang kulit nanti bogel lah ikan:)


The rebus pucuk labu with terung- manis rasanya- ye ke mata jadi rabun- alaamak saya penggemar terung- tapi mata memang kena pakai reading glasses pun dah:)


Petang lepas buat revision i asked the girls- what do you want me to make- pizza or cucur udang? All opted for cucur udang- my cucur is old style- no perasa what so ever in the batter- just tepung gandum, sedikit garam, sebijik telurm sedikit kunyit serbuk- biar cair2 sikit- masuk udang di kupas dan apa2 sayur yang suka- ini i bubuh carrot- sedap to us.


Cucur udang kena dengan Teh halia- berdebut- debut angin keluar.


It was raining the whole evening on Saturday- me and Uwan sat the verandah- the girls played under the roof- we had a good time- melayan uwan cerita2 lama- if she happy she banyak nyer cerita- sometime fikir seronoknya kalau dapat jaga dia full time tak payah depend on maid- dia makan lagi banyak- tapi Uwan ya Allah punya lah tak cerewet- tak pernah complaint apa- redha dan happy- kita buat2 benda kat dia- she so thankful- nyanyi2 kecik suka hati- pembuka mata dan hati kalau kita nak rasa tak happy hari tu atau nak rasa sedih- contoh besar depan mata- lihat umur 91, mata tak nampak, bergantung pada orang nak ke bilik air, nak suapkan, nak sarung baju- tak bergerak kemana kalau orang tak bawak- tak dapat menegok air setitik pun kalau orang tak beri- tapi dia boleh duduk berlagu- lagu- di mandikan satu rahmat bagi dia, sukanya dia lepas mandi- di suapkan breakfast pagi dia cakap ' Alhamdulillah, duduk rumah kau ni makan ajer kerja emak, dah tu rehat- kenyang perut ni- dah mandi pulak, kau selimutkan pulak- sedapnyaaa rasa badan" - cermin besar bagi saya hamba yang lemah.


Malam saya buat macaroni sup- teringat masa di college dulu- saya tak suka pergi makan dining hall- saya saya ada masalah dengan tahap kebersihan dining hall- tak boleh tutup2 mata- tapi kadang2 duit tak banyak kan pergi lah jugak dan salah satu menu yang teringat sedap rasanya macaroni soup- dia guna macaroni murah yang beli berkilo tu tapi dimasak sampai lebut betul so sedap. mesti ada telur di dalam nya. My resipi ni kegemaran my family jugak- senang membuat nya- tak payah tumis atau pakai minyak bagai- quite healthy- petang2 tu masukkan ayam beberapa ketul dalam periuk dan rebus- potong 2 labu bawang besar dan 5 bijik garlic untuk 6 ketul ayam- biar mendudih lama2 hingga semua bawang pun hampir hancur- manis rasanya nanti- bila dah cukup lembut masukkan kentang yang di dadu biar merenih dan lembut jugak- bila dah nak makan- masukkan macaroni biar lagi mendidih hingga lembut- pecahkan telur-biar keras bawah sikit angkat.


Nyummm sodap:)


Saya tak suka campur parsley dalam periuk- nak wangi dan sedap- bila dan angkat baru masukkan- dah tu goreng tanpa minyak lada hitam- biar garing- tumbuk kasar- bila nak makan baru tabur- wangi dan sedap nyerr-kalau ada black pepper dalam grinder tu tak lah payah buat camni- ni kes botol grinder dah kosong:)


Taddaaa- telur sexy yang sodap:)  berkongsi menjaga orang tua- kalau macam uwan tak payah lagi lah suasah nak buat lauk2 macam kari,gulai ke apa- dia dah tak berapa suka dah- selera lebih ke budak2- macam ni dia suka- semangkuk besar habis di suapkan- selain tu macam dia suka ayam goreng, bee hun soup,bubur.


This morning i asked my daughter- what do want to eat for breakfast? mama can cook nasi lemak or pulut- then yang lelaki dewasa tu menjawap- " say pulut,say pulut adik!" so i kukus pulut this morning- goreng sepat masin.


Buat sambal tumis banyak bawang kuah, taruk santan dan tak pedas sebab budak2 suka.


Wahh sedap selera masing2.


Lunch tak keluar jugak-kesian budak mengulang kaji- i bagi happy sikit buat Ribs stew- beli rib sikit semalam di Village Grocer- buat pasta ala2 Tony Romas sikit- siap hias2-


Senang jer- hanya rebus pasta - tak payah taruk apa2 except olive oil.


Sebab i tak da pressure cooker lama lah merebus ribs tu- bila dah lembut sikit and air dah sikit- i masukkan brown sauce- yang i beli dari Prima-pembekal product halal yang i cakap dulu- yang datang jual kat my office tu ada jual powdered brown sauce yang dia supply ke Dome- beli satu packet sekilo dulu simpan dalam freezer bila nak guna keluarkan ajer sedikit- memang sedap sauce dia- boleh guna untuk ikea meatballs jugak- boleh tahan mahalnya RM60 rasanya sepekat tu tapi worth it sebab punya lah lama tahan- bila dah mendidih boleh tambah cooking cream or milk.


Tia siad it ias o nice- hingga tak cukup kesian- next time kita buat lagi okay.


The two enjoying her lunch.


Untuk uwan i masak gulai nangka dengan ayam- pasta macam ni uwan tak suka-


And sambal poyak gorengg- yeahhh:)


Penat buat revision petang kita keluar ke halaman ajer- hari ni keluar dari gate pun tidak- kih kih dasat.


Keluar lah peluh sikit:)


Macam2 yang di buat bila dah keluar.


Elsa pun sama sibuk jugak nak masuk campur.


Yang ni - uwan menggigit sirih dia pun nak rasa.


Malam semua lauk ada lagi- orang yang tak suka nasik kita masakkan pizza. Ni gambar lama- pizza tadi tak ambik gambar pun.


Cerita pasal rabun tadi kan- i have to wear reading glasses oredi lerr- and so tak sukaaa- dah buat satu dulu rasa shape ni macam tak sesuai dah-everytime boss lalu dan dia nampak and senyum rasa dia menyindir jerr kih kih-..apakah bentuk yang sesuai ni- rabun nak bergaye jugak:) And fisrt time hari tu pakai shawl rimau ni anak sedara i bagi- tengok dalam gambo ni- ishhh macam belit rimau kat leher rupanya:) :) tak per lah Ayan bagi ni- maksu pakai lah jugak.


You all cuti sekolah pergi tempat happening mana bawak budak2? Teringat kampung Uwan lahhhh...


Rindu pasar malam Kuala Pilah- teringat kuey teow kat bus stop tuu…time flies so fast kan- dah nak fikir beli buku sekolah untuk tahun hadapan pulak:):)

Happy Monday everybody dan selamat hari Asyuraa.

……………..

22 comments:

eda said...

salam hari asyura kak ..
bestnye la kak dpt mkn bubur asyura hehe ...

kim slm uwan ..

bestnye semua telur telur tuuu !!!thanks ilmu rebus telur .. berguna neh hehe

eda said...
This comment has been removed by the author.
Blog Owner - Ms. LZ said...

Assalamualaikum Kak Zu,

Happy Monday, pagi ni sempat baca blog Kak Zu dulu sambil breakfast sblm buat kerja..

Saya suka telur separuh lembut separuh keras janji x meleleh egg yolk tu.. Suka tengok gambar entry kali ni tapi terasa sayu bila Kak Zu cerita ttg perkembangan Uwan..

Kita kerja di legal field ni haruslah pakai glass, baca Agreement & Contract bagai tu buat mata cepat rabun bukan sbb terung kot Kak.. Hehehe

Okay Kak Zu, take care & kirim salam kat Uwan..

εïзmummyHazaεïз said...

Hewww.. Puas baca entry akak.. :)

mamabeauty said...

banyak cerita yang saya suka, ilmu telur plus buat saya pun terhenti sejenak bila uwan yan yg umur 91 bersyukur tak sudah2.. kita yang melihat dan cukup sifat ni alwayslah merungut..

insaf...

MamaAliya said...

hi kak zu.sy dah cuba buat sambal tempoyak goreng tu.memang sodappp dan ada pula yg minta resepi haha...dah panjang pahala.my daughter pun suka macaroni soup.nti nak try letak tulur pula.

mama ADAMAN said...

suka cerite kak zu pasal jaga Uwan... admire ngan umah kakzu gaks... the way u organise ur garden... huhuhu tahu tak blog kak zu dah jadi satu kemestian utk di jenguk... keep writing yeaa kak zu and sharing ur experience in everything cooking, kemas umah etc

Kniedaz said...

salam...lama tak singgah sini...happy membaca cerit tentang Uwan n family ^_^

Yong Is My Name said...

Assalamualaikum Mama TiaMia..
Aduss gambar bikin perut cikyong lapau! kami kat sini public holiday 2 days for Ashoora.
Telur Yong depends, nak makan dgn apa...semua yong telan & belasah
kirim salam syang utk uwan..

Chekgu Azrine said...

Salam kak zu..terliur sgt tgok makaroni sup versi kak zu.nti rin nk cuba ye.tq kak bg resepi

DZ said...

Assalamualaikum Kak Zu, lama betul saya tak drop a comment in your blog though I faithfully read every entry as usual... This time kena comment sebab telur2 kuning yang masaknya cantik sekali dalam post ini mmg mengugatkan willpower saya :D I have stopped eating yolks for the past year or so because I'm following a low fat, low salt and low sugar diet at the moment - combine kan sekali dengan bodyweight training 3xseminggu Alhamdulillah saya sudah ada perut kempis dan definition yang cukup kemas dan trim pada perut, bukan six pack but more like three pack :D But my goal is a sixpack. Makan telur sekarang whites sahaja, kawan2 saya seronok lah dapat rembat eggyolk saya kalau saya order eggs di restoran. But really la Kak Zu... Egg yolk is my favourite la !!! Kekadang tu makan juga la sikit sikit. I guess sacrifice is always worthy if you have a clear and strongly desired goal. Though I sometimes feel silly as hell rejecting certain foods I love just to grow a sixpack. Much love, DZ

ismarizan said...

umang ai...panjang eh crito kali ni....tapi bab makan2 memang gomar amek den tgk eh...selero kito samo....bilo nk balik pilah lai?
se selalu na lalu dopan rumah tu cumo bolum ado kosompatan nk jumpo tia mia...dopan rumah tu salah satu laluan favourite se berbasikal tuju ke parit or tanjung...mencabar bukit eh....

Nastyna said...

The twins like always so adorable ;)
Eh jangan main2 ngan telur, nak kena betul dengan teknik semua kan kak... the other day I watched on tv tunjuk satu hotel ni serve telur rebus yang harga almost 100€ ker sepinggan, I mean sebijik telur rebus tu.... hahaha resepi ni terbaik, siap sempat solat 3 rakaat lagi petua rebus telur hihihi.

lyza safa said...

love you k. zu... thanks tips... untung uwan dpt anak yg baik

ihazelynz said...

Salam Kak..
I truly enjoy reading your writings..macam timbul satu perasaan yang amat tenang bila baca..tak tahu how to explain. Love love the stories about Uwan and the twins..
May you & family continue to be blessed with abundant of love.

caliga said...

Salam kak zu,

Seronoknya jadi uwan, sentiasa positive, meskipun kekurangan diri. Really admire orang macam tu. Mesti uwan seorang yang tenang dan sentiasa look at the bright side of things masa muda.

Really hope kalau saya dah tak berdaya lagi, saya nak jadi macam uwan. Sentiasa positive dan gembira dan tidak menyusahkan, malah memberi ketenangan pulak pada orang lain.. kirim salam uwan. Sekarang pun tengah practice jadi lebih positive, although it is soooo hard..

-aura-

Syed Faisal said...

Amazing...bekerjaya..tapi dpt memenuhi tuntutan keluarga...terutama bab memasak...tahniah

Aida78 said...

salam duduk rumah pun best juga kan boleh buat banyak aktiviti..makan2 dan mcm2 lagi kan...

Sya Nash said...

lama betul tak tinggalkan jejak kat sini.. sure mamatiamia tk ingat dah ;) terima kasih ye share pasal telur.. i like.. :)

nurin khairi said...

just found your blog. best la your blog coz in between all your stories ada selit2 tips2 info masak. been wanting to find this kinda blog for quite some time now, found one!

Nannie Mouri said...

kak zu... boleh tak share resepi buat mee hailam pilah style tu..tqvm

whitecappuccino said...

assalamualaikum Zu...akak silent reader tp this time nk jgk drop a comment here. Really admire Zu yang pandai masak segala jenis menu . semuanya menyelerakan..I like your house too. very cosy . Akak doakan semoga Zu akan terus dapat berbakti untuk uwan macam akak juga yg hanya ada mak yg bergantuk pada kita untuk ke sana ke mari. Some of your entries sangat menyentuh perasaan sampaikan rasa sebak akak baca. Semoga Allah akan terus melimpahkan rahmat untuk Zu n family dan kita semua. Aminnn. 😍😍