Tuesday, May 12, 2015

I only have stories to share.

Salam,
I only have stories to share:) cerita nya yang sama berulang-ulang- tapi bermakna- nak diceritakan lagi biar Tia Mia kalau sudah besar tahu mencari blog ini membaca dan membaca.
It's a non stop stories about us and our moms- terasa cerita kita sedih,kisah orang yang lebih sedih- terasa cerita kita istimewa cerita orang mestilah lagi istimewa buat dirinya. Macam mana tidak istimewa ianya cerita kita dengan orang yang membawa syurga di bawah tapak kakinya- Mashallah siapa lagi lebih istimewa dari itu- siapa lagi.
Dia istimewa kerana dia bagi hidup dan nyawanya buat kita- Kita yang serba kurang selalu ikut hati ini- emak lebihkan sedikit adik beradik yang lain kita merajuk, emak tak masak makanan kegemaran kita, kita ambil hati, emak tak belikan apa yang kita hendak kita pendam perasaan- kita mahu macam2 dari emak, tahu dapat sahaja,tahu sempurna sahaja,tak kisah dia penat, dia sedih,dia kecewa,dia sakit dan sebagainya.
Dia yang serba sempurna bertabah dan berkorban sentiasa- kita tak call dia,tapi berjam-jam dengan kawan bersembang dia tak merajuk, kita tak beri dia duit walaupun RM50 sebulan tapi boleh beli phone baru,baju baru,mainan anak yang baru,pagar baru- dia tak memendam malahan tumpang gembira,anak ku berjaya, kita tak ada masa bawaknya berjalan walaupun dekat tapi kita melancung hingga ke London,Paris atau sebut sahaja di mana- dia tak mengata atau meminta malahan kalau tak cukup duit sekiranya ada dia sedia membantu, kita tak menjengoknya sebulan sekali pun tapi boleh melingkari shopping malls, alumni,berparti- dia tak marah tapi memahami. Kita sakiti hati dia- dia menangis tetapi bukan menangis mintak kita diberi bala tapi menangisi minta kita di rahmati,diampuni- Sudah semestinya syurga itu di bawah tapak kakinya, begitu dekat dengan kita, boleh dipegang dan peluk tapi boleh sahaja hilang bau pun tak dapat di hidu. Moga saya lebih ingat, moga saya lebih ingat.
Cerita paling sedih buat saya dan kalau teringat selalu saja menangis- cerita lama- dah cerita di sini tapi cerita lagi-
Bulan puasa lama dahulu, uwan masih kuat tapi tak lah sekuat mana- masih boleh menguruskan rumah dan tak mahu duduk di KL.saya baru kahwin dua tiga tahun, anak belum ada. Bila menjelang bulan Ramadhan berbuka puasa dgn suami hidangan penuh semeja selalu sahaja air mata tumpah mengenangkan apa yang di makan di kampung, tiap minggu saya balik,penuhkan fridge, tiap pagi saya telefon ingatkan dia sahur,tiap tengahari saya tanya apa yang dia nak masak. Selalu hiba bila balik kampung tengok dia duduk di dapur sorang, ajak ke KL tak mahu,bila kita balik ke KL nampak dia melambai dari jauh aduh sedihnya.
Satu hari di pejabat mcm biasa pukul 10.00 pagi saya call dia, tanya apa nak masak bukak puasa, dia cakap belum tahu lagi,gas sudah habis,tapi tak apa akan mintak jiran belikan- risaunya saya- tahu org sebelah tak berapa cekap- sepanjang buat kerja di pejabat asyik terfikir macam mana ni kalau gas tak ada macam mana dia nak masak- ini kan bulan puasa, ya Allah sedihnya- saya tahu kalau telefon yg lain2 pun last mins macam ni tiada siapa boleh balik. Saya tengok jam pukul 11.30 pagi masih ada masa- masa tu tenaga muda mudah bawak kereta KL- KPilah sekejap sahaja.Saya pun drive balik, singgah di R nR Seremban saya belikan dua jenis lauk dan dua jenis kueh- dah berpuluh tahun masih ingat- gulai daging salai dan bacang dan gulai perut,kueh badak berendam dan ondeh2. Balik saya terus ke Kuala Pilah- bulan puasa tidak ada kedai yang mahu hantar tong gas ke rumah saya- rumah saya di puncak bukit,sakit pinggang orang nak bawak naik silinder gas. say pun beli satu tong gas baru yang penuh mintak naikkan dalam kereta Satria saya- memang sangat berat satu tong gas yang penuh,tak terangkat kudrat perempuan.
Sampai di rumah- di kaki bukit satu cabaran nak naik- saya pun dgn susah payah turunkan tong gas seorang- saya dapat jalan dengan mengerakkan tong ke kiri sedikit ke kanan sedikit- rupanya tong jadi mudah nak di bawa tanpa di angkat- 1/2 kaki ke kiri 1/2 kaki ke kanan akhirnya saya sampai di puncak bukit dan ke dapur Uwan- Uwan nampak saya dengan tong gas, sangat terperanjat dan terharu- masa tu dah pukul 2.00 dan memang org sebelah belum belikan. bergenang airmata Uwan dia asyik cakap " Allah, penatnya kau, penatnya kau, macam mana nak balik ni,.kesian nya, kesiannya" Pada hal saya yang menahan sedih- saya keluarkan lauk2 dan kueh- uwan sangat terharu- kalau ikutkan tak perlulah dia terharu- itu hanya tanggungjawab anak- tapi saya memikirkan kalau tanggung jawab kerja dan pada orang macam2 yang impossible kita buat- ini tanggungjawab pada yang Syurga di tapak kakinya. Lepas bercakap lebih kurang pukul 2,30 saya bertolak ke KL semula, saya lihat di melambai dari jauh- saya sangat sedih tapi sekurannya terubat hati sebab saya dah belikan dia lauk dan kueh, gas pun dah ada. Pukul 4.30 saya sampai ke pejabat- malam hari bukak puasa saya cakap pada suami yang saya balik kampung siangnya utk belikan Uwan gas.(selepas kahwin syurga pun di bawah tapak kakinya).
Itu lah kisah saya dengan emak saya, tiada kisah hebat memanjat gunung bersama, tiada kisah gah melawat London atau paris dengannya- tapi saya ada memory kasih sayang tidak terbilang- tidak akan hilang sampai bila2.

Allah berikan saya rahmat, di kurnia cahaya mata kembar- uwan datang duduk dengan saya semenjak saya pregnant sebab saya sakit teruk- Sakit teruk diberi Allah swt pun ada hikmahnya- uwan dtg duduk dengan saya kerana risau keadaan saya. Cahaya mata saya adalah kebahagiaan baginya- sudah lama sendirian sekarang ada tangan2 kecil yang mengharapkannya.


Masa masih kuat saya bawak lah dia berjalan-jalan, bercuti dekat2 kami bersama- banyak gambar dan kenangan indah- hingga kini dah kurang penglihatan tapi Uwan masih dapat melihat dengan mata hati tempat2 dahulu- selalu ajer bercakap " baju panas emak tinggal di Cameron dahulu".


dari boleh berjalan sendiri uwan bertongkat- tapi kita masih bersama- ini gambar setelah menjalani operasi perut- Allah swt memberi saya dan uwan peluang- Uwan sihat dan kuat betul2 setahun lamanya.


selama di rumah saya dia mencurah kasih sayang pada anak2.


Banyak masa gembiranya dengan si kembar- setiap hari bersama.


tapi setiap yang sihat pasti aja sampai hari lemahnya begitu jugak Uwan- di usia mamemasuki lewat ini- Uwan makin lemah fizikalnya- tapi kekuatan semangat dan mental masih sama.


Ini lah cermin buat saya- cermin buat anak2- mengingati kitaran hidup- Kini tenaga sudah tiada, mata sudah kabur, ingatan sudah kurang- tak mengapalah Allah swt telah memberi cukup masa- cukup peluang- telah banyak yang di lalui bersama- sekarang saya cuba jadi kekuatannya, matanya, ingatannya- Tidak terbalas apa yang telah di beri tapi memberi yang sekadar mampu- kasih sayang itu tidak perlu di beli- senang di beri kalau ikhlas dan mahu- masa tua ibu bapa adalah cabaran buat anak2 bukan buat dia- dia telah tidak mengharap apa. Moga saya terus kuat, untuk menjaganya.



Tia Mia- kita bersyukur pada Allah swt banyak2- kita sentiasa ingat, jangan lupa ya.

.....................................


35 comments:

ida said...

Alamak Azue, terguna account my hb..hopefully masih ingat i..Ida..panjang lebar i taip comment before and terpublish using his account google...

FadMN said...

terima kasih sebab sentiasa ingatkan syurga pertama kita sebelum bergelar isteri.bergenang jugak air mata baca petang-petang ni.

Irfa said...

Allahuakbar.. menangis sy baca entri ni, tak dapat bayangkan balik kg semata2 nak belikan tong gas, sib baik kl ke kuala pilah, kalau sy mau 7 jam dr kl ke kelantan, huhu

Unknown said...

Sedihnya.. Moga kita diberi kekuatan menjaga ibu & ayah kita setiap masa

Filla said...

sedih, betul, kita kene sentiasa ingat jasa ibu, jangan pernah lupa..

Kniedaz said...

saya pula yang menangis baca kisah ni...

arinieva said...

sampaikan salam pada uwan ye. semoga uwan terus sihat. Kak Zue banyak mengingatkan saya pasal parents. TQVM

Zaila Mohamad said...

Allahu akbar menangis saya membacanya

mg akak terus kuat untuk menjaga emak akak. teruskan berkongsi kisah uwan bersama kami

N.N said...

Ya Allah, menitis air matas saya baca entry ni..

Bila kita busy semua, lagi2 as student, kita mudah lupa benda2 mcm ni... Jauh dari family buat kita alpa dan lupa..

Thanks sis, atleast you remind me, terus capai phone and call mama..

Read your story past 2 till 3 years ago, make me realize wanna be a good women towards our family. U are my inspiration. May Allah always bless u and your family, and also uwan(which remind me my late uwan too). Asal tengok pic uwan kat blog ni terus ingat moment2 with my late uwan :')

ummi_khalish said...

salam ukhuwah..dr dil bumi iskandariah mesir..sungguh menyentuh hati..moga allah berkati kita semua kak...

Chekgu Azrine said...

Semoga uwan sis terus sihat..dan sentiasa di bwh lindunganNya

Ct said...

akak...mak akak bersalinkan akak masa umur 50 kah? saya pon lahir masa umur emak 40...xpuas rasa.harap2 dapat jaga mak hhingga akhir hayat

SALWANI said...

TOUCHING KAK ZUE.. THANKS..i anggap tulisan kakzue sbagai motivasi, reminder untk saya mjaga ibu saya... thanks a lot kak zue

MamaAliya said...

hi kak zue...
bergenang air mata saya bila baca kisah akak membeli tong gas dan lauk utk uwan di bulan puasa.semoga Allah berikan akak ganjaran syurga. amin. kirim salam dan doa saya pada uwan.

eda said...

kak zu, THANK YOU :(
sgt sgt

Norhidayah Rasin said...

Thanks a lot kak zu for this lovely story.

DiyanaDi said...

very touching story kak Zue... hiba rasanya..

Unknown said...

Assalamualaikum,menitik-nitik airmata baca cerita ini. Harapan saya suatu hari dapat bertemu Kak Azue. Semoga Allah membalas dengan ganjaran syurga kepada Kak Azue kerana menjaga uwan dengan baik dan penuh kasih sayang.

Unknown said...

Menyentuh hati air mata tak sedar menitis....syukur mak saya masih ada dan duduk pon tak jauh dari rumah saya....kirim salam dengan wan

syalinda johari said...

sedih baca..huhuhuhu..

menjadi inspirasi kepada saya untuk menjaga dan menyayangi mak dan ayah saya...

Unknown said...

mata masuk habuk...

Unknown said...

Slm kak zu. Tulisan kak zu sgt myntuh hati sy. Satu motivasi utk sy trus menjaga abah n mak sy.

Mrs pink said...

Ya Allah akak u really give me impact with ur sweet story. Mak saya baru kena strok and kami bergilir2 menjaga nya and dgn membaca pengalaman akak buat saya lebih tabah dan semangat utk harinyg mendatang. Thank you kak. Semoga kite sentiasa mendapat rahmat Nya .

Nur68 said...

Assalamualaikum Zue, pagi2 dah nangis baca entry Zue...tq for giving such an inspiration.

wahida said...

Kak zue..i'd cried after read your story..sentapnyer menyusuk ke dalam..that's true..inilah cerminan saya..semoa saya dapat berbakti pada mak abah wpon saya dah berkawin mamcam kak zue..terima kasih kak zue

ihazelynz said...

I cried reading this kak....thanks for sharing Uwan with us...and please keep writing...

SHA said...

K zu...you've shared a great story. Semoga ianya menjadi peringatan untuk kita semua agar terus berbakti kepada kedua ibu bapa.

Thank you so much k zu. Doakan agar uwan sentiasa dilindungi olehNya dan diberikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan.

Ellisa238

Aswani said...

bergenang air mata bila baca kak zu... :(

Madam Casper said...

n3 yang menginsafkan dan sedih huhu

Nastyna said...

Akak.. sebaknya saya baca nukilan ni.. saya tak berpeluang berbakti pada emak, saya bukan anak yang baik... saya cuba.. tapi bukan yang terbaik. Sesal sekarang tiada gunanya. Moga Uwan sentiasa dalam lindungan Illahi.

SyaNash said...

salam mamatiamia.. lama tk mnjejak kaki disini.. terharu membaca cerita yang sama tapi punya effect yang berbeza.. teruskan berkongsi kisah.. :)

CHE RANIA QISTINA said...

tiba2 mata saya masuk habuk....nk tisu :'(

Liyana said...

sedihnya kak.. bergenang air mata membacanya.. sobsob

ijazainal said...

dah dkt setahun tak baca blog kak zu, hari ni terbaca entry ni. Ya Allah, bila tgk uwan rindunya saya pada arwah mak saya yg pergi tanpa sepatah kata pun 4 tahun lepas..rasanya x cukup bakti yg ditaburkan...rasa sesalnya tak terungkap hingga kini. bertuah kak zu masih ada kesempatan itu.

~I AM SHOPAHOLIC~ said...

My first time komen kat sini. Before ni silent reader je. Thanks Kak Zu. Banyak entry2 akak yg bg inspirasi buat ramai org. Sentiasa +ve bila baca entry2 akak :)