Saturday, August 29, 2015

Rainbows

Salam!

I have some time tonight:)

Banyak cerita but i cut it short- sharing some happy and blessed moments through my pictures.

Setiap yang dikurniakan Allah swt itu sangat bernilai,penat melayan hari ini menjadi emas suatu ketika bila tiada lagi yang hendak di layan, keluhan banyak tanggungjawab hari ini menjadi intan di hari depan bila tanggungjawab telah padam. 

Alhamdulillah terhutang budi pada readers yang membantu mencari kan maid- ada rezeki akak dan Uwan Rohaiza, Jazakallah. Perjalanan dengan yg baru masih jauh- but i dont want to think  too much- she looks okay right now- yang lain berserah pada Allah Swt sahaja.Dah ambik maid baru maid lama pun balik- drama sinetron- penuh air mata- berebut nak bekerja-begitulah selalunya when you have something you tak really appreciate it- you nampak rumput ditempat lain lebih hijau- anyway bukan hanya yang buruk sahaja dari dia- sudah 9 tahun bersama banyak budinya pada saya, dan begitulah saya pada dia katanya- tak habis dia mengucapkan terima kasih- sedih dan berharap saya mengekalkan dia dan send away the new one- but i cant do that- everybody keep telling me to be strict- dont bother about her anymore- selain hati yang terluka sifat pertama sebagai manusia tak dapat saya padam- saya carikan dia tempat lain yang saya tahu latarbelakangnya- the new majikan is my family-semoga kembalinya dia ke sini tidak sia2.Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik setakat ini- yg lainnya berdoalah kita setiap hari kerana pergorbanan wang ringgit dan perasan ini adalah untuk yang syurga dibawah telapak kakinya- Moga Allah Swt merahmatinya.

Life without maid for nearly 2 months was not that bad- after few weeks we get used to it, the kids know their roles and the husband pun okay.The only thing was: we cannot have Uwan at our house everyday- i brought her back during weekend and sent her back to my sisters house on Monday morning. I looked at Uwan and i felt sad,  she missed my house, my girls and  my cooking- but she is so nice- tak komplen,tak mintak itu dan ini, setiap pagi isnin bila menghantar dia ke rumah my sister yang di risaukan nya siapa ada di rumah nak menunggu my children- at 92 yr old she is not selfish or self centred- dalam keadaan yang sering lupa- Allah Swt tidak mengambil perasaan kasih sayang dari dia- banyak kita perlu belajar dari nya kan- kita yang masih muda dan berupaya selalu saja mementingkan diri,risau tidak dapat menikmati hidup sepenuhnya- kita mahu banyak menerima tetapi lupa adakah kita telah banyak memberi.

Banyak Cik Seri Siantan bercerita:)


Life without maid? we kinda enjoying it:)I created a small garden at the back so that i feel happy doing the laundry:)


Dapur pun bukan besar- under control masa tak ada maid- tetapi secara jujurnya i am bad at the laundry department:) mop dan vacuum pun penat jugak;)


Weekend we will bring uwan back.


One particular weekend tu bawak balik dan petang hujan sangat lebat- the cucu lari menyorok bawah ketiak- i feel so blessed to cook in the kitchen and i have her near to me:)


Hujan sangat lebat masa tu hingga tak berani nak ke wet kitchen di belakang.Sangat teringat masa kecik takut guruh dan petir dan sentiasa mencari ibu.


This girl enjoy main masak2:)


Goreng pisang tanduk buat uwan.


Tea and slumber party with uwan.


Pelangi ada dengan izinNya.


Bila ada uwan excited nak buat rendang.


Kita pun masak rendang:)


These two sahabat- ceritanya budi baik dibawa hingga ke mati begitulah kami:) Muncul malam hari dua orang ni bawak buah2an nak jumpa Uwan tapi masa ni Uwan dah balik rumah my sister.


Tips menyediakan dinner dengan cepat dan ringkas kalau ada tetamu dan tiada pembantu:) sediakan yang ringkas tapi menarik- salad telur- cepat dan membuka selera.


Satu lauk utama.


Dan yg ringkas pembuka selera.


Then few days after that Kak Ikin came- pun Uwan masih belum balik:( But the girls had fun with kak Ikin's baby-memang Love is in the air.


me and ikin love each other- Alhamdulillah our kids can feel it and the love comes naturally.


I made Mee hailam hokien style for ikin- Alhamdulillah memang favourite family.


Yang berminat mencuba- kelainan mee hailam ni terletak pada air rebusan daging- tak sia2 berdiri tak malu di tepi dapur kedai mee hailam pasar Pilah yang memang sangat sedap dulu2 tu- sekarang tuan punya kedai telah pun meninggal dunia dan bila rindu mee hailamnya saya dah boleh buat sendiri. Kelainannya- guna stock daging- kalau nak buat mee hailam esok atau petang hari, pagi2 kita dah kena rebus daging yang bercampur lemak dan tulang- biar daging betul2 lembut dan kuah jadi sedikit- caranya membuatnya sangat ringkas- untuk makan 4- 6 org ketuk 5 biji bawang putih, tumis hingga kuning sedikit, masukkan sawi hingga layu, tambah fish ball/cake, masukkan  oyster sauce 3 sudu besar ,air rebusan daging bersama daging yang telah dihiris, kicap karamel(kicap pekat) satu sudu, kicap masin biasa 2 sudu (semua sukatan kicap dan oyster sauce agak2 mengikut kesesuaian selera masing2),biar mendidih, tambah garam kalau perlu,masukkan mee,dan masukkan air yang telah di kacau dengan tepung ubi kayu sedikit- kacau2 dan angkat.


This evening- i did some gardening.


Actually lebih kepada mengajar maid baru- she was a rubber tapper from Jambi- never been to Malaysia before- she can't really relate as to why we need to keep the house clean all the time, why there's so many tables and chairs in the house, why do i have plates on my wall???why i have so many books? she never sleep on the bed before, eat only nasi sejuk with kuah in the morning and have been missing her 13 yr old girl and 6 yr old son badly- but she is doing fine so far sebab her attitude is okay- willing to learn and tak malas- i told her why we need to clean the bathroom everyday,why we need to have flowers in the garden-  i cant stop her from missing her children- because i dont think i can go through that- people said i am soft- these maids are all tricky- but i dont want to stop being a human being in order to have my interest protected- the risk is there and to Allah Swt i berserah. 


Banyak sangat fikir hari ni i ingat esok 31st August hence i made birthday cake for the Merdeka Boy in the house.


Merdeka Boy pun naughty dia biar jer i buat cake and dia tiup lilin then baru dia cakap hari ni baru 29th!


These two grow too fast- they have started reading books without picture already:):)-Enid Blyton.


Happy long weekend everybody- lets enjoy our precious time before our office call us back on Tuesday!


And Happy Merdeka day!- Kuning, Merah,Hijau atau apa pun warna yang menyelubungi- selalu ingat Allah Swt memberi terlalu banyak rahmat di bumi bertuah ini- berdoa sentiasa supaya rasa keinsafan, kemanusiaan, keadilan itu hadir dalam setiap naluri kita di bumi ini.Moga Allah Swt memelihara kita.

…………...

Saturday, August 15, 2015

Kak Yan dah kahwin!

Alhamdulillah my niece atau Tia Mia lebih mesra panggil Kak Yan dah kahwin on the 7th August 2015.

Lama bercinta 10 tahun rasanya si abangnya hari tu 12 tahun- jenis setia dua2 ni:) Akad nikah was on Friday- Tia Mia sekolah first i thought can't make it to the akad- but my niece was like muka sangat sedih when i told that to her- my husband was working, kena arrange, semua benda to make sure sempat to masjid in Alam Damai- pukul 8.00 dah masak nasik- siapkan uwan, bagi makan, masuk cushion, wheel chair dalam kereta- i pun soap- letak baju budak2- by the time they balik at 1.00- pakai baju- masuk kereta- drive through to Mc D- Alhamdulillah sempat.

Sharing some happy pictures- nieces are just like little sisters- you care for them and they care for you.Macam tak percaya semua dah besar- masa kecik2 pergi mana asyik pinjam baju kita- kagum dengan kita- nak jadi macam maksu, nak baju macam maksu:):) now ada yang di sayrikat besar, terbang sana dan sini, Alhamdulillah rezeki di beri Allah, jangan lah lupa pada Nya.Besar dah kahwin pun di hati masih macam dulu tak pernah berubah:) Kita tetap sayang tau- lots and lots of loves from us.

Congrats Kak Yan- lepas ni bukan Ke KoreaKeKita jer tau KeKolo Pilah buat lomang kite:)




Macam biasa kita pun sibuk gak berselfie sebelum pergi-pakai jubah Palestine Suci dari Rumoda Bangsar RM125- sangat selesa dan best- i like it. Rumoda ni dekat office ni yg bahaya ni:)


Kak Yan you dah besar lah- apasal cepat sangat kahwin?? Weyyy maksu kita bukan budak lagi lerrr;) Make up by her best friend si Puteri:) and i like it.


Hantaran by Ayan for Myo Oh ChentaKu:):) See at the back there- ada ice cream maker- si Myo yang mintak memang macam budak2 lagi tau:)


Us- kak Ikin,Ayan and Maksu.


Maksu with anak sedara sebaya anak dari arwah abang yang sulung.


Maksu with anak sedara muda sikit- tapi kita nampak sebaya kan, kan, kan:):)


Happy dan berdebar- my sister tu hati kyat- papa si Ayan menangis tersedu-sedu lepas kahwin kan- sedih melepas kan anak perempuannya-:):)


Ini lah jejaka malaya idamannya- Myo Oh Chenta Ku- nanti jaga my anak sedara baik2 okay- jgn asyik berjalan dengan Wak Doyok saja- tahun depan balik Kolo Pilah buat lemang.


Dua 'journalist' yang busy dengan gadgetnya:)


Finally- happy omak pengantin siap buek peace sign lagi tu:)


Macam2 ragam:)


Kak Ikin and pengantin:)


Anak kak Ikin si yasmin dah domok.


Wedding was the next day on 8th August.


Dessert table was by Kak Intan- kakak kak Ikin-sgt happening kan.


Very nice dessert table by Kak Intan-minat boleh tempah:):)


I like it.


Wak Doyok pun datang- suruh Tia Mia ambik gambar they tak nak- tak kenal pun wak doyok siapa;)


Pengantin the next day after the wedding dah terbang ke New Zealand mengembara dengan caravan berdua saja- romantic kan:)


Tapi mamanya tiap hari suruh update gambar:) have fun Yan- it looks so nice there.


Me? busy macam biasa- but under control- dah terbiasa pulak tak ada maid- tapi masih perlu sebab uwan kena ada orang di rumah. Itu pokok belakang rumah dah tinggi menggapai tembok- rasa happy ada feeling2 kampung:)


Bila uwan balik weekend- kita pun buat lah makanan kegemarannya- pisang tanduk goreng;)


Last week kawan blogger dan pembuat cake yang meningkat naik si Alinas Treat dating rumah- makan2 sikit berdua saja:) kita orang ada gang gadis pilah yg kadang2 breakfast bersama. Alinas bawak brownies datang sebab we sama2 tarikh birthday. Tq!


Gambar sedikit lama masa shooting garden dulu keluar semula dalam Laman Impiana.

Selamat menikmati hari minggu ya! Nanti kita cerita lagi;)

………...