Saturday, August 29, 2015

Rainbows

Salam!

I have some time tonight:)

Banyak cerita but i cut it short- sharing some happy and blessed moments through my pictures.

Setiap yang dikurniakan Allah swt itu sangat bernilai,penat melayan hari ini menjadi emas suatu ketika bila tiada lagi yang hendak di layan, keluhan banyak tanggungjawab hari ini menjadi intan di hari depan bila tanggungjawab telah padam. 

Alhamdulillah terhutang budi pada readers yang membantu mencari kan maid- ada rezeki akak dan Uwan Rohaiza, Jazakallah. Perjalanan dengan yg baru masih jauh- but i dont want to think  too much- she looks okay right now- yang lain berserah pada Allah Swt sahaja.Dah ambik maid baru maid lama pun balik- drama sinetron- penuh air mata- berebut nak bekerja-begitulah selalunya when you have something you tak really appreciate it- you nampak rumput ditempat lain lebih hijau- anyway bukan hanya yang buruk sahaja dari dia- sudah 9 tahun bersama banyak budinya pada saya, dan begitulah saya pada dia katanya- tak habis dia mengucapkan terima kasih- sedih dan berharap saya mengekalkan dia dan send away the new one- but i cant do that- everybody keep telling me to be strict- dont bother about her anymore- selain hati yang terluka sifat pertama sebagai manusia tak dapat saya padam- saya carikan dia tempat lain yang saya tahu latarbelakangnya- the new majikan is my family-semoga kembalinya dia ke sini tidak sia2.Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik setakat ini- yg lainnya berdoalah kita setiap hari kerana pergorbanan wang ringgit dan perasan ini adalah untuk yang syurga dibawah telapak kakinya- Moga Allah Swt merahmatinya.

Life without maid for nearly 2 months was not that bad- after few weeks we get used to it, the kids know their roles and the husband pun okay.The only thing was: we cannot have Uwan at our house everyday- i brought her back during weekend and sent her back to my sisters house on Monday morning. I looked at Uwan and i felt sad,  she missed my house, my girls and  my cooking- but she is so nice- tak komplen,tak mintak itu dan ini, setiap pagi isnin bila menghantar dia ke rumah my sister yang di risaukan nya siapa ada di rumah nak menunggu my children- at 92 yr old she is not selfish or self centred- dalam keadaan yang sering lupa- Allah Swt tidak mengambil perasaan kasih sayang dari dia- banyak kita perlu belajar dari nya kan- kita yang masih muda dan berupaya selalu saja mementingkan diri,risau tidak dapat menikmati hidup sepenuhnya- kita mahu banyak menerima tetapi lupa adakah kita telah banyak memberi.

Banyak Cik Seri Siantan bercerita:)


Life without maid? we kinda enjoying it:)I created a small garden at the back so that i feel happy doing the laundry:)


Dapur pun bukan besar- under control masa tak ada maid- tetapi secara jujurnya i am bad at the laundry department:) mop dan vacuum pun penat jugak;)


Weekend we will bring uwan back.


One particular weekend tu bawak balik dan petang hujan sangat lebat- the cucu lari menyorok bawah ketiak- i feel so blessed to cook in the kitchen and i have her near to me:)


Hujan sangat lebat masa tu hingga tak berani nak ke wet kitchen di belakang.Sangat teringat masa kecik takut guruh dan petir dan sentiasa mencari ibu.


This girl enjoy main masak2:)


Goreng pisang tanduk buat uwan.


Tea and slumber party with uwan.


Pelangi ada dengan izinNya.


Bila ada uwan excited nak buat rendang.


Kita pun masak rendang:)


These two sahabat- ceritanya budi baik dibawa hingga ke mati begitulah kami:) Muncul malam hari dua orang ni bawak buah2an nak jumpa Uwan tapi masa ni Uwan dah balik rumah my sister.


Tips menyediakan dinner dengan cepat dan ringkas kalau ada tetamu dan tiada pembantu:) sediakan yang ringkas tapi menarik- salad telur- cepat dan membuka selera.


Satu lauk utama.


Dan yg ringkas pembuka selera.


Then few days after that Kak Ikin came- pun Uwan masih belum balik:( But the girls had fun with kak Ikin's baby-memang Love is in the air.


me and ikin love each other- Alhamdulillah our kids can feel it and the love comes naturally.


I made Mee hailam hokien style for ikin- Alhamdulillah memang favourite family.


Yang berminat mencuba- kelainan mee hailam ni terletak pada air rebusan daging- tak sia2 berdiri tak malu di tepi dapur kedai mee hailam pasar Pilah yang memang sangat sedap dulu2 tu- sekarang tuan punya kedai telah pun meninggal dunia dan bila rindu mee hailamnya saya dah boleh buat sendiri. Kelainannya- guna stock daging- kalau nak buat mee hailam esok atau petang hari, pagi2 kita dah kena rebus daging yang bercampur lemak dan tulang- biar daging betul2 lembut dan kuah jadi sedikit- caranya membuatnya sangat ringkas- untuk makan 4- 6 org ketuk 5 biji bawang putih, tumis hingga kuning sedikit, masukkan sawi hingga layu, tambah fish ball/cake, masukkan  oyster sauce 3 sudu besar ,air rebusan daging bersama daging yang telah dihiris, kicap karamel(kicap pekat) satu sudu, kicap masin biasa 2 sudu (semua sukatan kicap dan oyster sauce agak2 mengikut kesesuaian selera masing2),biar mendidih, tambah garam kalau perlu,masukkan mee,dan masukkan air yang telah di kacau dengan tepung ubi kayu sedikit- kacau2 dan angkat.


This evening- i did some gardening.


Actually lebih kepada mengajar maid baru- she was a rubber tapper from Jambi- never been to Malaysia before- she can't really relate as to why we need to keep the house clean all the time, why there's so many tables and chairs in the house, why do i have plates on my wall???why i have so many books? she never sleep on the bed before, eat only nasi sejuk with kuah in the morning and have been missing her 13 yr old girl and 6 yr old son badly- but she is doing fine so far sebab her attitude is okay- willing to learn and tak malas- i told her why we need to clean the bathroom everyday,why we need to have flowers in the garden-  i cant stop her from missing her children- because i dont think i can go through that- people said i am soft- these maids are all tricky- but i dont want to stop being a human being in order to have my interest protected- the risk is there and to Allah Swt i berserah. 


Banyak sangat fikir hari ni i ingat esok 31st August hence i made birthday cake for the Merdeka Boy in the house.


Merdeka Boy pun naughty dia biar jer i buat cake and dia tiup lilin then baru dia cakap hari ni baru 29th!


These two grow too fast- they have started reading books without picture already:):)-Enid Blyton.


Happy long weekend everybody- lets enjoy our precious time before our office call us back on Tuesday!


And Happy Merdeka day!- Kuning, Merah,Hijau atau apa pun warna yang menyelubungi- selalu ingat Allah Swt memberi terlalu banyak rahmat di bumi bertuah ini- berdoa sentiasa supaya rasa keinsafan, kemanusiaan, keadilan itu hadir dalam setiap naluri kita di bumi ini.Moga Allah Swt memelihara kita.

…………...

9 comments:

Faza said...

kakak, thanks for this story..now i got back my mood to jadi surirumah mithali lepas baca ur activity, tgk gambar deco yg cantik,makanan yg cantik dan sedap.. moga Allah mudahkan urusan dgn maid baru.. stay true to urself yg baik hati, insyaAllah Allah will mudahkan semuanya..

Unknown said...

inspirasi utk wanita berumahtangga n bekerja spt saya. sesungguhnya masa amat mencemburui kita kecuali bagi orang yang benar2 menghargainya. ,thanks for sharing sis.

Chekgu Azrine said...

Tabik akk..seronok baca cerita akk..hehe

FadMN said...

eh,cik anis and kak long.ada jugak few times terjumpa they all kekdg kt curve or ikea .mentang2 duduk satu kawasan.hehehe.btw, tengok ur house hang byk benda kat wall pun nmpk cantik.i baru nak cuba2 deco kat wall pulak lepas tgk urs.

Nurizzah Majif Biz said...

suka sangat tengok garden sis.
buat inspirasi saya.
baru nak berjinak2 berkebun.
TQ sis.

Anonymous said...

Kak...I saw u and Tia Mia last sunday at The Strand...nak tegur tapi malu...ahaks.

~ Z a N n A ~ said...

Salam Kak Zu
Rinduu kak zu,
rindu tulisan kak zu
rindu nak baca nasihat kak zu
nasib instagram ada pengubat rindu
moga kak zu dipermudahkan dalam kerja seharian...love u akak..u always be my idol...lebiu.

Unknown said...

Nice story. Nice recipe. Nice house. Nice family. Sangat memberi inspirasi. Terima kasih kerana berkongsi cerita. Salam perkenalan.

Jemput blogwalking blog biasa saya http://ainisharendcare.blogspot.com

PINATBATE said...

Terima kasih resepi mi