Sunday, August 9, 2015

Entri Rindu:)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

It has been like ages since my last posting:) Macam dah tak menulis-thank you yang bertanya;) rindu tapi masa begitu mencemburui.

Hundreds of pictures with memories but i cant afford to up load all - tonight telling some stories yang dekat di hati - We Tell Sweet Stories kan;) tapi ada jugak yg masam2 sikit;) macam cerita kat bawah ni:)

Life sangat busy, Heni my pembantu masih belum balik- she's taking nearly 2 months raya break this time- katanya ada kenduri etc- suruh dia balik dulu sebelum kenduri, kan macam mana lah kita nak arrange cuti 2 bulan- tiada syarikat mana2 pun boleh bagi dua bulan, sanggup membayar tiket kalau dia mahu balik semula untuk kenduri- tapi dia langsung tak mahu memikir kesusahan kita. Dia memang mahu masih bekerja- sudah siap2 mintak di jemput di airport pada tarikh balik nanti- tetapi after so many years working in Malaysia- after dah ramai kawan etc- she's taking us for granted- tahu sebab kenapa dia mahu dua bulan balik- sebenarnya dia membawa org2 baru masuk ke Malaysia- selalu terdengar dia berbual malam2 di telefon dengan majikan baru yang mana di hantar org2 kampungnya- setiap tahun dibenarkan dia balik 3 minggu waktu raya untuk bergaul dengan anak2- kita pun manusia- ada perasaan- mestilah kita mahu dia menikmati kasih sayang dengan anak2- tiket dan segalanya di bayar- tetapi itu masih tak cukup- maka saya berserah pada Allah Swt- memang sangat sukar nak mengatur nya- Uwan di hantar ke rumah my sister, selalu nya setakat 2, 3 minggu dia okay- terlalu lama dia sangat rindu nak balik my house- terasa sangat kasihan. Budak2 pulak balik sekolah odd time- kalau tak odd time pun tak kan 2 bulan kita sentiasa boleh fetch atau tunggu waktu balik, myself dan husband mesti ada waktu2 yang tak dapat di elak ada mesyuarat dsbnya. Maka sekarang saya berusaha untuk mencari pembantu baru walaupun dia mahu balik tak lama lagi, biarlah demi Uwan yang rindu kan rumah saya berusaha, mencari yang ikhlas mahu berkerja- sesiapa yang tahu ejen yang boleh di percayai di minat berkongsi maklumat ya- terima kasih di ucapkan jugak pada hari ini beberapa telah memberi saya contact number tapi sekiranya ada yang tahu yang baik2 saya masih mahu membuat perbandingan.


Sudah hampir 2 bulan tanpa pembantu- Alhamdulillah, penat tapi bahagia-cuma rindukan uwan, walaupun duduk di rumah anak yang lain- tapi sebab telah lama di sini- ini lah rumahnya.



Cerita Raya? Oh I miss my kampung- ini gambar menjenguk kampung sebelum raya- sama saja indah nya macam dulu2.


Bahagia kami awal sampai ke kampung- banyak kerja mengemas menanti- singsing lengan buatlah sikit2.Dah few years sedikit relax sebab PIL beraya di KL sahaja dan tak balik ke their hometown.


Kerana bahagia- badan yang sakit itu hilang rasanya- rumah uwan di sapu- di susun- kita lah tuan rumah- biar yang balik kemudian itu rumah telah siap tersusun- penat pun biarlah jadi amal bakti pada adik beradik.


Drawing by Tia Mia for Uwan's kitchen.





Permaisuri rumah dan hati di pagi raya- She looks so happy- mata tak berapa nampak- tapi hati melihat, bau rumah, angin kampung mesti lah boleh di kenal.Saya sayang emak- biarlah seperti tamak tapi saya mahu kasih sayang yang banyak tak putus dari emak- beri lah doa pada anak emak- biar dia sihat untuk menjaga emak- biar dia di permudahkan urusannya.


It was laksa Johor in N9's house di pagi rays- kami suka laksa johor- my bro in law said i should teach some of the kopitiam on how to make it as he said my kuah is awesome- ha ha bahagia hati- kan berbaloi penat memasak untuk semua.


Papa belum balik masjid kita di tangga uwan.


gadis desa yang main ipad;) sedih berdua??


Tunggu tak lama berdua- sepupu sepapat segera datang menjelma;)


Happiness.


Bahagia yang simple cara desa.


Sangat bermakna bagi anak2 kecil bandar ini- moga dapat mengekalkan tradisi.


Malam kita buat BBQ ringkas di luar dapur uwan pakai instant BBQ set- pun bahagia jugak.


Masa pun sampai untuk meninggalkan kampung indah terbilang ini- terasa sangat sedih seolah melihat daun2 turut merasa hiba- InshAllah kita kembali lagi nanti.

Balik ke KL- berdepan dengan realiti- bagaimana mengatur Tia Mia? Takkan cuti lagi- Heni balik awal   8 hari sebelum raya- dah cuti. Then i remember somebody that Tia Mia really love- and i know for a fact that she loves Tia Mia too.


Remember this lady? She is the lovely half British half native Tia Mia's kindergarten teacher:) Dulu susah sungguh nak mencari kindy yg sesuai tetapi bertemu Teacher Claire dua orang ni dah jatuh cinta.



So i called her- tanya apa dia buat sekarang and whether she is doing anything? Ya Allah Alhamdulillah- she happy nak datang ke rumah 'babysit" Tia dan Mia- di permudahkan Allah Swt- tak payah hantar keluar kemana- mana- setiap hari 2 hours before Tia Mia balik dia dah sampai- bila school van sampai depan rumah dia dah bersedia bawak masuk- i cooked for them in the early morning- buat segala notice utk Teacher baca,kerja di pagi hari tak boleh cerita- semua wanita pun sama kan- hingga kasut pun kadangkala tak sama di pakai- tapi bersyukur tak terhingga they ate well, buat homework dan other activities together, Teacher Claire pastikan dia orang solat dan tunggu bila ustazah datang mengaji.


Itu lah rezeki di beri Allah- tidak seagama atau sebangsa tapi kasih sayang tidak  mengenal batasan- To her i m one of the nicest person that she has ever met-she told that to my girls " your mom is one of the nicest lady that i ve ever met-you must love her always" and to me she is one of the nicest human being that i ve ever met:)


last 29th July was my birthday- they wanted to surprise me with cake- unfortunatley i balik cake tak siap lagi- kih kih- but seeing them in the kitchen with Teacher Claire,happy and excited- sangat menguja kan- i can see  lot of loves there.


Percubaan membuat cake dalam ice cream cone by 3 of them;)


The big cake turned out very lovely and sedap - Teacher Claire can make nice bread too.


Seronok.


The happiness was mine on that day.


Thank You Claire.


She brought her daughter as assistance on that day.


Alhamdulillah.


Kegembiraan berganda- petang dalam hujan bunyi loceng pintu- Bff singgah menghantar bunga dan hadiah- ini lah bff sepanjang zaman:)moga Allah merahmati hubungan ini selamanya.


Me and You- we love each other.dulu2 tinggalkan makanan di luar pintu bilik asrama bila saya tak turun makan:)

Banyak cabaran- tetapi kepada Allah Swt kita berserah,ada jalan dan cara. Penat dan sibuk sempat juga lah menghadiri open house satu dua.


Bersama bff jugak di open house corporate my company.


Ini berlagak Datin2 kami;) menghibur badan yang penat kan- balik nanti tukar baju kelawar terus sambar periuk dan belanga:)


Last Thursday ambik cuti dan jemput Uwan dari rumah my sister- my niece kahwin- beri peluang my sister bersiap- so i took 3 days off- bawak uwan pulang melepas rindu- nampak siapa yang rindu pada uwan tu:)- those asking my IG- tiamia2015


Ini gambar fresh from oven- today membawa this Queen of my heart lunch. Doa kan saya dapat pembantu yang lebih baik untuk menjaga Uwan ya.

Salam and Doa buat semua.

…………..


29 comments:

Hariaty abu hassan said...

Selamat Hari Raya Zue dan suami, Uwan, Tia and Mia! Terharu dan almost mengalirkan air mata ni bila baca entry blog kali ni. Allah is the best of planner kan Zue, Heni takde, tapi dia gantikan dgn org2 yg lebih baik masyaAllah. Uwan nampak sihat alhamdulillah, semoga Uwan sentiasa dirahmati Allah.

take care Zue, loves from Yatie in NZ

ummi said...

You are surrounded by lovely people around you. Alhamdulillah. Moga semuanya dipermudahkan.

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Kak Zue,

Sedih baca post akak, sob..sob..sob.. Terasa kasih sayang, kebaikan dan kesukaran akak tapi masih bersyukur dikelilingi mereka2 yg akak sayang..

Saya tak dapat membantu tapi saya doakan segala urusan akak dipermudahkan.. You're my idol..

Thanks Kak.. Cerita akak menjadi inspirasi saya..
Take care..

Rosmawati Ismail said...

Allah maha tahu segala keiklasan Zue.Insyaalllah Allah akan berikan yg terbaik buat Zue dan semoga semua urusan dipermudahkan dan mendapat pembantu rumah yg terbaik untuk menjaga uwan dan anak-anak..amin

Rosmawati Ismail said...

Allah maha tahu segala keiklasan Zue.Insyaalllah Allah akan berikan yg terbaik buat Zue dan semoga semua urusan dipermudahkan dan mendapat pembantu rumah yg terbaik untuk menjaga uwan dan anak-anak..amin

umi mardiah said...

Salam,

Tq for update...rindu story pasal Wan... rindunya kt arwah Wan sy..
raya ritu balik kg tg.ipoh t'tnya2 jgk mne la umh kg.akak...hihi

salwana nordin @ che'wa said...

tersentuh sgt baca post akak kali ni..muka uwan sama mcm arwah opah saya..kecik2 molek pun mcm arwah opah..

saya rapat dgn opah so bila tgk uwan mmg rindu sgt2 dgn opah :(

Al-Fatihah buat opah..semoga uwan diberi kesihatan yg baik dan menghabiskn masa2 yg ada bersama anak2 yg amat menyayanginya..

nurul asiken.apandi said...

selamat hari raya buat kak zu sekeluarga.hope semuanya dlm keadaan sihat sejahtera..dan semoga kak zue diberi kesihatan dan jalan yang luas utk semua masalah dan dipermudahkan segalanya oleh Allah

Ila said...

Assalamualaikum Kak Zue.

Selamat hari raya and happy belated birthday...Orang gaji ni ada pun susah, tak ada pun susah juga kan...semoga semua urusan dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik untuk Kak Zu sekeluarga.

mummy 3M said...

hi zue, it brings tears to my eyes..always admire ur positive attitude, wish i can be like u..about maid, u can contact me at aidanmuizz@gmail.com, sy bkn agent

najihah said...

Assalamualikum Kak Zue.

Kak zue adalah idola saya. Saya juga mempunyai seorang ibu, sama seperti uwan. Terima kasih Kak Zue. Kak Zue adalah sumber inspirasi saya..ohh ya ibu saya juga menetap di Bahau N. Sembilan.

Take care Kak Zue, In Shaa Allah niat yang baik mesti Allah permudahkan.

dhr said...

Selamat Hari Raya Kak Zue... uwan looks cantik in red baju raya. Semoga dipermudahkan urusan mencari pembantu yang lebih baik untuk membantu kak Zue menjaga uwan & the girls.

Jarina Keram Zainalabidin said...

Assalamualaikum Zue,
Selamat Hari Raya to u n family. reading your post makes me feel at home, relief. we are all mothers and always busy with our daily routine. I have 5 kids and Im working too...I love reading your story esp about Uwan, coz unlike u, im staying on our own, & my mom is w my sister but Im not so close to her (though I really wish I can be with her always)..tats y I like reading your story, full of compassion n love...

ninie said...

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya buat K.Zue sekeluarga. Rindu nk baca coretan akk. Alhamdulillah, semuanya sihat sj. Semoga sy jd mcm akk, sntiasa amanah dan redha mencintai ibu sy.

Nur Yati said...

Assalamualaikum..

Cerita2 puan banyak memberi inspirasi kepada saya..semoga kehidupan puan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah swt..Terima kasih kerana memberi satu perkongsian cerita yang akan memberi contoh kepada orang lain, secara tidak langsung untuk sama2 berbuat baik kepada sesama manusia..

Anis Ismail said...

Happy to know everything baik baik saja...
Selamat Hariraya.
Insyaallah ada rezeki Uwan dapat pembantu lebih baik untuknya.

ruslanafiq said...

seronok membacanya.. susah nak cari org yang kita boleh percaya sekarang ni

~ Z a N n A ~ said...

Selamat Hari Raya kak ZU,Selamat hari jadi..rinduu akak rinduu tia mia...rindu blog akak rindduuuu resepi akak rinduuu uwan...jaga diri kak.moga dipermudahkan oleh Allah aminnn
Lebiu-Zanna

iekaz said...

Salam,

I always love reading your blog cuz it's full of positive vibes and beautiful stories. u always inspire me to become a better daughter, wife and mother n i thank u for that (muahciked xoxo). Glad you are coping well even without a maid, n i hope u'll find one soon.

Selamat Hari Raya! xoxo

Zaila Mohamad said...

saya tak tahu kenapa setiapkali baca update dr akak saya akan menangis, mungkin dr keikhlasan cerita akak yang membuatkan saya tersedar yang saya ni jauhnya dari nak jadi baik macam akak tapi sekurang-kurangnya terinspirasi dari semangat akak. semoga saya pun dapat berbakti pd ibu saya. Aamin

Zalina Rahman said...

Salam Aidilfitri Azu. Moga kebahagiaan sentiasa milik Azu. K.Na jarang tinggalkan komen. Tapi kali ni rasa rindu nak baca entri dari Azu. Setiap hari dok jenguk, masih entry kampung ese...

Alhamdulillah hari ini ada entry baru... terubat rindu. Semasa menulis comment ini, airmata mengalir. Gembira campur sedih membaca entry Azu. Gembira tengok uwan masih sihat dan ceria berhari raya dengan anak menantu.

Teruskan menulis Azu kerana setiap tulisan azu memberi inspirasi pada ramai orang. K.Na doakan Azu sentiasa dirahmati Allah SWT. You are such a good daughter, mother and wife. Moga Allah membalasmu dengan Syurga Firdausi.. Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Hani said...

Selamat hari raya kakzu.
Tak pernah tak menangis baca entry kakzu.

Semoga Allah memberi rahmatNya dan melindungi kakzu sekeluarga insyallah :)

eda said...

kakzu , eda doakan kakzu dpt pembantu yg baek boleh bantu kakzu menjaga uwan !amin

Rizziela said...

bestnya rumah kampung

Unknown said...

kak zu, nak mntk resepi laksa johor.tq

lyza safa said...

rindu sgt ngn kak zu

Malinda said...

selamat hari raya zue dan seluruh keluarga terumatam sekali uwan....kikiki...masih sempat lagi ni sebab rini last raya...akhirnye ada gak n3 baru lepas byk kali terjenguk2 di sini....hehehe...comelnye uwan sampai terpejam2 mata makan sate...sedap bebeno le tu gamaknye ye uwan

sue mohamed said...

berkenan kat landskap rumah u.. cantikkk

Nastyna said...

Allhamdulillah, seronok melihat Uwan :D and seronok tengok raya uols macam dalam tv iklan raya hehehehe. simple, but full with meaning ;)