Wednesday, May 19, 2010

Scones and Beehun..do they rhymes:)

Yeap breakfast this morning sangat yummy (huishhh nasib baik dah makan puas2 buka puasa malam tadi).Papa brought the most yummilicious scones from Cameron Highlands,mama's favourite..nothing beats this gebu scones with cream,butter and homemade strawberry jam. So sedap..masa pregnant dulu kejap2 teringat scones ni:) Mama tak suka benda sweet but exception to scones kalau tea tak suka manis,ice cream hanya mint choc,kueh manis semua tak suka,kalau bulan puasa mama goes for tahu sumbat,kueh cara berlauk,popia basah..yumm..yumm.

Mama goreng beehun this morning..tak tau lah sedap ke tidak,tak boleh rasa kan..tapi tengok papa makan sepinggan penuh sampai kena betul2kan tali pinggang mengah and tertinggal blackberry and handphone kat rumah tu..rasanya sedap lah,kenits pun sambil main masak2 kat depan rumah habis sepinggan.Papa masa mula kahwin dulu cakap kat mama dia tak boleh makan beehun,semua jenis mee dia boleh makan tapi beehun buat dia jadi pening and sakit perut sebab dia rasa ada ingredient dalam beehun yang buat dia jadi macam tu.Mama tak caya lah,mama pun determined,mama cakap cara orang masak kat luar tu yang tak betul,mama masak mee hun rendam dengan air panas dulu,goreng sampai kerinting,dengan bau udang kering dan bawang putih yang wangi,bee hun berasap..huhhh hilang dah sakit perut papa tu..now kalau masak haaaa sepinggan menggunung makan:) Memang seronok masak kalau orang suka makan.

Cerita isu semasa kejap lah..kat atas tu gambar maid mama and maklang.Heni maid kita yang gemuk sikit,yang kecik tu kak sue maid maklang.Sejak semalam kan bising pasal MOU baru with indonesian government,some really pissed off,mama blog hopping baca,ada yang menyumpah,marah bagai nak rak especially kena bagi gaji minimum between RM700 to 800 and off day every week. Entah lah susah jugak nak cakap,maid and majikan ni adalah hubungan kemanusiaan yang yang paling dekat,kita cuba tangani dengan cara kemanusiaan jugak.Maybe orang marah cakap kat mama 'tak kena maid hantu lagi boleh cakap ",mama ada experience dengan maid yang jahat jugak,macam pernah cerita dulu,memula kan kita ada 2 maid at the same time,ani dan heni ni,ani tu betrayed us,kat depan sangat baik tapi kat belakang jahat,macam2 buat cuma dia tak boleh abuse you both sebab heni and uwan ada,perangai jahat dia kalau nak cerita sampai satu buku,biarlah berlalu.Bila mama found out mama berhentikan dia 24 jam,ambik kan dia teksi dan suruh teksi hantar kat rumah agent dia,full stop and we continue with heni alone until today.Experience buruk dengan ani tu buat mama berhati-hati tapi tak membenci seluruh pembantu rumah yang lain,memang setengah dari yang datang tu really jahat,merompak,membunuh,merogol tapi masih ada yang baik yang memang datang mencari rezki.Yang datang mencari rezki secara baik tu tinggalkan keluarga,anak,suami,ibu yang sakit menjadi amah di rumah kita,mencuci tandas kita,membasuh bontot anak2,mengelap muntah,membasuh longkang dari pagi hinggalah malam dia melelapkan mata. Kalau di renungkan dari sudut kemanusiaan memang kesian dia orang ni,mama kalau melihat tukang cuci toilet di office yang dah tua,kesiannya mama,masa kita duduk tersandar dalam kereta ber air cond tengok orang potong rumput dalam panas terik tepi jalan insafnya diri..syukurnya pada Allah Sbt. Jadi kita kena melihat pembantu dari sudut kemanusiaan,memang ada yang cakap kerja tak seberapa, sibuk nak gaji mahal,macam mama pagi mama masak breakfast,lunch, petang mama masak dinner kalau tak beli lauk,weekend mama buat mostly kerja rumah,ahad mama keluar outing dia tinggal mama bagi duit untuk keluar kedai dekat beli lauk atau apa2 yang dia nak,sebab dia tak ada tempat nak pergi,tak ada kawan,tak ada keluarga kat sini.Mama tak over baik dengan dia tapi treat dia seikhlas nyer sebagai manusia,wanita dan ibu pada anak2nya.Berdasarkan pengalaman mama hanya bercakap bila perlu dengan dia,tak merungut kalau tak perlu,marah bila dia buat salah tapi explain kenapa salah,bila dia menelefon rumah setiap hujung bulan mama bertanya keluarganya,macam mana anak2nya. Heni pun dapat rasa samada mama ikhlas atau tidak dengan dia,kalau ada apa bantuan yang extra mama hulurkan pada dia,dia cakap 'tak payahlah puan,heni dah banyak susahkan puan'.Dalam masa hampir 3 tahun berkerja ni baru sekali dia balik indon,itu pun mama cakap' heni kalau heni mahu balik tapi tak nak kembali lagi,cakap terus terang,saya tak marah,tapi jangan dah sampai sana heni baru cakap,susah saya dan anak2 nak cari pengganti'..dia cakap nak kerja lagi,so mama terima.MOU tu sebenarnya lebih bersifat nak membela those yang kena tindas, tertindas tak dapat di nafikan,pembantu yang berkerja tak jauh dari rumah kita,tuan rumah ada 4 van sejak subuh dia kena basuh van,kena herdik dan sebagainya,tu tak masuk yang didera lagi,kena makan babi,kena pukul,tak cukup makan dan sebagainya.Pandangan mama tentang gaji dan cuti tu patutnya dia tak buat secara standard atas,semua,tengok lah keadaan,basic peraturan memang perlu ada,kalau kerja office pun kan ada union. Tapi yang penting jaga perasaan kemanusiaan kita,hormati lah manusia,buruk,bodoh bukan pilihan dia orang,kita yang cerdik dan cantik ni kalau tak suka kita berhentikan,kalau selagi dia kerja dengan kita beri keikhlasan,insyallah keikhlasan jugak yang kita dapat. Heni ni tak banyak perangai pun tapi memang sesetengah perkara tu blurr sangat kenalah bercompromise,berapa lama lagi nak kerja dengan kita pun tak tau lah,passport dah renew to another 3 years..berdoa siapa pun yang datang atau bekerja rumah kita tak ada niat jahat.Kalau nak di ikutkan yang terbaik rumahtangga kita ni kita yang menjaga sepenuhnya, peraturanya bilik tidur kita sepatutnya tak boleh orang luar masuk apatah lagi bercerita pasal bilik tidur kita tapi dalam keadaan isteri bekerja ni tak ada pilihan lain kena lah ada pembantu.Ini semua cabaran dalam membesarkan anak2,mencari rezeki dan ujian kesabaran. Setiap apa yang kita lakukan ada yang melihat,mencatat,dan bersoal jawab kemudian hari, di dalam dunia yang modern ni dan akhir zaman ni,manusia merasakan dosa itu hanyalah membunuh,merogol dan merompak..yang kecik2 macam menjatuhkan air muka,menghina,berlaku zalim,mendabik dada tak lagi di hiraukan.Mama bukanlah orang yang layak untuk bersyarah pada manusia sejagat,mama pun dalam proses membaiki,membetulkan diri,tapi sebagai mama kepada kenits mama berpesan sebagai mana uwan berpesan pada mama,dosa yang kecil di kumpul menjadi besar,apa yang kita beri itu yang kita dapat balik..apa pun yang kita nak lakukan,samada dalam terang,menyorok bawah katil,dalam bilik gelap Allah Sbt melihat.Uwan berpesan lagi jaga peradapan,kalau sudah tidak malu,hilang sopan,buat penat jer berkain baju,yang tak sopan tu duduknya di hutan.Kita belajar setiap hari,pasang niat yang baik setiap masa.

3 comments:

mommy ummartaro said...

i like tis post. very true indeed.
bila cakap psl maid, very subjective. sama la mcm hiring a staff at office, cuma bezanya job description diorg. but still we deal wit human. ada plus and minus. ada ups and downs. ada yg bagus, ada yg kureng...

ours now has been living wit us for nearly 4 yrs. tak okay sgt, tak teruk sgt. i bagi dia cuti, as when she asked for. normally about 1-2 months once. bagi la dia jumpa kawan2 dia borak, kasik hormone balance sikit. hehe. up to now, i dun expect her to cook for us. i fussy. so i masak, dia assistant. :)

MamaTiaMia said...

Hi mommy ummartaro,yeap ada ups and downs and sometimes minus is more than plus,tapi we managed lah kan,yang penting dia jangan take us for granted,tak pandai boleh belajar,lembab boleh bagi masa,tapi kalau niat jahat from the beginning susah.

annhuzi said...

mama ni masak semua sedap, ni kurniaanNYA yg menjadikan mudah bagi mama beramal dgn memasak untuk keluarga tercinta :)

ya betul, niat yg baik, mesti diajar dan dibiasakan untuk selalu ingat. hati yg tak ingat untuk niat baik, mudah diajak lupa dan mula buat tak kira akibat..