Saturday, September 3, 2011

Our Beautiful Raya- Part 3 Raya pun tiba bersama merdeka boy:)


Raya pun tiba..setelah budak2 kenit sibuk bertanya:) malam raya sangat busy lepas makan tak sedar diri,lepas sembahyang bersama keluarga kena layan jugak budak2 main bunga api..ye lah raya dia orang yang seronok lebih kan.Lepas main bunga api the mama had to gosok baju everybody..dah maid bersuka ria di kampungnya kita pandai2 lah mengatur segala..dulu2 pun tak ada maid aman tenteram jugak:)Lepas gosok baju masuk dapur pulak,buat kuah kacang,buat kuah laksa penang..semua kena siapkan malam supaya pagi raya boleh ke surau.Dulu2 masa bujang and tak ada anak orang dah balik sembahyang kita masih terbongkok2 di dapur comot dalam kaftan macam cinderella..sekarang pandai dah merancang..pagi raya wangi2 melaram:) So gambar entry yang ni tak ada unsur2 pengajaran masak atau sebagainya tapi menggedik bergambar..mintak maaf..macam tu lah raya kan..semua orang seronok bergambar.


Malam raya mesti duduk di atas tangga batu merah uwan ni main bunga api..kalau tak tak sah.


Tia yang main sebenarnya..adik takut;)


Tia bangga dengan pencapaiannya..seolah2 berani bawak roket naik ke bulan tu:)


Malam raya yang seronok tak terhingga:)


Pagi raya dua orang ni dah siap melaram..mandi air sesejuk ais di bilik air uwan pun tak ada yang komplen.


I sayang you..you asayng me tak?


Kiss2 and we forget about tah gaduh2 okay..in 10 mins time we gaduh again okay:)


Tahun ni masak laksa asam penang..guna laksa kanji..alhamdulillah habis tak sempat petang:)


Macam biasa semua ladies bergambar dulu..cuma this year kurang sikit keluarga maklang ada hal di saat akhir so tak balik beraya di kampung.


Susah sungguh nak bergambar satu keluarga..merajuk bagai..tiap tahun macam ni lah:)


Dah nak masuk tahun ke 10 kami kahwin dan dah ada 2 anak tapi memang tak pernah pakai baju sedondon..main ikut suka ajer..yang penting hati kita se dondon:)


Rasa kejap ajer masa berjalan..hampir sepuluh tahun dulu saya tak bagi mamat ni nak datang bukak puasa di kampung saya..kita dah cakap jangan datang dia terpacak pukul 5 petang dah sampai..kerana degil dia tu lah ada jodoh:) But it turns out he 's not too bad..he can do laundry very well and can tolerate my tak sabar and leter:)


The girsl ni merajuk hampir 100 kali sehari..tapi dia lah bawak bahagia kat semua orang di kampung ni..happy rasanya membuat semua kerja kerana melihat kebahagiaan dalam diri dia orang:)

Selalu jugak bergaduh dengan uwan tapi yang pastinya..they love uwan very much..uwan are part of their lifes already.


Dah penat berkebaya pakai baju yang lebih selesa pulak;)


See baru cakap Tia dah siap merajuk..macam tu lah rupa merajuk:)


Model2 di bawah pokok belimbing buluh:)


Memang popular pokok belimbing ni bila nak bergambar di hari raya.


Tia and Mia with their second cousins..dulu terfikir jugak my girls ni ikut rupa siapa actually..bila dah jumpa cousin etc ni baru lah nampak persamaan especially the rambut tu:)


Seronok berjumpa anak2 gadis kecik2 ni..semua keletah bercakap.


Papa is a merdeka boy..so kita celebrate birthday dia sehari awal..ni cake dari kedai soon seng di kuala pilah..di situlah membeli atau menempah cake kahwin,sejak dari zaman maklang kahwin 20 tahun dulu hingga lah zaman saya:) tapi jangan underestimate cake dia sedap:)


Happy birthday papa..we love you very very much.


Ini yang enjoy makan sebenarnya;)


Hari raya kedua time to go back..the girls sangat sedih nak tinggalkan kampung..nanti kita balik lagi ya.

4 comments:

annhuzi said...

gambar tia mia kiss uwan, beautiful! nampak kain tia very long, panjang kakinya :D
memang tia mia penambah kemeriahan beraya.

Maya Marisa said...

mamatiamia,

salam aidilfitri & maaf zahir batin.

i tot we all jer yg tak pakai sedondon. rupanyer, u sekeluarga pun sama. hahhaha...
we all stopped pakai sedondon abt 2 yrs ago. my hb cakap, pening la tengok satu kaler ajer. si cha cha pulak, apa lagi, kemain ler sukanyer cos her baju kurung got to be either pink or red or seangkatan dengan nyer.

MamaTiaMia said...

hi ann..yeap tia got long legs and alhamdulillah they penambah ceria.

MamaTiaMia said...

hi maya..selamat hari raya to you,hubby and chaca,,ye lah tak seronok kan asyik sedondon..penat nak memikirnya:)