Wednesday, August 14, 2013

Tetamu di kampung&Jalan raya di KL.


There's a sad feeling in my heart to leave kampung- few days there bring back so much memories.There's a "comfort" & "safe" feeling when i was at kampung. Ye lah masa2 dulu when Uwan was at kampung i used to go back every week to kampung,driving from KL-KP was nothing:) Cepat ajer boleh merempit my Red Satria at that time:)Oh ye- yang bertanya kampung di mana di Kuala Pilah, my kampung is Kampung Parit- lebih kurang 3 or 4 kilometres from Kuala Pilah:);)Singgah lah next time kalau sesiapa yang dekat,tahun ni ada blogger istimewa yang telah datang singgah, bersusah payah dia mencari with his family,nanti kita tengok gambar kat bawah.

Nak mengumpulkan semua orang balik kampung pun memerlukan kerjasama dan keikhlasan sebenarnya,seperti yang Lady Lavender cakap- memang memerlukan ukhwah yang kuat sesama adik beradik. Just imagine,rumah dah tinggal setahun,semak dan kusutnya tak boleh cerita- kat kampung sangat susah nak carik orang yang boleh maintain on monthly basis- Alhamdulillah now dapat kenal sorang ni dan terbukti boleh tahan kerjanya boleh lah di upah utk maintain secara bulanan nanti. Berbalik kepada pengorbanan nak balik ke kampung yang tinggal utk beraya bersama-perlu ada seorang dua yang mengetuai- perlu ada yang sanggup berkorban masa,tenaga dan duit dahulu- semuanya perlu disediakan- bayangkan anak2 sedara yang sudah biasa duduk di rumah masing2 yang aircond setiap ruang, Astro berpuluh channel,gadjet canggih etc terpakasa menyinsing lengan mengaut longkang, berpanas menghidupakn api membakar lemang,bangun seawal pukul 4.00 pagi utk kepekan KP bagi membeli santan- tidur malam tiada lah tilam empuk,masing2 pasang travel mattress masing2 di serambi dan tidur, tiada ASTRO cuma ada RTM 1 dan satu lagi channel yang blurr:) Tetapi keseronokannya tak dapat di bilang ,masing2 bawak menyumbang macam2, ada yang bawak tablecloth,jambangan bunga,cushion baru,sehingga kan biskut raya ada berpuluh jenis jadinya- petang sehari dua sebelum raya sangat meriah,bila anak2 buah bersusah payah membakar lemang,dah petang tergolek kepenatan yang perempuan2 pulak ke bazaar di kuala pilah membeli berjenis-jenis minuman,menyediakan hidangan buka puasa yang istimewa.Sehingga kita tak terasa pun tiada ASTRO,tak terasa pun tiada aircond- alam semula jadi yang damai sangat menggamit jiwa.

Melawat kubur arwah abah sangat mengharukan, my brother bersihkan selicin-licinya- selalu bila sampai seakan bercakap dengan nya dulu,memberitahu anak2 datang melawat dan telah ada cucu2 yang baru, terasa sangat terharu walaupun telah lama dia tiada masih ada rumah tegak berdiri peninggalannya- di dalam hati selalu berjanjji akan menjaga emak sebaik mungkin dan mempertahankan rumah itu selagi terdaya. Ini lah hari raya yang kami semua mahukan,tidak perlu kemewahan di hotel atau sebagainya, hanya perlu kedamaian dan kasih sayang.Tahun ini kami berjanji lagi untuk memperbaiki mana yang mampu- moga2 semuanya di permudahkan dan di berkati.

Sebelum lupa nak cerita sikit pasal rendang daun puding since ada reader yang tanya macam mana supaya tak jadi lendir dah berair.Pertamanya mesti lah daun puding yang tidak muda,bukan yang tua sangat jugak, kalau nak cuci daun, haruslah sebelum di potong dan keringkan dengan kain. Masukkan daun puding setelah kuah hampir kering,bukan masa masih banyak lagi,kalau masukkan masa kuah telah pecah minyak,daun boleh jadi garing. Alhamdulillah selama ni tak pernah lagi daun berlendir- selamat mencuba ya- harap2 jadi next time.

Al hamdulillah this year ramai tetamu seawal pukul 10.00 di pagi raya baru balik surau pun dah berduyun lah warga2 kecik mengucap salam nak beraya. Sehingga tahun ni kita miss nak bergambar raya keluarga- bila dah penat melayan baju raya pun melayang. Yang seronoknya bila sepupu,dua pupu,dua papat,3 pupu semua datang dapat lah dilihat iras wajah yang banyak serupa- dulu2 masa kecik tak nampak,now dah besar dah boleh tahu itu sedara kita.



Tiga dara pujaan ni- neneknya anak sedara my mother,so emaknya my sepupu lah- they dah jadi 2 pupu Tia Mia- bila pandang di mata nampak iras2 yang sama.


And this is one of my cucu:)- She looks like korean pulak- tapi masih ada persamaan:)


And ini lah tetamu Istimewa Ramadhan Pujaan@ The Singing Pilot:)- Terima kasih Madan datang rumah akak dengan mak dan kakak:):) Seronok berbual membawak ke Maghrib:) Tuan Rumah pulak sangat lah comot dan berminyaknya muka dari pagi melayan tetamu tak berhenti:)



Ramadhan datang raya ke dua cuma ada nasi impit,lemang dan rendang saja yang tinggal:) Kesian sesat berkali-kali sebelum sampai:)

Seronoknyerrrrr beraya di kampung sampai tak nak balik:) but.....


Balik jua akhirnya ke sarang kota- aduhhh dah berabuk lah beberapa hari tinggal- di wet kitchen pulak- shelf di robohkan kuching liar, 3 glass canister yang besar berisi ikan masin dan pasta habis lebur- berkerja keras lah si papa membersihkan dan memasang balik shelf sebaik sampai.


We brought Uwan to our house for 2 days first before sending her back to maklang's- Heni will only come back on 1st September-kesian kalau uwan tak balik rumah kita for few days- our house is like her own home already and she surely misses her room etc-Sunday we went out for lunch at Just Thai- this year lumayan lah anak2 sedara yang dah besar2 memberi sumbangan dan duit raya sehingga my husband pun dapat duit raya dari my anak buah:) Jazakallah,Alhamdulillah:)



Malam tu dinner buat hidangan ringkas yang sedap! Sup sayur dan tofu serta ayam kunyit beroyster sauce dan jeruk maman di buat sendiri dari kampung- terbaik rasanya:)


Monday i took one day off to send Uwan to maklang's house and beraya sekali.


Macam2 lah gaya budak2 dua ni.


Melentuk dan terpeleot sana sini:)


Walaupun Kak Yan hanya sepupu but they very close- they are just like anak sedara with maksedara- enjoy exploring Kak Yan punya room- dah besar sikit pandai appreciate girly room dan sebagainya.


Hidangan terbaik maklang- asam pedas siakap dengan kobis jeruk,sambal belacan pedas dan sambal udang petai:) berpeluh makan:)


They suka tengok hasil2 sculpture abang amir jugak- walaupun nampak scary but abang amir very talented:)


Bunga rose maklang yang kembang di sana sini.Balik raya pun tak mati sebab maklang letak air dalam plastik berlubang di pangkalnya.


Bunga putih di luar pagar.


Cantik kan.


Selepas memastikan uwan dah settle di rumah maklang pun kita the 3 girls pun balik- papa kerja hari ni- so we had girls's outing at MC D near our house;)


Balik malam- the papa and girls makan tapau MC D- myselft telah memilih inu..slurppppp sodapp;)


Malam ni tadi keluar- makan tosai tissue:)


And also cheesy nan with tandoori


Penat badan terkira lah, bak kata orang tak sempat nak bukak tudung dan berdengkur lena- zzzzzzzzz- hai kain tak berlipat berbesen banyak nya- papa dah kena suruh berhenti memesin kain- masuk washing machine memang tak ada problem- melipat yang problem he he..moga bertabah melipat nya di hujung minggu nanti:)

Finally i would like to wish everybody happy syawal moga penghujung2 raya ni di manafaatkan sebaiknya buat yang jauh di perantauan - beraya di mana pun sama asalkan yang di sayangi ada di sisi- itu lah indah nya kasih sayang!

.................................

22 comments:

Hariaty abu hassan said...

Selamat hari raya Zu, meriah kan raya kat kampung...how i love those kabus pagi kat your kampung :))))

salam raya from us
Yatie and family

Hariaty abu hassan said...

Selamat hari raya Zu, ampun maaf dipinta...meriah kan raya di kampung, i love to see those kabus pagi at your kampung! :))))

Salam raya dr kami sekeluarga di sini...
Yatie :)

Elena said...

umah se pun kemain kucing masuk check in ghayo2 ni...goram amek raso nk hompuk yo mo ponyapu...

samolaaa se ngn maklang.. sblun balik kg gasak la mengikek bunjut pastik isik air jgn bagi bungo mati hahahahha. mcm jaman dulu2 ...

ida said...

Salam Azu,
Berat betul hati kan meninggalkan kampung halaman lepas lama bergolek dalam rumah kita dibesarkan ...macam I, meninggalkan rumah sekali with parents, lagii sedih,tengok diaorang berdua melambai kita balik, menitik rasanya air mata ni.
Hahaha, sama la Azu, kalau takder my helper, i rajin basuh kain , tapi bila nak jemur dan lipat...aduhhhh..!!berchentaa!!

Lynne Haris said...

Salaam Mamatiamia,

Selamat Hari Raya to you and family....love reading your posts....

Oh yes...hope its still not too late to wish...Happy Belated Birthday to you ;) .....Semoga selalu diberi kesihatan dan diberkati Allah s.w.t...

Take Care!

Lynne
SG

Neny said...

Selamat Hari raya kak Zu,

I've ur silent reader lama dah, really suka ur blog tapi x sempat nak komen tapi ari ni nak juga komen sbb sgt tersentuh dgn ur statement pasal ukhwah adik beradik. Sgt betul tu Kak zu, nak maintain keluarga besar yg bahagia, perlu ada kerjasama dan pengorbanan sesama keluarga, kalau asik org yg sama je berusaha, x jadinya.

miszme_ieda said...

Selaat Hari Rya Mama TiaMia =)

Unaizah said...

Selamat hari raya to you & family.

Boleh tak you elaborate / demonstrate (with pictures as examples) macam mana your sis buat plastik isi air tu, please. I ni tinggalkan rumah 2 weeks dari end of puasa hari tu. Doa minta hujan di Shah Alam so that my pokok terus hidup subur.

The Singing Pilot said...

Wahhhh I've been featured. Haha thanx akak for ur hospitality. Nk carik umah akak mmg memerlukan kesabaran yg tinggi ye haha. Sdp ye rendang tu

Salmi said...

salam aidilfitri azu dan keluarga, taqabballahu minna wa minkum.

eda said...

hehe sweet la the singing pilot .. hehe .. kimslm eh kak zue ... hehe ..

kak zue , selamat ari raya to your family and kak zue sndri ... adore you ...

yes the ukhwah sgt penting and somehow to get the ukhwah mmg perlukan pengorbanan ... and our syawal every year bringing a lots of cahaya to our family .. yg mane bercerai roboh tu sure bertaut kembali .. hehe :-)

HadSha said...

Salam aidilfitri sis... Rasenye tadi saye nampak akk di parking ikea... Betul tak? Nak tegur malu...hihihhi..

Btw boleh tak share tips mcm mane letak air dalam plastik berlubang dkt pangkal pokok tu? Camno ghoman eh.... Plss.. Hehehe.. Tq2

mm said...

Salam sis kg parit bt 23 kg se ha, yours ktno

Haliza Ghazalli said...

Hi Zu...
I hope it's not to late to wish u n family Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.
Cantik nye kampung Uwan...rasa macam saya pun disana bila membaca ur blog!

yusleenda yusof said...

AsSalam,
Salam Aidilfitri buat sis sekeluarga. Setiap ur entry akan memberi rasa kecintaan, kasih-sayang, keinsafan dan kesyukuran. Saya sgt2 suka.
Moga Allah akan terus memberi sis kekuatan dan ilham utk terus menulis dan menebarkan kasih sayang kepada semua.

Silent reader - Leenda

herlyna said...

As salam....sedap bunyi rendang u. I got sedara yg kawin org nogori, p beraya taye rendang letak daun puding...she got no idea, hihihi mmg tak merasa la. Betul, umah parent i kat kg pun susah nak cari org bersihkan....but ur hse still tradisional look n luv d hse.

herlyna said...

As salam....sedap bunyi rendang u. I got sedara yg kawin org nogori, p beraya taye rendang letak daun puding...she got no idea, hihihi mmg tak merasa la. Betul, umah parent i kat kg pun susah nak cari org bersihkan....but ur hse still tradisional look n luv d hse.

Zaila Mohamad said...

selamat hari raya kakak!

seriously rindu nak baca blog akak, hari ni buka terus baca satu persatu telek gambar-gambar..ya Allah terasa macam diri ini juga berada di Kuala Pilah

saya pon sukakan kampung halaman, seboleh-bolehnya mahukan anak-anak juga merasakan yang sama seperti kita rasa, betapa berharganya kehidupan di kampung ini..so far my kids memang always looking forward untuk balik ke kampung berhari raya, memang biasakan mereka dengan suasana kampung, mandi air telaga, tidur dalam kelambu (skrg dah guna kelambu moden) & kenalkan diorang dengan binatang kampung seperti itik serati & lembu-lembu.

Moga suasana kampung kita akan terus kekal terjamin tanpa diusik arus kemodenan & kerakusan pembangunan moden..In sha Allah

Dura Zul said...

Selamat Hari Raya n enjoysss...♥♡♥

Dura Zul said...

Jumpe jugak singing pilot cari rumah zue kan. I lalu kt kg Parit tu intai2 jugak lorong msk ke kg zue tu..tp tk pasti yg mana, sbb dpt cam bus stop yg colour oren tu jer...hi....hi..♥♡♥

Yong Is My Name said...

Selamat Hari Raya Untuk MamaTiaMia & Family dan tidak lupa untuk Uwan Tersayang..
Minaadilwalfaiizin
maaf zahir batin

xoxo
Yong

Nur-nba said...

Setuju dengan komen dari Leenda dan Zaila.. Blog akak memang mampu buat hati kami meronta2 nak balik kg dan membayangkan kenangan indah dengan family tersayang..