Kasih tak pernah tidak tumpah di kampung- biar kemana merantau,biar secantik mana tempat orang,biar seseronok mana mengembara,kasih tetap di sana.
Kita balik- gembirakan ada hati yang sangat meronta hendak balik ke rumahnya yang lama ditinggalkan- kita berkorban masa dan tenaga utk orang yang tinggi nilainya.
Ahaaa dia sangat gembira- melihat lemang dan gulai ayam kampung- lemang hanya di beli masa baru sampai,gulai ayam yang benar2 kampung pulak puas kita merenih di atas dapur biar lembut- berbaloi sedapnya.
Yang di sayangnya- bersihkan lah rumahnya- dia sangat sayang kamu semua- bahagia dia melihat kita membela rumah kesayangannya.
Dapurnya masih seperti biasa- kenangan lama berputar macam recorder.
Cawan pinggan mangkuk nya masih elok tergantung dan tersusun- sama2 kita bersihkannya.
Malam para wanita melanggar pantang gila organik da sebagainya- kita ikut sahaja tekak sekali sekali- duduk di dapur bergossip sambil memasak kan sangat seronok rasanya.
Menghadap maggie didepan TV dapur yang tiada ASTRO sangat seronok RTM 1 dan 2 pun macam menonton wayang rasanya.
Bangun pagi- kita tanya apa yang kaum lelaki mahukan.
Hotdog? Bisa saja,kan Kuala Pilah telah ada Giant yang gah itu-semua nya ada- hotdog ala 1901 or Dome boleh saja kita hasilkan.
Breakfast siap- jom kita berjalan melihat kampung di waktu pagi - kalau di negara orang putih kan yang itu kita lakukan- kampung kita lagi indah suasananya.
Pokok durian telah berbunya- bunga yang jatuh semerbak baunya.
bagaikan musim bunga- banyak di lihat di merata-rata.
Tak tahu namanya tapi bagai kapas putih suci wajahnya.
Terasa aman dan damai melihat air,langit dan rumput di desa.
Ini lah Puan besarnya- bermula dari dia adalah kita2 semua- jangan lupa utk berkorban supaya dapat memberi sepenuh kasih pada nya- suatu hari nanti jika panjang unur kita pun akan duduk di kerusi sepertinya.
Pekan Ahad sangat di rindukan- jom kita carik ikan sungai.
Lepas pekan ahad kita ke pasar Kuala Pilah- zaman berubah mesin cendol masih seperti dulu.
Bila puasa perlu lah beli RM10 cendol utk memuaskan hati:)
Balik rumah duduk di halaman memotong maman utk di jeruk:)
Beginilah di desa- semua relax - tiada yang tertekan.
Begini caranya menjeruk maman,hanya dipotong bersihkan,bubuh garam,asam keping,cili,bawang dan ikan bilis- curahkan air mendidih dan tutup rapat.
Gulai ikan sungai dengan belimbing.
Alhamdulillah sedapnya tidak terkira.
Petang bersenang lenang di halaman.
malam jeruk limau dan maman yang telah boleh di makan pembuka selera berbuka puasa.
hari yang indah.
Ahad kita melawat muzium di Seri Menanti kota di raja.
Bergembira.
Resort yang boleh tahan nyamannya.
Kolam mandi yang boleh di kunjungi dengan RM3 sekali masuk bagi kanak2- adalah port baru kita.
Melihat-lihat.
Balik kita merendang ayam kampung.
Terjerang rendang di kacau kakak ipar kita merayau ke rumah jiran melihat dia membakar lemang sambil mengimbau kenangana lama.
Macam2 aktiviti setiap sorang.
wahhh relax nya tu.
Rendang ayam kampung berdaun puding pun siap- sangatlah sedap kata semua- Alhamdulillah kata tukan masak.
Malam kita merebus.
membuat kuah kacang.
Duduk melihat kampu lip lap.
mengimbau kenangan- ini gambar Kaabah pertama di bawa balik arwah abah- sangat bermakna- puluhan tahun dulu.
pagi raya.
mendengar khutbah setelah sembahyang raya.
Atuk kami datang- tiada mawar di bawa tapi istimewanya air yang disiram dibacakan Surah Al Ikhlas dan Al fatihah oleh cucu2 berumur 6 tahun yang tidak pernah di lihat Atuk- tapi kasih dan sayang itu tetap membara- tiada kata dari anak utk menyatakan kasih sayanagnya- kekuatan mu,kata2 hikmah mu membuat dia berjuang utk orang2 yang disayanginya- Tiada pagar tinggi,tiada konkrit menutupi- yang di pinta Atuk dulu hanya lah utk meletakkan batu2 sungai- maka itu yang diberikan.
Kita sayang di sini kan- nanti kita kembali lagi.
Cantiknya desa yang di lalui- bagai emas bagi hati yang mengasihi.
Hmm - back to reality;)
nasi impit kuah kacang tiada lagi- peanut butter,nutella dan roti yang menunggu- pun kita bahagia- sebab si dia ada bersama kita:);)
selamat Bekerja walaupun tak suka- kan kita perlu berkorban utk yang disayang;)
note: pada yang bertanya guna camera apa utk gambar sebelumnya saya guna pocket size Olympus tetapi gambar diatas ni hanya menggunakan Iphone saja.
yang bertanya pasal apartment di melbourne- pls google Airbnb- retro apartment at St Kilda.
......................
15 comments:
Sangat seonok membaca entry sis ini..rasa terharu dan tiba2 mengalirkan airmata...selamat hari raya aidiladha Sis Zu dan keluarga ^_^
Selamat Hari Raya Kak Zue & family. :)
Salam mamatiamia.
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Zu sekeluarga.
Seronoknya dapat balik raya di kampung. Akak tak berkesempatan pulang ke kampung, anak-anak pon tak balik raya.
Tengok gambar kampung Zu, mengubat kerinduan pada kampung....indah sekali pemandangan dan suansana kampung.
love this entry
love this entry
seronok baca blog ni.tu yg semangat nak buat blog juga.
sangat suka baca blog ni.hari hari mesti buka.sebab tu yang semangat buat blog juga
sangat suka baca blog ni.hari2 mesti buka.kalu x ada entry terbaru pasti kecewa. sebab blog ni la saya pun teringin nk buat blog juga
i don't know why but my tears mengalir bila baca apa yg you tulis pasal kampung you kat pilah...rasa sebak sgt...
anyway Zu, kirim salam pada uwan ye :) semoga dia di beri kesihatan yg baik selalu dan dipanjangkan umur dan bahagia selalu, ameen...
Yatie
Cantiknye permandangan Kampung Zu ;)
slmt ari raye...singgah + follow sini.....^^
jmpot singgh kembali...
http://ctamanaqim.blogspot.com/
Selamat hari raya haji. Happy tgk indah suasana kg. Klu di perak jeruk maman tu di jeruk dengan nasi + cili padi & ikan rebus...
Asalam Azu...
Selamat Aidil Adha..
lama tak kesini, enjoyed every bit of your cerita.
Salam..
hai kak!
salam perkenalan buat akk & anak2. Ingat tak, last week sy ada bertembung ngan akk & ank2 kat area IKEA? HHehheeeee..
Sylah orang nyer. Hehheee..
Tak sempat nak bersalam & berposing memasing kiri kanan tangan penuh.. hikss..hikkss..
Nice to meet you...
Aritu akk ada tye sy, ada belog? Malu hokey, nak ngaku, sbb belog cm2 gitu jer.. Heheeee..
Kalau sudi jemput singgah kat belog sy yg tak seberapa tu,
http://luvelymummy.blogspot.com
TQ, Kak!
Menitik airmata...rindu nya suasana kampung dan Malaysia...
Post a Comment