Sunday, November 10, 2013

Chuck and Me had Days Off!


Salam!

I hope everybody had a great weekend.

First of all mengucapkan Al Fatihah kepada arwah Dato'Bukhari Che Muda (CEO TV Al Hijrah)- telah meninggal dunia semalam pada pukul 6.08 pagi.Beliau dahulunya orang lama - selain pernah berurusan ,kami sama2 bertungkus lumus semasa belajar  MBA tajaan syarikat dulu. It was a tough time,we made it and attended our convocation in Zurich,Switzerland together.He left our company after being picked as TV Al Hijrah CEO. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para solihin. I'm missing many people from the good old days:(;(


Kenangan manis bersama arwah.


Al fatihah kepada arwah yang lebih dikenali sebagai Che Buk- setelah di uji dengan ketumbuhan di otak dan cancer final stage- beliau pun dipanggil mengadap Pencipta.Moga Kita diberi kesihatan dan umur yang panjangg utk beribadat dan menjaga orang2 yang kita sayang.

 ...........................




Saturday: i made Squid Olio for everybody- since Uwan is at maklang's house at the moment- we tak masak nasik langsung this weekend;)


One of the all time favourite for my family.


Sunday night was Rice Noodles in dried shitake soup.


Friday: me and the girls went to Ikano to buy papa a new coffee maker- coffee maker lama dah rosak- too many choice in the market now- we bought a simple one priced at RM199.00- basic machine with aroma device.


Since ada new coffee machine we breakfast ala2 Mc D with waffle and omelette at home.


The papa had to go to work on Saturday- we stayed at home and did some gardening- i let the girls arrange the pebbles we bought around their cubby house and garden.


They had a good time doing spring cleaning in their cubby house-I really want to do a major revamp to my garden but it will involve a lot of work and money;( buat sikit2 mana yang boleh dulu.


While working in the garden i marinate the chicken for lunch. Rosemary and Garlic is our favourite- to those interested- i combined some tips i ve got from watching 'Chef Michael's Kitchen"- To speed the cooking process- instead of one whole chicken i cut the chicken into two- i rendam ayam dalam air yang di bubuh 2 sudu besar garam dan gula- Kalau Chef Michael buat Brined Chicken dia rendam semalam- tapi yang ini i hanya rendam dalam 3 jam- lepas tu blend  12 bijik bawang merah, putih,1/2 inchi halia, 6 bijik lada putih dan hitam each, 2 sudu besar daun rosemary kering, setengah biji perahan lemon or sehiris lime,2 sudu besar olive oil dan garam secukup rasa. lepas dah keluarkan ayam dari air garam dan gula- wipe kering2 dengan kitchen towel- dah tu lumur dengan bahan blend rata2 termasuk bawah kulit dengan melonggarkan nya menggunakan jari.masukkan dalam plastic dan marinate dalam fridge kalau ada masa dalam 3- 4 jam tapi in my case on Saturday tak sempat- sebab ada org sibuk lapar-Step seterusnya- susun kentang yang telah di potong dua tanpa buang kulit dalam bekas boleh bakar- letak ayam di atasnya dan cover dgn aluminium foil- masak 1/2 jam hingga masak sedikit lepas tu bukak foil dan bakar lagi dalam oven berkepanasan 200 dg hingga kulitnya kuning dan crispy.


The girls said - mama you make the best roast chicken in the whole world!wahhh happy mama;);) We will  always be the best Chef to our Children- itu yang seronoknya kan;)


Memang sedap- ayam penuh juice- daging manis sebab direndam dalam air garam dan gula- dan semua rempah masuk di bawah2 kulit- tak payah buat sauce- juice ayam yang keluar jadi sauce to the potato-satu ekor ayam boleh habis di makan oleh 4 org dalam sekelip mata;);)


Ahad pagi i buat breakfast 'truly kampung' since dah 2 hari tak makan nasik- nasik Goreng balik pulau;) sebab apa balik pulau sebab bila dah makan ni nak bakar kolesterol kena berlari satu pulau pergi dan balik:) he he. My nasi goreng adalah kegemaran uwan- dia tak suka nasi goreng yang bubuh perencah adabi,ada sos tiram bagai- nasi goreng style dia masak dulu2- tumbuk 2 genggam ikan bilis yang di basuh dengan bawang putih,merah dan kunyit- kalau tak ada budak nak makan boleh tumbuk cilipadi sekali- kalau tak gigit cilipadi asing ajer lah- Tumis sampai wangi- masukkan garam- masukkan nasi dan goreng lama2- hingga nasik macam garing bawah2 tu sikit- sangat sedap di makan dengan ikan bilis halus dan telur goreng cair di tengah;)


This weekend i buat eskrem malaysia- perisa lime dan ovaltine- asyik nak makan ajer lah budak2- limau nya istimewa sebab di amabik dari pokok liar di kampung- i tambah colour sikit- idea untuk minumam- boleh potong2 eskrem malaysia dan tambah air- jadi lah minuman yang sangat refreshing:)


Sunday morning we took the girls to swimming at the Club- since i can't swim due to lady's month- i pergi reflexology kat tingkat atas club.


sedapnya 1 jam di urut kaki sambil menonton tv- first time tengok melodi setelah hampir bertahun lamanya tak tengok.


Zohor we went to masjid negeri - jenazah Che Buk di sembahyangkan di situ.


Selepas papa sembahyang- we went to kak Ikin's and Badin Korean restaurant called Gangnam Station at Laman seri.Business Park. We love the  appetizer yg boleh refill- sedap;) Kimchi tu di buat sendiri so terjamin ke halalannya;)


We ordered Grilled Mackerel- sangat sedap- seekor hanya RM25.


Badin dan Kak Ikin tak ada di kedai tapi Badin called the staff and asked them to tapau us the Kimchi- yeayyyy i love it- sedap makan dengan bubur:) Thanks.

Note- pada Zila yang bertanya- kabinet ikea tu i paint ke- tak lah Zila- masa pergi ada cabinet putih tu- lagi pun materialnya laminated- tak boleh di cat;)
Petunia RM5.00 se pasu tu pulak i beli di kedai yang namanya "Evershine" di tepi sungai buluh tak silap Lot 67.

Yang bertanya contact utk my niece Azyan nak buat hantaran- dia ada blog at Ayannmama tapi sekarang dia dah totally tak active sebab dah jadi corporate lady di Oil company.

Harap2 dah menjawab soalan semua orang, terimakasih atas salam pada kami dan uwan;):)

..........................................

9 comments:

Kniedaz said...

apa rasa kimchii tu sis? ada macam sawi jeruk ke? :)

ida said...

Seronok nya Azu, weekend spending time cooking kat rumah kan .
Alhamdulillah , this week i manage to cook lunch n dinner utk anak2, n i sempat baking few jenis kuih since ada tamu dr kampung.
Monday masuk kerja, rasa refresh lepas dua hari spending time kat rumah kan ....

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Aduiiii...sedapnyaaa ayam panggang tu.

Kalu orang Perak....sebut ''melechoir ayo lio nengoknye''

Nanti akak nak cubalah resepi yang Zu bagi tu...teringin pulak.

vogue2704 said...

salam mamatiamia hehe,

sedapnya roasted chicken tu..kat opis ni dah kuar air liur nanti nak try la..hehe

warna said...

salam mamatiamia..

sedap sangat tgk nasi goreng kg style g2..selera uwan same la ngan sy..hehehe...sedapnye....

Hanis said...

salammm... nak tanya juga..

kat mana beli the gals house ya? will thank you...

Yong Is My Name said...

Alfatihah utk Arwah Che Buk.

ps: sedapnya meehoon soup MamaTiaMia..

imm said...

salam kak..kali ke-3 buat butter cake resepi mamatiamia..super love 1st time buat trus mnjadi.anak sedara yg super cerewet bab makan pun dok ulang makan n cakap sedap.siap pesan nanti nak kek macam ni lagi.thanx kak zue ye bagi resepi yang senang buat,senang ingat n bila makan jadi senang hati :)

eda said...

eh kak zu ,
korean restaurant tu kak ikin punye ke ..
wahhhhhh bagusnye diaaa ...
tahniahh ckp kat kak ikin and husband ye .. hehe
nt bleh la pegi hehe