Sunday, December 22, 2013

Hearts.

Salam!

Terimakasih pada yang meninggalkan komen dan berkongsi apa yang ada di dalam hati:):) To me everybody has lovely hearts- cuma kadang2 ada limitation untuk memberi sepenuhnya apa yang ada di dalam hati- the limitation if you dont manage it properly will make you helpless and handicapp in giving or expressing things that you should be doing.

To those asking for my email address just leave you email here In Sha Allah i will reply to you- i dont have my personal email address only office's one- if you can find it somewhere by all means you can use it- cuma tak proper i nak tinggalkan kat sini.

Pada yang bertanya  skills menjaga ibu bapa etc- to me skill yang terbaik ada lah melihat di dalam hati- di situ terletak nya pusat kawalan gerak laku kita.I am not the best example banyak kekurangan sana dan sini tapi ingin jugak menulis sedikit sebanyak di sini barang kali boleh jadi bahan bacaan untuk Tia Mia di masa depan.Untuk menjaga ibu bapa selalunya orang bercakap pasal 'tanggungjawab"- to me yang terbaik adalah mengganti "tanggungjawab" dengan "cinta dan kasih sayang"- tanggungjawab menuntut kita membuat sesuatu- after sometimes kita letih dengan tanggungjawab, kita bosan dan ingin bebas dari tanggungjawab- macam kerja di pejabat itu tanggungjawab kita- kadang2 kita sangat penat membuat kerja,tiada lagi keikhlasan,kita rasa mahu berhenti,membuat kerja hanya kerana terpaksa kerana perlukan duit, kadang2 kita rasa mahu lari, mahu hanya berihat tidak mahu membuat tanggungjawab kita. Berlainan dari kasih sayang dan cinta- satu perasaan istimewa yang diberi Allah Swt- kita kasih dan sayang pada anak2 kita, kita cinta pada suami kita- kerana kasihsayang dan cinta ini tidak ada istilah penat atau terpaksa, setiap minggu menjenguk anak jauh di asrama,tiada perasaan letih,setiap hari masak,menghidang untuk anak2 dan suami tiada rasa marah, saban waktu berkorban wang ringgit,tenaga buat mereka tidak pernah lelah malah rasa teruja- bila kita merenung dalam ke wajah mereka terus datang tenaga utk berbuat apa saja.Oleh itu kalau tanggungjawab kita ganti dengan kasih sayang maka balik melihat ibu bapa saban minggu atau bulan tidak meletihkan,tidak menyusahkan,menelefon mereka sekurang-kurangnya 2 kali sehari tidak membebankan,berkongsi gaji yang tak seberapa dengan mereka jadi sangat mengujakan, dan kalau mereka sudah tidak berdaya- memandikan,menyikat,mencuci mereka menjadi satu yang meruntun perasaan- tidak membebankan malah mensyukuri dapat diberi kesempatan.Macam itu lah ibu bapa menjaga kita dulu bukan sekadar tanggungjawab tetapi atas dasar kasihsayang- kalau hanya tanggungjawab- kita bagi menyusu dan kena gigit after sometimes mesti dah kena penampar, kita yang degil tak mahu dengar kata- ibu tetap memeluk dan menjaga- kita nak macam2 sedangkan duit tak cukup bergolok-bergadai tetap dilaksanakan, kita tak lulus periksa tak sepandai anak orang lain ibu tak pernah membuka mulut mencebik- penatnya ibu menguruskan rumahtangga menjaga dan membesarkan kita- semuanya atas dasar kasih sayang. Kadang2 anak2 bercakap- kenapa pulak saya perlu membalas jasa ibu bapa membesarkan saya- itu kan tanggungjawab mereka? Kalau sekadar tanggungjawab tak kan berada kita di mana kita berada pada hari ini. Kadang2 jugak anak2 merasa sudah saban lama duduk dengan ibu bapa dah besar masa untuk bebas- sudah tak larat lagi dipantau- ingatlah masa muda kita berlari hilangnya- suatu masa nanti kita jugak jadi orang tua. Ada jugak yang berkata saya anak perempuan sukar bagi saya nak jaga ibu saya- suami tak suka- itu masalah yang selalu di dihadapi- berbuat baik pada ibu bapa pada setiap masa- bukan berpura- pura kerana  suami,bakal suami atau pasangan dapat melihat- kalau dari dulu kita tak pernah kisah pada ibu bapa kita tiba2 baru kita nak sibuk sayang menyanyang sangat jadi susah akhirnya- tapi kalau dari hari pertama dia kenal kita dia tahu bertapa pentingnya ibu/bapa kita pada kita In Sha Allah dia kan menghormatinya- yang belum berkahwin berdoalah dan sertakan niat- tak kira kita lelaki atau perempuan tampillah dengan rela untuk menjaga dan menyanyangi mereka- jangan jadi anak ramai tapi ibu bapa terbiar kasih sayang sebab yang sorang kata Bang Long patut jaga, sorang lagi kata si bongsu lah yang jaga sebab dia banyak dapat harta- saya angkat tangan semasa dahulu lagi ketika ibu masih kuat " Saya yang nak jaga emak!" Masa sembahyang,masa berdoa kita bisikkan pada Allah swt mintak di permudahkan dalam melaksanakan niat kita,mintak kalau dapat pasangan dia merelakan kita dengan niat kita, mintak diberi kesihatan,kekuatan untuk menjaga, mintak di beri rezeki pada kita dan ibu,mintak dilembutkan hati orang2 di sekeliling supaya menyokong dan membantu- kalau berkerja biarlah mendapat boss dan kerja yang bersesuaian supaya kita ada masa untuk menjaga ibu bapa. Perjalanan saya menjaga ibu yang tua dan uzur tidak mudah jika saya tidak menetapkan niat di dalam hati,tidak sentiasa mengasihinya 100%, tidak mendapat sokongan dari suami,tidak mendapat kerja yang membolehkan saya berada di sisinya- Alhamdulillah Allah membuka hati suami,memberi rezeki buat saya dan ibu- bukan lah kaya raya- tetapi sentiasa ada jalan dan rezeki bila ingin membuat sesuatu contohnya semasa uwan perlu di bedah ada rezeki untuk membuatnya di hospital swasta yang bagus dengan pakar terbaik- begitu jugak dengan pembantu rumah,tanpa pembantu yang elok pasti saja saya pening kepala- semua ini kepada siapa saya pinta? Tiada yang lain kecuali Allah Swt- panjang doa saya sehingga menyebut minta di lembutkan hati pembantu,diberikan jalan terbaik,dikurniakan saya kesihatan dan kesabaran yang tinggi- pun begitu masih banyak yang kurang- masih saya belajar- sentiasa meminta keampunan atas segala silap dan salah.
Pada yang berniat menjaga ibu atau bapa- lihat lah dalam hati jawapan nya di situ- manusia ini kalau telah menetapkan niat- telah tegar mahukan sesuatu bulan pun boleh di capai- apatah lagi yang mudah iaitu mengasih dan menjaga orang yang telah melahirkan kita dan menjaga hingga kita menjadi sesiapa saja sekarang- kalau bukan doktor,peguam architect, accountant yang pentingnya kita dilahirkan dapat melihat dunia- tidak dicampak di dalam longkang atau dibuang di dalam tong.

Panjang lebar lah cerita pulak:)

Cerita minggu ini- I love weekend! Monday don't come..he he


Saturday is always special- sitting at the verandah in pyjamas with the girls is heaven;)


Sunday we went for potluck breakfast at the lake near Pashik house- lagi pun nak jemput uwan balik sekali- dah few days Uwan tidur rumah maklang- kalau pergi park uwan kenalah naik wheelchair dah tua ni penat uwan nak jalan.


Sedap selera makan di tepi tasik.


It was a good breakfast with the loved ones.


And that's me sibuk menuang lauk ikan tongkol untuk nasi dagang;)



Nasi dagang kari ikan tongkol sedap.


Dua orang ni pun teruja nak makan:)


And my sister gave me something special- extraordinary pickles :) Olive with petai! and olive kalah semua jadi rasa petai;)


ha ha mesti orang Italy pening kepala tengok ni;) sedap actually my sister taruk garlic and chili too;)


The girls dah graduate dari kindy - Congrats Mia Ayesha!


Congrats Tia Khadeja!


Tia is all grown up now and ready for primary school:)


Same goes with Mia- dah twin kan:)


Claire was so sad to say goodbye to the girls- we ve been together through the good and bad- she was always there for us- different race and religion but she is like part of the family already- masa uwan lepas kena operate and i was busy in the morning nak ke hospital,hantar budak sekolah,sedih, she hugged me and said' You don't have to prepare anything for the girls, you can even send them in pyjamas- i ll take care of them"


This is not goodbye Claire- we will still come and disturb you;)


Me and Claire. We menangis macam budak2 masa nak tinggalkan kindy the last day- she cried hard bila i took the girls into my car;(


I bought these pretty coin banks for the girls from Candylicious- present graduation lah kiranya;)


We didn't go out for any special dinner but i cooked something special at home- Rosemary Roast Chicken.


And bought our favourite ice cream.


Sunnyside Mint Choc is really good;)


Tak berapa manis compared to other brands- so yummyyyy:)


But the papa bought something special for the girls- something mengikut hobby the papa lah:)


Setelah berjaya membuat the girls minat kat Golf- he bought them the starter golf set for kids:);) Kalau minat dia semua boleh- kalau kita nak beli bench kat SSF few hundreds tu dia dah cakap ' ishhhh mahal lah"



Lastly nothing but Alhamdulillah moga dipermudahkan perjalanan semua orang di tahun baru:) and Tia berhenti menguap besar sangat:);)

……………….

20 comments:

penDragon said...

hihi...samaaa...my husband pun mcm tu..bila brg2 kita, laju je ckp mahallll...brg2 dia mahal pun xpe...

Unknown said...

Terasa sgt tersentuh.....moga2 saya dilapangkan dada n diberi hati yg ikhlas seperti k.zu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terharu mmbaca....moga saya dilapangkan dada n diberi hati yang ikhlas seperti k.zu..terasa byk perlu diperbaiki

Unknown said...

Sejuk hati ibu mengandungkan anak macam you Zu...anak yg soleha!
Selamat tahun baru & many happy returns to you & family...

MamaAliya said...

salam kenal kak zu.happy graduation to mia and tia..

dila~noor said...

alhamdulillah dpt membaca your entry pg ni..usually,it will boost my positive mood.. =)

frankly speaking,i dh bc almost all entry..dh mcm dia hard fan pulaknye.mencari kekuatan utk menjadi isteri,ibu dan anak seperti sis..membina sebuah jiwa yang ikhlas berkasih sayang..moga Allah kurniakan pahala jariah yg besar utk sis kerana memberi inspirasi kpd rmai kt luar mcm kami ni =)
tp..i ade 1 mslh..i msh xdpt kenal which 1 is tia..which one is mia..both are very identical..or my alertness blum smpai tahap tinggi lagi..
anyway..have a good day sis =)

Zuraimah Ismail said...

Assalamu'alaikum Kak Zu,

This entry made me tears...so true, so touching....Semoga Allah permudahkan kita semua menyanyangi dan mencintai insan2 di sekeliling kita....dan semuanya kerana redha Allah...thanks for this entry kak zu.....

And congratulation both Tia & Mia!! You both are big girl now...happy new schooling experience in another 2 weeks... :)


Saudah Salleh said...

Kak Zue,

I love reading your blog and kept reading it a few times already.

Kami sangat suka dengan Tia Mia dan decide untuk pregnant twins. Hihi.

Dulu, bila penat, rasa minat memasak tu hilang dan sanggup makan di luar walaupun tak sedap dan healthy. Terfikir macam mana akak boleh buat dan masak pagi petang siap dessert lagi.

But your post on 16 December 2013 changed my beliefs and post selepas itu bertepatan sekali. Before this, I felt it is such a chore to cook. Tambah tired and stress terus order je senang. Now, I masak sebab rasa cinta dan sayang pada suami, semata-mata kerana Allah.

It made such a big difference in my heart and my head. Sekarang rasa memasak tu mudah sangat. Healthy lifestyle tu possible.

Thanks kak zue. You made a huge difference in my life. Doakan I pregnant with twins yang secomel Tia Mia. Hugs and love for you and Uwan and Tia and Mia.

eda said...

touching baca pasal teacher claire .. nanges ~~~

Irfa said...

salam perkenalan dr saya..
belum sempat khatam lagi
sy jugak ingin berbakti selagi boleh pd mak dan ayah selagi hayat mereka ada

Rozz Hazidi said...

Salam mamatiamia..

Lama tak komen di sini. Akak mendapat musibah di hujung tahun nie...dapur akak terbakar. Namun akak redha dengan qada dan qadar Allah...

semoga Allah kurniakan pahala kebaikan pada musibah yang menimpa dan gantikan yang lebih baik.

Tersentuh perasaan akak membaca entri Zu...semoga Zu sekeluarga mendapat ganjaran dari Allah Taala.

Selamat Tahun Baru..

susumanis said...

zura abadi said...

salam kak zu, nampak u n family kat parking one utama last saturday. sempat senyum jer sbb baru nak masuk parking nampak kak zu n family baru kuar kereta. huhuhu... xde rezeki nak tegur dapat senyum pun jadi la.... hehehe

zura abadi said...
This comment has been removed by the author.
Khairul Bariah said...

Sgt tersentuh hati bila membaca ttg kasih sayang...mmg betol apa yg sis tulis tu.

Cikayu said...

Comelnya tia mia..

Cikayu said...

Comelnya tia mia..

Cikayu said...

Comelnya tia mia..

Sarah said...

Hi salam Kak Zu... I just read this and it's really heartbreaking :( Teacher Claire dah kesepian dah sekarang and now those little babies will be her new kids as they will grow up with her. She kept asking me to send my little baby to her and I told her I will once I find a new job that is :)

I love that she is such a great teacher and all the kids love her. She'll always be the best kindy teacher for Idraki.

All the best to your little girls. The school looks so luar negara. Rindu pula zaman sekolah dolu2 kat USA hahaha...

Regards and take care. P/S: Your blog is so lovely but it's really bad that I rarely blog these days and missed so much on all the blogs that I followed on blogger. Oh and a Happy New Year 2014!! Hugs xoxo.