Thursday, July 3, 2014

Hidangan lagi simple semalam.

Salam Fadlina,mrsnan,Syahida,Kniedaz,eda( Teans brand tu boleh beli kat Aeon Jusco Bandar Utama, tapi semalam tak ada prawn noodles paste,cuma curry me, atau boleh jugak cuba di Cold Storage or pasar besar TTDI), Uchieda (salam perkenalan jugak), Nastyna(selamat mencuba),Anis (org N9 mesti suka especially rembau,recipe asal dari Rembau sebenarnya),Filla ( tkasih Filla an selamat berpuasa dengan anak2 comel ye),Moonalis ( santan kotak pun boleh- akak cuma letak 1/3 kotak untuk dua peha ayam yang termasuk thigh bukan drumstick saja),dan Eda. Dan pada yang bertanya berapa lama bawang blend yg beli kat TTDI tu boleh tahan, lama jugak dalam sebulan, kalau nak lama letak di freezer, tapi mine dalam 2 weeks dah habis- kat TTDI pulak di terletak di tengah2, tak really ingat wing yang mana tapi opposite dia org jual santan.

Yesterday masih sakit, teruk lah bila masuk office sebab air cond kuat, tutup pintu sampai tidur atas lantai.Balik tu buat yang simple2 saja.



Roast Chicken with Potato senang nak di buat, ayam yang dah di basuh lap hingga kering, dalam bowl,gaul bawang putih,bawang merah, garlic spread (yup yang kita guna untuk buat garlic bread), garlic cincang dan garam, boleh letak any fresh herb, i used tarragon leaves yang di cincang- macam2 recipe- last time i used fresh yoghurt- semalam yoghurt tak ada so gantikan dengan garlic spread- sometimes perahkan lemon juice jugak, just be creative dan guna apa2 bahan yang ada dalam fridge.Lepas gaul semua bahan, sapu sedikit garam pada ayam, masukkan jari celah kulit supaya garam boleh kena semua daging, lepas tu lumur lah bahan2 tadi hingga masuk celah2 ayam daging di bawah kulit ayam, potong potato dan lumur rata. Bubuh 2- 3 sudu olive oil dalam baking dish dan bakar antara 1 1/2 jam hingga 2 jam- Favourite anak2 dan suami, di makan hingga ke tulang:)




Hari tu ada beli kuah pecal kering dalam paket dari pasar- nampak sedap- semalam suruh heni rebus sayur2, goreng tauhu dan tempe untuk buat pecal- sayur hanya guna bayam,kangkung dan kacang panjang.


Sangat lah sedap- ini lah membuka selera tekak yang tak sedap semalam.


Lauk yang di masak hanya daging goreng kering, kegemaran suami jugak- style lauk nasik kerabu- cuma goreng hingga garing daging yang di haris nipis, tumis bawang merah,putih,halia dan kunyit yang telah di blend hingga wangi gaul dan masukkan kacang.


Dessert pulak durian crepes yang di beli dari kedai- brand nya- "Subang jaya durian crepes" memang sangat sedap- penuh durian dan cream- lelap2 mata makannya:):) penghibur tekak jugak.


Dan minuman cendol extra ice- nikmatttt:)


Ini lah rupa paste dari Teans' Brand tu- ada Prawn Noodles dan macam lagi- so far yang telah di cuba dan memang sedap adalah prawn noodles dan curry noodles- kalau malas tak payah lah tambah apa2, cuma i akan buang minyak dia dan kalau prwan noodles i tambah oyster sauce kalau curry noodles i akan tambah oyster sauce dan sedikit santan.

Apa yang di iginkan petang ni? ganjil betul selera- rasa nak makan mee rojak- dalam otak ni dah creative memikirkan cara membuat kuah mee rojak secara shortcut- I rasa i akan singgah beli kuah pecal lagi dari kedai sama, kentang dan biskut marrie, Kuah pecal kan dimasak dalam periuk dengan air, kentang di rebus dan di lenyet, masukkan biskut marie akan jadi kuah rojak yang sedap rasanya. Hmmm terbayang kueh udang yang dipotong2, telur rebus, tahu goreng, timun ..mesti best kan..mari kita cuba. 

Di bawah lauk2 tahun 2012.. he he itu idea untuk esok pulak:)








Selamat memasak dan berbuka pada semua;);)

………...



20 comments:

syalinda johari said...

sedap2 nyaaaaaaaa gambar tu..
selamat berpuasa kak..

syalinda johari said...

sedap2 nyaaaaaaaa gambar tu..
selamat berpuasa kak..

Irfa said...

ikan pekasam nampak sedap sgt

Zee Suhaini said...

masak lemak telur itik ngan kulit rambai, ikan peksam ngan asam keladi ni memangdah lam tak makan kak..
tengah dok mencari pekasam gak ni..payah jumpa..

next time pi jj boleh l cari prawn taste tu..
daging kunyit also sedap tu..

Unknown said...

Untungnya jadi family u...dpt mkn home cooked meal yg sedap hari2

ciknadrahismail said...

Selamat berbuka sis:)
semua nampak sedap...

ciknadrahismail said...

Selamat berbuka sis:)
semua nampak sedap...

eray ayang said...

wahh terbuka selera..oppss puasa
boleh masak dalam menu berbuka
tapi cendol tu..ya rabb

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/jangan-baca-jika-tak-nak-jadi-ahli.html

Kniedaz said...

uii...mencabar mata ni..k.zu...semalam saya dah buat ayam sambal ala k.zu tu..kebetulan mr hubby beli ayam semalam dan dia request ayam sambal...hehe..sedap..sedap

Anis Ismail said...

Orang Rembau dapat wife sabahan maka ada percanggahan selera disitu.
Happy lar hubby N9 saya lepas ni saya cuba resepi Zue yg lain...teringat ingat rendang ayam letak daun puding tu hmm tapi MIL tak pernah pulak buat.

Chekgu Azrine said...

Terliur tgok pecal tuh..seyes lama dah tak makan pecal tuh..sure sedap kan

Nastyna said...

dalam tak sihat pun sempat masak berpanggang2 lagi tu, so kagum. Saya pun ni duk rasa tak sedap tekak pulak dah, panas sangat la today, tak tau nak masak apa ni, tertarik ngan pecal tu.

pacificblue said...

Ranadhan kareem ..lama x jenguk..ramadhan jenguk blk..terliur tgk...

dhr said...

Lenyet instead of lenyek. True blue kolopilah :)

cik tudung senget said...

Kak zu.kalau buat kuah pasembor pun boleh ke letak biskut marie tu?

Zulfadly said...

tgk lauk ni kak, terpaksa esok request kat mak saya, hehe

Zulfadly said...

lupa, sampaikan salam pada Uwan, didoakan diberikan kesihatan yang baik, IAllah

emy pokden said...

Sedap2 sumenyer...
Hari2 dah masak kadang2 buntu jugak nk pilih menu..
Tgk rojak akak tingat rojak ayam taman gelora kuantan..
mmg marvelous
Hehehe

Sella Shahbudin said...

last week baca pasal paste mee udang Tean... balik keja friday tu, singgah Tesco. alhamdulillah ada. seronoknya tak terkata. dah try.. mmg sedap!

eda said...

tq kak zu bgtau n explain hehe .. alhamdulillahhh nt akan dicari