Saturday, July 5, 2014

Weekend I Love You:)

Salam Semua!

Weekend is here! How i love weekend:):) Sometimes weekdays is too long and weekend is just too short!

These few days i belek2 garden- panas pun i still love sitting without doing anything in my tiny garden- Now that i have more trees and plants in my garden it's colder:) My wish now is to see my newly planted Bunga Telang by the Tia Mia's cubbyhouse to grow and crawl all over the house:):) 



Elcha (Elsa) loves to play in the garden too:)


We have 3 new kittens- Elsa, BumBum and Blacksocks but everyone's sweetheart is Elsa;)


My new blooms- sejak musim panas ni lama tak menukar bunga-bila berkembang macam ni hati pun kembang sama:)


Ni Bumbum- muka masam selalu compared to Elcha:)


Yesterday evening i buat Lemonade with Honey- tekak pun tak habis2 lagi batuk gatal.


No ice- just honey&lemon.


The main lauk was asam pedas ikan bawal with Kubis jeruk-very little oil sebab tukang masak batuk- i just used 1 spoon of olive oil.


Gulai masak lemak ikan sembilang pulak beli di Cafe office saja:)


This morning we took the girls to school for the 3 way conference atau lebih kurang Report Card Day lah- today the parents together with the children will get to meet the teacher one by one during the 1 to 1 session.

Last time our worries was Bahasa Malaysia- They used to speak very little BM as both had attended International kindergarten- A year before school we started teaching them bahasa as much as we could- everyday we read BM story books to them- Not much improvement at that time- but we keep encouraging them- bila masuk private school pulak the environment pun not helping so much sebab semua student pun speak English- teacher pun. But Alhamdulillah, they picked up quite fast- the effort to read BM books and watch malay story on TV finally paid- Their BM's result is good, monthly test they consistently dapat 95 above and this 1/2 year exam both dapat A for BM. 


Alhamdulillah the overall result is good- Tia as usual sebagai 'kakak besar by 3 mins' marks semua lebih sikit dari Mia- cuma dia tak boleh beat Mia dalam Pengajian Islam- Mia has fulled mark including her Hafazan (menghafaz ayat Al Quran)- Both have a long way to go- markah tertinggi bukanlah agenda tertinggi kita, mencari ilmu, faham mengenai konsep belajar dan tujuan belajar serta kehidupan yang utama. Perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab- kecerdikan di hati bukan saja di fikiran akan membawa kita lebih jauh. Jika hanya mengukur result- jika kita rasa bagus dapat 99 ada yang lain dapat 100- jika kita rasa bagus dapat 7 atau lapan As ada yang dapat 10 atau 12 As- yang membezakan kita kecerdikan di hati dan jiwa itu. Doa dan matlamat akan mencorak kan pilihan kita. Papa dan Mama tidak kaya cuma ada peluang dan jalan diberi Allah Swt untuk memberi asas pelajaran yang di kira baik  for you both- banyak yang perlu kita korbankan- May both of you remember that, always.


Enough nasihat:) Okay hari ni jom masak Nasi Kerabu! and brownies too:) 


Petang buatkan chewy brownies in cups for them.Nampak strawberries ni tak sabar2 dua org nak berbuka- So far hanya sampai pukul 4.15 keduanya berpuasa- tak apalah slow2 kita cuba okay- malam ni bangun sahur and see whether tomorrow boleh until 6.00 or more.


My Nasi kerabu or Blue rice Tia Mia panggil:) Nasi kerabu ni murah2 bahannya cuma mengambil masa dan tenaga nak menyiapkannya.


Sambal santan pecah minyak ni belajar dari MIL.Kalau beli kat pasar ramadhan they tak ada sambal santan ni. Caranya ikut my MIL blend bawang merah besar, putih, halia,serai,cilimerahsikit dan isi ikan yang di rebus . Masak dengan santan sehingga pecah minyak. My version pulak i tambah sikit udang kering, nak bau sedap.Buatkan jugak serunding kelapa, just rendang the kelapa parut tanpa minyak and kalau nak sedap masukkan jugak isi ikan yang direbus.


Husband nak ikan selar kuning kecik- murah ikan kenit ni- 15 ekor RM3 ajer- i goreng dengan tepung pulut yang dicampur sedikit tepung gandum dan kunyit- crunchy kruk krak bila makan:)


Masuk dalam pinggan letak semua termasuk budu:)


Telur Masin jgn lupa;) Sedap tak terkata- sambal santan pecah minyak tu lah buatnya sangat sedap;): lemak bercampur sayur krup krap:)


Alhamdulillah semua orang pun suka.


Pemanis hanya ini saja:)

selamat bersahur dan berpuasa pada esok hari.Badan dah penat nak tidorrrr:)Nite2.

…………….

9 comments:

mrsnan said...

tahniah tia mia...teruskan...semoga lebih sukses..

tabik spring la kat mama tia mia ni...rajin sangat sangat sangat rajin masak ni...

cayalah k.zu

syalinda johari said...

Bunga2 kt taman umah tu Sgt cantik Dan ceria...tahniah Tia Mia..excellence betul...ikan kecik2 tu mmg sedap..lagi2 mkn dgn nasik kerabu...selamat berpuasa kak..

syalinda johari said...

Bunga2 kt taman umah tu Sgt cantik Dan ceria...tahniah Tia Mia..excellence betul...ikan kecik2 tu mmg sedap..lagi2 mkn dgn nasik kerabu...selamat berpuasa kak..

cacah said...

sedapnya nasik kerabu, ulam kacang botor tu menariknya...
petang ni nok gi cari nasik kerabu la buat buka...
:)

cacah said...

sedapnya nasik kerabu, ulam kacang botor tu menariknya...
petang ni nok gi cari nasik kerabu la buat buka...
:)

Syafinaz Ali said...

Congrats tia mia ��

Kecur air liur tgk nasi kerabu kak zu.kat brisbane ni ada jgk org jual nasi kerabu sedap juga cuma tak complete la x mcm kat malaysia.cukup la takat nk lps rindu kat makanan malaysia.hehehe.

Tapi tgk nasi kerabu versi kak zu perghhg mmg terliur la.nampak sedap.

4 Kay-E said...

Salam Ramadhan Azu...
ALhamdulillah TiaMia dpt good result :)
Sedapnye tengok ur nasi kerabu tu... Memang renyah nak buat. tapi berbaloi makan kan?

Hope to meet u after raya. Lama betul tak jumpa secara fizikal. asyik dalam talian je. hehee....

Ummi said...

Salam kak zu,
Lama ternanti2 posting kakak manis dan penyayang ni. Harap semua sihat ye kak di bulan ramadhan ni. Kirim salam uwan, Tia and Mia.
Love, dian adeela

Rahayu Abdul Rashid said...

Kalau kat besut tganu kami.. sambal santan tu dipanggil tumis belacan @ budu. Boleh letak budu atau belacan. Tu penyedal nasi kerabu sebenarnya :)