Wednesday, July 2, 2014

Resepi mudah dan sedap untuk keluarga.

Salam Cacah, Nastyna yang jauh, dhr (masih jauh lagi ke), lyza,ila.syalinda,eda,emy, Munirah,Unknown,Hanem Manaf (kakak Narimah- ya pergi lah ambik sambal dari Narimah tu) and shafa. Terima kasih semua:) To fiezachomel nanti akak pi melawat your gulai ayam:)

I was sick yesterday, the day before i had a very bad sore throat- The lovely Dr Rohaya gave me MC yesterday together with Augmentin (antibiotic) and Clarinesse for my bad flu. I slept for few hours after i got back from Clinic, woke up at 4.00 terus masuk dapur- i cooked several dishes, penat pun masak jugak lah, sebab pasar ramadhan near my area is quite hopeless. Dah pergi 2 hair, beli lauk ada yang pedas melampau, yang basi,roti john pun very dry, kesian Uwan dah lah dia puasa lauk pedas sangat until i have to wash it for her. Semalam, dengan hingus meleleh-leleh, sumbat dengan tisu and masak ( he he teruk benar bunyinya)

Bulan puasa ni macam2 resepi canggih di kongsi oleh yang Professional  but i stick to my family's favourite- yang senang dan mudah:);) lagi pun kita kerja, kena lah bijak membuat preparation- for myself i dah siap beli bawang putih,bawang merah,halia,cilipadi yang dah di kisar dari Pasar besar TTDI, i beli beberapa paste yang memang terbukti sedap nya macam brand dari "Tean" paste Prawn Mee dan Curry Mee dia memang sedap betul. So i beli few packs, bukak and masukkan dalam botol simpan di fridge, paste2 ni boleh di guna untuk masakan lain, contohnya, paste prawn mee boleh guna untuk masak kuey teow goreng,sangat sedap rasanya, bila nak masak hanya perlu bukak fridge bawak bowl, ambik sesudu bawang putih merah, rempah, oyster sauce,kicap pekat dan cair, tak perlu keluarkan semua botol dan barang, dengan satu bowl ni kita just tumis satu2- yang nak dibersihkan kurang dan yang di kemaskan kena masuk fridge semula pun tak ada.



On Tuesday when i had the sore throat the girls in the office shared with me these raw and wild honey from Hutan Pahang. I bought 2 bottles from her.


Tuesday we went to Pasar Ramadhan it was super duper hot- dari situ lah asalnya tak sihat ni- balik pulak lauk2 dan kueh sangat mengecewakan.


Yesterday after the trip to Clinic i saw some durians by the road side, i bought one priced at RM28.00.


Balik after taking the nap i buat santan durian- my resepi mudah ajer macam orang lain jugak. Cuma i guna organik brown sugar yang i beli dari Organic Section kat Jusco Bandar Utama, sedap rasanya especially kalau nak buat lychee kang. I masukkan santan, daun pandan dan air dalam periuk, masukkan gula, biar mendidih, masukkan durian yang dilenyek bersama bijinya dan bancuh sesudu tepung pulut dengan air, bila dah nak angkat baru masukkan, kacau2 hingga kuah pekat.


Pulut pulak sebab nak cepat i cuma tanak atas dapur gas instead of steaming, lagi pun lagi sedap sebab pulatnya betul2 lembut- kalau di makan dengan mangga masak dan santan macam Thai style tu pun sedap.


Hidanglan macam dekat hotel sikit- scoop two spoons of pulut, put in a bowl, siram santan keliling dan hias dengan daun pandan:) my girls suka ni:) Uwan pun.


The girls pulak mintak jelly dan berhari-hari- walaupun puasa until 4.00 saja the mama tetap buatkan:) This time i made agar2 pandan bersantan- pun senang dan ringkas, rendam agar2 sekejap dan rebus dengan 5 gelas air utk sepeket agar2- bila dan hancur semua masukkan organic brown sugar mengikut rasa, mine manis2 buah saja, masaukkan perisa pandan (sebab malas nak buat sendiri) dan masukkan 1/2 kotak santan, masak hingga mendidih dan masukkan dalam acuan yang kita suka.


Sedap,nyaman dan cantik.


My husband memang suka my Prawn Mee- so semalam buatkan untik dia- walaupun si isteri ni sakit tekak. Pun ringkas dan mudah, kuahnya i hanya rebus kulit dan kepala udang, dah tu i masukkan 1/2 paket paste Tean Prawn mee, 2 sudu oyster, biar mendidih.Rasanya lagi sedap dari kedai- dulu2 rajin dan ada masa i buat kuahnya from scratch, tumbuk udang kering, kisar udang- now nak cepat pakai ajar yang jumpa sedap ni. Dah siap kuah, jusr celur kejap mee, masukkan dalam bowl, celur jugak kangkung,udang dan tahu, semalam tak ada taugeh kalau ada lagi sedap.


Biar kuah merenih atas api kecik di dapur, bila dah nak berbuka baru di siram atas mee. Semalam i tak makan sebab tekak gatal rasa sayang tengok my bowl but the girls so suka, pedas sikit2 pun habis di makan oleh dua orang tu- so bebaloi lah membuatnya. Boleh di tambah telur rebus lembut kalau suka, lagi lah sedap dan jugak sambal belacan masak:)


lauk semalam pun yang senang dan disukai Uwan, heni siap2 potong kan labu, i just rebus sekejap dengan air sedikit serta daun kunyit, dah lembut dan sedikit kering masukkan santan dan garam.Siap!


Ini sambal ayam kegemaran keluarga, uwan, budak2, myself, husband semua suka, my sambal ayam tak pakai tomato puree atau sebagainya, hanya goreng ayam hingga garing, i guna bahagian peha saja yang dipotong, bila ayam dah garing, buang 2/3 minyak mengoreng dalam kuali, tinggalkan sikit saja, tumis bawang merah,putih dan hali blend, masukkan 1 sudu cili kering kisar ( i letak tak banyak suoaya budak2 boleh makan), masukkan 2 sudu oyster sauce, bila dan wangi masukkan sedikit santan, santan ni lah penyedapnya, masukkan secubit garam, bubuh air sikit, masukkan ayam dan masak hingga kering. Sangat sedap:)

Itu lah perkongsian recipe tak canggih but disukai keluarga:)

hari ni nak masak apa? Entah lah tekak masih tak sedap- bukak puasa semalam pun tak makan sangat, malam tadi bangun sahur menyiapkan utk hb saja lepas tu tidur:) 

Apa pun terasa macam nak buat:)


Pecal- sedap makan sayur2 dan tauhu ni.


Carrot juice pun sesuai lah utk tekak perit ni.


Tahun ni sedih lagi mengenangkan uwan yang dah  kabur sangat penglihatannya- Last year happy nya dia di bawak beli kasut- kalau dikenang2kan mengalir air mata tak berhenti- sekarang waktu sahur i di suapkan makan, kalau tak sikit sangat makannya,dapar berpuasa 3 hari dia, dah 2 hari i tak bagi dia puasa- too weak, so sekarang pagi bagi makan bubur, air milo dan vitamin, supaya dia dapat tenaga balik. Sayangi lah ibu bapa kita tanpa bertangguh, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada dia atau pun kita, jangan lengahkan apa2 pun, masa berlalu,kenangan manis pun berlalu. Apa pun yang kita buat pada mereka, yang baik atau tak kenangan tu akan terpahat selamanya.Cuma penguat semangat adalah kesyukuran- Alhamdulillah kita masih punya mereka.


Last year buat bahulu tradisi kat uwan, rasanya tahun ni nak buat lagi:)

Selamat memasak dan berbuka semua!

…………..


13 comments:

FADLINA MOKHTAR said...

Kak zu.thanks for recipes.meluap2 nak p beli tean paste tu.tak pernah jumpa yang bagus.where did u get it here at kota damansara ? Kat giant ada tak kak.thanks kerana selalu ingatkan pasal parents.saya pun parents jauh kat perlis jarang dpt jumpa.telefon je pengubat rindu.��.

mrsnan said...

cantekss je agar2 santan k.zu...
ok resepi baru nih...ayam pedas lemak...huhuhu

Kniedaz said...

saya ingat lagi gambar uwan cuba kasut ni..dalam entry lepas adakan k.zu? semoga uwan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
resepi simple mudah sedia..thanks for sharing ^_^

syalinda johari said...

dapat idea dah ni nak masak petang ni..

nanti nak gi cari la Tean Paste tu..

Thanks akak for the recipes...

tengok pun dah berkobar-kobar nak masak ni..

Selamat berpuasa akak...
take care tau akak dan family...
moga cepat sembuh sakit tekak..

eda said...

kak zu TQ pasal the tean paste , sellau tak berani nak beli sbb takut rasa dia tak best ..
nmpak je gayut kat pasar everfresh TTDI tu , tp tak amek pun ...

one more , eda tak pernah g pasar besar TTDI lagi n do you mind to share kedudukan kedai yg blend2 bwg2 and cili2 tu tak kak ?

and bwg putih yg kak zu beli tu kan , bape lame eh tahan dlm fridge ? ..

sorrrrryyyyy byk tanyeeeeee .. syg kak zu ..

Uchieda said...

Nice blog, salam perkenalan

Zee Suhaini said...

resepi sumer ringkas2 yer kak zu..memang senang sangat..aritu dok cari resepi udang lemak petai kak zu tapi tak jumpa..masak jugak la tapi main agak2..heheheee.

Nastyna said...

ur ayam bercili look so marvellous, letak santan rupanya, nnt nak cuba la.

Anis Ismail said...

Asalamualaikum Zue
Semoga cepat sihat terutama uwan.
Silent reader yg nak bagitau your sambal bilis tempoyak sgt sedap...my other half from Rembau sgt suka.Jgn serik share resepi sempoi lagi ye,tq.

Filla said...

Get well soon KakZue.. tulah, masak untuk keluarga walaupun simple tapi kepuasan dia lain sebab dapat tengok muka anak ngan husband makan.. hope kak zue cepat sihat psni makin semangat sediakan juadah untuk keluarga :) selamat berpuasa!!

moonzali said...

Assalam kak Zu.. nk tnye skit tuk resepi ayam sambal tu santan tu akk gune fresh ke instant?pastu bape sukatan nye ye?

Eeta Neet said...

Salam perkenalan...

selama ni asyik jd silent reader
suka dgn blog ni...
byk inspirasi terutama soal mak
bila baca berlinang2 air mata
eheheh...hati tisu kot.
juga suka soal tiamia si comel
X lupa favourite part...kucing
Last... minta halal bab 'curi' idea deco dan resepi baking. :)

Terima kasih ye..sbb blog ni saya jadi rajin sikit dan x mudah marah2 kalau buat kerja rumah.

dhr said...

Salam Kak Zue...get well soon...semoga seluruh keluarga diberikan kesihatan yang baik utk berpuasa. Saya belum balik Malaysia lagi. Masih di Manila. InsyaAllah balik for good lepas raya. Kire raya tahun ni last di perantauan.