Tuesday, July 1, 2014

Assalamualikum!

Assalamulaikum!

Dah lama tak mencatat kenangan here- normal thing- was busy then come this Special month of ramadhan, busier;) but happier:)

Today reader Izaidin meng email gambar gulai telur yang di masaknya mengikut cara2 dari blog ni:) happy to see the result- so cantik gulai telur dengan kedondong nya:) Then FiezahChomel hantar message bertanya khabar sebab dah lama tak dengar berita- thank you so much- selsema dan penat hari ni pun membuat lah catatan di sini:) 

Selamat Menyambut Puasa, dah hari ke 3 kan..Alhamdulillah. Quite a number of pictures to share here, too many actually, few important events too:);)


Alhamdulillah first day puasa dapat membawa Tia Mia ke Masjid Kuning dekat rumah- this masjid istimewa nya sebab sejak kecik dulu bila lalu depannya dengan Uwan di dalam kereta- Uwan akan cakap " Adik,Kakak tengok masjid kuning"- sangat sedih hati now Uwan tak berapa nampak lagi tiap kali lalu dengan nya di dalam kereta sekarang dia hanya senyap sebab tak nampak lagi.


Malam tu kita pergi dengan Kak Yan, terasa kehilangan Kak Ikin yang sedang menunaikan umrah dengan suaminya sekarang.


Tingkat 2 masjid ni ramai jemaah wanita dengan anak2 kecik..so okay lah.


24/6 hari tu Birthday these two:) Happy 7th Birthday girls- we love you very very much:) Kecik2 dulu sibuk lah nak celebrate di Club bagai- dah besar and sekolah ni ringkas jading- sambut dengan kawan2 di sekolah- itu lebih mengembirakan;) They asked for a Castle Cake- they were so happy when we brought the cake to school- The whole class had a good time that day.


Then boatman goodies bags for the class- there were 15 girls and 10 boys in the class but they have 12 teachers! 


For the girls.


For the boys


For the teachers- male or female terima ajer ah barbie bags ni;)


Nothing expensive this year- lagi pun they dah beli advanced birthday present- the doll house- so for actual birthday belikan benda yang boleh di guna ke sekolah;)


They requested for pavlova- I took one day off on their birthday and while they were at school i made them the pavlova- two pavlovas:)


Turned out nice- crispy and crunchy outside and a bit soft inside- my recipe- 5 eggs white, 1 cup castor sugar, 2 tablespoons cornflour, 2 teaspoons white vinegar and 1 teaspoon vanilla. 



sebab manis- i letak sour cream as topping.


Special pavlova from mama to the girls;)


Double pavlovas;)


Crunchy outside and soft inside.


Another special event , was their maiden concert- berbulan-bulan practice kat sekolah.


So happy dua orang ni bila dapat baju concert;) The school buatkan baju for them setelah ukur setiap sorang.


My Princesses.


We sent them to school on Saturday 20th.


The Glass Slipper- who will get to wear this?:):)


The grand stage at the School Multi-purpose hall.


My Tia Khadeja and Mia Ayesha in "Marry Me'- the concert ada banyak scenes and theirs were in "Marry Me' by Jason Derulo.


The School and the kids deserved an oustanding ovation- the concert was very good and they were all well prepared.


Beautiful stage.


The most important scene in Cinderella- when the clock strikes 12.00


Clap, clap,clap- gud job girls!


Sempena bulan ramadhan berkongsi sekali lagi resipi sambal belacan masak.bahan2 belacan,bawng,cilipadi dan kering,tomato dan asam keping.


Goreng dengan sedikit minyak hingga betul2 wangi- goreng belacan dulu.


Tumbuk hingga hancur.


Sedap!


Boleh simpan dalam botol and keep in a fridge.


Buatkan lauk yang ringkas macam terung telunjuk rebus asam.


dan ikan bakar serta ulam segar- walaaaa sedapnya- bertambah nasi uwan makan:) me- so happy.


Dulu2 di kampung- nak puasa Uwan akan haias halaman dengan bunga baru- menandakan keriangan Ramadhan bulan istimewa telah datang- saya pun ikut uwan- membelek halaman dan menambah bunga.


Di kampung halaman tempat penting untuk beristirehat, bertemu jiran, berkansih sayang dengan keluarga- saya pun ikut Uwan jugak- membersihkan taman kecil sehari sebelum puasa;)


Saya tanam pokok bunga telang. manalah tahu nak buat nasi kerabu kan:)


Nanti kalau mintak rumah PIL my FIL akan bagi seluruh bunga hingga tak tinggal satu, kalau nak pokoknya pun dia bagi:( malu rasanya- baik tanam sendiri:)


Ini Elsa, anak jiran sebelah rumah sangat rajin buat macam2 untuknya, bajulah,topi dan macam2;)


And Elsa suka kat pokok bunga- terlampau suka, dia tidur dalam pasu bunga dan hingga patah2 pokok bunga di panjatnya;)


Bila dah berwarna-warni- hati pun gembira kan;)


Buat seperiuk sup tulang sebab orang N9 kalau sehari sebelum puasa they ada hari "Mogang"- hari ini banyak lembu di sembelih,buat lemang, masak rendang dan sup tulang untuk sambut anak2 berkumpul balik kampung.


kalau taman dah bersih, semua orang pun suka duduk2 di luar:)


Baru 3 hari puasa dah ada orang buat baju raya kerr? Saya dah keluarkan baju2 lama;);)

Selamat berpuasa semua:) 

13 comments:

cacah said...

selamat berpuasa kak zu and family... :)

Nastyna said...

as ususal...masa baca tu macam banyak jer nak tulis kat komen, once dah habis terus speechless. apa pun selamat berpuasa kak, oh I saw my fren's posted a pic on fb about the kids concert, same school? hehehe

dhr said...

Selamat berpuasa kak Zue!

Unknown said...

rindunya nak baca entry k. zu... akhirnya update jgak... salam Ramadan

Ila said...

Selamat berpuasa kak Zu...semoga semua sihat ...sangat cantik Tia Mia...macam puteri kayangan.

syalinda johari said...

Selamat berpuasa Kak Zue dan keluarga...

eda said...

selamat berpuasa kak zu, uwan n family ...

tulis jugak akhirnye , tetiap ari bukak tau ... hehe ..

kim slm uwan ..

the girls really copy paste muka kak zu yg bab jelita tu hehe ..

wahh tq resepi sambal belacan masak ... !!

cantek the girl pakai baju princess ...

emy said...

selamat berpuasa utk akak sekeluarga...sy suka baca blog akak ni...rasa bermotivasi gitu....

Unknown said...

oh mogang ke kak.. bukan mantai ker? kami selalu panggil mantai kalau belah belah johol ni.. hehehhe .. n9 rockxxxxxxxxx

Unknown said...

As Salam Kak Zue, memang tidak pernah menghampakan... the sambal belacan.. must try... Selamat Menjalani Ibadah Puasa Buat Kak Zue sekeluarga...

Unknown said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa azu, sambal belacan goreng tu sangat mengoda, tapi rasanya saya akan selalu dapt makan sambal tu bila nampak resepi tu kat fb my sister dari zu sebelum ni. Kami ni peminat tegar apa jua masakan yg azu buat.

shafa ismail said...

salam ramadhan kak zu.. miss u n ur stories. btw, cantik telekung twin.

4 Kay-E said...

Salam Azu,
Happy belated birthday for TiaMia... Beza sikit je dengan Eizan :)
Always remembered their birthday every year.
Cantiknye kek castle tu. Happy lah budak kenit 2 tu ye. heheee...

Cantinye princesses sume masa concert :)