Dah hampir seminggu tidak menulis di fb atau di mana2- hati sungguh senja- kadang2 gelora, membawa ke hujan- Ye lah Mazni- melancolic sungguh saya. Sebabnya Uwan sejak balik dari hari raya tak berapa sihat- nampak setiap tahun, bulan dan hari berubah kepada lemah. Saya faham dan akur dengan aturan hidup- tapi hati tetap sedih,hati tetap sukar di pujuk. Masa hari raya di kampung, walaupun penglihatan kabur, dia sangat happy- duduk lama di meja, makan macam2,bercerita macam2. Aduhhhh rindu tak terkata zaman dia masih kuat dan sihat- balik kampung dia boss, tak boleh campak apa pun sesuka hati, bila dibelikan baju raya sukanya dia tengok,bila bawak pilih kasut pun teruja dia. Sekarang baju raya setakat di usap tak boleh di lihat lagi. Dalam bersyukur di beri peluang bersama dia sehingga sekarang- wanita melancolic ini tetap sedih- rindu bagai anak kecik- penglihatan, kekuatan,mana nak saya carik di kedai, mana nak saya belikan buat dia- hanya lah doa, doa dan doa- moga Allah Swt mengasihi dia sebagai mana dia mengasihi saya semasa masih kecil- tambah sedihnya kasihnya dia pada saya bukan setakat masa kecil- sama saja sehingga kini- dalam umur 91 tahun masih mahu menjaga saya- kalau mintak ampun, dia cakap tiada dosa dengan dia, kalau mintak di doakan kesihatan- dia cakap ' ye emak doakan kebahagiaan kau suami isteri,anak beranak,berbaik dan bahagia sentiasa" Ingatnya dia dan mahu supaya saya sentiasa bahagia- mana lah hati tidak selalu sedih, tiada punca untuk marah atau penat kerana dia, tak pernah menyusahkankan.
Hari Jumaat saya terpaksa hantar dia rumah my sister, Heni masih bercuti di Indonesia, seminggu lagi baru balik,esok saya dah mula kerja, tiada orang di rumah.Sepanjang nak pergi rumah my sister, berdua dengan dia, sedih saya membawa kereta, dia duduk di sebelah, saya tanya dia ingat tak masa2 dahulu sama2 berjalan dengan dia ke Cameron, Bukit Tinggi, naik Cable Car di Genting- ketika bujang hanya saya dan dia- kami makan berdua di hotel- Semuanya dia masih ingat- Jika ada ibu yang masih kuat bina lah ingatan bahagia sebanyak mana dengan dia- satu hari bila tak dapat berbuat demikian kita sangat rindu- mencari yang tak dapat- mesti lah sedih tak terkata.Kemudian dah dua hari rumah my sister demam pulak dia- lagi lah risau hati- macam berpisah dengan anak kecil- balik ke rumah tengok katil dia saya menangis- tiap malam berdoa sahaja kerja saya.
Hari ni telefon my sister Alhamdulillah, dah baik dia dari demam, cuma masih lemah- dapat bercakap di telefon mendengar suaranya sukanya hati saya- saya suruh Tia dan Mia berborak- mintak doakan nak exam besok- dengar dia cakap ' ye Uwan doa kan adik dan kakak"- harap2 by next week kuatlah dia kembali, boleh balik cepat2 ke rumah saya lagi.
Itu lah cerita saya- raya ni selain balik kampung then last week my sister, nieces, kawan baik datang kerumah tiada lah saya ke mana2- tambahan kerja rumah banyak nak di bereskan,anak2 pulak mid year exam besok. baju raya pun itu lah sekali di pakai di kampung- tak apalah banyak tahun dah berjalan sana sini- tahun ni banyak kan lah muhasabah diri;):)
Setelah berapa lama terperap di rumah, buat revision budak2, berkemas etc- hari ni bawaklah budak keluar petang hari ke Pelabuhan Klng, makan seafood- kesian pulak budak dua orang ni-
Di bawah gambar2 last two week- jadi full time house wife:)
Sempat membuat sebijik cake.
Goreng pisang nangka buat uwan petang2:)
dah penat menyapu duduk saja atas rumput dan termenung- bukan selalu dapat begini kan- rumput halaman sekangkang kera di depan rumah selalu di pandang sahaja setiap balik office- kali ini saya duduk dan berehat:):)
melihat keliling dan mensyukuri apa pun yang ada.
Selepas mandi pagi bersarapan, saya bawak uwan duduk di atas buaian di beranda, sambil saya menyiram bunga kami berborak- ini pun waktu lebih berharga dari emas.
Memberi masa pada anak2 nak bercerita apa pun.
Ini teman di dapur bila sudah makan, saya membasuh pinggan dia duduk meneman;)
Memang tak keluar rumah beli groceries pun online saja- beralih dari Tesco mencuba PRESTO-.boleh lah tahan- jika ada barang2 yang tak ada- dia akan pulangkan tunai walaupun kita bayar secara credit card.
Selection roti dia bagus compared to Tesco- Presto ada Ciabatta dan Foccacia bread - which is our favourite.
Raya ni teringat nak mengeluarkan gadget baru yang dah lama di beli- chopping board ni- best memotong cheese pakai ni- malangnya- the ceramic plate gambar apple tu jatuh masa saya basuh dan pecah:( sedihnya tak tahu lah boleh beli the ceramic tu dari Portmerion lagi- kalau tak kena lah saya belikan tile biasa dari sini.
Ini teman terbaik masa Heni tak ada- semua kita wet-wipes;);)
Malam ni entry saya di sudahi dengan doa buat dia- Kasihi dia Ya Allah- Amin.
……..
Buat yang berminat nak beli floor rug, tapestry boleh hubungi my sister at :
ZAITON ( Tun's Deco) - 0192862680-
Rug/carpet dan tapestry nya memang lah murah jauh berbanding kedai- cantik2 semuanya.
Buat yang bertanya samada boleh bersahabat Alhamdulillah selamat berkenalan:)
Assalamualaikum.
………………….
16 comments:
bagus akak..bijak gurus masa&keluarga
contoh yg baik..bnyk nsihat sye dapt Dr blog ni..terima kasih akak...
Semoga Allah panjangkan umur uwan dan diberiNya kesihatan yang baik.. u are such a wonderful daughter kak zu. I hope i can be just like u..
syahdu baca entry akk ni...hu2..semoga ibu2 kita sentiasa di bawah jagaan Yang Maha Esa..semoga kasih sayang sampai ke syurga....dil jauh dari keluarga..duduk di bumi mesir dh bertahun lamanya..namun apakan daya mengikut suami yang masih belajar.salam ukhuwah kak...juga buat kembar yg sangat comel..
dil..bumi iskandariah .mesir.
syahdu baca entry akk ni...hu2..semoga ibu2 kita sentiasa di bawah jagaan Yang Maha Esa..semoga kasih sayang sampai ke syurga....dil jauh dari keluarga..duduk di bumi mesir dh bertahun lamanya..namun apakan daya mengikut suami yang masih belajar.salam ukhuwah kak...juga buat kembar yg sangat comel..
dil..bumi iskandariah .mesir.
semoga Allah memberi kesihatan yg terbaik untuk uwan... semoga kak zu ceria sentiasa...
TQ kak zu bgtau pasal PRESTO ..
buntu nak pk sejak kene avoid TESCO ..
TQ TQ TQ !!
semoga Allah melindungi uwan and beri uwan kesihatan yg baek2 ...
n buat akak pun , moga diberikan kekuantan fizikal and hati .. amin !
sedihnya baca ni kakzu. nangis.. semoga keluarga kakzu dirahmatiNya.
ur blog byk bagi motivasi kepada saya.... my mom pun mata dh start nak tak nampak due her diabetes... last week dr dah sugest utk guna insulin dah... hopefully i can be strong as you... thanks sudi terima perkenalan dari saya...
terkesan jua dihati bila mendengar kisah Uwan.. semoga diberi kesihatan yang berpanjangan amin...
seronoknya rumah atas air :D
assalamualaikum Zu,
seronok membaca kisah hidup zu dan family. Sudi ke kalau nak berkawan?
Semoga Uwan diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT... Rajin Kak Zu, saya bibik balik kampung 10 hari, tekangkang-kangkang jugak mengejar nak buat semua benda hahahaha..
sebak baca entry ni..huhuhu..
semoga uwan senantiasa sihat...dipanjangkan umur dan diberkatiNYA...kak zue pun moga sentiasa sihat dan kuat untuk menjaga uwan seperti selalunya...
dan semoga mak saya juga dipanjangkan umur dan makin sihat..
huhuhu..rindu mak di kampung..nak balik selalu jauh...apakan daya..hanya telefon jadi pengganti diri.
semoga uwan panjang umur dan diberi kesihatan yang baik semula...tiba2 merindukan masa2 saya dulu bersama emak tercinta..macam bestfriend ke sana kesini berdua saja..sekarang saya di KL dan emak di Ipoh..terpisah kerana tuntutan kerja..
Assalam... best nya baca.. banyak ilmu di sini.. nak Tanya ada blog or website tak utk kak Zaiton.. boleh usha blog/website tersebut...
:( sedih lah baca...sebagai anak kita usaha buat yang terbaik...insyallah
Post a Comment