Sunday, November 30, 2014

Sentiasa Di hati.

Story 1- Jumpa Kawan Darjah Satu!

Last week jumpa kawan Darjah Satu dulu;) So epic- puluhan tahun lah tak jumpa:) Especially me- they ada buat alumni perjumpaan etc but unfortunately i tak pernah dapat join but i join their whatsapp group.Seronok lah nampak they all jumpa2,i dengar cerita saja- nampak very meriah:)


These are my friends- kenal masa Darjah Satu! Alhamdulillah now semua dah berjaya.


The 2 businesswomen-Ida dan Dr Linda-Tahniah Dr Linda baru dapat PHD.


Yang ini really special- masa i darjah satu dia lah yang pertama menghulurkan persahabatan- i kan pemalu- dia tarik tangan i ke kantin- from that day onwards we became bestfriend- jauh di mata tapi dekat di hati.


We met at Chilies- we ordered food until we can't eat!


Dah makan banyak sibuk nak diet- itu lah kerja perempuan:):)

Story 2- Kisah Kau dan Aku


Kisah Tia and Mia- Cuti sekolah asyik bergaduh- kejap sorang masuk bawah meja, sekejap sorang terlentang- aduhhh- sorang pegang keyboard- sorang nak main jugak.


Bila bergaduh pagi- bergema lah rumah sorang main piano kat bawah,sorang main keyboard kat atas- sorang very good at composing new songs- sorang very good at copying it!




My lauk yang nak share minggu ni tak ada lah yang canggih2- tapi sedap meleleh jugak- my sambal hijau- macam cara orang buat- tapi i suka Sari Ratu style- ada ikan bilis sikit dalamnya jadi boleh di makan macam tu saja dengan nasi panas-cara i buat- cili hijau besar, potong2, sedikit ikan bilis, sedikit belacan, bawang merah dan sedikit garam- goreng semua dalam sedikit minyak hingga layu- dah tu tumbuk- sangat sedap rasanya:)


I love to eat it with one sayur goreng- bayam or kangkung is nice to go with sambal hijau;) I love bayam merah- tumbuk sebijik cilipadi,sedikit ikan bills, bawang putih dan merah- tunis, masukkan batang bayam dulu- air tak boleh banyak cukup lah setakat 2, 3 sudu, masukkan daun bayam merah, masak hingga lembut- sangat nyaman:)


Balik kerja kadang2 penat dan sunyi nak masak di dapur but these two are my loyal friends- they will accompany me in the kitchen:)


Saturday Morning turn Heni cuti- so i bawak aja Uwan ke mana2- we went in two cars pagi sabtu tu hantar my hb ke workshop utk service kereta-Uwan excited keluar pagi- i pandang dia dalam kereta- mata tak nampak tapi hatinya happy- muka cerah dan senyum- tiba2 terasa sangat sedihnyaaaaa:(;:( teringat dia sihat dulu- enjoy masa2 kami keluar- dia suka tengok macam2- terasa apa lagi ikhtiar untuk membuat matanya macam dulu- tiba2 i menangis tersedu- sedu dalam kereta-tak boleh di tahan- nasib baik suami di workshop kami dalam kereta satu lagi tunggu di tepi jalan- Mia sibuk tanya 'why,why?" Tia yang lebih senstive menjawab " Mama is sad, Uwan is old, she is weak, last time uwan was strong,she took care of us- mama loves uwan"- sedihnya hati..tersedu menangis macam budak kecik sambil Tia menghulurkan tisu. 


We went back home- while i cooked in the kitchen Mia played piano for Uwan.


Uwan loves listening to the girls playing piano- mesti senyum sambil memuji- muji- my emak in seluar yengki- kasihi dia Ya Allah sebagaimana dia mengasihi ku semasa masih kecil.


This is one of the best food for this week- kedondong muda dan crunchy dengan sambal rojak sedap- truly sedap this ambal rojak beli di jusco RM3.00 tak terlalu manis, pedas or terlampau banyak petis- just nice- lelap2 mata makan.


While waiting for dinner- hujan pulak turun- ini lah kerja dalam rumah.manusia dan bukan manusia sama2 melepak;)


Dinner we went out to Secret Recipe.


Uwan enjoyed her satay very much- she said it was really nice- sampai nak lelap mata pun masih cakap lagi:) Walaupun nampak breast meat ajer but they marinate it well and the meat is soft:)


This morning with maid away- the mama had to kemas the whole house- the papa buat alas perut for the girls- dia buat milo and bagi budak2 tu pagi2 makan Cake Chocolate recipe! amboi kalau dengan papa tiada peraturan:)


After that we went to Awana Genting for brunch- Uwan excited lagi- dah tak boleh nampak tapi dia masih ingat kenangan dulu2- tempat yang selalu bawak dia dulu ni- jadi dia bercerita tentang kenangan dulu- Alhamdulillah banyak kenangan manis dulu dengan Uwan- jadi Uwan boleh hidup dengan kenangan manis tu- nampak dia tak ada regret- raut wajah nya tenang dan damai- Ada peluang cipta lah kenangan manis dengan dengan ibu ayah kita sebanyak mungkin- sampai masa bila dia sudah tak boleh berbuat itu dan ini lagi- dia boleh hidup dalam kenangan itu- dan buat kita pun bila sedih ada lah sempadannya iaitu kesyukuran kerana di beri Allah peluang. Hari ni Uwan makan garlic bread, mushroom soup dan chicken wings:)


My Tijah yang sedikit over- over2 pun they all lah penghibur hati-memeriahkan keadaaan;)


Since buffet di Rajawali Coffee House tempat biasa kita orang tak bukak lagi sebab belum pukul 12.00 we ate at the swimming pool cafe- I ordered Aglio Olio Seafood.


Grilled beef sandwich for papa.


Cucu2 penghibur hati.


Kekasih2 Hati.


Before we go back we stopped for strawberry & chocolate kat Mini Cameron.


Balik hujan renyai- air cond dalam kereta pun sejuk- tepi highway gombak kita berenti beli lemang- suruh dia potong panas2 tu and makan dalam kereta dgn rendang ayam kering- wahhh sedapnya selera uwan and the girls- berasap2 mulut masing2.

Thank You Allah untuk nikmat ini.Alhamdulillah.

………….



18 comments:

Unknown said...

setiap cerita tentang uwan..akan mengingatkan tentang ibu sy.

Chekgu Azrine said...

Semoga terus happy ye sis..
Suka tgok sis punya life..
Kirim salam uwan..semoga trs sihat dan kuat ye uwan

imm said...

thank you Allah untuk nikmat ini.alhamdulillah :)

rendang ayam kering tu nampak menyelerakan betul..

Nur Hidayah Hj Meh said...

assalam.salam perkenalan..slalu jadi silence reader.i'm very touched..the way you treat uwan reminds me of my mum..alhamdullilah akk berkesempatan menjaga uwan..i'm very proud of you..walaupun berkerjaya tetapi itu tak menjadi alasan untuk menjaga ibu..tahniah kak..

nurul asiken.apandi said...

semoga allah memberikan kesihatan kepada akak sekeluarga untuk terus menjaga uwan. uwa remind me to my nenek..semoga uwan diberikan kesihatan yang baik

mamabeauty said...

Alhamdulillah..

every small things with love ones is counting..

Unknown said...

May Allah swt bless you Kak Zue : )

Mie said...

Assalamualaikum Kak Zu,
Saya suka sngt tengok cara akak jaga uwan..bersih je.
Lg 1..best la tengok akak masak sempoi2..makanan kita kita org melayu..petai la..cekodok la.. hihi..
Teruskan menulis ya kak..
luv u..bye..

Norhidayah Rasin said...

Hi kak zu, moga uwan terus sihat & diberi kemudahan mnjalani kehidupan harian.

Nastyna said...

Kak Zu macam tau tau jer selera tekak saya time sejuk2 ni, merembes air liur tengok sambal hijau tu, yer saya pun suka sari ratu :D

Alhamdulillah another great weeks for u and family, especially with Uwan la kan.

Sue said...

zu.. bole share ape tips awet muda tak? hehehe coz sy rasa zu ni baya saya je.. tp lepas baca entry ni macam rasa lagi tua dari saya.. tp muka muda dr saya.. acaner tu.. ape rahsianya...

Sue said...

zu.. bole share ape tips awet muda tak? hehehe coz sy rasa zu ni baya saya je.. tp lepas baca entry ni macam rasa lagi tua dari saya.. tp muka muda dr saya.. acaner tu.. ape rahsianya...

meen said...

yerla.. bila tengok reunion zu, mmg saya rasa umur zu tak semuda yg disangka.. maybe sbb zu nampak selalu happy and happykan orang lain thru your blog.. sukerr sangat.

Cik Iman said...

bestnya jumpa kawan lama

ZF said...

Assalamualaikum Kak Zue
Boleh saya mintak email address akak.

email saya di fzs2020@gmail.com

Jzk

eda said...

kak zu ,
mcm risau ..
lamanye kak zu tak bersiaran ..

Mazatul Hafizah said...

Assalammualaikum,

Kak..(izinkan sy panggil u kak ye, tq).. saya terjumpa blog ni masa cari pasal dapur..
i x kenal u.. i x tau peribadi u.. tp u know what.. setiap post u sangat2 bererti.. sangat2 mendidik jiwa.. especially ttg uwan..
ttg how u make ur life so wonderful and beautiful with what u have now.. no matter how hard to handle them.. terima kasih.. kerana berkongsi rasa.. bagaimana membela seorang ibu yg sudah uzur.. dan mendidik anak2 melalui tauladan..
betapa kata2 anak u dlm kereta tu betul2 buat i rasa syahdu.. how she can understand u.. just by seeing u cry.. Allah bagi balik apa yang u bagi pada uwan..
betapa u sudah berjaya..tetapi masih berpijak di bumi yang nyata.. u are so adorable sista.. ya Allah..limpahkan la rahmat dan kasih sayangMu kepada Kak Zu dan keluarga.. terima kasih..

Mama Safiyyah said...

Kak,

Try cari doctor Barkeh in Pusrawi sebelah national library tu....she's one of the best....who knows she can try and do something for Uwan......