ALhamdulillah, semalam tahun kedua mama dapat menyambut hari ibu dengan kehadiran 2 anak perempuan mama tapi ALHAMDULILLAH yang amat lebih besar lagi lagi kerana mama masih mempunyai ibu dan dapat menyambut bersamanya. Bertuahnya mama kerana tak perlu menelefon atau menghantar kad untuk mengucapkan hari ibu kerana ibu mama ada di sisi,di dalam rumah kita,setiap malam bila hendak melelap mata mama tahu dia ada di dalam bilik sebelah mama tidur di bawah selimut,bila pagi bangun tidur mama dapat melihat dia duduk di veranda rumah kita dengan secawan nescafe, bila tengahari hendak menyuap nasi di office atau cafe mama tahu dia pun menyuap nasi di rumah kita dengan lauk yang mama masak sendiri dan bila balik waktu petang mama dapat melihat dia di halaman dengan anak2 mama ketawa dan berkejar-kejar. Bertuahnya mama,pemurahnya Allah Sbt memberi mama kelebihan itu kepada mama kerana di hari ibu ini ada anak yang mampu menziarah pusara sahaja,tidak dapat memeluk atau mencium ibu..setinggi mana pun kita,sebesar mana rumah kita,se gah mana harta kita tak dapat mengatasi kekayaaan memiliki seorang ibu..tak sama nikmatnya melihat senyum dan ketawa ibu,tak sama indahnya memasak lauk kegemaran ibu...mama mengingatkan diri mama sendiri biarlah ikhlas terhadap ibu,sayang dan sabarlah terhadap ibu..sekali hilang tak kan dapat kita cari ganti lagi di dunia ini...menangis atau meratap pun kita dia tak kan kembali. Ya Allah biarlah semua anak2 di dunia ini menyanyang ibu mereka..biarlah rumah orang2 tua kosong,biarlah ibu yang menangis sendiri rindukan anak tiada lagi..Amin.
semalam kita ke club bersama uwan dan heni..
mama bagi uwan dan pembantu kita heni memanjakan diri semalam..berurut kaki dan bahu..kerana heni pun ibu jugak..begitu susah dia mencari duit meninggalkan anak di indonesia..dia pun ber hak di rai.
dua orang ibu ni di manjakan selama 75 mins..hingga lelap di ulit..
papa,tia and mia seronok2 kat pool pulak..
masih gumbira..sebelum lemas minum air
terjerit-jerit dalam pool happy..
dah lemas langsung naik tak nak turun lagi..
harap2 dua orang tak serik masuk pool lagi..
duduk berehat dengan papa..
sian anak mama lemas..tapi berani..
banyak jugak minum air budak tia ni...
duduk kat club makan chips tunggu mama hantar uwan dan heni urut..
masa ni dah lapar..
tia tak nak kongsi chips dia ni...
duduk tunggu papa ambik kereta nak pergi tunggu uwan kat new house..
ni lah orang lelaki yang tak merai kan hari ibu..meraikan diri sendiri main golf..hehh..hehhh
rumah baru tia and mia dah ada pokok...hari sabtu lori hantar
sibuk dua orang check sana sini..tak berkenan colour pagar neighbour sebelah ye..tak pe nanti mama taruk lattice..pagar kita pasang next week.
Ni lah pokok instant kita..tiba2 dah besar..yey..nanti kita taruk lagi ok...macam2 kita nak buat lagi..decking,tempat mandi outdoor etc..tapi kena tunggu duit dulu:)
5 comments:
eiii cantik la 2 ketul pasu besar kat depan tu... sangat sesuai...
best nyer ader org bawak pi urut kaki
bertuah ler saper yg dpt tu yer =)
dah samer2 jadik ibu, tau penat lelah nyer cam maner...
slmat ari ibu tuk akak, uwan n kak heni jugak =)
bestnyer uwan gi manjakan diri smp tido2 yer...
seronotnya tia mia berendam dlm pool...panas2 skrg ni mmg rs nk terjun dlm pool jer wpon pukul 3 pg....
bila lah nak pindah...teringin nak tengok umah baru....lam gambar pun cun jerk....SELAMAT HARI IBU...seronokkan bila kita plak jadi ibu...
Selamat belated Hari Ibu untuk Uwan n Mama TiaMia n utk ibu Heni juga ya.. Jgn lupa upload pics pagar baru ekk.. hehe..
Post a Comment