Monday, January 25, 2010

Seutas gelang,Segendong pujian membakar poket di hujang bulan.

Hari Jumaat hari tu budak rambut cokelat ni datang rumah dengan maklong.Mama balik petang dia dah ada kat rumah,duduk bersembang dengan uwan sambil makan kueh bakar.Mama pun suruh dia stay,hujan turun lebat betul,kilat sabung menyabung macam dalam cerita Pontianak.Hujan lebat tak bolehlah keluar nak beli food or even nak pergi pasar kebetulan barang2 basah dalam fridge pulak tak banyak..mama keluar semua benda dalam freezer dapatlah buat ikan selar singgang with tomato,goreng sawi dan goreng ayam berkunyit..apa pun kata kak nur and mak long sangat sodap.

Dah dinner,papa belum balik lagi,kak nur pun ikut mama naik bilik utk maghrib,after dah solat duduk sembang2,kak nur pun hulurlah mama this bracelet she bought from her trip in Bangkok.dah tu Kak Nur duduk la memuji mama "skin maksu tambah cerah lah,kulit nampak sihat ,muka nampak berseri lah..maid nur ingat maksu baru nak masuk30 tahun..dia cakap nampak muda sangat..maksu makan apa ada ke amalkan apa2"..aduhh tak senang duduk ni sebab dah kembang sangat..macam pujian dalam cerita Doreamon lah..mama pun tanya dia "nur apa sal asyik puji maksu ni..kau nak apa nur..kau nak maksu belanja ke..cakap yo la..apa pun segala yang kau cakap tu memang benar..maksu terima pujian itu se adanya"...Haaaaa..haaaaa..rupanya budak nur ni birthday dia dah terlepas..hmmm kalau nak suruh belanja makan cakap aje lah..kok susah2 gitu..so esok kenalah membakar poket di Italianies untuk si rambut cekelat and pengiring dia kikin. Apa pun nak tahu apa mama jawab kat kar nur bila dia tanya makan and amalkan apa "nur maksu basuh bontot tia mia tiap2 hari dah 2 tahun setengah i guess it helps..mesti ada vitamin yang tinggal lekat kat tangan..nur cubalah"...ha..haaaa..


Budak dua orang ni lah yang gelar "Kak Nur rambut brown" dah tu complaint kak nur tak beli bracelet untuk dia..kadang2 geli hati mama..dua orang kenit ni dah pandai berebut barang hiasan dengan mama..rambut pulak walaupun nampak sungguh curl actually at the top dah mula lurus..yehaaaaa sungguh gumbira mama ada harapan nak lurus ni..tapi budak dua orang ni ikut muka sapa ya..mama memang rasa rupa mama,..ye lah anak mama kan..bersempit-sempit duduk dalam perut dulu..sampai kadang2 macam ombak perut mama,Mia sentiasa duduk belah kiri..kejap2 macam bergaduh dalam perut..

Fikir2 macam rupa siapa budak dua orang tu,semalam mama snap gambar mama and sent to papa without any comments. Papa pun balas, ni lah email yang buat mama senyum :
"Mama got big eyes,like Tia...full lips like Mia..."
ewahhh rupanya mama yang ikut dia orang bukan dia orang yang ikut mama yer papa:)
then mama tanya ngengada lagi:
"mama cute or not?"
papa jawab " Cuteeeee"...he..hee..suka hati mama
Ni lah dua orang budak yang mama ikut rupa dia orang ni haaa..malam2 gosok gigi sebelum tidur..Good Girl!.

13 comments:

umimiqdad said...

salam
Tia Mia dah besar nanti mesti cute mcm mama diorg :)

Drama Mama said...

tomeiiiiii nya gosok gigi sama2. hiks...sronok eh ada anak kembar :-)

MamaTiaMia said...

umimiiqdad, moga rupa dan perangai sama cute..insyallah.

drama mama..alhamdulillah memang fulled with fun..non stop activities 24 hours a day:)

Eine Frau aus Botnang said...

Guten Morgen, sesungguhnya mama tia & mia ni memang lawa & anak2 pun semestinya lawa jugak! Ikhlas ni tau!!

Anyway dear, about the weather here in March, I am afraid this month has probably the most strangest weather. Since it is now almost Feb and it is still snowing out there, it is hard to tell macam mana March nanti. It can still be cold & chilly but sometimes it can be very warm & mild, lepas tu tetiba salji turun masa matahari keluar terang benderang boleh? It is so unpredictable and the weather seems to change very quickly here in Germany. Oh kekadang hujan showers yang annoying yang tak reti nak stop tu, pernah jugak. I suggest your hubby pack a good winter jacket and good light jacket for mild sunny days. But truthfully dear, since the weather is so bad all over Europe this winter, no one could really tell. Entah2 takde spring terus summer!! Wallahualam bi shawab! It would be nice if u could come in May, memang seronok waktu tu nak bawak MiaTia sebab cuaca very mild. Takpe dear, InsyaAllah ada rezeki u tu nanti. YOu will love Munich, cantek sangat! Let me know if you are coming ok ? Take care!

zubye said...

Azu.. i suka lah budak kecik dorang tu rambut kinting2 camni .. perang2 lagi tu.. tapi sok besar masalahla pulakkan takut sebulan sekali derang gi rebonding.. maklumlah zaman derang nanti ntah camne pulak rupa bentuk teknik rebondingnya.. hehehhe.. tapi kan Azu.. i cakap jgn marah tau!hahhahaha (gelak dulu) manisnya tia mia more like their papa laaa... :p

MamaTiaMia said...

hmmm sedihlah zubye..tak kira tia mia macam mama jugak or mama macam tia mia jugak:)

Salmi said...

soo cute both of them with their curly hair..kalau me terjumpa kat luar..confirm tak tau mana satu tia and mia..:-)..walaupun selalu singgah kat sini..:-)

izan ishak said...

mmg sgt cute dua budak kecik rambut brown ni...
ada rupa kak azu lah...
mmg seronok tgk dorg membesar kan?...yelah...dulu2 dok bersama2 dlm perut mama...
izan mmg xtau nk bezakan mana mia...mana tia..

annhuzi said...

betul la apa yg kak nur kata. tentu lah pujian ur niece tu jujur.
tapi kan amalan cuci bums tu i da buat sejak 17tahun tapi tak terkesan mcm mama tiamia ;)
sori ye mama,in my opinion tia mia look more like the papa :)
tapi budak2 ni muka bole rubah sikit bila grow up, bole la ikut awet muda mcm mama. :)
btw mama i dnt tink u look like uwan, so i guess u look like ur daddy.

MamaTiaMia said...

dear all..syedehhnya tia mia tak de rupa mama ke..uhhh..uhhh

ann uwan once told me that my dad told her by the time the kids grow my emak had consumed a lot of vitamins from the bums routine...nakal my arwah dad...hee..

Ikin said...

Maksu, ikin rasa nur memang jujur...:). Walaupun mungkin ada udang disebalik mi, tapi...yang dikatakan tu memang betul.Hehe.

So cute la diarang gosok gigi.Ikin rasa Tia rupa maksu, mia more like paksu. Ha...adil tak.hehehe

nur aishah said...

geli hati la baca entry mksu yg ni..
tu je yg mampu kita bawakan dr sana..schedule yg sgt padat..xsempat nak berjln sgt..tp nnt bila kita da makin ok..insyaallah ada rezeki lebih baik kita kongsi bersama..
bukan bodek cerita doremon la..nur kan selalu bz jarang jmpa mksu..then bila jmpa nampak la perubahan awk..tp awk jgn la kembang sgt eh..hehe

job said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社