Saturday, September 11, 2010

Our Beautiful Raya- Part 1- Menjelang Raya.

Celebrating Raya with family is a blessed.Beautiful kampung,beautiful hearts surrounded us,Alhamdulillah syukur Ya Allah is the only words than can decribe the feeling.Here is our beautiful pictures,we had beautiful raya and heart  bursting with loves.

Kampung here we come.

Our very own New Zealand,presenting Kampung Parit,Kuala Pilah,Negeri Sembilan,kampung uwan di atas bukit di selaput kabus.

Hijau,damai,setahun ditinggalkan masih berdiri teguh,masih penuh dengan cinta..Alhamduillah kita punya kampung,masih punya tuannya iaitu uwan.


Setahun tinggal,bila pulang selain doa pada yang telah tiada kita isi tempat tumpah darah ini dengan bau yang wangi dan lunak.


Rendang mendidih wangi di kuali.

Sangat seronok bergotong royong memasak lemang,rendang etc..penat pun sangat berbaloi,tak ada yang masam muka,asyik usik mengusik saja.

Maklang dan Kak Ikin berganding bahu membuat rendang.

Mana Tia Mia?Tu dia lepas mandi..happy sangat dua orang ni..sibuk cakap "i love uwan's kampung"

Dah mandi dua orang ni pun tak sabar nak menjelajah..

Tia,Mama and Mia yang comot tapi hati happy.

Dalam rumah pun berkerja keras jugak,maklumlah dah setahun di tinggalkan,walaupun dah panggil orang bersihkan tapi yang details kita kena buat sendiri,walaupun nak duduk beberapa hari aje tapi nak suasana raya seolah-olah tak pernah meninggalkan kampung tu berkekalan.

So ada yang bertugas mengubah suai penampilan dapur dan sebagainya,mudah saja banyak bunga2 segar yang murah di Econsave town Kuala Pilah.

Eric leong tahun ni maklang..ubah sana sini lah dia..

Uwan di kampung jadi macam kembali muda..badan segar bugar,dia suka hati tengok anak,cucu,menantu berganding bahu.

Tengok dapur,teringat lah zaman dulu2.....bila time raya,sibuklah dapur ni..tambahan tahun ni tak ada maid langsung tapi tak menjejaskan sebarang kerja pun..tambah erat berkerja sama.

Maklang ni sambil berkemas nak dengar lagu Hail Amir..so kita layan aje lah..

Dua orang ni dah penat kat bawah naik atas rumah pulak..makan biskut raya tak berenti..tu duduk atas sofa lama uwan yang mama dah balut dengan bed spread arwah atuk beli di Mekah lebih 30 tahun yang dulu,antique dah piece ni..

Petang sibuk nak pergi pasar ramadhan,yang duduk berdiang bakar lemang nak kan air tebu dan ais ber jug-jug..mia pulak tangan kena duri cactus..sibuk lah menangis jugak.

Kena dandan dengan kak ayan..nak pergi pasar ramadhan..seronok dapat berbuka puasa hari terakhir di kampung.

Sementara menunggu nak buaka puasa seronoklah dua orang ni..mandi di bilik air kampung sejukkk..menjerit dua orang ni cakap "like ice"..

Tom and Jerry pun ikut beraya di kampung jugak:)

Berbuka puasa sehari sebelum raya,ni lah hidangan utama,setelah hampir satu hari direbus dengan kayu api,sup tulang ni memang sangat sedap..lembut berkrim di cicah sambal kicap.

Alhamdulillah puasa dapat di tamatkan..

Sebenarnya yang sibuk menghirup sup dua orang ni...sampai bertukar baju.

Meriahnya buka puasa beramai-ramai sampai dua meja..tunggu episode seterusnya untuk kemeriahan dan kekecohan berganda Hari Raya..Jom continue makan lemang lagi.

2 comments:

annhuzi said...

wow. we love to see ur kampung too tia mia :) really unique n fun celebrating as a big family in the kampung atmosphere away fr the city. tentu segala kenangan silam bermain semula diingatan terutama sekali puan rumah, uwan :)
bed spread fr mekah tu so beautiful.
lemang yg dibakar sndiri dan lauk pauk yg dimasak ramai2 at outdoor kitchen tentu rasanya lebeh special :)
tia mia u r both lucky to have all these experiences that will be ur sweet memories :)

zeta said...

seronoknya berpuasa di kg ye..