Sunday, September 12, 2010

Our Beautiful Raya- Part 2- Raya pun tiba.

Raya datang,rumah uwan pun kecoh,dari petang buat lemang sampailah malam,ada yang sibuk bubuh bling bling kat baju,mengosok samping dan menghias-hias rumah.Tia Mia pun tak berenti jugak menyanyi nyanyi lagu raya,seronok tahap maximum,maklumlah banyak tempat nak berlari,ramai yang melayan,kejap kacau abang boy,kejap intai amir,kejap carik kak ikin,kejap kak ayan and the favourite pakcik.uwan pun sangatlah happy,siap buat tapai di bantu kak ikin,Alhamdulillah ingat uwan lagi nak buat tapai and turned out to be really good,manis dan cantik.Jom kita tengok our beautiful raya.

Warisan tradisi membuat tapai pulut,ikin belajar dari uwan,banyak pantang larangnya,nak kena mandi bersih2,sentiasa senyum masa buat,supaya tapai menjadi manis dan sedap:) Kalau yang tradisinya di isi dalam daun keladi,sangat susah membuatnya kalau tak kena tapai jadi masam dan merah kena getah keladi,sekarang pakai container plastik aje tapi masih sedap.

Pagi raya pun tiba,diri di siapkan setalah penat menyediakan semua juadah,kak ikin di dalam bilik uwan,bila raya bilik uwan di dapur pun jadi tumpuan,tempat menyimpan barang,bersolek dan kadang2 bergossip.

Anak gadis ni bersiap diri jugak,banyak membantu raya ni tak lagi macam dulu2,masa masih kecik selalu lah kena jerit mintak bantuan,now dah sama berganding bahu..rambut baru lah raya ni..maklang sibuk cakap 'pendek bonar"...tapi tetap manis.Ini di bilik maklang,rumah uwan walaupun agak besar ada 3 bilik aje,satu mama,satu maklang dan satu bilik besar uwan untuk semua,malam2 masing2 bawak tilam tidur berbaris didepan Tv bawah kipas,meriah,dah malam pun asyik berborak,ada tia mia ni lagi lah,orang dah tidur dia masih melompat ke sana sini nak ajak orang main,pakcik selalu lah jadi mangsa.


Hidangan pagi raya,laksa johor special from mama,tia mia nampak spaghetti happy lah,ni baru balik dari surau,yang lelaki pergi ke masjid kuala pilah,yang peremuan di surau kampung,balik lambat and lapar.

Dua orang ni nak makan spaghetti guna chopsticks pulak.

Sungguh yummy laksa johor mama...

Tengok ni abang boboy sampai terjelir lidah makan..haa..haaa

Dah makan masa untuk bergambar..smile girls give you best pose.

Family photo..susah betul nak duduk diam.

Happy dengan pakcik.

Uwan pun cantik bergaya..tersenyum duduk dalam rumah tercinta.

Tia Mia pun sibuk jugak nak ambik gambar orang.

Click,click sana sini,banyak betul camera.

Manis,Kak Ikin and Kak ayan.

Dua orang suka bila turun bawah,suka main tangga.



Yeay its raya..



He..hee..foto gedik2 with kak ikin,mama,maklang and kak ayan...masa dia orang kecik mama dokong,dah besar boleh gedik2 sama2 and they dokong you both pulak.

Ni pun sama,masa kecik mama tukar diapers abang boboy,now Tia Mia dah boleh lawan gaduh dengan abang boboy,Mia asyik cakap "abang boboy notty,want to come to my house and take my toys"..terkekeh,kekeh abang boboy ketawa.

Kenit and uwan.

Seronok ambik gambar ramai2..he..heee pakcik nakal macam Tia Mia.

haaa..haaa..kepoh mama..

Yang tak tahan..ni haaaa..so creative,celah pokok belimbing,dengan skill maklang,the picture looks so great.

Jelita di celah belimbing..wahhh mama jealous ni tak der gambar kat sini.

It is a very beautiful raya,mama so happy.

The Girls and Kak ikin.

Dua2 Cute.

Anak dan Abah,..Tia Mia sayang keduanya.


Terima kasih jugak di ucapkan pada makcik,berkerja keras makcik mencuci pinggan mangkuk,maklumlah tak ada maid kali ni,urusan dapur tetap berjalan lancar,nanti kita belikan makcik chocolate di perth okay.

Badin the best kata Tia Mia..buat lemang sangat best and kak ikin pandai buat tapai..thanks to both ya,we love you.

Keluarga maklang tambah meriah raya di kampung,we sayang maklang yang suka cakap german,paklang yang macam2,kak ayan yang cukup rajin layan we all,abang boboy yang ceria and abang amir yang asyik rindu alam damai.
Satu Raya yang sungguh bermakna,hati tersentuh dengan pertalian saudara..terimakasih pada semua,we have more beautiful pictures,mama cuba nak upload as many here,tapi masa tak mengizinkan,now in between packing nak ke perth esok,flight pukul 9.45, we have booked one MPV to Airport,ni Tia mia sedang tidur,mama masih belum gosok baju nak pakai esok,papa tengah google map vacation home di Perth nanti nak drive ke sana.Anyway mama upload lagi few pictures,bersantai di rumah uwan and town,suka sungguh tengok gambar2 ni terus teringat zaman dulu2.Jom tengok lagi.



Petang raya pertama,we jalan2 Kuala Pilah town,makan roti canai,maggie goreng and mee goreng mamak kat luar Econsave.

Wahhh pandai makan roti canai Tia,Mia tidur masa ni.

Malam melepak and bermanja-manja,sambil tengok Tom and jerry..tu baju tidur Rm9.90,beli kat Econsave.

Pagi breakfast di halaman uwan sungguh enak,maklang buat sandwich telur yang yum,yum

Mama buat nasi goreng kampung yang hot..sangat laku wehhh..

Spaghetti bolognese pun ada.


Sila lah makan jangan malu2..pakai kain pelikat pun tak pe paklang.

Both had wonderful time at kampung,sangat seronok,asyik cakap "nak go kampung uwan some more"..nanti kita balik lagi ye sayang..as at now uwan ikut maklang dulu,bila balik dari Perth kita jemput uwan datang balik rumah kita,uwan tengah melepas rindu berkunjung rumah sanak saudara dia..mesti uwan berat nak tinggal rumah,uwan suka baca syair yang sedikit sedih ni kat mama dulu,hari tu dia baca kat kak ikin

 "rumah besar,kampung luas tinggal jua akan dia,hai anak ku pelita bagi hati,jangan lah kau tinggal akan sembahyang"..syair ni di baca dengan nada mendayu sebenarnya kisah seorang ibu berpesan pada anak2nya,dimana dia melihat akan meninggalkan rumahnya yang indah,kampungnya yang luas,pesan terakhir dan terbaik buat anaknya ialah jangan lah meninggalkan sembahyang kerna ianya tiang agama,kalau di hayati dan di dengar nadanya sangat sedih bunyinya.

Alhamdulillah,dulu mama selalu berdoa nak bersama uwan hingga dia tua dan menjaganya,masa tu mama fikir tak kahwin pun tak apa,tapi uwan selalu berpesan pentingnya punya keluarga,sekarang mama melihat keindahan itu..Allah makbulkan doa mama,uwan dapat melihat anak2 mama,masa mama mengandung dan sakit uwan masih dapat menjaga mama,buatkan bantal kecik tia mia dengan jahit tangan,sekarang uwan tinggal sebumbung dengan mama,papa pun menerima uwan dengan baik sekali,waktu sahur kalau papa buat se cawan milo untuk dia  pun akan buat secawan untuk uwan.Biarlah mama menjadi insan yang lebih baik,jangan lupa pada pesan2 uwan,biarlah mama lebih sabar dalam melayan hati seorang tua seperti uwan,itulah doa mama,moga mama ingat selalu.

Alhamdulillah jugak,Kak Nur dan keluarga dah pun balik menunaikan umrah dengan selamat,kak Nur called hari tu,mama ada bagi kak nur duit sedikit mintak sedekah untuk Tia Mia di masjid di Mekkah,kak Nur cakap dia dah beli dua biji Al Quran dan wakafkan atas nama Tia Mia di masjid di Masjidil Haram,Alhamdulillah dan terima kasih Kak Nur.

Moga perjalanan kita ke Perth esok di permudahkan Allah sbt,tiada halangan dan dapat kita kembali dengan selamat menemui orang2 yang kita sayang.Excited jugak lah,inilah first time membawa Tia Mia naik flight,dulu mama papa selalu travel berdua,sangat indah melihat negara orang,moga perjalanan dan percutian ini lebih indah bersama dua orang yang nakal dan cakap macam2 ni.

Kepada pengunjung blog ini moga kita bertemu lagi,kalau ada masa kita upload gambar dari Perth.Assalamualaikum,buat uwan,nanti dah sampai kita call yer,uwan jangan sedih2 we sayang uwan.

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
annhuzi said...

baik syair itu, tentu terkesan anak2 yg mendengar pesanan ibu.
tia mia memang nampak happy sangat2 kat kampong, ramai yg melayan :)
have a safe and wonderful holiday. balek nanti tia mia tentu banyak stories, boleh tell teacher n frens :)

Anonymous said...

wow,family akak cantik-cantik.mak sedaranya cantik, anak sedara pun manis2.

Maya Marisa said...

MamaTiaMia,
Wah, meriahnyer. Looks like Tia & Mia were having lots of fun.
Have a safe trip yeah and don't forget to snap lots and lots of photos.

4 Kay-E said...

Azu,
sukanye tengok suasana raya kat kampung ramai2... Tia&MIa bukan main lagi nyanyi lagu raya ye.. hehee.. mesti mulut buka luas :P

semuanya cantik berseri2. siap makeup2 lg :).. byk gambar, cantik sgt... ada yg ambil gamabr celah pokok tu... cumil...

sekarang ni emsti dah sampai Perth.. Happy hols.. Snap gamabr byk2 ok.

zeta said...

Byknye gmbr raya..nmpk sgt meriah..TiaMia pon hepy2 je..mesti seronok kan.. :)

Anonymous said...

Syahdu nya baca baris2 akhir tu..beruntungnya uwan dpt anak solehah mcm akak..saya harap sayapun dpt menjaga ibubapa saya disaat2 tua meka nanti..ameen

-peminat baru blog nie-