Sebenarnya saya nak cerita kisah seram,puas carik dalam PC tak der gambar menakutkan..saya tengok gambar saya berselimut ni macam seram jugak,macam kisah witch yang suka selimut-selimut tu..dengan tak der make up mata,nampak macam boleh pose cerita seram..hee..hee
Atau yang ini seram tak..muka celorong celoreng..kalau melintas malam jumaat masa angin berhembus dan anjing menyalak..boleh jadi seram jugak kan..sian Pat..dia ni tak seram langsung..manja dan baik..Tia Mia sayang sangat:)
Last attempt lah before we start the spooky story..what do you think about this?Scary isn't it? Will you run? or you feel like hugging her..i feel like hugging and kissing her..today when i was at " Good Evening Bangkok" sipping my milky coconut tomyam..she called using her papa's handphone,she said "mama i m okay today,i am very happy..you good luck mama"..hee..hee "Good Luck" must be the new word from kindy today.
I just wanna change the mood today after few days telling emotional stories:) Spooky story actually is entertaining,it somehow liven up your spirit,that is the reason why most races like spooky stories..duduk sembang mesti nak selit cerita seram ni..but sometimes ada satu dua perkara yang kita boleh belajar,kalau masuk dek akal kita terima,kalau terasa khurafat and tak boleh percaya buatlah sebagai hiburan saja.
Hari tu kat office masa duduk berkumpul makan,ada yang cerita rumah dia "di kacau" sampai susah nak duduk,mula2 hanya nampak bayang,lama2 pintu terbukak tertutup tak berenti dah tu "benda" tu baling2 barang dalam rumah,budak ni panggil lah ustaz yang pandai,kata ustaz tu memang ada benda,tapi tak lah jahat cuma dia suka duduk situ..so sampai sekarang this girl dengan husband and family masih duduk situ,dah jadi biasa,kalau malam2 "benda" tu laga-lagakan pintu almari dia cakap "diam lah nak tidur ni' Seram bagi saya.Dah sorang cerita ni sorang lagi cerita rumah dia di Hartamas ada "dark spot",area tu in reality kalau duduk atau lalu di situ bulu tengkuk mesti berdiri,dah tu sejuk, area tu dalam bilik tidur dia..so dia elakkan dari situ,dia tarik katil ketepi tingkap.tapi bila satu hari ceiling kat tingkap dia bocor dia terpaksa tarik katil ke "dark area" tu,hari malam memang tak boleh tidur,terasa ada benda yang kacau,macam masuk dalam rumah benda tu..pun dia msih tinggal di situ..dia cakap dah rumah sendiri nak buat macam mana.
Saya memang kalau boleh tak nak teserempak atau ada experience benda2 macam ni..mintak pada Allah Swt di jauhkan lah dari benda2 ni..bagitu pun masa kecik walaupun tak directly experience benda ni tapi terlibat dalam keadaan seram ni. Dulu our neighbour ada bas sekolah,my sister and anak neighbour ni sekolah asrama bersama di bandar Ampangan,Seremban,so hujung minggu bila neighbour ni pergi tengok anak di asrama husband dia bawak bas sekolah saya dan my emak enjoy naik bas sekolah dan pergi sekali tengok my sister,selalu kita orang balik lewat malam jugak.Everytime balik and nak pergi Ampangan ni kita kena lalu Bukit Putus,kawasan ni jalannya macam ular di palu dan berhutan tebal kiri kanan,kedaannya nya sejuk,gelap,kalau siang sangat sesuai bagi yang patah hati kerna boleh dapat feel sedih tapi kalau mlaam drive sorang2 memang meremang bulu roma. Tak jauh dari bukit putus ni tempat air terjun nama Ulu bendul,masa dulu ada taman bunga orchid dekat situ.Suatu malam cerita my emak balik dari ampangan dah lewat malam,dalam bas tu cuma driver,isteri dia,my emak and myself,according to my emak,lalu di Bukit Putus isteri driver telah tertidur dan pintu bas tertutup my emak duduk pangku saya yang dah tidur,dia pun baca lah ayat2,sampai di selekoh nak hampir dengan kebun bunga di nampak seorang perempuan tepi jalan baju kurung putih sepasang,bawak bakul kosong,masa tu my emak memang terlupa pasal "benda halus"..dia fikir why this lady malam2 tunggu bas,kesian dia,my emak cakap that lady tunduk ajer tapi tangan dia tahan bas,driver rasanya tak nampak apa,bila bas slow lalu di selekoh perempuan berkurung putih tu terus melompat naik di tangga bas,disebabkan pintu bertutup,masa tu baru may emak teringat,ini bukan manusia biasa,dia terus baca ayat kursi dan peluk saya kuat2,my emak cakap nasib baik perempuan tu tak toleh,sebab nampak muka dibawah tudung dia gelap macam tak ada apa2,sampai di kawasan kebun bunga dia pun meloncat turun dan hilang dalam gelap.My emak sangat bersyukur sebab perempuan tu tak tahan bas di tengah jalan etc..kalau tidak mesti berlaku kemalangan.Sangat seram bila saya ingat.
Selain benda halus macam tu manusia yang biasa macam kita ni ada pulak yang suka berkawan dengan syaitan dan benda halus,sangat menyedihkan di kala orang lain berlumba mendekatkan diri pada Allah sbt dia dengan terangan tak takut menduakan Pencipta. Satu kisah berlaku to my brother,suatu masa dulu dia patah tangan terlibat dalam kemalangan,quite bad actually,puas berubat hospital etc lambat sangat sembuh,so ada satu bomoh patah yang terkenal,my brother pun pergi jumpa,bila tengok dia mengamalkan yang bukan2 suruh bawak ayam putih etc..my brother tak jadi nak berubat dengan dia,dia pun jadi marah..dia cakap kalau my brother tak berubat dgn dia tak akan sembuh selamanya.After that episode my brother tak boleh tidur malam,dia rasa panas,rasa takut,rumah macam di campak pasir..dah tak boleh tahan my emak pun bawak bapak sedara kita orang yang pandai membaca ayat2 untuk menghalau syaitan etc,sampai dirumah my brother,dah sembahyang dam membaca doa my pak sedara nampak diatas bumbung dalam rumah my brother satu makhluk sanagt besar dan buruk duduk bertenggek dengan dengan mata merah menyala,katanya serupa hantu raya,di hantar bomoh yang marah dengan my brother.Saya masa tu masih kecik kalau dah besar ni mesti lari lintang pukang.
Tapi yang paling takut saya dengar adalah kisah orang memuja tengkorak di kampung dulu2,my emak cakap,malam masa ada kemalangan dan seorang perempuan mati berdarah,ada orang dah korek kubur perempuan tersebut dan kepala dia hilang.Tukang pemuja tu orang kaya,rumah dia ada bilik khas tak boleh dimasuki sesiapa,seramkan macam cerita Tamar Jalis.Masa rumah dia terbakar,orang kampung dengar bunyi jeritan perempuan sangat kuat dan sayu..uhhhh sungguh seram.Masa baru kerja duduk rumah my brother saya suka jugak baca cerita Tamar Jalis,bila malam nak pergi bilik air sangat siksa,rasa nak kencing atas tilam..hee..heee..Cerita Seram di Tv yang paling saya takut ialah "Emily Rose"..dah tengok banyak kali pun sampai dah kahwin ada anak ni saya mesti sembunyi bawah selimut..nak pergi bilik air kacau husband,my husband bising tak bagi tengok..tapi saya sembunyi bawah selimut tia mia...heee..heee..Have a nice weekend everybody..jangan pergi dalam gelap tau:) Akhir kata Yang Maha Esa itu hanya Allah Sbt,maka kepadanya lah kita berdoa dan berserah..ehhhhh dah rasa macam buku Tamar Jalis lerrr..
6 comments:
Salam MamaTiaMia,
Macam masuk salah blog pulak hehehe...berani betul ya your friend tinggal di rumah tu. Tapi betul jugak, takkan mereka pulak yang pindah :). Di Bukit putus tuh memang macam2 ceritakan. Rasanya beberapa tahun dulu ada cerita pasal pada waktu tertentu ada yg nampak sekumpulan orang bawa jenazah. Sampai depa terpaksa perlahankan kenderaan. Tapi bila toleh belakang, takde pula kumpulan orang tuh.
Buku Tamar Jalis? Masa kecil dulu saya ada baca buku tu. Buku2 lama my aunties...kulit buku pun takde hahaha. Dah baca lepas tu nyesal la bila malam2 coz saya memang suka imagine benda yang bukan2
Wahhhh seram entry dia kali ni. Tapi gambar2 di atas langsung tak ada unsur seram, gerammmm kiut miut ada lahh!! I suka cerita hantu tapi takut tengok cerita hantu. Hantu Mak Limah balik Kampung pun I takut LOL! I pun selalu dengar cerita2 macam tu, mak ponti pakai baju putih jalan tepi jalan. Serammm! Betul Emily Rose tu sampai sekarang I pun takut, menjadi betul lakonan diakan? Must find out about Tamar Jalis ni, sebab tak pernah dengar pun buku ni. Would love to read it one day. And to you and your lovely family, have a nice weekend dear!
hhihihi..seram la pulak baca cite an..an..kat bukit putus..sib baik me berulang alik antar dd siang2 jer..kalau malam2 terbayang an..an..dalam kete sure pasang kaset orang ngaji dari pilah sampaila keluar hiway LEKAS..tetiba teringat lak orang melompat bila turun bas kat bukit tinggi, Padang..masa we all gi sana, dari airport nak ke Bukit tinggi kena ikut laluan berbukit yang sempit..lalu gaung bagai..depan van we all tu ada bas yg bawak penduduk tempatan..sorang mamat tu..bila bas lalu kat corner..dia pun lompat turun..adusss..kalau salah landing..masuk gaung..hihihi
Salam buat MamaTiaMia...
Pandai u ceritakan semula kisah seram tu. Actually myself pun peminat novel Tamar Jalis dulu2.. Dok ulang baca byk kali pun tetap tak bosan.
P/S:I your Silent Reader ... Hehehee
salam semua:)wahh banyak orang read Tamar jalis jugak ye:) and orang N9 mesti tahu kisah bukit putus kan:)
Fairlily,you org nogori ke?
Fasha,seronok jugak cerita baca kalau zaman2 remaja lah,zaman sekarang tak tau masih takut ke tak and ada jual ke tak?
Salmi,memang kalau lalu bukit putus harus baca apa2 yg perlu.
Sara,thank singgah,kalau baca TJ ni malam2 takut kan:)
haha..
pandai pulak ye kucing tu wat post ye.. =)
Post a Comment