Wednesday, March 9, 2011

Khas Buat Wanita.

Saya ada facebook yang kerap jugak saya update selain dari gambar budak2 mostly gambar masakan saya.Ada orang bertanya 'asyik masak saja..tak der activity lain ke?",ada kawan yang jarang berjumpa bertanya "so kau tak keluar makan dengan family hujung minggu ke zu,tak pergi rehat-rehat kan badan?penat cari duit kena manja-manjakan badan..tak minat beli branded items ke..asyik beli breadmaker,oven,berkebun..eyyyyy berkebun tak rosak ke kuku,masak lemak cilipadi saja tak kuning ke kuku dengan kunyit?..kau memang jenis simple kan zu.."..haa..ha ketawa saya,apa2 lah..kawan saya ni dah berkurun tak jumpa,dia tak ada pun fb,barangkali mendengar cerita dari kawan2 yang lain agaknya..dan mesti dia membayangkan saya berkemban,masak menumbuk kunyit di dapur,habis kuning kuku,pecah2 tapak kaki..dah tu dah lah branded items tak ada..kesian saya...bila dah habis ber sms saya pun mms sekeping gambar terbaru saya pada dia,bukan lah nak bertujuan apa2,supaya dia terus tak terbayang saya yang berkemban menumbuk sambal..saya ajak dia berjumpa,dia jawab "ohhh kau tak berubah,aku perlu kuruskan badan 10 kilo dulu baru boleh jumpa kau".Macam2 kan..tersenyum saya..itu lah standard hidup dia,kebahagiaan bukan di ukur dari branded items,kemewahan membelanjakan duit di hotel2 dan sebagainya.Memasak pulak bukanlah tugas surirumah sahaja,banyak yg membayangkan kalau wanita berkerjaya mesti tak tahu masak,mesti jaga standard,biar maid ajer yang buat..banyak yang berkata pada saya" you mana ada tokoh masak"..ada lelaki cakap'bawak dulu masakan you baru percaya you masak"..masak bukan perkara rendah,it requires intellectuality in you..macam jugak architect,designer,doctor dan peguam..ada seni,mesti ada passion baru hasilnya bagus.Yang penting cara kita melihat hidup,cara kita mencari bahagia;) Saya buat semua perkara yang ditanya kawan ni sebenarnya,memanjakan diri,membeli branded items,makan diluar bercuti..cuma perkara yang personal dan kecik2 macam memanjakan diri tak lah saya tonjol atau laungkan..ianya pun bukan keutamaan,dibuat bila perlu..hidup mudah bagi saya,buat yang membahagiakan diri..tak perlu terlalu berfikir untuk menjaga standard,tak perlu bersusah payah untuk kelihatan "posh" atau "elite" the quality in you yang akan tentukan segala..kalau tidak dilihat sebagai wanita bergaya,menawan dengan gucci penuh sekeliling badan pun biarlah..asalkan di hati penuh bahagia..mana nak di beli kebahagiaan itu?Kadang2 suka melihat orang yang bergantung hidup pada status..barangkali dia mampu..biar lah,teruja melihat yang melapurkan setiap LV.CD,Gucci yang dibeli....saya tak salahkan,itu kepuasan dia biarlah..cuma yang salah kalau itu jadi ukuran. Sebenarya sangat seronok menjadi wanita simple,bahagia dengan apa yang ada,menyimpan cita2 untuk sesuatu yang besar dan mustahil,dapat tak dapat bahagia tetap ada.Saya juga tak mahu jadi hipokrit berkata "saya tak suka branded items,tak suka mewah,tak perlu duit.." cukup penipu tu..tiap wanita semua mahu yang saya sebut,kalau ada kemampuan dan keupayaan memang saya tak lepaskan berbuat itu semua..cuma ianya bukan priority..kalau ada RM2K antara membeli LV dan oven canggih..nampaknya saya akan membeli oven dulu,tapi Lv tak saya lupakan..itu realiti;)Sekarang pun hampir setiap malam saya berangan nak membeli barang impian;);)Saya bahagia dengan cara saya,blog dan fb saya pun bukannya canggih kadang2 tunjuk gambar sambal,gambar budak2 melukis di belakang dapur..masakan yang simple..sebab itu lah yang sebenar,saya bukan tukang masak professional,living on a jet plane..blog ni lahir pun sebenarnya lebih kepada menulis journal untuk tiamia,saya tak ada nuffnang,advert etc sebab bagi saya ianya bagaikan journal tak suka melihat ada benda bergayut di keliling..pada yang singgah terimakasih kerana sudi..Akhir kata,tak susah jadi wanita sebenarnya,ianya sangat menarik,sangat indah..yang buat susah,yang tetapkan standard hanya kita..jadi pertamanya buat pilihan,berusaha dan berdoa sebanyaknya pada Yang Esa.


Tukang masak lemak cilipadi ni pun buat manicure jugak okay..tak lah kuku berselaput kunyit..hee..hee..once a while memanjakan diri sangat seronok,kuku di buff,disapu cream;)

Pedicure dan feet treatment pun buat..maklumlah berdiri hampir sejam membuat rendang di dapur;)
Malam hari kita orang bermanja depan cermin jugak..sapu lotion and cream apa yang patut..tak caya tanya lah Tia dan Mia..dua orang ni paling suka set rambut orang:)

Ada masa kita jadi puteri dan berkhayal but most of the time kita di alam nyata..menghadapi hidup sebenar,menikmatinya dan kalau ada cabaran kita cuba tempuhi..sebab itu lah hidup,bukan yang indah2 sahaja;) pssttt..cantikan baju TiaMia yang saya beli,bukan lah dari boutique tersohor..tapi cukup mengembirakan Tia Mia..tiap hari nak pergi kindy pakai skirt ballerina ni:)

16 comments:

syanashwa said...

hahaa.. tergelak baca yur writing today.. sbb it's all true! sbnrnya ramai di luar sana yg membuat 'ukuran' dgn perkara2 yg u cakap tu.. hakikat dlm diri susah nk cari bahagia! kesian..
semoga Allah dorong hati-hati kita semua ke arah kebaikan.. we keep our style.. our way.. as long as it good.. the happiness will stay.. :)

*best baca your recent holiday in CH.. your mom looks happy! :)

zeta said...

Well said Mama..seronok baca ni..Thanks for this with us..

A'ah la..cantik baju TiaMia tu..design & colournya menarik sggh..

Salmi said...

I love simple life :-)..setiap orang ada prioriti masing2 dalam berbelanja mengikut kemampuan. Yang penting hati kena bersih dan berbaik sangka dengan semua orang barulah dalam hati ada ketenangan dan kelapangan :-).

Liza said...

saya agree dgn kak zue..saya ada kawan yang menyuruh saya membeli beg berjenama dan tukar kereta kecil saya tu...hakikatnya saya belum mampu..dan adakala kata2 semacam ini membuat sy rasa rendah diri dan berkecil hati...tp saya tahu saya perlu terapkan "ukur baju di badan sendiri' dalam minda.
sekurang2nya saya happy. :)

Hanis Azla said...

Nice one.. tak perlu terikut2 cara org lain untuk tunjukkan siapa diri kita kan.. Alhamdulillah.. saya hanya wanita biasa.. Tapi saya tahu saya juga istimewa.. walaupun tanpa kerja berjawatan, tanpa gaji 5 angka, tanpa brg berjenama, tanpa kereta menjalar atau rumah astana.. tp saya tetap sgt bahagia dan berbangga dgn kehidupan saya bersama keluarga tersayang.. dan saya tak pernah malu untuk berjumpa dgn teman2 yg memiliki segala2nya.. sbb klu mereka bahagia dgn cara mereka, kita pun bahagia dgn cara kita..

MamaTiaMia said...

hi syanashwa..hee..hee..saja bercerita,berkongsi pandangan orang:) yeap our holiday so menarik:)

Zeta..cantik kan baju tiamia,beli dari colours,berpatutan sangat baju budak2 dari situ:)

Salmi,so true;) hati yang lapang itu lah yang terbaik kan;)

hanis-kebahagiaan kita tu yg dicemburui orang..tak dapat di beli di mana2,duit tak pernah cukup,bergaji seribu atau duapuluh ribu sama saja,bak kata orag "besar periuk,,besar lah keraK'

Liza,jangan rasa kecik hati,semua tu bukan pengukur..ada kawan akak anak org kaya,bergaji sangat besar,dia mampu belis egala tapi dia masih bahagia dengan kereta chevy dia yg kecik yang lama,handbag beli dari jusco etc..tapi dia masih ada class,cara kita membawa diri dan apa yg tersirat dlm hati yg penting.Bila kita mampu dan rasa nak beli..ohh by all means go and get it;)

mamaYan said...

this is the best post ever.....i like ur style kakak...salam kenal :)

Ikin said...

maksu...kuku sangat kilat. bila nak pergi kilat kuku sama2 :(. Nanti2...ikin cuba try curi2 masa datang sana next week. This week pack sangat la :(.

Ye, jadi wanita sangat indah.. :). No Regrets !!

MamaTiaMia said...

hi mamayan..salam kenal too:)thank you,have your own style and you will look like a millionire plus the happiness too;)

hi ikin..okay,maksu going for wilton tmrw;)

Ikin said...

Ala...dah start class wilton ke? Nak jugak!!! Tapi Ikin boleh April je. Maksu start March ke?

gja said...

Hi mamatiamia...

kuku tgn kanan i selalu kuning2 sbb kena kunyit tapi i kadang suka gak sbb org tau la i masak he3x...

some ppl mmg pentingkan luaran i.e. branded items, lavish holidays and what not.. tapi i agree wt u.. apa guna suma tu kalau dlm hati TAKDER TAMAN.. kan kann.. janji we happy.. bila happy senang hati..

peace no war he3x

MamaTiaMia said...

hi gja,peace nor war..kalau suka kuku kuning pun tak apa,kalau suka berkilat pun tak apa..asalkan senang hati kan:)

FairyLilly said...

Hi MamaTiaMIa,
I like your words
"cara kita melihat hidup,cara kita mencari bahagia".....
Lain orang lain caranya kan. Just be ourselves :).

p/s: saya teringin nak buat pedicure n manicure. Kat OZ tak mampu, bila balik kampung, lupa pulak hehehe

Dr Sofea J.Ann Tan said...

happy womens day to u !!
true indeed..just be ourselves , dont hv to be too into the rat race.. but if we afford to, by all means sure why not .

mcm maner pon, mamatiamia tetap bergaya ...uwan also looking great thr..so cute seeing her wearing skirts !! hehe..

lov the pic of tiamia princess nyer dress thr ..lovely !!

AQisH said...

setujuuu sgt2 dgn yg u tulis ni..setiap wanita pasti ada impian nak punya brg2 branded..tp tu la ikut priority kan..klu dh mampu tu ape salahnye..tapi jgn merendahkan taste org lain pula..mabe kwn u x baca blog u..for me its very interesting here..i loikeee ;-)

AQisH said...

oooppss lg satu tertinggal..ada i baca..ustaz ni ckp..adalah haram utk kita tayang2kan brg2 mahal tu dlm blog..wallahualam..tp hakikat blog skrg ni mmg suka tunjuk2 hbag, kasut hat mahal2 tu..terpulang pada niat org lah kan..klu caption yg dibuatnye ok x nampak riak..kita baca pon ok je..mcm i ni lebih suka fikir +ve..mabe ada tips yg dia nak share dlm membeli brg2 gitu..tp klu ayatnye terlalu nampak riak..tekan close saja hehe..sori bebel byk kat blog org..blog sendiri x update2 ;)