Thursday, September 1, 2011

Our Beautiful Raya-Part 2 Mari Buat Lomang!

Sehari sebelum menjelang raya adalah hari yang sangat meriah di kampung2 di Negeri Sembilan:) Sejak dari dulu rumah uwan memang penuh bahagia bilang hari buat lemang ni..jadi walaupun uwan dah tak duduk kampung,rumah tinggal sepanjang tahun,kita berusaha menghidupkan suasana sama seperti dahulu.Alhamdulillah Tia Mia dapat jugak merasa keseronokannya..semua ahli baru yang masuk keluarga kami jugak sangat bahagia dengan cara ini..walaupun penat tapi seronok.Kali ni kakitangan buat lemang adalah berkurangan sebab ada yang lambat sampai dan ada yang terpaksa attend hal2 yang tak terduga dahulu.Kakitangan perempuan hanyalah saya,ikin dan kak ipar sahaja...uwan mandur sahaja:) tapi kami dapat buat semuanya dengan sempurna dan dalam masa yang cepat..itu lah pentingnya merancang:) Jom kita tengok apa yang kita orang buat di hari buat lomang ni:)


Hari buat lemang bermakna bergelumang dengan daging,seawal pukul 3.00 pagi pakchik (my brother) dah keluar ke pasar dengan husband kak ikik..mencari daging segar,membeli santan yang kalau ditunggu cerah nanti berebut macam membeli emas:)


Bila balik rumah,perkara pertama di buat adalah merebus tulang sebab tulang lembu tempatan ni lambat lembutnya..so kena rebus sejak awal untuk dapat sup yang sedap dan nyaman:)


Siapakah yang lebih seronok beraya dari budak2 berumur 4 tahun ni..gembira ria ajer dia orang..malam tidur nyenyak di kampung uwan yang sejuk,kalau di KL mandi air panas pun liat ni pagi lagi dah serbu bilik air uwan yang sejuk..semua menarik dan pengalaman bagi keduanya..tak putus2 asyik bercakap " i love uwan's kampung, i want to stay here long and long";)


Tuan tanah dan tuan rumah duduk berehat2 ajer..memang kita tak bagi dia kerja..dia pun gatal tulang nak buat kerja:)


He,he me in action..my sister in law called me "ketua tukang masak"..so saya lah yang mengepalai dan menentukan resipi membuat rendang dan sup raya ini..jadi saya memutuskan untuk buat rendang dan sup yang begitu traditional..sama seperti mana saya makan masa kecik dahulu..tiada daun limau purut atau bahan2 tambahan yang lain:)


Ketua tukang masak yang pakai kasut crocs check sup tulang dia dah lembut ke belum..sebab air tak boleh terlebih..nanti sup cair dan tak sedap..air kena cukup2 menutup tulang asaja apabila dah masak..ini tips untuk Tia Mia dimasa depan bila saya dah tua lah..itu pun kalau keduanya minat masak..tapi orang perempuan walaupun breakfast di London,lunch di Paris dan supper di Milan..mesti tahu jugak basic masak:)


Pakcik pulak mengetuai membuat lemang di bantu papa dan badin sambil di teman oleh dua orang kenits ni:)


Daging di potong dalam dulang uwan yang classic ni..cantik kan:)


Kak ikin bergurau senda dgn daging:)


Permandangan dari atas rumah uwan..sebab kita masak di halaman rumah..siapa pun yang baru sampai di bawah kita boleh nampak.


Ini saya nak tunjuk..ini lag daun puding..dulu masa di University bila saya bawak rendang ayam dengan daun puding banyak yang cakap sangat sedap dan tak pernah rasa daun puding ni..orang Negeri sembilan rendang ayam suka taruk daun ni..rendang jadi wangi..sangat sedap rasanya..daun ni pulak boleh jadi crispy..memang tak der tolok bandingan sedapnya rendang ayam kampung berdaun puding:)


Wahhh cik kak ni sangat berminat nak potong daging..tapi kena tengok ajer lah dulu ye:)


Ini pulak proses menyalai ayam..nak buat rendang ayam sedap di salai dulu..semua bulu halus pun hilang dan bau yang tak sedap pun dapat di lenyapkan..rendang jadi sedap,garing dan wangi:)


Ini namanya anak dara di tepi tingkap..masa saya kecik dulu uwan selalu nyanyi lagu " rumah tepi sawah pakai pulak langsir biru,emak jangan marah tak lama lagi nak terima menantu:):)"


Bekas ketupat pun sedia untuk di isi beras..walaupun ada orang hanya rebus ketupat di malam hari tapi we decided to settle as many things as possible during day time..ye lah tenaga kerja limited,nanti malam ketua tukang masak nak buat kuah kacang,kuah laksa,nak teman anak main bunga pai..dan nak menggosok baju raya jugak..kena di ingat maid tak ada:)


Semua bahan rendang telah sedia untuk di masukkan dalam kuali;)


Pucuk puding pun dah dipetik uwan..bila rendang dah nak masak nanti boleh lah masukkan.


Macam ni lah caranya..bila kuah dah kering,,masukkan daun puding dan dikacau lagi hingga betul2 kering.


Wallaaa dah masak..semua di buat sendiri dan sangat berpuashati dengan hasilnya..nampak sangat sedap kan..rendang ayam kampung dgn daun puding,rendang daging N9 dan lemang banyak santan:) semua telah di angkat di dapur uwan menunggu beduk berbunyi nak buka puasa.


Kenits pulak bersedia nak mandi..nanti nak join orang bukak puasa sama2.


Huishhh inilah hasilnya..tak sia2 merebus sejak pagi..sup terbaik dari ladang..daging yang lembut dan manis..di cicah sambal kicap bercili dan limau..tiada yang dapat menandingi kesedpan nya;)


Lauk berbuka sudah terhidang..sup tulang terbaik,sambal udang berpetai,ikan keli dengan kulit rambai:)


Kak ikin dan Mia makan tak ingat orang dah..Mia boleh tahan pandainya makan sup ni..siap taruk sambal kicap berkali2..makan lah sepuas hati adik...Lepas kita sembahyang dan dengar pakcik,papa dan Badin takbir raya..lepas berdoa untuk yang tiada dan mengucap kesyukuran kita main bunga api ye..berani ke? He..heee ..nanti kita tengok ya.

16 comments:

zeta said...

wahhh..ketua tukang masak..byknye msk rendang..mesti sedapkn..pedas ke rendang n9 tu??

Salmi said...

duhhh..yang drooling tu part rendang ayam yang ada daun pudina tu..and oso rendang daging..nanti bebila free share resipi yer..kat kl pernah tak nampak kat any nursery jual pokok pudina tu..nak jugak try something yg different :-)..

Anonymous said...

Huwaaaa..miss kak ikin

suffiakmal said...

sedap gila!

MamaTiaMia said...

zeta..kalau dah rendang N9 mesti pedas tapi yg ni mild mengenangkan org2 kenit:)

MamaTiaMia said...

salmi itu rendang ayam dengan daun puding bukan pudina..daun puding ni macam pokok bunga puding,nanti free i bagi resepi ya:)

MamaTiaMia said...

anon..kak ikin busy lah sekarang:)

MamaTiaMia said...

suffiakmal memang sodap tau;)

Mila@Rimbun said...

first time tengok rendang isi daun puding tuh.. teringin plak nak rasa.. agak2 kat kat N9 ada jual tak yer?

MamaTiaMia said...

Mila..rendang daun puding biasanya bila raya ajer ada tapi kalau lucky kadang2 kat tepi jalan yang jual lemang tu ada jugak..tapi tak semuanya sedap:)

Drama Mama said...

baru first time makan rendang n9 ngn daun puding ni on saturday. my cousin's hubby made it for my aunty's open hse in penang..dorang siap bwk balik ayam salai dari kampung (n9). kagum ok!

Cik Da said...

sedap ke daun puding letak dlm rendang...x penah try biasa bubuh daun kunyit dgn limau jerk...

yanizz said...

Mamatiamia, Selamat Hari Raya. Nanti bg resepi utk semua masakan yer. Sy suka sgt masakan n9, pedas2. Sup tulang tu nampak sedap nyer kalo dapat makan lg sedap. Kalo bt sup letak mcm2 tp x best pun. Jgn lupa share resepi.Sy selalu bc blog nie, suka tgk deco rumah simple n nice. Berseri2 n cantik.

MamaTiaMia said...

selamat hari raya yanizz..insyallah nanti ada lapang saya kongsi resepi rendang tu ye..senang saja buat dia:) sup tulang pulak memang tak boleh rebus rempah sekali dgn daging hilang manis daging tu;terimakasih.

MamaTiaMia said...

drama mama..sedapkan..selamat hari raya to you ya;)

acik mano said...

Rendang letak daun puding memang tak leh lupa le.. tapi kalu acik daun yg habis dulu .. tingal ayam tegolek-golek